NEGARA
KOTA A FAMOSA
A Famosa
Merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
Menara Petronas
Direka oleh jurubina Csar Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan. Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia. Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche. Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.[12] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas keduadua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.[13] Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.
BANGUNAN CONDONG
Dataran Helang
Merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal Lang adalah sama atau dikata singkatan helang manakala kawi bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Masjid Kristal
Merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelanconganTaman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Perasmian Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersamasama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
Pembinaan Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak
TUGU NEGARA
Tugu Negara
Dikenali sebagai Tugu Negara Malaysiadisiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (19141918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpurberhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon.
PERDANA PUTRA
Perdana Putra
Merupakan bangunan pejabat Perdana Menteri yang terletak kira-kira 50meter dari aras laut mengadap tasik Putrajaya. Ia mempunyai bangunan berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil membentuk mercu tanda di Putrajaya. Pembinaan bermula pada tahun 1997 dan disiapkan pada awal 1999. Bangunan ini pertama kali diduduki pada April 1999 selepas kesemua seksyen Jabatan Perdana Menteri berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Perdana Putra merupakan bangunan pejabat Perdana Menteri yang terletak kira-kira 50meter dari aras laut mengadap tasik Putrajaya. Ia mempunyai bangunan berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil membentuk mercu tanda di Putrajaya.
Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar rayaKuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.
BIL 1. 2.
3.
4. 5. 7. 8. 9. 10. 11.
12.
13. 14.
MOHAMAD SYAFIQ