Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan

sekalian. Tajuk cerita saya ialah Arnab Dengan Buaya. Di dalam sebuah hutan terdapat seekor arnab yang cantik. Bulunya lebat dan lembut. Giginya tersusun rapi dan putih berseri. Binatangbinatang lain selalu memuji kecantikan gigi arnab itu. Lama-kelamaan, arnab itu menjadi semakin sombong. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai lalu ternampak seekor buaya. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. Hai Arnab, cantik sungguh gigi kamu ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu. Arnab berasa gembira mendengar pujian itu. Bagaimana kamu menjaga kecantikan gigi kamu itu? Tanya buaya. Sambil tersenyum, arnab berkata, Kamu mesti banyak makan sayursayuran dan jangan makan daging. Kemudian, buaya mengangakan mulutnya. Bolehkah kamu tolong periksa gigiku? Arnab pun menghampiri buaya untuk memeriksa giginya. Tanpa berlengah, buaya terus menutup mulutnya lalu menelan arnab itu. Tamatlah riwayat arnab yang bergigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Kawan-kawan, janganlah kita sekali-kali percaya dan terima katakata pujian orang asing. Sekian, terima kasih.