Anda di halaman 1dari 7

1.

Pengenalan

Pendidikan merupakan bidang yang sangat penting bagi setiap negara, kerana pendidikan merupakan suatu proses yang dapat menghasilkan perubahan,

perkembangan , kemampuan seseorang dalam membuktikan rasa percaya diri serta sikap dan tingkah laku yang inovatif dan kuantitatif. Pendidikan sememangnya diselenggara berdasarkan proses yang matang , mantap, jelas, lengkap dan menyeluruh dengan mempersiapkan pelajar untuk tujuan kehidupan yang nyata melalui bimbingan dan latihan sehingga mampu melaksanakan peranan dan tanggungjawab pada masa akan datang. Belajar merupakan suatu proses yang kompleks kerana dipengaruhi oleh banyak hal. Apabila hal-hal yang mempengaruhi ini tidak diperhatikan , maka akan mengakibatkan pelajar mengalami kesulitan dalam pembelajarannya. Semua kesulitan yang dihadapi oleh pelajar ini akan mengakibatkan rendahnya prestasi mereka bahkan mereka mampu gagal dalam pembelajaran. Di setiap sekolah pastinya kita dapat melihat pelajar-pelajar berprestasi rendah, pelajapelajar tersebut pastinya mempunyai kesulitan dalam pembelajaran

2.0

Sebab pelajar berprestasi rendah

Pelajar yang lemah akan mengalami kesulitan dan kepayahan dalam menghadapi sistem pendidikan disekolah dan situasi ini sangat meruncingkan pelbagai pihak. Masalah dan punca pelajar berprestasi rendah inilah yang membuatkan sistem pendidikan tidak dapat mencapai matlamat dan kehendak secara berkesan dan ini secara tidak langsung mengganggu proses perkembangan pelajar dan menggagalkan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Kebanyakan pelajar yang bermasalah ini rata-ratanya terdiri daripada mereka yang kurang aktif di dalam kelas dan malas untuk menyertai sebarang aktiviti ilmiah yang dijalankan disekolah dan maka dengan itulah wujudnya kelompok-kelompok pelajar yang tidak berkembang dengan baik.

2.1

Pendidikan Ibu Bapa

Terdapat banyak sebab kenapa pelajar pada hari ini mempunyai prestasi yang rendah. Sebab yang pertama adalah kurangnya perhatian dan pendidikan daripada ibu bapa. Kesibukan dalam kerjaya dan keghairahan mencari kemewahan membuatkan ibu bapa mengabaikan kasih sayang yang patut diberikan kepada anak-anak mereka. Isu ketidakprihatinan ibu bapa ini mungkin disebabkan tahap pendidikan anak mereka yang lemah sehingga mereka tidak memandang berat akan isu pendidikan anak mereka. Ramai ibu bapa yang menyedari kelemahan anak mereka tetapi tidak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul, ibu bapa juga hanya mengharapkan pihak sekolah untuk mengubah hidup anak mereka walhal perubahan sikap itu perlu dilaksanakan bersama-sama. Disamping itu juga, taraf pendidikan ibu bapa yang rendah akan menyebabkan mereka tidak tahu dan kurang pengetahuan tentang cara menangani anak-anak mereka yang berprestasi rendah. Mereka hanya percaya sekolah akan melaksanakan sesuatu untuk kebaikan anak mereka. Aspek pendidikan ibu bapa inilah yang mengakibatkan prestasi pelajar berada pada tahap yang rendah.

2.2

Masalah Kemiskinan Keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli

peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas, dan keperluan harian. Ada juga keluarga kurang berkemampuan yang mengharapkan anak-anak untuk belerja bagi membantu keluarga. Keluarga yang miskin juga kurang mampu menyediakan rumah yang selesa untuk seisi keluarga menyebabkan suasana tidak kondusif untuk belajar. Menurut perangkaan Kementrian Pembangunan Wanita dan Keluarga, sebanyak 7.5 peratus penduduk Malaysia adalah di bawah paras kemiskinan. Kajian universiti Malaya ( Leong Yin Ching 1990 ) tentang faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar mendapati bahawa status sosioekonomi merupakan faktor utama bagi menentukan kejayaan seseorang pelajar terutama pada peringkatan rendah dan menengah. Kajian ini juga menjelaskan bahawa sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi sikap pelajar terhadap aspirasi, motivasi, konsep diri, dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum. Hubungan kemiskinan dengan pencapaian dikaitkan juga dengan kesan negative terhadap perkembangan minda. Kesan ini termasuk food deprivation yang mempengaruhi konsentrasi dan perkembangan

minda . Kekurangan nutrient dan zat mempengaruhi pembesaran dan pembelajaran anak-anak. Kekurangan stimulasi akan mengakibatkan kekurangan motivasi untuk belajar dan melambatkan perkembangan kognitif, tingkah laku, sikap kendiri, pencapaian akademik dan kehadiran ke sekolah juga turut terjejas.

2.3

Masalah rumah tangga

Pelajar yang berprestasi rendah juga disebabkan oleh masalah rumah tangga yang dihadapi. Rumah tangga yang kucar kacir dan mengalami keruntuhan seperti penceraian, poligami, dan ibu bapa tidak tinggal serumah menyebabkan keruntuhan akhlak dan menyebabkan gangguan terhadap perkembangan nilai, sikap dan akademik seseorang pelajar . Apabila berlaku penceraian, tanggungjawab memelihara anak selalunya diserahkan kepada datuk atau nenek dan ini menyebabkan kurangnya kemesraan dan komunikasi berkesan antara anak dan ibu bapa. Masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa akan memberikan impak negatif kepada anak mereka, kebanyakan remaja pada hari ini melakukan gejala sosial tanpa batasan seperti ponteng kelas, gejala buli, pengambilan dadah dan seumpanya . Kesan daripada masalah rumah tangga yang dihadapi dan gejala sosial dalam kalangan pelajar inilah yang akan menyebabkan perkembangan kognitif pelajar secara ilmiah tidak berkembang dan mereka menjadi tercicir dalam pelajaran. 2.4 Persekitaran sekolah

Persekitaran sekolah juga turut mempengaruhi prestasi seseorang pelajar. Persekitaran sekolah yang tidak kondusif dan terdedah kepada aktiviti sosial yang tidak terkawal akan menyebabkan pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap perkembangan akademik mereka. Aktiviti sosial yang dibawa ke sekolah seperti ponteng kelas atau datang kesekolah tetapi tidak masuk ke kelas akan menyebabkan pelajar tercicir daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, nahtijahnya, pelajar-pelajar ini akan mengalami kemerosotan dalam pencapaian akademik seterusnya akan menjadikan mereka pelajar yang berprestasi rendah. Persekitaran sekolah yang tidak kondusif seperti tidak mempunyai kemudahan yang cukup menyebabkan pelajar kurang berminat untuk menunutut ilmu dan minda

mereka juga tidak dirangsang oleh apa-apa dan ini akan menyebabkan perkembangan prestasi pelajar tidak berlaku. 3.0 Implikasi pelajar berprestasi rendah terhadap diri

Pelajar yang mempunyai prestasi yang rendah turut mempengaruhi dan memberikan impak kepada diri, sekolah, keluarga dan negara. Kesan yang berlaku kepada diri pelajar dapat dilihat daripada perkembangan diri pelajar tersebut. Apabila berlaku penurunan tahap prestasi pelajar, maka dengan itu perkembangan akademik juga menurun dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada markah akademik seseorang pelajar tersebut. Seorang pelajar yang lemah dan memiliki prestasi rendah menunjukkan sikap pasif di dalam kelas dan tidak begitu memberikan perhatian yang baik di dalam kelas, maka dengan itu, perkembangan sikap, keyakinan diri, kepekaan terhadap alam sekeliling dan memanfaatkannya tidak dapat diserap ke dalam diri pelajar. Prestasi rendah yang melanda pelajar lemah akan membuat mereka disisih rakan-rakan sekeliling dan ini secara tidak langsung berlakunya konflik dalam kepada mereka. Konflik dalam ini yang akan mempengaruhi minat mereka terhadap pelajaran.

3.1

Implikasi terhadap masyarakat

Kelemahan dan kemerosotan yang berlaku kepada pelajar yang lemah dan berprestasi rendah turut memberikan impak dan kesan kepada aspek kemasyarakatan . Pelajar yang bermasalah atau berprestasi rendah akan menyebabkan ramainya golongan berpengatahuan rendah dalam masyarakat. Pelajar yang mempunyai prestasi yang sangat rendah memerikan kesan kepada kemajuan sesebuah masyarakat, Contohnya pelajar berprestasi rendah banyak berasal daripada masyarakat melayu, maka dengan itu, kemunduran masyarakat melayu dalam aspek pendidikan akan berlaku, begitu juga dengan tahap kemajuan dam pembangunan modal insan masyarakat melayu juga turut terjejas dan akhirnya masyarakat melayu gagal melahirkan produk yang mampu menjadi tunggak dan harapan di masa kelak. Masyarakat akan memandang serong kepada pelajar yang mempunyai prestasi rendah dan mengaitkan mereka sebagai pencetus terhadap berlakunya masalah sosial seharian. Lantas pandangan dan tanggapan serong inilah yang akan mendorong

mereka yang mempunyai tahap inteletual yang rendah ini untuk terus melakukan perkara-perkara negatif . Pelajar berprestasi rendah ini juga akan menghalang

wujudnya perpaduan dalam masyarakat. Perpaduan yang digarap akan terjejas dengan adanya golongan berprestasi rendah kerana mereka rata-ratanya melakukan kes jenayah dan masalah sosial, maka mereka akan mempengaruhi kepercayaan masyarakat sekeliling. Contohnya, pelajar berprestasi rendah kebanyakannya lahir daripada masyarkat cina, dan ini sudah tentu perpaduan akan terjejas dimana masyarakat melayu dan india enggan memupuk semangat perpaduan yang ada.

3.3

Implikasi terhadap keluarga

Keruntuhan institusi kekeluargaan merupakan masalah yang berlaku disebabkan oleh pelajar berprestasi rendah. Runtuhnya institusi keluarga adalah kerana kelemahan yang berlaku daripada kedua ibu bapa itu sendiri. Kegagalan mereka mendidik anak-anak telah menyebabkan prestasi anak mereka kurang baik dalam akademik . Salah menyalahi dan menunding jari di antara satu dengan yang lain sememangnya tidak akan dapat menyelesaikan masalah malah menyebabkan pergaduhan dan pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Lahirnya seorang anak yang berprestasi rendah dan lemah dalam pelajaran akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandang serong oleh masyarakat lain. Masyarakat akan menunding jari dan membuat andaian negatif kepada kepimpinan yang ditunjukkan di dalam keluarga tersebut kerana gagal mendidik anak mereka menjadi baik, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan timbulnya isu perkauman . Sesungguhnya pelajar berprestasi rendah memberikan kesan negatif terhadap aspek kekeluargaan.

3.4

Implikasi terhadap Negara

Implikasi utama terhadap negara jika wujudnya pelajar berprestasi rendah ialah negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada amsa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan Negara akan terbantu dan keadaan sosioekonomi Negara menjadi lembap kerana wujudnya pelajar berprestasi rendah. Ini kerana golongan pelajar yang lemah ini rata-ratanya lebih suka menghabiskan masa remaja mereka dengan melakukan gejala sosial. Perkara ini menjadikan kadar

jenayah dalam negara meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial sekaligus meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Contoh yang paling ketara ialah perbelanjaan kerajaan menguruskan penagih-penagih dadah di pusat-pusat serenti serta perbelanjaan kerajaan untuk membaik pulih kemudahan awam yang disebabkan oleh perbuatan vandalism .Pelajar yang mempunyai prestasi yang rendah dan lemah akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang masuk kedalam negara. Dan, kesan paling utama ialah golongan berprestasi rendah ini akan mengalami keruntuhan akhlak ekoran keupayaan untuk menangkis pengaruh tersebut tidak dapat diserap dalam diri mereka.

4.0

Peranan sekolah, keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam menghadapi karenah pelajar yang berprestasi rendah dan lemah disekolah, sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan prestasi pelajar berkembang pada tahap yang sepatutnya. Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran berkesan didalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah ditetapkan. Guru-guru juga seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Maka dengan itu,

kecenderungan pelajar mempunyai prestasi yang rendah akan dapat dikurangkan dengan melaksanan cara seperti ini. Peranan keluarga juga sangat penting dalam membantu mengurangkan peratusan pelajar yang berprestasi rendah. Keluarga haruslah bekerjasama memantau perkembangan akademik anak-anak mereka dengan mengadakan perbincangan bersama anak-anak, memotivasikan anak-anak,

mewujudkan perpustakaan mini, ataupun membuat jadual belajar yang proaktif kepada anak-anak mereka yang berprestasi rendah. Keluarga juga perlu mencurahkan kasih sayang yang cukup kepada anak-anak supaya kes kekurangan kasih sayang dalam kalangan anak-anak tidak berlaku seterusnya akan menghindarkan kes kemalasan yang akan mengganggu perkembangan prestasi anak-anak. Peranan

masyarakat dalam membantu megurangkan pelajar yang berprestasi rendah adalah dengan menghakis sikap pentingkan diri sendiri, suka menyalahkan pihak lain dan tidak bertolak ansur. Masyarakat pada masa kini perlu bekerjasama dalam membantu

pelajar yang berprestasi rendah yang mana rata-ratanya menyumbang kepada gejala sosial. Masyarakat perlu melaporkan kes ponteng sekolah, kes vandalism dan penagihan dadah yang melibatkan remaja yang lemah. Jika kerjasama ini diwujudkan , maka pelajar-pelajar akan kurang melakukan perkara sedemikian. Akhir sekali adalah peranan kerajaan dimana tampuk pemerintah perlu mempergiatkan dan memperbaiki ssstem pendidikan yang sedia ada dan mengkaji secara menyeluruh supaya mampu menarik pelajar lemah ini untuk menuntut ilmu dengan sebaik mungkin. Kerajaan juga perlu mempergiatkan bengkel-bengkel kemahiran supaya golongan berprestasi rendah ini tidak tercicir dalam pencarian pekerjaan. Had kelayakan kemasukan ke IPTA dan IPTS perlu dipertimbangkan agar pelajar-pelajar yang gagal menembusi saringan yang dibuat tidak menganggur dikemudian hari.

5.0

Kesimpulan

Secara literal dan konseptualnya, cabaran dalam menghadapi pelajar yang mempunyai prsetasi yang rendah sememangnya sangat banyak dan perlu dihadapi dengan usaha dan langkah yang berkesan. Oleh hal yang demikian, peranan pelbagai pihak perlu digarap supaya masalah ini diselesaikan sebaik mungkin. Guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Institusi kekeluargaan juga perlu menjadi pemain yang penting dalam menentukan hala tuju perkembangan prestasi anak-anak mereka. Kelompok masyarakat juga harus rajin bekerjasama dan menyemai sifat toleransi agar tidak wujud masyarakat yang pentingkan diris sendiri. Tampuk kepimpinan juga perlu menilai semula usaha dan usul yang dilaksanakan selaras dengan keupayaan pelajar supaya tidak wujud golongan yang tercicir.

Anda mungkin juga menyukai