Anda di halaman 1dari 1

Nama : ________________________ Kelas : ________________________ Arahan : Baca dan fahami petikan di bawah. TAJUK : Kepentingan Semangat Kejiranan.

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Selain itu, jiran adalah merujuk kepada ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah seseorang. Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegurmenegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain. Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran. Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap prihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran. Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.