Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI KARYA AGUNG

Karya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud buatan atau ciptaan sesuatu. Manakala Agung pula membawa maksud paling besar, terutama, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Maka dengan ini Karya Agung boleh diertikan sebagai ciptaan atau buatan yang terutama, tertinggi dan teristimewa daripada seseorang pengarang. Karya Agung Melayu merupaka karya yang melambangkan keunggulan daya cipta atau hasil kreativiti seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam menggambarkan idealisme, nilai pandangan hidup, adat, budi, kesedaran dari segi agama dan moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk-bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga mampu untuk meninggalkan kesan dari aspek seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam kehidupan bangsa Melayu. Secara amnya, ketamadunan Melayu amat sekali dipengaruhi dan dibentuk oleh tradisi sastera ini sendiri. Karya Agung Melayu juga bererti karya-karya agung yang ditulis atau diungkapkan serta dilisankan. Sebagai contoh adalah pepatah, pantun, lipur lara dan lain-lain lagi dalam bahasa Melayu tanpa mengira kelompok bangsa dan etnik dalam kawasan dunia Melayu, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu atau orang Melayu Brunei dan sebagainya yang menghasilkan karya-karya tersebut.

Definisi sastera/Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. ( Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 )

Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengahtengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. ( B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8 )

Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa Sanskrit ) + ke an ( kesusasteraan ). Su ( indah, baik, lebih bermakna.) Sastera ( huruf atau buku ) Susastera + ke an ( kesusasteraan ): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. ( Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2 )

Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ),DBP, 1997, hal. 1194 Sastera 1. bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab ( bukan bahasa basahan ).

2. kesusasteraan : hasil seni ( karya tulisan ) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciriciri keistmewaan tertentu. 3. 4. 5. seni sastera: seni karang-mengarang ( prosa, puisi dan lain-lain ) kitab suci Hindu kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan ( perhitungan dan lain-lain ) 6. tulisan, huruf

Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, PPK, KPM, 2002, hal. 2

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dancitra masyarakat.

Pendirian atau rumusan sendiri SASTERA IALAH KARYA SENI KREATIF HASIL CIPTAAN MANUSIA MENGGUNAKAN BAHASA YANG INDAH, HALUS DAN MENARIK SERTA MEMBERI KESAN KEPADA PEMBACA/PENONTON. IA MERUPAKAN HASIL PEMIKIRAN SENI YANG BERKUALITI YANG DITERJEMAHKAN SAMA ADA DALAM BENTUK LISAN, PENULISAN, PROSA, PUISI, NARATIF DAN NON-NARATIF. KARYA SASTERA BERBEZA DENGAN HASIL-HASIL PENULISAN AKADEMIK ATAU NON-AKADEMIK LAIN KERANA TIDAK MEMPUNYAI VARIASI BAHASA SERTA KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KEPADA PEMBACA/PENONTON

Anda mungkin juga menyukai