Anda di halaman 1dari 61

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ZT1032 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


TAJUK: TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI
SEMESTER 1 SESI 2008/2009
KUMPULAN 2 (DKG126H) PBJJ FPI (SYARIAH)
PENSYARAH: USTAZ NASRUDDIN BIN YUNOS

i
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah (S.W.T), selawat dan salam buat
junjungan besar Baginda Nabi Muhammad ( S.A.W ), kaum keluarga Baginda seterusnya
kepada mereka yang menyeru kepada jalan yang benar dan berpegang teguh dengan
Sunnah Rasulullah sehingga ke hari perhitungan.
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan terutamanya kepada al-Fadhil Ustaz Nasruddin
bin Yunos, selaku pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang banyak memberi
nasihat dan tunjuk ajar serta sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menyumbangkan
pandangan, teguran, bimbingan sehingga kajian ini dapat disempurnakan.
Sekalung terima kasih juga tidak dilupakan kepada sahabat handai dan rakan
seperjuangan kami yang telah banyak memberikan sumbangan idea dan dorongan kepada
kami bagi menyelesaikan tugasan ini. Dengan bantuan dan kerjasama daripada rakan
sekumpulan kami ini dapat memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian tugasan yang
telah diberikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat.
Ribuan terima kasih juga kepada pihak perpustakaan Perpustakaan Negara serta semua
kakitangan perpustakaan yang turut membantu dalam mendapatkan maklumat kajian dan
rujukan bagi kajian ini.
Akhir kata, jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam
menghuraikan setiap ulasan. Harapan kami agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat
membantu memberi kefahaman yang jelas berkaitan isu telefon bimbit menghakis
nilai, khususnya kepada pelajar-pelajar dan masyarakat amnya. Sesungguhnya segala
yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang kurang itu datangnya
daripada kelemahan diri kami sendiri. Semoga usaha yang sekecil ini diberi
keberkatan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah..
Sekian, terima kasih.

ii
KANDUNGAN
Halaman
PENGHARGAAN
i
KANDUNGAN
ii
BAB SATU: PENDAHULUAN
1.1
Latar Belakang Masalah
1
1.2
Persoalan Kajian
2
1.3
Objektif Kajian
3
1.4
Hipotesis Kajian
3
1.5
Skop Kajian
5
BAB DUA: KAJIAN LAPANGAN
2.1
Pengenalan
6
2.2
Kaedah Kajian

6
2.3
Objektif Kajian Soal Selidik
6

iii
2.4
Proses Perjalanan Soal Selidik 2.4.1 2.4.2 Penyediaan Borang Borang Soal Selidik
2.4.2.1 Bahagian A 2.4.2.2 Bahagian B 2.4.3 2.4.4 Pengumpulan Data Soal Selidik
Penyediaan Data Set
6 7 7 7 8 8 9
2.5
Kesimpulan
9
BAB TIGA: SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA
3.1 3.2
Pengenalan Telefon SejarahPenciptaan Telefon 3.2.1 Pembangunan Awal
10 10 11 12 13 14
3.3 3.4 3.5
Pengenalan Telefon Bimbit Kebaikan Telefon Bimbit Keburukan Telefon Bimbit\
BAB 4: LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 4.2
Maklumat Kajian Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik 4.2.1 4.2.2 Bahagian A
(Latar Belakang Responden) Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian) 4.2.2.1 Sosial
4.2.2.2 Ekonomi 4.2.2.3 Politik
17 18 18 23 23 26 29 32
4.3
Kesimpulan
BAB 5: RUMUSAN DAN PENUTUP
5.1 5.2
Rumusan Pendapar Responden
33 35

iv
5.3
Saranan
36
RUJUKAN
38
LAMPIRAN Lampiran A : Borang Kaji Selidik 40

1 BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Latar Belakang Masalah
Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan
sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesen pengkalan yang
dikenali sebagai tapak sel. Ia turut memiliki fungsi tambahan seperti telefon,
Telefon bimbit masa kini mampu membuat perkhidmatan GSM dan ciri tambahan, seperti
khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi
capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan
Khidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service MMS) bagi menghantar
dan menerima gambar dan LP[;video. Kebanyakan telefon mudah alih berhubung dengan
jaringan selular pada stesen pengkalan yang kemudiannya berhubung dengan jaringan
telefon suis awam (public switched telephone network PSTN).1
Seperti yang kita tahu bahawa pengguna telefon bimbit makin bertambah dari tahun
ke tahun. Pelbagai masalah telah berlaku akibat disalahgunakan. Baru-baru ini,
sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara
aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata
Malaysia. Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan
lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku. Rakaman video
yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara
baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala, dada akhbar turut
mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan
sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini.2
1 2
http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit Yeo Li Shian. 2008. Jenayah
Telefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.

2 Oleh yang demikian, Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa wajib
menjauhi segala perbuatan mungkar dan mendekatkan diri dengan perkara kebaikan.
Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing
menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana
sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari
kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. Al-Baqarah (2): 148
Para pengkaji memilih tajuk ini kerana masih terdapat ramai masyarakat masa kini,
terutamanya remaja kurang kesedaran tentang bahaya telefon bimbit dalam
mempengaruhi sikap dan tindak tanduk mereka jika disalahgunakan. Ibu bapa
merupakan pihak pertama yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini dari
awal lagi. Tanpa perhatian yang sewajarnya, maka perkara yang sedemikian boleh
berlaku terhadap anak-anak mereka.
1.2
Persoalan Kajian
Dalam membuat kajian ini, para pengkaji akan menjelaskan beberapa persoalan kajian
berdasarkan beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan telefon bimbit.

3 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 Bagaimanakah sejarah kewujudan telefon di dunia? Apakah
kebaikan dan keburukan menggunakan telefon bimbit? Apakah kesannya terhadap
masyarakat jika telefon bimbit disalahgunakan? Apakah pendapat yang dikemukakan
oleh masyarakat pada masa kini berkaitan telefon bimbit menghakis nilai?
1.3
Objektif Kajian
Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan yang
diinginkan, para pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian. Berikut
adalah:
(a)
Menyingkap kesan dunia tanpa batasan melalui kecanggihan dan kemajuan rangkaian
telefon bimbit.
(b)
Menganalisa
peratus
kesan
positif
dan
negatif
penggunaan
telefon
bimbit yang kini mampu menghakis nilai. (c) Mengupas keberkesanan penggunaan
telefon bimbit dalam arus
pembangunan negara kini. (d) Mewujudkan kesedaran dan melahirkan tindakan bagi
mengatasi
pemasalahan yang timbul.
1.4
Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian bermaksud satu jangkaan awal terhadap sesuatu perkara yang belum
pasti kebenarannya. Ia memainkan peranan penting bagi membantu pengkaji
membuktikan jangkaan-jangkaan awal yang dibuat olehnya adalah benar. Oleh itu, di
dalam kajian ini, para pengkaji telah menyenaraikan beberapa hipotesis awal.

4 Melalui kesan terhadap nilai sosial masyarakat :


1) Telefon bimbit memainkan peranan yang besar di dalam mempengaruhi kehidupan
masyarakat. 2) Peratusan yang sedikit terhadap penggunaan telefon bimbit untuk
beramal jariah berbanding untuk perkara yang tidak berfaedah. 3) Kebanyakan rakyat
di Malaysia berpendapat bahawa telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan
akhlak pada masa kini.
Melalui kesan terhadap nilai ekonomi seseorang individu :
1) Telefon bimbit dapat mempengaruhi ekonomi seseorang individu sehingga ianya
perlu diutamakan berbanding keperluan yang lain seperti hutang, sebagai simpanan
dan lain-lain. 2) Menggunakan telefon bimbit tidak dapat membantu dalam penjimatan
kos sara hidup, malah ianya akan menjadi bebanan kepada pengguna.
Melalui kesan terhadap nilai politik negara :
1) Penggunaan telefon bimbit juga membabitkan nilai politik sehingga boleh
menjatuhkan kredibiliti seorang ahli politik. 2) Telefon bimbit juga boleh memberi
kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihanraya. 3) Rata-rata rakyat bersetuju
bahawa maklumat politik negara boleh disebarkan melalui telefon bimbit.

5 1.5 Skop Kajian


Skop kajian dijalankan kepada beberapa skop tertentu supaya tidak bertentangan
dengan objektif asal penyelidikan ini. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk
mengkaji kesan penggunaan telefon bimbit terhadap akhlak dan sikap masyarakat.
Para pengkaji juga membincangkan mengenai langkah-langkah bagi mengatasi masalah
ini.
Bagi memudahkan kajian ini, pengkaji akan membuat soal selidik terhadap responden
dan membuat rujukan dalam akhbar atau majalah. Seterusnya, dengan bantuan semua
ahli kumpulan, para pengkaji akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
berkaitan telefon bimbit supaya memudahkan kajian ini dilakukan.

6 BAB 2
KAJIAN LAPANGAN
2.1
Pengenalan
Penerangan tentang penggunaan telefon bimbit boleh menghakis nilai. Dalam bab ini
pula menjelaskan kaedah yang digunapakai bagi mendapatkan hasil kajian. Bagi
mendapatkan hasil yang dikehendaki, kajian empirikal melalui soal selidik
dijalankan.
2.2
Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan telefon
bimbit adalah melalui borang soal selidik dan sesi temubual ringkas bersama dengan
pengguna-pengguna telefon bimbit.
2.3
Objektif Kajian Soal Selidik
Secara khususnya, soal selidik adalah untuk memperolehi dan mengumpul maklumat
dari pengalaman responden tentang penggunaan telefon bimbit sebagai mewakili
seluruh pengguna telefon bimbit di Malaysia.
2.4
Proses Perjalanan Soal Selidik
Proses perjalanan soal selidik adalah melalui penyediaan borang-borang soal
selidik, pengumpulan data soal selidik dan penyediaan graf. Ini dijelaskan seperti
berikut:

7 2.4.1 Penyediaan Borang


Borang disediakan daripada input kajian literatur. Kemudian, diinterpreastasi
soalan dengan menekankan kesemua objektif kajian. Pecahan setiap soalan dilakukan
agar kajian yang lebih terperinci dan menepati kehendak objektif. Hasil daripada
objektif kemudiannya dituruti kajian literatur dan seterusnya soal selidik
disediakan untuk responden yang terpilih.
2.4.2
Borang Soal Selidik
Soal selidik dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai
terutamanya pengguna telefon bimbit, dimana kesemua adalah dari sekitar kawasan
Lembah Klang. Borang soal selidik disediakan dengan pelbagai persoalan seperti
jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, sektor pekerjaan,
pendapatan bulanan para responden dalam penggunaan telefon bimbit. Soalan-soalan
adalah berdasarkan pilihan jawapan mengikut turutan skala kepentingan menaik.
Soalan-soalan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah Latar
Belakang Responden dan Bahagian B adalah Maklumat Terperinci Kajian.
2.4.2.1 Bahagian A
Latar Belakang Responden, iaitu bahagian ini menyatakan tentang latar belakang
responden dari aspek seperti jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap
pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan para responden dalam penggunaan
telefon bimbit. Melalui latar belakang ini dapat dikaitkan hubungannya dengan
maklumat terperinci kajian tentang pengguna-pengguna telefon bimbit dengan baik.
Ini dapat membantu mengetahui dan memahami dengan jelas bentukbentuk penggunaan
telefon bimbit yang sering digunakan oleh pengguna-pengguna telefon bimbit dan
kesannya dalam aspek kehidupan mereka merangkumi soaial, budaya dan ekonomi.

8 2.4.2.2 Bahagian B
Maklumat Terperinci Kajian pula adalah kebanyakan soalan-soalan disediakan
berserta jawapan yang harus ditanda oleh responden berdasarkan pilihan mereka.
Soalan ini kebanyakannya menjurus kepada penggunaan telefon bimbit yang merangkumi
aspek sosial, ekonomi dan politik yang mana boleh menjurus kepada terhakisnya
nilai ataupun tidak. Penganalisaan penggunaan telefon bimbit yang efektif dapat
dikenalpasti dan telah memenuhi pertimbangan dalam semua aspek yang terlibat.
2.4.3
Pengumpulan Data Soal Selidik
Pengumpulan data dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Data diperolehi daripada kajian yang dilakukan terhadap orang ramai daripada
responden pengguna telefon bimbit. Kawasan kajian adalah sekitar kawasan Lembah
Klang dan borang soal selidik telah diedar secara rawak terdiri daripada daerah
Hulu Langat, Bangi, Serdang, UKM, UPM dan Sepang. Daerah yang dikenalpasti
tersebut menepati ciri-ciri yang
dikehendaki, iaitu corak penggunaan telefon bimbit yang berbeza dengan taraf
hidup, tahap pendidikan, sektor pekerjaan dan pendapatan bulanan penggunapengguna
telefon bimbit.
Hasil daripada penyediaan set borang soal selidik sebanyak 150 salinan yang telah
dihantar kepada responden tersebut, dalam tempoh masa yang diberikan selama empat
minggu, hanya terdapat 100 responden sahaja yang mengembalikan dan memberi jawapan
menepati kehendak soalan. Selebihnya responden menghantar borang tidak lengkap,
tidak mengembalikan semula, berpindah tempat kerja dan lain-lain. Kebanyakan
responden adalah terdiri daripada pekerja sektor awam, terutamanya guru. Ini
adalah kerana guru merupakan golongan atau pihak yang banyak terdedah dengan
cabaran yang

9 berhadapan dengan remaja yang mana merupakan aset penting dalam sesebuah
masyarakat yang juga merupakan bakal pemimpin masa akan datang.
2.4.4
Penyediaan Data Set
Penyediaan data set adalah dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan
Microsoft Word . Ini bertujuan untuk menunjukkan keputusan daripada hasil kajian
yang dibuat . Kaedah ini mudah digunakan serta cepat. Pengiraan dibuat secara
automatik dengan memasukkan data yang hendak dianalisis. Keputusan data juga boleh
dibuat dalam bentuk graf, carta pai dan lain-lain. Tambahan pula, data diperoleh
boleh dipelbagaikan cara persembahannya agar lebih menarik dan mudah difahami.
Seterusnya, membolehkan para pengkaji menganalisis daripada graf dan lain-lain
serta membentangkan dengan lebih berkesan.
2.5
Kesimpulan
Data yang dikumpulkan dibuat analisa dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian
dengan objektif yang hendak dicapai. Analisa data terperinci dan perbincangan
hasil analisa dibincangkan dalam bab Keputusan dan Laporan.

10 BAB 3
SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA
3.1
Pengenalan Telefon
Telefon berasal daripada bahasa Yunani tele bermaksud Jauh. Manakala phone pula
bermaksud suara. Ia adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan
menerima bunyi dari segi suara dan percakapan.3 Ia boleh dilakukan pada jarak
dekat, jauh atau secara bebas tanpa wayar.
Menurut Kamus Dewan, telefon ialah alat untuk bercakap dengan orang yang jauh (dgn
menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit). Ia juga bermaksud
percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut. 4Seperti yang kita ketahui,
sebelum alat komunikasi dicipta, manusia pada zaman dahulu meggunakan cara kuno
untuk menyampaikan maklumat dan menyebarkan berita. Antara cara- cara yang
digunakan oleh mereka pada masa itu ialah seperti menulis di dinding- dinding gua,
menyalakan unggun api, kepulan asap, memukul gendang dan mengikat secebis kertas
pada kaki burung merpati.
3.2
Sejarah Penciptaan Telefon5
Sejarah awal terciptanya sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyak
pertikaian dan percanggahan pendapat oleh pihak pihak tertentu yang menuntut hak
paten masing masing. Wujudnya telefon moden sekarang ini adalah hasil sumbangan
dan usaha gigih banyak pihak, yang sepatutnya diberikan pengiktirafan yang
selayaknya.
3 4
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon. Kamus Dewan.
http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=telefon&s
id=3e9cc dd6e72294f7176dfa77174d2af1. 5 http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.

11 3.2.1 Pembangunan Awal6


Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:
(a) 1849 - Antonio Meucci Mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil
telefon kepada orang ramai di Havana.
(b) 1854 - Charles Bourseul Menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break
transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.
(c) 1854 - Meucci Mendemonstrasi telefon elekterik di New York.
(d) 1860 - Johann Philipp Reis
(e) 1860 - Meucci Dijangka ketika itu mendemonstrasi telefon tersebut di Staten
Island. (f) 1861 Reis Berjaya memindahkan suara secara elektrikal dengan jarak
melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat telefon ciptaan Reis.
(g) 1871 - Meeucci Memfailkan satu paten caveat.
(h) 1872 - Elisha Gray Menubuhkan Western Electric Manufactering Company.
6
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.

12 (i) July 1873 - Thomas Alva Edison Menemukan rintangan yang berbeza pada grain
karbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.
(j) 1874 - Gray Mendemonstrasi telefon transmiter cecairnya di Gereja Highland
Park Presbyterian.
(k) 2 June 1875 - Alexander Graham Bell Orang pertama memindahkan suaranya melalui
telefon.
(l) 1 July 1875 - Bell Pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah.
Kedua-dua, transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen
membran yang serupa.
(m) 14 February 1876 - Bell Memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama
beliau. i. Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.
(n) 30 January 1877 - Bell Mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima
elektrodinamik.
3.4
Pengenalan Telefon Bimbit7
Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk
masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang
kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah
berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon
selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon
bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa
7
8. Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. Dewan
Siswa Oktober:

13 peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan


pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini
semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke
semasa.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) pada awal tahun 2006 mendapati bahawa orang Melayu masih kekal sebagai
pengguna telefon bimbit terbanyak. Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Industri
SKMM, Bistamam Siru Abdul Rahman berkata, kajian itu juga mendapati 53.9% pengguna
perkhidmatan itu adalah kaum Melayu, diikuti Cina 32.4%, manakala India serta
Bumiputera Sabah dan sarawak masing-masing 6.5% dan 6.3%. Sebanyak 57.4% pengguna
telefon bimbit ialah lelaki, manakala wanita 42.6% dengan 93.7% daripadanya adalah
rakyat Malaysia, manakala 6.3% melibatkan rakyat asing. Hal ini menunjukkan betapa
besarnya pasaran telekomunikasi di Malaysia, terutamanya penggunaan telefon bimbit
prabayar.
Walaupun pada mulanya kehadiran teknologi telefon bimbit atau lebih dikenali
sebagai telefon selular dianggap sebagai barang mahal yang dapat dimiliki oleh
mereka yang mampu sahaja, tetapi kini, semua orang dapat memiliki telefon bimbit
kerana harganya yang berpatutan.
3.5
Kebaikan Telefon Bimbit8
(a)
Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa
cara :
i. Teknik triangulation : boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit
seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu.
8
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.

14 ii. NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedur bagi pengekalan,
penerimaan, pemeriksaan, analisa dan laporan
berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di
NIST Publication SP800-101.
(b) Tindak balas semasa berlakunya bencana :
i. Menu berinteraksi yang boleh dicapai melalui pelayar Web telefon memberitahu
syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya ii. Perkhidmatan
penyelamat mencadangkan pengembara agar
membawa telefon bimbit dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan
terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cuba
menghubungi stesen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi
dengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas
3.6
Keburukan Telefon Bimbit (a) Telefon bimbit biak Tumor Otak9
i. penyakit ketumbuhan (tumor) itu yang dikenali sebagai akoustik neuroma, iaitu
barah pada sebelah kepala, di mana telefon bimbit selalu diletakkan, meningkat
empat kali ganda sekarang. ii. Akoustik neuroma adalah tumor yang tidak bersifat
barah, berlaku atas saraf yang mempunyai hubungan dengan otak dan bahagian dalam
telinga. iii. Simptom awal paling biasa ialah kehilangan pendengaran tapi apabila
tumor itu semakin membesar, ia akan menolak ke arah tisu
9
2004. Telefon Bimbit Biak Tumor Otak. Berita Harian, 16 Oktober.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumor-otak [29
Mac 2006].

15 otak dan boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan segera.
(b) Ulama Saudi larang nada dering telefon bimbit azan dan ayat al-Quran10 i.
Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci alQuran dijadikan
sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan kesucian Islam.
ii. Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata bahawa perbuatan itu bersifat makruh apalagi
jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada premis
hiburan seperti disko. iii. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata
bahawa memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada dering
itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak nampak tulisan ayat alQuran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas.
(c)
Menjejaskan kualiti air mani11
i. Satu lagi kajian terbaru, di mana kajian ini adalah dari Klinik Cleveland,
Center for Reproductive Medicine, mengatakan bahawa meletakkan telefon bimbit yang
di dalam mod bercakap di dalam poket seluar boleh memberi kesan kepada terjejasnya
kualiti air mani.
ii. Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Ashok Agarwal telah mengambil contoh
air mani dari 32 orang lelaki dan membawanya ke makmal. Setiap contoh itu
diletakkan dalam tiub kon kecil dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan
ujian dan
10
Ulama Saudi larang nada dering telefon bimbit azan, ayat al-Quran.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nada-deringtelefon-bimbit-azanayat-al-quran. [29 Ogos 2006]. 11 CNN.
http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkan-kanserotakpada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma. [24 September 2008].

16 kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan tidak didedahkan kepada


emisi telefon bimbit, tetapi diletakkan dalam keadaan dan suhu yang sama dengan
kumpulan ujian. Air mani kumpulan kawalan diletakkan 2.5 cm dari telefon bimbit
850mhz yang berkeadaan mod bercakap selama 1 jam. Pengkaji-pengkaji itu mengatakan
bahawa 850mhz adalah frekuensi yang biasa terdapat pada telefon bimbit. iii.
Secara keseluruhan, pengkaji-pengkaji mendapati bahawa
penambahan dalam tekanan oxidatif seperti penambahan nyata dalam radikal bebas dan
oksidan dan pengurangan pada antioksidan. Agarwal mengatakan bahawa itu bermakna
pengurangan dalam kualiti air mani tersebut. Secara purata, 85% berlaku penambahan
radikal bebas pada subjek kajian itu dan telah diketahui bahawa radikal bebas
adalah dihubungkait dengan pelbagai penyakit pada manusia termasuklah kanser. iv.
Dalam kajian sebelumnya , Agarwal dan pasukannya itu telah menemui bahawa lelaki
yang menggunakan telefon bimbit lebih dari 4 jam sehari telah nyata menurun
kualiti air maninya berbanding mereka yang menggunakan telefon bimbit kurang dari
4 jam. Laporan tersebut berdasarkan dari data kajian terhadap 361 subjek. v.
Kajian ini tidak semestinya membuatkan anda sudah tidak boleh meletakkan telefon
bimbit anda di dalam poket lagi kerana menurut Agarwal, Kajian kami tidak
mempunyai cukup bukti bagi anda berhenti meletakkan telefon bimbit di dalam poket
anda. Ada banyak perkara lagi yang perlu dibuktikan sebelum kita dapat ke
peringkat itu. katanya.

17 BAB 4
LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1
Maklumat Kajian
Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sejauh mana telefon
bimbit menghakis nilai adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada
150 orang responden. Soalan-soalan ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
bahagian A tentang latar belakang responden dan bahagian B tentang maklumat
terperinci kajian. Di dalam 150 orang responden ini, hanya 100 borang soal selidik
dikembalikan semula. Berikut merupakan pembahagian responden mengikut peringkat
umur mereka:
1- 25 orang responden yang berumur bawah 17 tahun. 2- 25 orang responden yang
berumur sekitar 18 hingga 30 tahun. 3- 25 orang responden yang berumur sekitar 31
hingga 54 tahun. 4- 25 orang responden yang berumur sekitar 55 tahun dan ke atas.
Segala maklumat yang dikehendaki dari para responden telah dibina dalam bentuk
soalan-soalan yang mencakupi beberapa aspek dalam bahagian B. Antaranya aspek
soaial, ekonomi dan politik. Soalan-soalan ini disediakan bertujuan untuk
mengetahui pandangan masyarakat umum terutama pengguna-pengguna telefon bimbit
tentang sejauh mana telefon bimbit boleh menghakis nilai. Berikut merupakan
soalan-soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik yang telah diedarkan
kepada responden berserta dengan laporan yang diterima.

18 4.2 Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI
4.2.1
Bahagian A (Latar Belakang Responden)
1Jantina
60 50 50 40 Jumlah 30 20 10 0 Jantina
Lelaki Perempuan
50
Rajah 4.1
Jumlah Responden Mengikut Jantina
Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 50 orang lelaki dan
50 orang perempuan.

19 2Bangsa
45 40 35 30 25 20 15 10 5 0
40 30 30
India Cina
Jumlah
Bangsa
Rajah 4.2
Jumlah Responden Mengikut Bangsa
Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 40% daripada
golongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India.
3Status Perkahwinan
20
20
60
Rajah 4.3
Jumlah Responden Mengikut Status Perkahwinan

20 Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini,20 orang ialah dari kalangan
berstatus bujang dan bilangan ini sama dengan responden yang berstatus
bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari responden yang telah berkahwin.
4Umur
45 40 35 30 Jumlah 25 20 15 10 5 0 Tahun 10
31-54
40 35
< 17 18-30
15
> 55
Rajah 4.4
Jumlah Responden Mengikut Umur
Laporan: Hasil penyertaan bagi para responden yang mengambil bahagian
soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yang berumur 17 tahun dan
ialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ialah
orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogari ini, manakala mereka
31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka yang berumur 50 tahun
ialah sebanyak 15 orang.

dalam borang
ke bawah
sebanyak 40
yang berumur
ke atas

21 5Tahap Pendidikan
40 35 30 Jumlah 25 20 15 10 5 0 Tahap Pendidikan
DIPLOMA DAN STPM IJAZAH DAN KE ATAS
35 25 20 20
PMR DAN KE BAWAH SPM
Rajah 4.5
Jumlah Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Laporan: Soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada empat ketogari iaitu PMR
dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas. Bagi tahap PMR dan kebawah
ialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma dan STPM ialah sebanyak 20 orang,
manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak 20 orang.
6Pekerjaan
Pekerjaan
Pelajar, 20 Kerajaan, 3 5
Surirumah, 10
Swasta, 35
Rajah 4.6
Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan

22 Laporan: Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah
sebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak
10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang.
7Pendapatan Bulanan
>5001 3001-5000 1501-3000 <1500 Pendapatan Bulanan 0 20 Jumlah 40 60 10 15 25 50
Rajah 4.7
Jumlah Responden Mengikut Pendapatan Bulanan
Laporan: Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4 tahap iaitu 1500 dan
ke bawah iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga 3000 sebanyak 25 orang,3001 hingga
5000 sebanyak 15
orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang.

23 4.2.2 Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian)


Bahagian B ini mengandungi 3 bahagian iaitu aspek Sosial, Ekonomi, dan Politik.
4.3.2.1 Sosial (a) Sejauh manakah telefon bimbit mampu mempengaruhi anda sebagai
pengguna ?
Sedikit Pendapat
10
Sederhana
10
Banyak
80
0
20
40
60 Peratus
80
100
Rajah 4.8
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Pengaruh Terhadap Telefon Bimbit
Laporan: Sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan dengan
penggunaan telefon bimbit banyak
mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula berpendapat penggunaan telefon bimbit
tidak banyak mempengaruhi dan begitu juga yang berpendapat hanya sedikit sahaja
yang mempengaruhi.

24 (b) Pernahkah anda menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal?


80 70 60 Peratus 50 40 30 20 10 0
70
30
Ya Pendapat
Tidak
Rajah 4.9
Jumlah Peratusan Pendapat Responden Yang Pernah Membuat Kegiatan Amal
Laporan:
Sebanyak
70%
dari
kalangan
responden
pernah
menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala 30% lagi tidak.

25 (c) Adakah penggunaan telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak
remaja masa kini?
90 80 70 60 50 40 30 20 10 0
80
Peratus
20 0 Ya Tidak Pendapat Kurang Pasti
Rajah 4.10 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Punca Keruntuhan Akhlak
Laporan: Sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon bimbit menjadi salah satu
punca keruntuhan akhlak remaja masa kini.Tiada respon yang diterima membangkang
soalan ini manakala hanya 20% yang kurang pasti.

26 4.3.2.2 Ekonomi
(a) Pernahkah
anda
mengutamakan
perbelanjaan
yang
berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain?
Tidak 40%
Ya 60%
Rajah 4.11 Jumlah Peratusan Responden Yang Mengutamakan Perbelanjaan Telefon
Bimbit
Laporan:
Sebanyak
60%
dari yang
kalangan
responden telefon
pernah bimbit
mengutamakan
perbelanjaan
berkaitan
berbanding perbelanjaan lain. Manakala 40% yang lain mengatakan tidak.

27 (b) Jika ya, pilih sumber kewangan berikut


66
70 60 50 40 30 20 10 0
Peratus
17
17
Pinjaman pelajaran/biasisw a/pinjaman bank/zakat
Wang poket dari ibubapa/tabung simpanan sendiri
Sumber Kewangan
Rajah 4.12 Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pilihan Sumber Kewangan
Laporan:
Sebanyak
60%
dari yang
kalangan
responden telefon
mengutamakan
perbelanjaan
berkaitan
berbanding perbelanjaan lain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poket
daripada ibubapa/ tabung simpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakan
dari sumber pinjaman pelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari
kalangan responden telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluan
hidup/ melunaskan hutang.
Gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/melunaska n hutang
pernah bimbit

28 (c) Adakah anda berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon bimbit dapat
membantu dalam penjimatan kos sara hidup?
Tidak Membantu Pendapat
20
Kurang pasti
60
Boleh membantu
20
0
20
40 Peratus
60
80
Rajah 4.13 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Dalam Penjimatan Kos Sara Hidup
Laporan: 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon
bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup. 60% lagi kurang pasti
manakala 20% lagi mengatakan tidak.

29 4.3.2.3 Politik
(a) Adakah anda bersetuju kita penggunaan telefon bimbit boleh menjatuhkan
kreadibiliti seseorang ahli politik?
Tidak 40% Ya 60%
Rajah 4.14 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tengtang Telefon Bimbit Menjatuhkan
Ahli Politik
Laporan: 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan telefon bimbit
boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40% lagi mengatakan
tidak.

30 (b) Adakah penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan
sebuah pilihan raya?
100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0
90
Peratus
10
Ya Pendapat
Tidak
Rajah 4.15 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Telefon Bimbit Memberi
Kesan Terhadap Pilihanraya
Laporan:
90% dari responden menyokong bahawa dengan
penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihan
raya,manakala 10% mengatakan tidak

31 (c) Jika ya, apakah kesannya?


70 60 50 Peratus 40 30 20 10 0 Positif Pendapat Negatif
Rajah 4.16 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Kesan Terhadap Pilihanraya
Laporan: Dari 90% yang menyokong, hanya 35% berpendapat ianya memberi kesan
positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya.

32 (d) Adakah anda bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan melalui
telefon bimbit?
70 60 50 Peratus 40 30 20 10 0 Bersetuju Pendapat Tidak Bersetuju 40 60
Rajah 4.17 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Maklumat Politik Disebarkan
Melalui Telefon Bimbit
Laporan: Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara
disebarkan melalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.
4.4
Kesimpulan
Walaubagaimanapun, terdapat juga satu soalan yang mana telah disediakan untuk para
responden tetapi bukan dalam bentuk pilihan jawapan.Soalan ini merupakan soalan
tentang pendapat para responden tentang sejauhmana telefon bimbit ini boleh
menghakis nilai.Rumusan daripada jawapan-jawapan yang diberi akan dijelaskan di
dalam bab Rumusan, Saranan dan Kesimpulan.

33 BAB LIMA
RUMUSAN DAN PENUTUP
4.1.
Rumusan
Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk
masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang
kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah
berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon
selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon
bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa
peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan
pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini
semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke
semasa.
Berdasarkan kepada kajian ini, para responden yang menyertai kajian ini terdiri
dari 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan. Mereka terdiri dari 40% daripada
golongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India. Mereka
terdiri daripada 20 orang dari kalangan berstatus bujang dan bilangan ini sama
dengan responden yang berstatus bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari
responden yang telah berkahwin. Hasil penyertaan bagi para responden yang
mengambil bahagian dalam borang soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yang
berumur 17 tahun dan ke bawah ialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18
hingga 30 tahun ialah sebanyak 40 orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogari
ini, manakala mereka yang berumur 31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka
yang berumur 50 tahun ke atas ialah sebanyak 15 orang.

34 Selain itu, dirumuskan bahawa soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada
empat ketogari iaitu PMR dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas.
Bagi tahap PMR dan kebawah ialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma dan
STPM ialah sebanyak 20 orang, manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak 20
orang. Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah
sebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak
10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang.
Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4 tahap iaitu 1500 dan ke bawah
iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga 3000 sebanyak 25 orang,3001 hingga 5000
sebanyak 15 orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang.
Dari segi sosial, sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan dengan
penggunaan telefon bimbit banyak mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula
berpendapat penggunaan telefon bimbit tidak banyak mempengaruhi dan begitu juga
yang berpendapat hanya sedikit sahaja yang mempengaruhi. Sebanyak 70% dari
kalangan responden pernah menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala
30% lagi tidak. Kemudian, sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon bimbit
menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa kini. Tiada respon yang
diterima membangkang soalan ini manakala hanya 20% yang kurang pasti.
Dari segi ekonomi, sebanyak 60% dari kalangan responden pernah mengutamakan
perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain. Manakala
40% yang lain mengatakan tidak. Sebanyak 60% dari kalangan responden pernah
mengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan
lain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poket daripada ibubapa/ tabung
simpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakan dari sumber pinjaman
pelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari kalangan responden
telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/ melunaskan
hutang. Kemudian, 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa dengan
menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup. 60%
lagi kurang pasti manakala 20% lagi mengatakan tidak.

35 Dari segi politik pula, 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan
telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40%
lagi mengatakan tidak. 90% dari responden menyokong bahawa dengan penggunaan
telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihan
raya,manakala 10% mengatakan tidak. Dari 90% yang menyokong, hanya 35% berpendapat
ianya memberi kesan positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya. Kemudian,
Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan
melalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.
Sebagai kesimpulan, berdasarkan pengamatan terhadap kajian yang telah dijalankan,
masyarakat perlu diberi pendedahan dan kefahaman yang meluas mengenai fungsi
sebenar telefon bimbit dalam melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bertamadun.
Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah ini agar gejala-gejala yang tidak
sihat tidak menular di negara kita yang tercinta. Sehubungan dengan itu, para
pengkaji ingin berkongsi beberapa pandangan dan saranan-saranan berikut.
4.2
Pendapat Responden
Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin menyatakan beberapa pendapat responden
berkaitan telefon bimbit menghakis nilai sesebuah masyarakat.
1.
Dapat memberi kesan yang buruk terhadap remaja seperti penyebaran gambargambar
lucah, mesej-mesej yang boleh mendatangkan pergaduhan atau perbalahan. Penggunaan
telefon bimbit dengan tidak terkawal boleh
menyebabkan pembaziran.
2.
Telefon bimbit boleh memberikan nilai positif dan negatif terhadap remajaremaja
pada masa kini. Ia boleh menyebabkan gejala sosial remaja meningkat dan
menimbulkan pelbagai kegiatan jenayah.

36 3. Telefon bimbit boleh menghakis nilai dengan meminta wang belanja daripada
ibu bapa dan penipuan boleh berlaku. Ia juga boleh meruntuhkan akhlak seseorang
jika bercerita perkara-perkara yang tidak baik. 4. Telefon bimbit juga boleh
merosakkan pemikiran remaja pada masa kini disebabkan terlalu banyak perkhidmatan
hiburan disediakan dalam telefon bimbit sehingga boleh melalaikan. 5. Boleh
menjatuhkan maruah seseorang, terutamanya dalam situasi gosip dan fitnah. Jika
mesej yang disebarkan berbentuk fitnah atau gosip, ia akan memalukan orang yang
difitnah, seterusnya menyebabkan berlakunya
permusuhan dan dendam.
4.3
Saranan
Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin memberikan beberapa saranan kepada
semua pihak, terutamanya remaja agar melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia
agar telefon bimbit tidak menghakis nilai mereka.
1Penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan kesan positif dan negatif, tetapi
penggunaannya di kalangan kanak-kanak adalah tidak digalakkan kerana banyak
perkara negatif akan berlaku jika tidak dikawal oleh ibu bapa.
2Ibu bapa harus memantau segala aktiviti anak mereka, terutamanya penggunaan
telefon bimbit dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan
anakanak.agar gejala sosial tidak berlaku.
3Semua pihak terutamanya kerajaan harus menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk
pengguna telefon bimbit yang dapat memberi faedah kepada mereka dan menyekat
sebarang kegiatan-kegiatan negatif yang melibatkan telefon bimbit.

37 4Pihak kerajaan juga harus mengambil sikap prihatin terhadap para pengguna
telefon bimbit dengan mengadakan kempen dan seminar berkaitan telefon bimbit yang
semakin rancak pertumbuhannya, seterusnya dapat menyedarkan para pengguna.
5Majlis Fatwa Kebangsaan harus mengkaji beberapa fatwa berkaitan salahlaku
penggunaan telefon bimbit yang dapat dikuatkuasakan agar pengguna tidak sewenangwenangnya menggunakan telefon bimbit tanpa memikirkan hukumhakamnya jika
disalahgunakan.
6Ibu bapa juga harus mengajar anak mereka cara penggunaan telefon bimbit yang betul
dan sentiasa memberi nasihat agar anak-anak menggunakannya untuk perkara yang
berfaedah sahaja.
7Pihak penguatkuasa harus sentiasa memantau kegiatan jenayah yang melibatkan
telefon bimbit, terutamanya dalam kes menyebarkan SMS palsu serta memberikan
hukuman dan denda yang setimpal terhadap pesalah tersebut.
Demikianlah beberapa pendapat dan saranan yang dikemukakan untuk memantapkan lagi
kajian ini. Diharapkan kajian ini dapat menambah pengetahuan kepada semua golongan
tentang fungsi sebenar telefon bimbit dalam mewujudkan masyarakat yang berakhlak
mulia. Semoga dengan kefahaman yang jelas dan kesedaran di kalangan anggota
masyarakat dapat mengurangkan permasalahan yang timbul. Akhir sekali, para
pengkaji berharap agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada
kita bersama.

38 RUJUKAN
Internet
http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.
Kamus Dewan. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_ut
ama=telefon&sid=3e9ccdd6e72294f7176dfa77174d2af1.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.
2004.
Telefon
Bimbit
Biak
Tumor
Otak.
Berita
Harian,
16
Oktober.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumorotak [29
Mac 2006].
Ulama
Saudi
larang
nada
dering
telefon
bimbit
azan,
ayat al-Quran.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nadaderingtelefon-bimbit-azan-ayat-al-quran. [29 Ogos 2006].
CNN. http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-bolehmenyebabkankanser-otak-pada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma. 2008]. [24

September
Surat Khabar
Yeo Li Shian. 2008. Jenayah Telefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.

39 Majalah
Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. Dewan
Siswa Oktober:

40 LAMPIRAN A

41

42

43

44

45

46

Anda mungkin juga menyukai