Anda di halaman 1dari 15

PKE 3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

Nurul Afifah binti Khairman Nur Iman Dayana binti Abd Rahman

Gay ialah lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual (Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Keluarga - Pengalaman /trauma di alam kanak-kanak Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu. Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa

2. Persekitaran - Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa.Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil. - Mengikut pendapat ini, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.

3. Biologi - Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.

Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak.

Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adikadik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi semakin besar.

- Faktor-faktor biologi disokong oleh bukti terdapatnya kehomoseksualan dalam pelbagai spesis haiwan.

4. Dorongan individu - Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay) Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. - Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.

5. Aktiviti seksual - Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian.

Ariff Alfian Rosli dan Jonathan di Ireland

Menurut islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;

dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas. (Surah Al-Araf : 80 81)
Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan fawahisy atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Institusi perkahwinan akan runtuh

Mencerminkan kemunduran masyarakat

Mendapat balasan azab diakhirat

Kesankesan
Masyarakat tidak aman dan tenteram. Maruah diri, masyarakat dan agama tercemar.

Dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti sifilis dan AIDS

Media massa/ elektronik: Mendedahkan masalah yang timbul kesihatan/hukuman

Langkahlangkah pencegahan

Kerajaan:-penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang -Mengadakan kempen kesedaran

Ibu bapa dan keluarga-Memberi tunjuk ajar dan ilmu agama

-Mengawasi setiap tindak tanduk anakanak

http://jomklikblog.blogspot.com/2011/07/faktor-faktormenyebabkan-gejala-gay.html http://prezi.com/jd3xqezwpxeu/copy-of-lesbian-gaybiseksual-dan-transeksual/ http://www.scribd.com/doc/77538242/Akibat-Dan-KesanGejala-Homoseksual-Di-Malaysia http://www.scribd.com/doc/169987637/Kesan-DaripadaKegiatan-Homoseksual http://billyinfo.blogspot.com/2013/11/malaysia-negara-ke-3paling-aktif.html#axzz2sILEBUPi http://pejuangmelaka.blogspot.com/2011/08/gejala-gay-dimalaysia.html http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0228& pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm http://www.bom321.com/2011/12/perkahwinan-gay-pertamamalaysia-ariff.html

Anda mungkin juga menyukai