Anda di halaman 1dari 7

2A TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: URUS MASA , KERJA SEMPURNA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini

, murid dapat: 1. menyatakan kepentingan menyediakan jadual waktu belajar 2. menyediakan jadual waktu belajar sendiri 3. menghargai cara menguruskan masa secara sistematik NOTA: 1. Setiap murid pasti mengharapkan kejayaan dalam pelajarannya . 2. Oleh itu , pengurusan masa di rumah amat penting dilakukan dengan baik 3. Jika masa dibuang dengan sia-sia , seseorang murid itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar 4. Dalam mengurus masa di rumah , seseorang murid itu perlu menyediakan jadual aktiviti harian . 5. Dengan adanya jadual aktiviti harian , seseorang murid dapat melakukan semua aktiviti dengan terancang. 6. Dalam penyediaan jadual aktiviti harian , perkara yang penting perlu diutamakan 7. Murid-murid perlu sedar tentang kepentingan pelajaran dalam kehidupannya 8. Oleh itu , murid-murid perlu membahagikan masa yang lebih banyak dengan aktiviti mengulangkaji pelajaran 9. Antara aktiviti yang biasa dilakukan di rumah adalah seperti yang berikut : a) mengulang kaji pelajaran b) membantu ibu c) mengemas bilik tidur d) melakukan aktiviti riadah 10. Semua aktiviti yang ditunjukkan dapat dilakukan dengan baik jika dirancang dengan teliti 11. Sekiranya seseorang murid itu mngutamakan aktiviti yang kurang penting , tentulah akan merugikan masanya . 12. Aktiviti yang semestinya diutamakan ialah aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran 13. Aktiviti pembelajaran semasa di rumah ; a) membuat latihan kerja sekolah b) mengulang kaji pelajaran c) berbincang tajuk yang kurang difahami dengan ibu bapa d) membaca surat khabar dan majalah e) melayari internet JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR Unit 1 TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI UNIT 1: HIDUP BERDISIPLIN Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menjelaskan kepentingan cara mendisiplinkan diri 2. menguruskan diri secara bertanggungjawab 3. berdisiplin dan mempunyai integriti diri NOTA: 1. Disiplin diri ialah keupayaan mengawal diri dan mematuhi tatatertib 2. Seseorang yang berdisiplin mematuhi peraturan yang telah ditetapkan secara foemal atau tidak formal. 3. Kita perlu berdisiplin dalam membentuk sikap yang baik 4. Disiplin diri yang tinggi menjadi asas yang penting untuk mencapai kejayaan 5. Ciri-ciri orang yang berdisiplin ialah dengan mengamalkan : a) budi pekerti b) adab c) peraturan JURULATIH 1B TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: BERADAB AMALAN TERPUJIHasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan adab yang sesuai dalam pelbaagi situasi 2. menggunakan kata-kata sopan dalam pertuturan 3. beradab

semasa berinteraksi NOTA: 1. Adab adalah cara kita menjaga tingkah laku mengikut sesuatu situasi 2. Kita perlu menunjukkan adab yang baik tidak kira di mana berada 3. Orang yang beradab memperlihatkan disiplin diri yang tinggi 4. Sebagai masyarakat timur , kita sememangnya mengamalkan adab-adab yang baik dalam kehidupan seharian kita . 5. Adab-adab ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi , antaranya : a) adab semasa makan b) adab belajar c) adab menziarah 1E TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: BERADAB DI TEMPAT IBADATHasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan peraturan di tempat ibadat 2. berinteraksi secara sopan semasa berada di tempat ibadat 3. menghormati tempat ibadat NOTA: 1. Kita perlu mematuhi dan menghormati tempat ibadat kerana: i) merupakan tuntutan agama masing-masing ii) supaya tidak mengganggu individu yang sedang beribadat iii) ia mencerminkan tingkahlaku terpuji 2. Contoh tempat ibadat: i) Masjid - untuk penganut Islam ii) Tokong - untuk penganut Buddha iii) Kuil - untuk penganut Hindu iv) Gereja - untuk penganut Kristian v) Gurdwara - untuk kaum Sikh 3. Contoh aktiviti yang dijalankan di tempat ibadat ialah: i) masjid - sembahyang/solat , kelas agama , ceramah agama , upacara akad nikah , mengaji al-quran ii) tokong - sembahyang , majlis perkahwinan , Sunday School iii) kuil - majlis perkahwinan , kelas Thewaram , ceramah agama iv) gereja - sembahyang , majlis perkahwinan , Sunday Class . 4. Peraturan di Gurdwara: - membuka kasut sebelum masuk ke Gurdwara - berpakaian sopan dan menutup kepala semasa berada di tempat ibadat - sujud pada 'Guru Granth Sahib' apabila masuk dan sebelum keluar membersihkan tangan sebelum memegang 'Guru Granth Sahib' - Hanya makanan vegetarian dibenarkan dibawa masuk ke Gurdwara.

1d TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: PATUHI PERATURAN Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan peraturan di bilik khas sekolah 2. mengumpulkan peraturan di bilik khas 3. menghormati peraturan di bilik khas NOTA: 1. Peraturan dibuat untuk memberi kemudahan kepada semua pihak 2. Kita perlu mematuhi peraturan walaupun ianya nampak terlalu remeh 3. Mematuhi peraturan sedikit sebanyak dapat membentuk disiplin diri 4. Peraturan yang dibuat bukan bertujuan menyusahkan kita 5. Malah dengan mematuhi peraturan , sesuatu perkara itu akan diuruskan dengan baik. 6. Contoh peraturan yang biasa kita patuhi ialah: a) peraturan menjimat penggunaan air di tandas awam. b) peraturan tudak membuat bising di perpustakaan c) peraturan tidak membuang sampah di merata-rata tempat

1c TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: HIDUP BERDISIPLIN DIRI DIHARGAI Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan cara mendisiplinkan diri 2. mengamalkan hidup yang berdisiplin 3. berbangga dengan disiplin diri Unit 4 TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA UNIT 4: HUBUNGAN KELUARGA KEMBANGAN Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menghuraikan kepentingan menjalinkan hubungan baik dengan anggota keluarga kembangan 2. menjalinkan hubungan yang erat dengan anggota keluarga kembangan 3. bertanggungjawab terhadap anggota keluarga kembangan NOTA: 1. Konsep keluarga kembangan ialah sebuah keluarga yang berkembang daripada keluarga asas. 2. Sekiranya keluarga asas terdiri daripada bapa , ibu dan anak , keluarga kembangan pula terdiri daripada : a) datuk b) nenek c) bapa saudara d) ibu saudara e) sepupu f) ipar g) biras h) cucu i) cicit JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR 4d TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: MASALAH SELESAI HATI GEMBIRA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menjelaskan cara menyelesaikan masalah dengan anggota keluarga kembangan 2. membina hubungan yang erat dengan anggota keluarga kembangan 3. menghargai anggota keluarga kembangan JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

4b TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: PESANAN UNTUK AYAH Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menjelaskan kepentingan meningggalkan pesanan 2. menulis pesanan kepada anggota keluarga 3. bertanggungjawab terhadap anggota keluarga JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR 4a TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: KELUARGA KEMBANGANKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1.

menjelaskan cara menjalinkan hubungan yang baik dengan anggota keluarga kembangan 2. menjalinkan hubungan yang baik dengan anggota keluarga kembangan 3. menghargai hubungan yang erat dikalangan anggota keluarga kembangan NOTA: HUBUNGAN KELUARGA KEMBANGAN: 1. Setiap anggota keluarga kembangan mempunyai pertalian darah antara satu sama lain 2. Hubungan ini membeolehkan setiap anggota keluarga kembangan menjalinkan hubungan yang lebih erat dan gembira 3. Pertalian antara anggota keluarga kembangan dapat ditunjukkan dalam carta salasilah keluarga kembangan yang diberi di bawah: 4. Datuk merupakan bapa kepada ayah atau ibu kita. 5. Nenek pula merupakan ibu kepada bapa atau ibu kita 6. Bapa saudara ialah abang atau adik lelaki kepada bapa atau ibu kita 7. Ibu saudara ialah kakak atau adik perempuan kepada bapa atau ibu kita 8. Ipar merupakan adik beradik kepada suami atau isteri kita. 9. Biras pula merupakan suami atau isteri kepada ipar kita 10. Mertua ialah ibu atau bapa kepada suami atau isteri kita 11. Menantu merupakan isteri atau suami kepada anak kita . 12. Cucu ialah peringkat selepas anak 13. Cicit ialah peringkat selepas cucu Unit 3 TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA UNIT 3: TANGGUNGJAWABKU TERHADAP KELUARGA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menjelaskan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas 2. mengamalkan tatasusila dalam hubungan dengan anggota keluarga asas 3. menghormati dan menghargai ibu bapa dan anggota keluarga asas NOTA: 1. Keluarga asas adalah keluarga yang terdiri daripada bapa , ibu , dan anak . 2. Carta salasilah sebuah keluarga asas adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah: a) Encik Halim ialah suami kepada Puan Ainon dan bapa kepada Amir , Anis dan Asmawi b) Puan Ainon ialah isteri kepada Encik Halim dan ibu kepada Amir , Anis dan Asmawi c) Amir ialah abang kepada Anis dan Asmawi d) Anis ialah adik kepada Amir dan kakak kepada Asmawi e) Asmawi ialah adik kepada Amir dan Anis 3. Setiap anggota keluarga asas mempunyai peranan dan tanggungjawab masing - masing 4. Bapa merupakan ketua dalam keluarga asas 5. Ibu akan membantu bapa memimpin keluarga 6. Anak pula berperanan menghormati dan menyayangi kedua-dua ibu bapa 3d TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: KESOPANAN ASAS KESEJAHTERAAN KELUARGA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan kepentingan menggunakan bahasa yang sopan dengan anggota keluarga asas 2. menggunakan kata-kata yang bertatasusila dengan anggota keluarga asas 3. bersopan terhadap anggota keluarga asas 3c

TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: HORMAT DAN HARGAI ANGGOTA KELUARGA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan kepentingan menghormati dan menghargai anggota keluarga 2. menunjukkan cara menghormati dan menghargai anggota keluarga 3. menghormati dan menghargai anggota keluarga 3e TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: BERSAMA - SAMA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menjelaskan tanggungjawab setiap anggota keluarga asas 2. menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga asas 3. menghargai peranan yang dimaunkan oleh anggota keluarga asas 3b TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: TANGGUNGJAWABKU TERHADAP IBU BAPA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menjelaskan peranan dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya 2. menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak 3. menghargai ibu bapa 3a TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: TANGGUNGJAWAB KELUARGA DIKONGSI BERSAMA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas 2. memainkan peranan sebagai anggota keluarga asas 3. bertanggungjawab terhadap anggota keluarga asas NOTA: Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas: A)BAPA: 1. Antara peranan dan tanggungjawab bapa ialah : a) menjadi ketua dan pemimpin keluarga b) mencari nafkah c) menyediakan tempat tinggal d) menyediakan makanan dan pakaian e) menjaga keselamatan anggota keluarga f) memberi pendidikan kepada anak-anak g) memberi kasih sayang kepada anggota keluarga h) menentukan sebarang keputusan i) mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna j) menjadi contoh yang baik kepada anggota keluarga B) IBU: 1. Ibu berperanan membantu bapa dalam mengurus dan memimpin keluarga 2. Pada masa sekarang , ada ibu yang bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa . 3. Antara peranan dan tanggungjawab ibu ialah : a) menyediakan makanan dan minuman b) menyediakan keperluan untuk anggota keluarga c) memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anggota keluarga d) mendidik dan mengasuh anak e) membantu bapa membuat keputusan yang bijak dalam sesuatu perkara f) berjimat cermat dalam perbelanjaan keluarga g) memastikan keadaan dalam rumah sentiasa bersih h) menjadi contoh yang baik kepada anak - anak C) ANAK: 1. Anak menjadi lambang kebahagaiaan dalam keluarga asas 2. Sebuah keluarga bertambah ceria dan bahagia dengan kelahiran anak 3. Anak turut berperanan dan

bertanggungjawab dalam keluarga asas 4. Antara peranan dan tanggungjawab anakanak : a) menghormati ibu dan bapa b) menolong ibu bapa c) menyayangi ibu bapa d) menjaga nama baik keluarga e) mengadakan hubungan baik dengan anggota keluarga f) belajar dengan bersungguh - sungguh g) mendengar nasihat ibu bapa h) berusaha membahagiakan keluarga Unit 2 TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: MASA AMAT BERHARGA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menghuraikan kepentingan dan cara menguruskan masa 2. menguruskan diri secara bertanggungjawab 3. menghargai masa NOTA: 1. Masa sangat berharga dalam kehidupan setiap individu 2. Orang yang berjaya biasanya amat menghargai masa 3. Sekiranya kita tidak pandai mengurus masa , kita akan ketinggalan dalam mencipta kejayaan 4. Pengurusan masa yang baik amat penting dilakukan 5. Pengurusan masa yang baik membolehkan kita mengutamakan perkara-perkara penting yang patut dilakukan . 2e TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: GUNAKAN MASA SECARA BERHEMAT Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan cara menggunakan masa dengan betul 2. menguruskan masa secara berhemat 3. menghargai masa 2d TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: MANFAATKAN MASA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. mengenal pasti aktiviti yang boleh dijalankan berdasarkan kesesuaian waktu 2. menguruskan masa secara bertanggungjawab 3. mensyukuri masa yang ada 2c TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: BIJAK MENGGUNAKAN MASAHasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan perkara yang boleh dilakukan pada waktu senggang 2. menggunakan masa senggang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah 3. menghargai masa senggang NOTA: PENGURUSAN MASA DI SEKOLAH : 1. Masa yang dihabiskan di sekolah tidak lama seperti masa berada di rumah . 2. Namun begitu , masa yang dihabiskan di sekolah sangat berharga. 3. Selain mengikuti aktiviti pembelajaran , seseorang murid itu boleh melakukan aktiviti lain yang bermanfaat . 4. Oleh itu , pengurusan masa di sekolah juga amatlah penting . 5. Sekiranya murid tidak menggunakan masa dengan baik tentulah ianya akan merugikan 6. Bayangkan seseorang murid tidak hadir ke sekolah dalam beberapa hari , tentu dia akan ketinggalan dalam banyak pelajaran . 7. Selain mengikuti

aktiviti pembelajaran berdasarkan jadual waktu mata pelajaran , murid-murid juga perlu bijak melakukan aktiviti yang berfaedah semasa di sekolah . 8. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti : a) berbincang dengan rakan - rakan sekelas tentang sesuatu topik b) membaca buku di perpustakaan c) bertanyakan kepada guru tentang topik yang kurang difahami d) melayari internet di makmal komputer sekolah e) membuat latihan kerja - kerja sekolah 2b TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: HARGAI MASA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menjelaskan kepentingan menghargai masa 2. menguruskan masa dengan cara yang bijaksana 3. menghargai masa 2a TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: URUS MASA , KERJA SEMPURNA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan kepentingan menyediakan jadual waktu belajar 2. menyediakan jadual waktu belajar sendiri 3. menghargai cara menguruskan masa secara sistematik NOTA: 1. Setiap murid pasti mengharapkan kejayaan dalam pelajarannya . 2. Oleh itu , pengurusan masa di rumah amat penting dilakukan dengan baik 3. Jika masa dibuang dengan sia-sia , seseorang murid itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar 4. Dalam mengurus masa di rumah , seseorang murid itu perlu menyediakan jadual aktiviti harian . 5. Dengan adanya jadual aktiviti harian , seseorang murid dapat melakukan semua aktiviti dengan terancang. 6. Dalam penyediaan jadual aktiviti harian , perkara yang penting perlu diutamakan 7. Murid-murid perlu sedar tentang kepentingan pelajaran dalam kehidupannya 8. Oleh itu , murid-murid perlu membahagikan masa yang lebih banyak dengan aktiviti mengulangkaji pelajaran 9. Antara aktiviti yang biasa dilakukan di rumah adalah seperti yang berikut : a) mengulang kaji pelajaran b) membantu ibu c) mengemas bilik tidur d) melakukan aktiviti riadah 10. Semua aktiviti yang ditunjukkan dapat dilakukan dengan baik jika dirancang dengan teliti 11. Sekiranya seseorang murid itu mngutamakan aktiviti yang kurang penting , tentulah akan merugikan masanya . 12. Aktiviti yang semestinya diutamakan ialah aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran 13. Aktiviti pembelajaran semasa di rumah ; a) membuat latihan kerja sekolah b) mengulang kaji pelajaran c) berbincang tajuk yang kurang difahami dengan ibu bapa d) membaca surat khabar dan majalah e) melayari internet

Anda mungkin juga menyukai