Anda di halaman 1dari 1

Kumpulan Puisi Merindu Alam karya Ihsan Noorzali atau nama sebenarnya Ghazali bin Din merupakan pensyarah

Kesusasteraan Melayu di Univerisiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Buku ini yang diterbitkan pada tahun 2008 merupakan himpunan 124 buah puisi yang kebanyakannya bertemakan tentang pengalaman dan perjalanan hidup beliau, dan juga puisi-puisi ini banyak memfokuskan tentang alam sekitar. Sebagai contoh melalui sajak Bahasa Sehelai Rumput, Burung-burung Damai, Sungai (halaman 120) dan Tangisan Langit Tatkala Sengsara Sungai (halaman 125) begitu jelas memperlihatkan bahawa penyajak merupakan seorang yang cintakan alam dan peka dengan anugerah yang diberikan kepada kita ini. Namun melalui sajak-sajak ini, penyajak telah meluahkan rasa kecewa dan sedihnya dengan sikap masyarakat hari ini yang tidak lagi menghargai keindahan alam sekitar ini. Diharap melalui luahan rasa ini, penyajak dapat menyampaikan mesej betapa pentingnya sikap bertanggungjawab itu tersemat kukuh untuk kepentingan bersama. Buku yang diterbitkan dengan halaman hadapannya diilhamkan dengan pancaran cahaya matahari seakan-akan dari celahan jendela mengambarkan sinar tema-tema sajak yang diangkat dalam karya ini. Buku ini yang boleh didapati di pasaran dengan harga hanyaberhalaman sebanyakDalam masa yang sama juga, buku ini turut menerangkan secara serba ringkas biodata mengenai penyajak dengan sedikit info berkait dengan anugerah dan penghargaan yang telah beliau peroleh malah gambar penyajak juga turut ada pada halaman belakang buku ini. Usaha penerbit ini amat dialukan kerana tidak semua mereka yang membaca sajak-sajak ini mengenali siapa yang telah mengarang sajak berkenaan. Justeru, dengan adanya gambar penyajak, kita secara tidak langsung dapat mengenali penyajak dengan lebih dekat lagi.

Anda mungkin juga menyukai