Anda di halaman 1dari 15

Abstrak

Peristiwa Pengambilan Pulau Pinang oleh British pada 1786 merupakan suatu titik tolak kepada pembentukan suatu masyarakat baru iaitu kaum imigran-jawi peranakan yang merupakan kesan sosial daripada pemerintahan British di Pulau Pinang pada kurun ke 19 dan 20. Mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi di Pulau Pinang. Tetapi menjelang kurun ke 20, mereka menghadapi cabaran khususnya dalam aspek ekonomi apabila berdepan dengan kebanjiran imigran luar yang bersaing dalam bidang ekonomi dengan golongan penghijrah awal dan ini pastinya menggugat kredibiliti dan kepentingan mereka di Pulau Pinang. Dalam masa sama menghadapi perkara berkaitan ekonomi sepanjang tempoh tersebut. Tetapi bagaimanakah mereka menghadapi fenomena ini berbekalkan kebolehan sedia ada mereka?

Abstract
Recruitment Events of Penang by the British in 1786 was a turning point for the formation of a new community to the immigrants in Jawi Peranakan as a effect of social impact of British rule in Penang in the 19th century and 20th century. They are involved in economic activities in Penang. But by the 20th century, they was face particular challenges in the economic aspects in dealing with the influx of foreign immigrants compete in the economy with the early migrants and this would certainly undermine the credibility and their interests in Penang. In the same time, they was facing economic matters during the period. But how do they deal with this phenomenon leveraging based on their existing capabilities?

Pengenalan
Pulau Pinang menjelang kurun ke dua puluh merupakan suatu kawasan metropolitan penting di Tanah Melayu dan bertindak sebagai bandar pelabuhan metropolitan di rantau utara semenanjung Malaysia khasnya. Pulau Pinang dengan keluasan 293 km persegi juga turut terkenal sebagai sebuah kawasan penting bagi kegiatan ekonomi khususnya pelabuhan Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan setempat dan antarabangsa serta menjadi tumpuan

perkapalan antarabangsa dengan sebahagian besar syarikat perkapalan Eropah operasi di sini seperti Syarikat Mansfield, Amalgamated Stevedoring dan sebagainya. Kedudukan Pulau Pinang juga adalah strategik bagi rantau utara semenanjung Malaysia. Di utara dan Timur Pulau Pinang, mereka bersempadan dengan Kedah yang pernah menjadi tuan kepada Pulau Pinang pada suatu masa dahulu dan di selatan bersempadan dengan Perak yang terkenal dengan hasil ekonomi seperti bijih timah dan tanah subur bagi pertanian dan di barat adalah
1

Selat Melaka yang merupakan laluan lebuh raya ekonomi antarabangsa. Kepesatan Pulau Pinang pada awal kurun ke 20 turut dibuktikan melalui peranannya sebagai pusat perdagangan haji di semenanjung dengan peranan utama Lebuh Aceh sebagai pusat pengurusan haji untuk masyarakat Islam Pulau Pinang dan kawasan berhampiran. 1 Sepintas lalu tentang asal usul Pulau Pinang, nama Pulau Pinang merupakan asal rujukan terhadap pokok pinang yang banyak tumbuh di sekitar pulau ini dan pinang sering dimakan bersama sirih khususnya bagi golongan tua Melayu khasnya.2 Pulau Pinang yang dianggap kota metropolitan di utara semenanjung Malaysia ini turut mempunyai kota kara tersendiri iaitu Georgetown sebagai pusat pentadbiran dan nadi ekonomi di kawasan Pulau. Georgetown turut dikenali sebagai Tanjung atau Tanjung Penaga khususnya dalam

kalangan masyarakat tempatan di Pulau Pinang.3 Namun begitu, dalam kepesatan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar raya metropolitan di utara semenanjung Malaysia yang bersifat rencam dan berbagai-bagai, pastinya akan timbul masalah yang tidak dijangka seiring dengan perkembangan ekonomi Pulau Pinang

khususnya daripada aspek sosial masyarakat khususnya dalam kalangan kaum imigran Jawi Peranakan khasnya dan juga masyarakat Melayu Tanjung amnya. Tetapi, apakah masalah yang berlaku? Dan bagaimanakah masyarakat peribumi Pulau Pinang dalam menghadapi masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, makalah ini akan cuba menilai tentang persoalan atau dilema sosial masyarakat Pulau Pinang. Skop kajian akan diberikan sehingga tercetusnya Perang Pasifik (1941-1945) kerana tempoh ini(1900-1940) menyaksikan suatu perkembangan yang unik di Pulau Pinang iaitu terdapat keadaan di mana masyarakat Muslim imigran- Jawi Peranakan khususnya cuba untuk menghadapi keadaan sosial di bandar raya metropolitan ini
1

Ooi Keat Gin,2012, Perkembangan Pulau Pinang Sebagai Pelabuhan Kosmopolitan, Ooi Keat Gin(ed), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 8788 2 Mahani Musa,2008, Sejarah Awal : Pulau Pinang Sebelum 1786, Muhammad Haji Salleh, Sejarah Awal Pulau Pinang, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 26-27 3 Ibid

dengan cara tersendiri serta penglibatan golongan imigran Muslim yang menjadi Melayu untuk terlibat dalam mengatasi masalah mereka dalam dunia metropolitan Pulau Pinang antara tempoh tersebut. 4

Imigran Muslim - Jawi Peranakan: Siapa Mereka?


Golongan ini khususnya muncul akibat daripada kewujudan Pulau Pinang sebagai sebuah pusat perdagangan di Nusantara menjelang kurun ke 19. Dalam membahaskan siapa mereka, Haji Mohd Yusoff Latif menjelaskan bahawa mereka adalah golongan kaum imigran Muslim yang terdiri daripada kaum India, Benggali, Arab dan lain-lain kawasan Asia dan berkahwin dengan kaum Melayu khususnya wanita 5 Pembentukan masyarakat ini berlaku apabila kebanyakan kaum imigran Muslim berkahwin dengan wanita tempatan kerana sebahagian daripada mereka tidak membawa keluarga atau isteri mereka dan pilihan yang ada adalah berkahwin dengan wanita tempatan. Tambahan pula, masyarakat Melayu umumnya amat terbuka dalam memilih kaum imigran Muslim sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka (menantu). Tambahan lagi, kekayaan yang dimiliki oleh kaum imigran ini secara tidak langsung memberikan peluang untuk mereka mengahwini kaum kerabat diraja. Misalnya, Kapitan Kling sendiri telah mengahwini Tengku Mahiran iaitu kerabat diraja

Kedah iaitu Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1797) lalu mengembangkan keturunan mereka di Pulau Pinang kini iaitu keluarga Merican.6 Perkahwinan ini kemudiannya tersebar luas dalam kalangan rakyat biasa khususnya di Kedah dan Pulau Pinang lalu mengakibatkan masyarakat ini dengan mudah terbentuk dan berkembang dalam lapis sosial di Pulau Pinang .
4

Ooi Keat Gin,2012, Perkembangan Pulau Pinang Sebagai Pelabuhan Kosmopolitan, Ooi Keat Gin(ed), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 8788
5

Haji Mohd Yusoff Latiff, 2010, Peranan Jawi Peranakan Dalam Kegiatan Politik Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.hlm 98. 6 Azrul Affandy Sobry, Misteri Etnik: Kapitan Keling Pengasas Masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang, Berita Harian, 10 Mei 2005

Seorang pengkaji iaitu Omar Yusoff pula berpendapat bahawa ciri fizikal golongan Jawi Peranakan ini ialah: Rupa mereka seperti orang India tetapi tidaklah seperti India sangat. Ada sedikit kemelayuan dan nampak lebih cantik daripada anak mami India Muslim. 7

Mereka turut dicirikan melalui tempat tinggal mereka iaitu menetap di Pulau Pinang serta negeri-negeri selat iaitu Singapura dan Melaka. Mereka akhirnya membentuk suatu masyarakat baru di Pulau Mutiara ini. Masyarakat Jawi Peranakan ini dikatakan telah datang ke Pulau Pinang sebaik-baik sahaja Pulau Pinang dibuka oleh Kapten Light dan kemudian negeri ini dijadikan sebagai pelabuhan bebas oleh pihak Inggeris. 8 Dasar pintu terbuka yang menjadi polisi kerajaan British telah menarik minat Jawi Peranakan yang berasal dari Kedah untuk turut menjalankan perniagaan di Pulau Pinang dan melihat kedatangan British di Pulau Pinang adalah suatu keuntungan. Ada juga pihak yang menyatakan bahawa kedatangan Jawi Peranakan dari Kedah telah mula berlaku sejak abad ke-17.9

Isu Ekonomi
Isu tentang ekonomi merupakan sesuatu hal yang utama dalam pembentukan sebuah masyarakat termasuklah di Pulau Pinang. Pulau Pinang sejak kurun ke 19 merupakan tumpuan utama bagi kedatangan imigran dari India dan China. Kedatangan mereka ke Asia Tenggara umumnya dan Pulau Pinang khasnya lebih bercorak kan ekonomi serta keadaan negatif di dalam negara asal masing-masing. Perkara ini khususnya menjadi lebih mudah apabila pihak penjajah khususnya British di Tanah Melayu turut menggalakkan mereka untuk sampai ke Tanah Melayu melalui sistem sistem buruh seperti sistem kongsi, kang ani,
7 8

Azrul Affandy Sobri, Jawi Peranakan Kuasai Bidang Perniagaan , Berita Harian, 9 Mei 2005 Omar Yusoff dan Noriah Mohammad, Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada Abad ke-21, Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation Omar Yusoff & Noriah Mohamed 28(2) (2010): 63 82. Hlm 66 9 Ibid .

kontrak dan sebagainya.10 Dari perspektif Pulau Pinang, kedatangan imigran asing sudah berlangsung sejak awal kurun ke 19 lagi serta telah membentuk suatu masyarakat dan kebudayaan baru kepada Pulau Pinang. Malah, mereka turut meninggalkan mercu tanda utama yang menjadi kebanggaan masyarakat di Pulau Pinang. Misalnya, menurut Izreen Muadz, Lebuh Aceh merupakan hasil usaha daripada seorang Arab iaitu Syed Hussain Aidid yang merupakan seorang Arab yang berasal dari Aceh dan mempunyai susur galur keturunan dengan pemerintah Aceh. Beliau merupakan pedagang rempah dan memperoleh bekalan dari Aceh. 11 Dalam masa sama, golongan imigran turut membentuk suatu mercu tanda iaitu Masjid Kapitan Keling yang diasaskan oleh Cauder Marican Noordin dari India pada 1801 menggunakan tanah wakaf yang sekarang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling di tengahtengah Bandar raya Georgetown kini. 12 Keadaan ini menunjukkan bahawa seawal kurun ke 19 lagi para pedagang dan golongan imigran Muslim khususnya telah memainkan peranan utama dalam ekonomi Pulau Pinang dan seterusnya telah mencorakkan budaya baru dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang. Golongan imigran ini terus memainkan peranan mereka dalam bidang ekonomi dan melalui hubungan erat dengan British mereka telah membentuk kuasa ekonomi mereka sepanjang kurun ke 19 sehingga pihak British turut melihat golongan imigran awal ini dalam menguatkan ekonomi Pulau Pinang itu sendiri. Malah, British sendiri pernah meminta

bantuan golongan ini dalam menghadapi krisis-krisis kewangan yang mengancam kedudukan British di Pulau Pinang. Misalnya, pada Julai 1815, British Authorities of Penang pernah

10

Azmah Abdul Manaf,2000. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Publication and Distributors Sdn Bhd, hlm 130 11 Izrin Muaz Md Adnan, A History of The Acheen Street Malay Enclave from Oral History Accounts, JMBRAS, Vol.85, Part 1(2012)pp1-44, hlm 1-2
12

Izrin Muaz Md Adnan, A History of The Acheen Street Malay Enclave from Oral History Accounts , JMBRAS, Vol.85, Part 1(2012)pp1-44, hlm 1-2

memohon bantuan Syed Hussain Aidid sebanyak 50000 dolar Sepanyol dengan kadar faedah sebanyak dua belas peratus setahun.13 Namun begitu, menjelang kurun ke dua puluh, keadaan mulai berubah apabila golongan immigrant bukan Islam khususnya dari China dan India mulai bertambah dengan pesat ekoran daripada dasar perdagangan British yang telah memesatkan lagi perkembangan penduduk dan kedatangan imigran asing khususnya daripada China, India dan Eropah. Keadaan ini berubah di mana imigran bukan Islam bersaing dengan imigran Islam dalam soal ekonomi dan keadaan ini pastinya membimbangkan golongan imigran Islam ini. Dalam memperincikan perkara ini, Syed Syeikh Al Hadi yang merupakan peranakan ArabMinangkabau di Pulau Pinang dalam membicarakan isu ini berpendapat bahawa orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang telah dihimpit daripada pelbagai aspek ekonomi dan sosial serta tidak mempunyai sebuah kepimpinan elit tradisi seperti negara-negara Melayu lain di Tanah Melayu.14 Kepimpinan elit Melayu adalah penting sebagai pengimbang kepada dasar dan keputusan yang dibuat oleh British. Keadaan ini diburukkan lagi oleh jumlah masyarakat Melayu yang tidak begitu ramai berbanding kaum bukan Melayu di Pulau Pinang menjelang awal kurun ke 20. 15 Selain itu, angka yang tidak memihak bagi kaum Melayu ini turut dikesan sejak tahun 1830an lagi. Jumlah penduduk Melayu di kawasan Pulau Pinang adalah sekitar 16435 orang berbanding jumlah kaum imigran sebanyak 23772 orang daripada jumlah keseluruhan penduduk Pulau Pinang pada waktu tersebut seramai 40,207 orang. Hal ini pastinya membimbangkan dan bagi kaum imigran Muslim- Jawi peranakan khususnya. Golongan peniaga secara dasarnya turut merasakan kebimbangan yang dirasakan oleh Syed

13 14

Ibid MD Salleh Mohd Ghaus, Pergerakan Politik Melayu Pulau Pinang Sebelum 1945 , Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia 1977/1978, hlm 144-145. 15 Ibid

Syeikh Al Hadi kerana ia merupakan ancaman kepada survival kehidupan dan ekonomi mereka di Pulau Pinang itu sendiri. 16 Menyedari hakikat itu, para pedagang imigran Muslim- Jawi Peranakan khususnya telah cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang tidak begitu memihak kepada mereka. Kesedaran bahawa golongan imigran Muslim Pulau Pinang antara tempoh 19001940 adalah kelompok minoriti, akan berlaku secara kasarnya terdapat perubahan pada marga budaya bagi membentuk asimilasi dengan penduduk tempatan khususnya kaum Melayu. 17Asimilasi adalah suatu keadaan di mana masyarakat minoriti telah dibudayakan dan diserapkan di dalam budaya masyarakat majoriti dalam sesebuah wilayah atau negara. Perkembangan ini khususnya akan menjadi lebih mudah sekiranya wujud persamaan dari aspek agama ataupun rumpun yang sama. Misalnya, agama Buddha di Thailand telah membuatkan kaum China di Thailand lebih mudah menerima budaya tempatan dan menanggalkan identiti kecinaan mereka sehingga tidak timbul perbezaan ketara peribumi dan kaum cina di Thailand.18 Tetapi, asimilasi juga turut terjadi apabila berlakunya kemerdekaan dalam sesebuah negara bangsa khususnya di Asia Tenggara. Seperti Indonesia, kerajaan Indonesia telah membuat ketetapan kepada kaum bukan peribumi khususnya kaum China di Indonesia pada 1949 untuk menerima kerakyatan Indonesia atau China serta mengubah jati diri asal sesuatu kaum sehingga menghilangkan sebahagian besar budaya asal nenek moyang mereka. 19 Namun begitu, bagi kaum imigran-Muslim Jawi Peranakan, proses menjadi Melayu dan pengasimilasian berlaku secara berperingkat dan perlahan dengan cuba

16

Ooi Keat Gin, Perkembangan Pulau Pinang Sebagai Pelabuhan Kosmopolitan, dalam Ooi Keat Gin(ed), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 97 17 Ibid 18 Wan Abdul Halim,Othman, 1989, Asas Hubungan Etnik, Kuala Lumpur: Yayasan Nurul Yaqeen, hlm 13. 19 Ibid

mendekatkan diri dan menyesuaikan diri dengan budaya Melayu di mana mereka secara rela menggugurkan ciri-ciri peranakan mereka dan menjadi Melayu di Pulau Pinang.20 Dalam keadaan inilah golongan imigran Muslim-Jawi Peranakan telah mengasimilasikan diri mereka terhadap kebudayaan rantau Melayu Tanjung serta menjadi pejuang bagi kaum Melayu di Pulau Pinang dengan membangkitkan isu-isu Melayu melalui penerbitan yang dimonopoli oleh mereka bagi penerbitan akhbar Melayu dalam era awal kurun kedua puluh. Dalam menjustifikasikan hal ini, Abdul Rahman Haji Ismail berpendapat bahawa pembahagian Melayu boleh dilihat daripada tiga aspek utama iaitu bangsa keturunan, kebudayaan dan bangsa Melayu politik.21 Dalam aspek ini, kaum imigran Melayu dikatakan telah mengubah status mereka menjadi Melayu. Misalnya, Istilah Jawi Peranakan yang digunakan oleh pentadbir British terhadap masyarakat campuran imigran Muslim ini mulai pudar dan semakin jarang digunakan bagi merujuk kepada golongan tersebut. Misalnya, pada tahun 1911, semakin jarang ibu bapa mendaftarkan diri mereka sebagai jawi peranakan yang merujuk kepada imigran Muslim yang berada di Pulau Pinang dan menjalankan kegiatan ekonomi sejak kurun ke 19 lagi sebaliknya lebih rela mendaftarkan diri sebagai Melayu.22 Tambahan pula, bagi British mereka khususnya memberikan banyak keistimewaan kepada kaum Melayu di Pulau Pinang daripada aspek pendidikan, agama dan sebagainya atas dasar untuk memastikan kebergantungan kaum Melayu ke atas mereka ( British). Dasar British ini khususnya adalah untuk mengawal kaum Melayu agar tidak memberontak terhadap British dan British menggalakkan kedatangan orang Cina dan India bagi kepentingan ekonomi

20

Omar Yusoff dan Noriah Mohammad, Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada Abad ke-21, Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation Omar Yusoff & Noriah Mohamed 28(2) (2010): 63 82, hlm 75. 21 Abdul Rahman Haji Ismail, 2006, Bangsa: Ke arah Ketepatan Makna Dalam Membicarakan Nasionalisme Melayu, Abdul Rahman Haji Ismail.et.al (ed) Nasionalisme di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah , Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 6-7 22 Omar Yusoff, 2010, Sejarah Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti , Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 7

mereka lantas kaum Melayu Pulau Pinang melihat British sebagai penting bagi melindungi kepentingan Melayu di Pulau Pinang. 23 Tindakan British secara khusus telah dimanipulasikan secara bijak oleh golongan imigran Muslim Jawi Peranakan bagi melindungi hak mereka secara lebih baik dengan masuk ke dalam marga Melayu dan menjadi Melayu. Secara berevolusi, masyarakat ini akhirnya meninggalkan banyak kebudayaan asal dan menjadi Melayu. Proses ini adalah mudah kerana budaya Melayu adalah bersifat fleksibel serta mudah diamalkan oleh masyarakat lain lantas akhirnya ciri hidup Melayu subur dalam diri masyarakat imigran Muslim di Pulau Pinang secara jangka masa panjang.24 Lantas akhirnya menjadi Melayu secara budaya dan akhirnya keturunan dalam jangka masa panjang.25 Tetapi, sungguhpun telah menukar marga mereka kepada Melayu, tetapi, mereka secara asasnya bersifat selektif dalam memilih akan sifat dan perwatakan mereka dalam masyarakat. Dari sudut ekonomi, mereka lebih kelihatan seperti golongan peranakan Imigran Muslim dengan melibatkan diri dalam persatuan persatuan perdagangan yang akan memberikan hak penjagaan ke atas ekonomi. Misalnya, pada tahun 1922, menerusi akhbar The Straits Times pada 22 Ogos telah mencatatkan bahawa mereka telah menghantar memorandum kepada pihak British agar cukai pendapatan yang dikenakan oleh British semasa Perang Dunia Pertama di hapuskan kerana peperangan sudah berakhir.26 Menariknya, mereka menggelakkan diri sebagai Persatuan Pedagang India Muslim yang membuktikan bahawa mereka khususnya bersifat selektif dalam mengimbangkan antara keperluan menjadi Melayu dan kepentingan ekonomi. 27 Tetapi, apabila perkara yang

23 24

Ibid Abdul Rahman Haji Ismail, 2006, Bangsa: Ke arah Ketepatan Makna Dalam Membicarakan Nasionalisme Melayu, Abdul Rahman Haji Ismail.et.al (ed) Nasionalisme di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah , Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 6-7
25 26

Ibid The Straits Times, 22 Ogos 1922 27 Ibid

berkaitan dengan sikap negatif kaum Melayu, mereka sebaliknya akan kekal dalam kebanggaan mereka kepada keturunan Arab atau India Muslim mereka. Gambaran terhadap Melayu pada tempoh itu (1900-1940) adalah digambarkan secara negatif khususnya di Pulau Pinang. Masyarakat Melayu di Pulau Pinang dianggap sebagai sebuah masyarakat feudal yang tinggal di luar bandar , pemalas, miskin dan pastinya timbul kontradiksi dengan golongan peranakan yang tinggal di perkotaan di Georgetown khususnya.28 Tetapi dalam soal politik mereka bersifat seperti Melayu dengan melibatkan diri dalam persatuan sosial yang melibatkan kepentingan kaum Melayu seperti Persatuan Melayu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 1927 bagi melindungi masyarakat Melayu Pulau Pinang dalam menghadapi kemelut sosial, ekonomi dan politik daripada ancaman kaum bukan peribumi yang mendominasi Pulau Pinang pada dekad 1900an sehingga 1940. 29 Persoalan lain yang turut melingkari kedudukan kaum Muslim imigran dan peranakan Pulau Pinang adalah tentang kemerosotan perniagaan dalam kalangan masyarakat Islam di Pulau Pinang antara tahun 1900 sehingga menjelang pendudukan Jepun pada 1941. Persoalan ini sungguhpun tidak begitu meruncing serta tidak melibatkan para peniaga Muslim

golongan imigran dan peranakan tetapi isu ini tetap menjadi suatu yang hal berlaku semasa tempoh tersebut. Sebahagian kes turut melibatkan perbalahan antara waris perniagaan dan kegagalan pihak terlibat khususnya waris perniagaan dalam menguruskan harta dan perniagaan warisan keluarga sejak turun temurun.30 Keadaan ini dilihat agak terpencil dan tidak mencerminkan keadaan yang menyeluruh dalam kalangan masyarakat imigran MuslimJawi peranakan di Penang. Antaranya adalah dalam The Straits Times bertarikh
28

16

Omar Yusoff, 2010, Sejarah Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti , Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 10
29

Laman Web Rasmi Persatuan Melayu Pulau Pinang, http://www.pemenang.org.my/sejarah/sejarah.html tarikh akses 29 November 2012, jam 1.20 pagi. 30 Ibid

10

November 1925 telah dicatatkan bahawa selepas kematian M.M Noordin pada 1923, ada sebahagian estet beliau telah dijual kepada pihak lain iaitu Mr Lim Cheng Teik. The Straits Times yang memetik dari Straits Echo menyebutkan bahawa: The Penang Gazette hears that the three large properties belonging to the estate of Mahomed Noordin and knows as marble hall at the corner of Kelawai Road, Pangkor Road and Burmah Road with an acreages 722,000 sq ft Babington Estates, situated Perak Road an acreage of over 440,000 sq ft and also Suffolk House at Aier Hitam Road, which had acreage of over million sq ft, have been sold to Mr Lim Cheng Teik.31

Dalam masa yang sama, keadaan yang serupa turut dihadapi oleh Mahomed Ariff yang meninggal dunia pada tahun 1917 di mana kekayaan beliau turut merosot apabila beliau meninggal dunia dan keturunan beliau gagal dalam mempertahankan kekayaan beliau. The Singapore Free Press dalam suatu makalah bertarikh 21 Julai 1917 menyebutkan bahawa: The Straits Echo understands that Mr Lim Chin Guan has purchased for 58,500$ The teluk Remiss Coconut Estates, property of The late Mahomed Ariff.32

Namun begitu, kekangan ini secara asasnya tidak menggambarkan keadaan semasa dalam kalangan masyarakat imigran Muslim- Jawi Peranakan secara keseluruhan kerana

masyarakat peranakan khususnya mempunyai mekanisme sendiri dalam membangunkan diri mereka sungguhpun menghadapi masalah seperti itu. Sikap mereka banyak dicirikan oleh faktor kehidupan dan pengalaman hidup serta budaya perniagaan dalam kalangan mereka. Dalam hal ini, menunjukkan bahawa sungguhpun terdapat dalam kalangan peranakan menghadapi kemerosotan perniagaan, mereka mampu mengatasinya dengan cara yang berbeza.33 Misalnya, salah seorang keturunan mereka iaitu Omar Merican Noordin iaitu anak kepada M.M Noordin telah berjaya menubuhkan penternakan kuda di Kuala Lumpur dan
31 32

The Straits Times, 16 November 1925, page 8 The Singapore Free Press, 21 July 1917, page 7 33 Omar Yusoff, 2010, Sejarah Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 8

11

merupakan pemain kuda pertama bagi kaum peribumi di Tanah Melayu. Beliau telah keluar dari Pulau Pinang dan pergi ke Singapura dan Kuala Lumpur hingga berjaya menjadi

pengusaha ternakan kuda terpenting di Malaysia sehinggalah kematian beliau pada 1980.34 Dalam masa sama, keturunan peranakan juga turut mengambil inisiatif atas kelemahan perniagaan dengan menceburi bidang lain. Keadaan pada 1940an khususnya memberikan gambaran bahawa golongan peranakan mulai terlibat dalam bidang lain dan bersifat selektif dalam memilih kerjaya dan tidak bersifat fokus pada perniagaan. 35 Misalnya, anak - anak A.P Sultan Mydin J.P iaitu saudagar kain terkenal di Pulau Pinang pada kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 memilih bidang lain sebagai pilihan selepas gagal mempertahankan warisan perniagaan kain mereka.36 Misalnya, S.M Zainul Abidin iaitu anak A.P Sultan Mydin dan Puan Tangcima yang dilahirkan pada 1898 telah menjadi pendidik terkenal dan nama beliau telah diabadikan sebagai pendidik terkemuka di Pulau Pinang. Keadaan ini sebenarnya banyak didorong oleh perkembangan sistem pendidikan Pulau Pinang yang dianggap sudah moden sejak awal kurun ke 19. Penubuhan Penang Free School pada 1816 di Pulau Pinang menunjukkan bahawa Pulau Pinang sudah mempunyai suatu sistem pendidikan model aliran Inggeris dan Melayu semasa negeri-negeri lain dilihat masih lagi dikongkong dan mengamalkan sistem pendidikan tradisional seperti sistem pendidikan pondok dan masjid. 37 Golongan ini khususnya mempunyai peluang yang banyak dalam pendidikan kerana hubungan baik dengan British sejak awal kurun ke 19 sejak zaman Cauder Mohidden atau Kapitan Kling dan berterusan sehingga kurun ke 20 serta pergaulan mereka dengan kaum Eropah dan bangsa lain. Dengan kemampuan kewangan yang dimiliki kerana ibu bapa
34

Temu bual oleh Muhamamd Syukri Bin Abu Samad dan Siti Amirah Binti Abdullah dengan Aladdin Merican Noordin, anak O.M Noordin di Scotland Villas, Jalan Batu Gantung,11000, Pulau Pinang pada 5 Oktober 2012. 35 Ibid 36 Zainul Aziz ,2010, Pengisahan Riwayat Hidup Haji S.M Zainul Abiddin B.A.J.M.N. J.P, Kuala Lumpur: Dimensi Eksklusif, hlm 12 37 Ibid

12

golongan imigran Muslim-Jawi Peranakan ini adalah golongan peniaga yang pastinya berkemampuan dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan keterbukaan mereka dalam menerima pendidikan Inggeris yang dilihat sangat penting dalam membantu pembentukan kerjaya dan sosial dalam kalangan mereka.38 Oleh sebab itulah, sejak 1920an ramai dalam kalangan mereka menceburi bidang profesional seperti guru, peguam kerana kelayakan yang dimiliki. Misalnya, Dr Muhammad Ariff merupakan anak peranakan pertama menjadi doktor di Tanah Melayu lantas akhirnya sungguhpun sebahagian mereka gagal dalam mempertahankan kedudukan perniagaan mereka tetapi mereka mampu mengatasinya dengan sikap terbuka dan kebijaksanaan dalam mengatasi kemelut yang melanda mereka dalam suasana metropolitan di Pulau Pinang pada kurun ke 20.39

Kesimpulan
Makalah ini telah menerangkan secara ringkas tentang golongan jawi peranakan imigran Muslim dalam sudut permasalahan ekonomi dan cara mereka bagi mengatasi masalah tersebut. Golongan yang unik dalam sejarah Pulau Pinang ini khususnya telah berjaya mengatasi masalah-masalah mereka dengan cara yang bijak seperti masuk ke dalam marga bangsa Melayu dan menggunakan pendidikan mereka bagi mengatasi kekangan tersebut. Jelaslah bahawa, masyarakat ini adalah sebuah masyarakat yang berjaya mengimbangkan diri dalam suasana metropolitan Georgetown yang rencam ini bagi memastikan kepentingan mereka terpelihara. Mereka terus kekal dalam survival kehidupan dan berjaya mengekalkan pengaruh mereka di Pulau Pinang itu sendiri. dalam

38

Azmi Iskandar Merican, 2010, Keluarga Merican: Keturunan Berdarah Campuran, Jawi Peranankan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Omar yusoff dan Jamaluddin Aziz (ed), Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 35. 39 .Laman Web Rasmi Persatuan Melayu Pulau Pinang, http://www.pemenang.org.my/sejarah/sejarah.html tarikh akses 29 November 2012, jam 1.20 pagi

13

Bibliografi
Abdul Rahman Haji Ismail, Bangsa: Ke arah Ketepatan Makna Dalam Membicarakan Nasionalisme Melayu, Abdul Rahman Haji Ismail.et.al (ed) Nasionalisme di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia,2006. Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Publication and Distributors Sdn Bhd,2000. Azmi Iskandar Merican, Keluarga Merican: Keturunan Berdarah Campuran, dalam Jawi Peranankan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Omar yusoff dan Jamaluddin Aziz (ed), Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.2010. Haji Mohd Yusoff Latiff, Peranan Jawi Peranakan Dalam Kegiatan Politik Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.2010 Izrin Muaz Md Adnan, A History of The Acheen Street Malay Enclave from Oral History Accounts, JMBRAS, Vol.85, Part 1(2012)pp1-44. Mahani Musa, Sejarah Awal: Pulau Pinang Sebelum 1786,Muhammad Haji Salleh,(ed) Sejarah Awal Pulau Pinang, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, 2008. MD Salleh Mohd Ghaus, Pergerakan Politik Melayu Pulau Pinang Sebelum 1945, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia 1977/1978. Omar Yusoff dan Noriah Mohammad, Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada Abad ke-21, Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 28(2) (2010): 63 82. Omar Yusoff, Sejarah Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia,2010. Ooi Keat Gin, Perkembangan Pulau Pinang Sebagai Pelabuhan Kosmopolitan, Ooi Keat Gin(ed), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, 2012 Wan Abdul Halim Othman, Asas Hubungan Etnik, Kuala Lumpur: Yayasan Nurul Yaqeen, 1989. Zainul Aziz, Pengisahan Riwayat Hidup Haji S.M Zainul Abiddin B.A.J.M.N. J.P, Kuala Lumpur: Dimensi Eksklusif, 2010.

14

Surat Khabar
Azrul Affandy Sobri, Jawi Peranakan Kuasai Bidang Perniagaan, Berita Harian, 9 Mei 2005 Azrul Affandy Sobry, Misteri Etnik: Kapitan Keling pengasas masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang, Berita Harian, 10 Mei 2005 The Singapore Free Press, 21 July 1917. The Straits Times, 4 May 1922. The Straits Times, 14 November 1923. The Straits Times, 18 August 1925 The Straits Times, 16 November 1925.

Laman Web
Badriyah Haji Salleh, Trade and Traders: Economy and Cultures between South India and the West Coast of Peninsular Malaysia: Special Focus on Kedah and Penang, http://www.thinkcity.com.my/penangstory/images/stories/images/badriyah-haji-sallehtradeand-traders-edited-2nov.pdf tarikh akses 7 Disember 2012, Jam 2.48 am.
Khoo Salma Nasution, Tamil Muslims in the Penang Port,1900-1940, http://www.thinkcity.com.my/penangstory/images/stories/images/khootamil-muslims-in-the-penangport-abridged.pdf tarikh akses 7 Disember 2012, Jam 1.48 am. Laman Melayu Pulau Pinang, http://www.pemenang.org.my/sejarah/sejarah.html tarikh akses 29 November 2012, jam 1.20 pagi. Web Rasmi Persatuan

Temu bual
Temu bual oleh Muhamamd Syukri Bin Abu Samad dan Siti Amirah Binti Abdullah dengan Aladdin Merican Noordin, anak bongsu O.M Noordin di Scotland Villas, Jalan Batu Gantung, 11000, Pulau Pinang pada 5 Oktober 2012

15