Anda di halaman 1dari 3

Meningkatkan kekuatan otot kaki dalam sukan lompat jauh menggunakan program intervensi permainan tradisional merupakan tajuk

kajian yang telah saya jalankan pada semester ini. Seperti yang kita tahu, pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan matapelajaran yang dibina khusus bagi meningkatkan tahap pertumbuhan dan kecergasan murid yang optimum dimana setiap murid akan dibimbing untuk mempraktik dan dinilai mengenai tahap penguasaan kemahirankemahiran penting seperti gerak badan, berlari, melompat dan sebagainya. Rathus 1998 telah membahagikan beberapa kemahiran mengikut peringkat umur kanak-kanak dan menurut beliau, kanak-kanak yang berumur 6 tahun boleh mempelbagaikan aktiviti apabila mereka sudah mampu untuk melakukan pergerakan melompat dan memanjat. Namun begitu, ketika menjalani sesi praktikum yang lalu, saya dapati terdapat beberapa kemahiran yang masih belum dikuasai oleh murid dengan baik. antaranya kemahiran di dalam sukan lompat jauh. Ini kerana melompat merupakan satu pergerakan yang sukar dimana ia memerlukan kemahiran koordinasi motor yang kompleks antara bahagian atas dan bawah badan pelaku seperti mana yang telah dikatakan oleh gallahue, goran dan largo. oleh yang demikian, kajian ini berkaitan dengan aktiviti lompat jauh dan program intervensi yang dipilih. Dalam proses pngajaran dan pembelajaran lompat jauh, saya dapati terdapat beberapa orang murid tidak memperolehi jarak lompatan yang baik. Setelah diperhatikan dengan lebih terpirinci, masalah utama yang dihadapi oleh murid adalah ketika melakukan lonjakan pada papan lonjak dimana lonjakan yang dilakukan tidak begitu kuat untuk mendapat lonjakan yang tinggi juteru memperolehi jarak lompatan yang baik. Fasa lonjakan merupakan fasa yang paling singkat dari segi jangka masa perlakuan dan ini menyebabkan kebanyakan guru tidak menitik beratkan fasa ini dalam proses pnp sedangkan ia amat mempengaruhi hasil jarak lompatan yang dilakukan. Hal ini telah dikatakan juga oleh Clifford Larkins 2003. Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menetapkan satu objektif am dan 4 objektif khusus. Objektif am kajian ini adalah Meningkatkan kekuatan kaki peserta kajian supaya dapat melakukan lonjakan dengan baik dalam sukan lompat jauh menggunakan program intervensi permainan tradisional. Objektif khusus yang pertama ialah Meningkatkan kekuatan otot kaki untuk melakukan lonjakan dalam sukan lompat jauh menggunakan intervensi permainan tradisional. Meningkatkan penguasaan kemahiran melonjak dalam lompat jauh menggunakan intervensi permainan tradisional.. Meningkatkan teknik pergerakan badan ketika melonjak menggunakan program intervensi permainan tradisional.. Membantu murid meningkatkan kekuatan otot kaki dengan aktiviti yang menyeronokkan melalui permainan tradisional. Bagi menjawab objktif berikut, saya telah menyenaraikan 4 soalah kajian iaitu yg pertama.. saya juga telah melakukan tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yang berkaitan dengan kajian ini. Antara kajian yang telah diambil sebagai panduan adalah yang pertama, seyfart et al 2000 yang mengatakan bahawakedua adalah kajian oleh..ketiga.. Oleh itu, kesemua dapatan dari kajian-kajian ini telah membuktikan bahawa untuk mendapat jarak lompatan yang baik, kekuatan otot kaki amat penting. Kekuatan otot boleh ditingkatkan melalui program intervensi permainan tradisional dan dapatan ini juga selari dengan kajian yang telah saya jalankan.

Seramai 5 orang murid telah dipilih untuk menjalani intervensi dalam kajian ini. kesemua murid terdiri dari murid perempuan dari kelas tahun 5 dimana tidak dapat melakukan kemahiran melonjak dengan baik dalam sukan lompat jauh. Saya telah memilih model kurt lewin sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini kerana model ini amat sesuai dengan kajian yang dijalankan ini. Terdapat 4 perigkat dalam model ini iaitu yang pertama..model ini boleh terdiri dari beberapa lingkaran, tetapi hanya satu lingkaran sahaja dilakukan sepanjang saya menjalankan kajian ini. saya juga telah merujuk kepada model pembelajaran motor Fitts dan Posner yang telah diperkenalkan pada tahun 1957. Saya telah memilih 3 jenis permainan tradisional sebagai intervensi dalam kajian ini iaitu yang pertama permainan lompat ketingting. Berikut adalah jadual perlaksanaan latihan sepanjang tempoh sesi intervensi. Program intervensi telah dijalankan selama 6 minggu dimana dua sesi dijalankan pada setiap minggu.. Saya telah menggunakan 3 instrumen dalam kajian ini iaitu pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Graf menunjukkan data yang dikumpul dari pemerhatian yang dibuat. Setiap graf menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Murid 1 dan 5 mendapat skor tertinggi selepas intervensi diberi dimana mereka mendapat skor penuh 100% bagi setiap aspek yang dinilai manakala murid 3 dan 4 masing-masing mendapat skor sebanyak 78%. Murid 2 pula mendapat skor yang paling sedikit iaitu sebanyak 67%. Ini menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan dimana jumlah keseluruhan skor adalah 85% berbanding hanya 33% sebelum intervensi dijalankan. Graf ini pula menunjukkan data yang dikumpul hasil dari kaedah temubual yang dijalankan keatas peserta kajian. Terdapat 6 soalan yang ditanya kepada mereka. Hasil dapatan menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 70% selepas intervensi dijalankan dimana skor yang diperolehi adalah 93%. Kaedah ketiga dalam pengumpulan data yang dibuat adalah menggunakan kaedah analisis dokumen. Saya telah menggunakan gambar pergerakan sampel dalam melakukan aktiviti lompat jauh dari daripada gambar yang diambil, penngkatan yang berlaku dapat dilihat dengan lebih jelas. Perlakuan, ketinggian lonjakan dan juga jarak lompatn dapat dilihat dengan lebih jelas melalui kaedah ini. grafmenunjukkan berlaku peningkatan yang baik antara sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Disini boleh lihat skor merah sebelum intervensi dijalankan dan biru skor selepas intervensi dijalankan. Setelah intervensi dijalankan selama 6 minggu, hasil dapatan jelas membuktikan bahawa Program intervensi ini jelas dapat membantu murid dalam meningkatkan kekuatan otot kaki dalam melakukan kemahiran melonjak dalam sukan lompat jauh. Dapatan kedua adalah Berlaku peningkatan penguasaan kemahiran dalam melakukan lonjakan selepas menjalani program intervensi permainan tradisional. Dari segi teknik dapat saya membuat kesimpulan bahawa Berlaku peningkatan dari segi teknik pergerakan badan yang diperlukan dalam kemahiran melonjak. Intervensi ini juga jelas dapat Membantu peserta kajian melakukan aktiviti latihan kekuatan otot dengan lebih seronok apabila dilakukan dalam bentuk permainan. murid juga mula berminat untuk bermain permainan tradisional setelah mereka mengetahui bahawa permainan dapat membantu mereka dalam lompat jauh dan ini merupakan dapatan baru dalam kajian ini. oleh yang demkian, hasil dapatan jelas membuktikan bahawa kesemua objektif yang telah saya tetapkan telah terjawab.

Setelah menjalankan kajian ini, dapat saya rumuskan bahawa Intervensi ini jelas dapat membantu murid dalam meningkatkan kekuatan otot kaki justeru menguasai kemahiran melonjak dalam sukan lompat jauh secara tidak langsung telah menjawab objektif am kajian ini. Kaedah pengajaran juga dapat dipelbagai dan menjadi lebih menarik kerana kaedah ini menggunakan pendekatan dari segi bermain dimana pembelajaran akan berlaku dengan lebih baik seperti yang telah dikatakan oleh Parham dan fazio 2008. Aktiviti ini juga Dapat membantu murid melakukan aktiviti dengan lebih seronok dan dapat menarik minat murid. Namun begitu Terdapat beberapa kekurangan dalam penguasaan kekuatan otot disebabkan oleh sampel terdiri dari murid perempuan. Saya juga telah merujuk beberapa buah jurnal dan ada pendapat yang mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai tahap kemahiran motor yang berbeza dimana kanak-kanak perempuan lebih baik pada pergerakan dan fleksibiliti badannya seperti keseimbangan, menari dan gimnastik manakala kanak-kanak lelaki pula lebih baik pada kekuatan dan ketangkasan seperti yang dikatakan oleh Tanner pada tahun 1970 dan juga Cratty 1997. Oleh itu, saya bercadang agar kajian ini dijalankan pada masa yang akan datang dengan tempoh masa intervensi yang lebih panjang agar pencapaian murid dapat ditingkatkan dengan lebih baik. Sekian, terima kasih. Linthorne, Guzman dan Bridgett (2005) mereka mendapati bahawa ketinggian semasa fasa lonjakan mempengaruhi hasil jarak lompat jauh yang diingini. Clifford Lankins (1990) the long jump is composed of four distinct but continuousphases: an approach run, a takeoff, a flight, and a landing.

Anda mungkin juga menyukai