Anda di halaman 1dari 18

m

NAMA

MOOI WENG HOU A/G

I/C : SEKOLAH :

VICTORIA ISTITUTION

ISI KANDUNGAN

No. 1 2 3

Tajuk Penghargaan Biodata Tugasan Harian Tingkatan Empat - Perpaduan Kaum - Kepentingan Air - Laporan Membersihkan Kedai - Laporan Kitar Semula - Keburukan Merokok - Kepupusan HIdupan Liar - Laporan Menyuburkan Pokok Bunga - Laporan Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah 4 Kerja Amal Tingkatan Empat - Membersihkan Kedai - Mengitar Semula 6 Kerja Amal Tingkatan Lima - Menyuburkan Pokok Bunga - Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah Lampiran

M/S

PENGHARGAAN

Saya Mooi Weng Hou, pelajaR Tingkatan 5 Victoria Institution tahun 2009, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajran Pendidikan Moral Tingkatan 4 dan 5 saya kerana mereka telah banyak memberi nasihat, dorongan dan tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih keapda ibu bapa saya yang banyak membantu dan menyokong saya dari segi moral. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut terlibat dalam projek moral ini. Akhir sekali, saa ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua rakan saya yang telah mendorong saya hingga ke akhir projek moral kerja amal tahun 2008 dan 2009. Sekian, terima kasih.

BIODATA DIRI Photo and IC here

NAMA SEKOLAH A/G JAWATAN

: : : :

MOOI WENG HOU TINGKATAN : VICTORIA INSTITUTION NO. K/P

5 :

PENGERUSI KELAB PING PONG SETIAUSAHA KELAB KARATE-DO

Tugasan Harian Tingkatan Empat Perpaduan Kaum Malaysia merupakan satu-satunya Negara majmuk yang berjaya setakat ini. Hal ini demikian kerana Negara kita berjaya memlihara perpaduan kaum dan kestabilan politik semenjak kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1957. Persoalan kini ialah bagaimana hendak mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpadaun kaum yang terbina hampir setengah abad itu? Memang tidak dapat

dinafikan bahawa kerjaan selama ini amat menitikberatkan soal persoalan. Malah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan masyarakat Malaysia hidup dalam suasana aman damai dan sentosa di bawah bendera Jalur Gemilang, segemilang bendera kebangsaan kita. Antara usaha terawal yang dilaksanakan ialah pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan menyatupadukan semua kanak-kanak sekolah dengan satu system pendidikan ytang seragam yang menggunakan satu bahasa penghantar bersama. Sesungguhnya dasar ini telah memperlihatkan kejayaannya dalam menyatupadukan seluruh rakyat Negara ini buat sekian lamanya. Sistem pendidikan kebangsaan ini telah diperkukhkan lagi oleh Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 yang bermatlamatkan penghasilan manusia yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Walaupun demikian, aspek perpaduan tetap menjadi agenda utama sebagai alat penyatuan semua kaum dalam negara ini. Selain itu, pihka kerjaaan juga telah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tujuannya adalah unsur penyatuan kaum. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah diwajibkan mempelajarinya dengan harapan bahasa ini dapat menjadi lingua franca bagi semua kaum yang mendiami negara ini. Setakat ini, Dasar Bahasa Kebangsaan didapati telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk negara ini. Suatu langkah lagi kerajaan ialah dengan memperluaskan kerjasama politik selepas Tragedi 13 Mei 1969 dengan mewujudkan Barisan Nasional sebagai ganti kepada Parti Perikatan yang tertubuh menjelang kemerdekaan negara. Barisan Nasional merupakan mekanisme yang dapat meraih sokongan daripada segenap lapisan rakyat. Sebagai gagasan yang terdiri daripada 14 parti komponen, Barisan Nasional dapat memenuhi aspirasi rakyat pelbagai kaum. Semangat tolak ansur dan musyarawah menjadi landasan utama untuk menawan hati nurani rakyat bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemajuan dapat berjalan secara berterusan. Sistem berpolitik melalui gagasan Barisan Nasional telah berjaya membawa kejayaan yang membanggakan untuk selama 35 tahun, iaitu semenjak tahun 1974. Perpaduan kaum juga dapat tercapai menerusi penerapan nilai-nilai universal Islam dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Nilai-nilai seperti bertimbang rasa, sikap toleransi, tolak ansur, berprihatin, saling menghormati, jujur, dan ikhlas telah dapat membina sebuah masyarakat yang cintakan keamanan, perdamaian, dan sekali gus dapat membina perpaduan mernetasi semua kaum dan suku kaum di negara ini.

Suatu lagi dasar yang telah menjadi senjata perpaduan ialah Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan serampang dua mata, iaitu untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia agar tiada lagi pengenalan mana-mana etnik mengikut funsi ekonomi. Sehingga ini Dasar Ekonomi Baru telah berjaya menghapuskan kadar kemiskinan penduduk Bumiputera kepada paras 9% pada tahun 2001. Dasar ini seterusnya digantikan oleh Dasar Pembangunan Negara. Matlamat akhir kedua-dua dasar di atas adalah untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini dengan pengagihan kek ekonomi dengan secara lebih adil. Setiap kaum mendapat kuotanya di bawah dasar nasional ini agar pembahgian kekayaan negara dapat dinikmati oleh lebih banyak penduduk. Satu lagi amalan yang digalakkan salah ziarah-menziarahi semasa perayaan kaum-kaum di negara ini. Umpamanya, semasa perayaan hari Raya Aidilfitri, kaum- kaum lain diundang ke majlis Rumah Terbuka kaum Muslim. Begitulah juga sebaliknya, apabila kaum-kaum lain merayakan hari kebesaran masing-masing amalan ini digalakkan untuk mengukuhkan silatulrahim antara kau,. Selain itu, amalan ini dapat menanam sikap menghormati kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan. Matlamat akhirnya adalah untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini. Sesungguhnya amalan ini harus diteruskan demi persefahaman dan kebaikan bersama. Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya mendiskriminasikan kaum yang lain. Saya sedar bahawa menghormati antara satu sama lain dapat mengelakkan pergaduhan. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji untuk menghormati kaum yang lain pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap untuk hidup bersama kaum lain secara aman. Nilai yang terdapat dalam esei ini ialah hidup bersamaa secara aman dan bertanggungjawab.

Tugasan Harian Tingkatan Empat Kepentingan Air Air merupakan keperluan paling utama dalam kehidupan manusia. Sebanyak 60% hingga 75% air terkandungan dalam tubuh manusia. Selain itu, air juga merupakan punca tenaga untuk tujuan pembangunan dan pertumbuhan sekotor industri.

Kepentingan air dalam kehidupan manusia dapat dilihat dari aspek-aspek seperti pelarut dalam badan, ekologi, perindustrian, pelancongan, perikanan dan hidroelektrik. Air merupakan pelarut utama dalam tubuh manusia. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tidak hidup tanpa air walaupun untuk beberapa hari sahaja. Tanpa air, bahan-bahan makanan seperti glukosa, vitamin, asid amino dan garam mineral tidak dapat diangkut ke bahagian-bahagian tubuh manusia, begitu juga bahan kumuhan seperti karbon diosida, urea dan sebatian ammonia tidak dapat disingkirkan tanpa bahan pelarut dalam tubuh manusia. Tanpa air juga, tindakan bioimia tidak boleh berlaku. Hal ini kerana kebanyakan bahan dalam tubuh manusia mesti larut dalam air terlebih dahulu sebelum dapat mengambil bahagian dalam sebarang proses atau tindak balas biokimia. Di samping itu, air juga dapat menetapkan suhu badan manusia melalui proses-proses respirasi, transpirasi (perpeluhan), pembuangan air besar dan kecil. Seorang pakar fisiologi dari California, Amerika Syarikatm iaitu Dr. Howard Flax pernah menyatakan bahawa kekurangan air dalam tubuh manusia boleh menyebabkan plebagai kesan sampingan. Antaranya ialah kandungan lemak menjadi berlebihan, oto menjadi tidak cergas, kelemahan daya hadam, anggota-anggota badan menjadi lemah, kandungan bahan toksik dalam badan meningkat, sakit sendi dan kehilangan daya tubuh bagi menakung air. Ada kemungkinan kekurangan air boleh menyebabkan terbentuknya batu karang dalam buah pinggnag. Ketumbuhan batu karang ini obleh menghalang funsi buah pinggang sebagai pembuang bahan-bahan kumuh seperti urea. Dr. Flax juga menyatakan bahawa orang yang sihat memerlukan 8 hingga 10 gelas air dalam sehari. Air juga merupakan keperluan terpentingan dalam sistem tumbesaran tumbuh-tumbuhan. Sleain cahaya matahari dan karbon diolsida. Tumbuh-tumbuhan hijau bukan sahaja dapat membekalkan oksigen yang merupakan unsur terpenting untuk penafasan manusia dan haiwan, malah secara tidak langsung menjadi penyumbang air yang terpenting. Hal ini dapat dilihat melalui kajian ahli-ahli klimatologi yang membuktikan bahwa di kawasan hutan tropika terdapat banyak awan kumulus yang membawa banyak bekalan air dan turun sebagai hujan. Sebaliknya, tiada awan kumulus yang kelihatan di kawasan-kawasan gersang. Air merupakan nadi perindustrain. Dijangkakan sejumlah 45.6 billion meter padu air akan diperlukan menjelang tahun 2020. Di Malaysia, industri memproses getah dan kelapa sawit merupakan industri yang paling banyak menggunakan air. Kilang kelapa sawit misalnya, menggunakan sebanyak 800 juta meter padu air sehari. Sebaliknya, permintaan dan penggunaan air dalam sektor pertanian pada umumnya dijangka menurun daripada 78% pada tahun 2000 kepada 73% sahaja menjelang tahun 2005.

Kawasan berair yang berudara nyaman dan bersih seperti Pulai Tioman menjadi tumpuan utara para pelancong. Di situ, air lautnya yang jernih sesuai untuk dijalankan kegiatan menyelam bagi mengecap keindahan dasar laut yang penuh keajaiban. Batu-bata karang yang pelbagai warna di situ juga dapat menarik minat para pelancong. Selain itu, laut, pinggir sungai dan air terjun juga boleh dijadikan kawasan pelancongan. Contohnya ialah Sungai Rusa di Seremban, air terjun di Kota Tinggi, Johor. Tasik yang sama ada buatan manusia atau semula jadi juga boleh dijadikan tempat rekreasi. Contohnya ialah Tasik Kenyir di Terengganu dan Tasik Pedu di negeri Kedah. Selain itu, air juga merupakan sumber terpenting dalam sektor perikanan. Ikan yang merupakan sumber protein utama diperoleh dari laut, sungai atau kolam ikan tawar, Tanpa air, sudah pastilah sketor perikanan tidak dapat dijalankan. Dilihat dair aspek sumber tenaga, air berperanan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Air yang mengalir di sungai-sungai diempang pada kedudukan yang tinggi. Seteresnya, air itu disalurkan ke bawah menerusi terowong dengan kuasa aliran yang laju yang akan memutarkan turbin-turbin yang disambungkan kepada dinamo yang besar untuk menjana kuasa elektrik. Oleh itu, empangan-empangan seperti Empangan Chenderoh, Kenyir, Tembeling, Btanag Ai, Tenom Pangi, dan Pelagus telah dibina unutk tujuan tersebut. Kuasa elektrik yang dijana di stesen hidroelektrik itu digunakan oleh industri perkilangan yang tumbuh dengan pesat di negara ini. Kesimpulannya, saya telah insaf kerana selama ini saya sering membazirkan air yang telah disediakan. Saya sedar bahawa menjimatkan penggunaan air amat penting supaya alam sekitar dapat dipelihara. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji untuk menggunakan air dengan cara yang betul dan menjimatkan pengguna air pada masa depan. Di samping itu, saya telah berubah sikap untuk menggunakan air dengan cara yang betul dan menjimatkan pengguna air. Nilai yang terdapat di dalam esei tersebut ialah bertanggunajawab dan menyayangi dan menghargai alam sekitar.

Laporan Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah Bidang Kekeluargaan

Pada hari Sabtu 6 Disember 2008, saya telah menolong ibu saya melaksanakan kerja rumah. Hal ini kerana saya mendapati bahawa ibu perlu bekerja pada waktu siang dan menjaga saya dan adik saya pada waktu malam adalah amat letih. Oleh itu, saya telah melakukan pembersihan dan pengemasan rumah untuk mengurangkan beban dan tanggungan yang dipikul oleh ibu saya. Pada pertama sekali, saya mendapati lantai rumah telah tidak disapu dan dimop selama masa yang agak lama. Oleh itu, saya telah menyumbang tenaga dengan menyapu dan mengemop lantai di seluruh rumah saya. Di samping itu, saya telah menyumbang idea bahawa menggunakan ember dengan isikan supaya tidak perlu mencuci mop yang digunakan dengan pergi ke tandas. Dengan itu, air juga dapat dijimatkan apabila mencuci mop yang kotor. Seterusnya, saya mendapati baju yang kami sekeluarga pakai yang perlu digosok amat banyak. Oleh itu, saya telah menyumbang tenaga untuk menggosok semua baju yang diletakkan di dalam sebuah bakul. Di samping itu, saya telah menyumbang idea untuk mengajar adik saya cara untuk menggosok baju supaya dia dapat membantu ibu dan juga memupuk sikap berdikari agar dapat menggosok baju sendiri pada masa depan. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah melakukan kerja tersebut dengan rajin sekali. Saya juga telah bekerjasama dengan adik saya sehingga kerja diselesaikan. Sikap prihatin saya telah menyebabkan beberapa baju yang kurang kemas digosok kedua kali. Selain itu, aktiviti ini telah mengajar saya menjadi pemimpin kerana telah mengaawl gerak geri adik saya. Di samping itu, saya telah berjaya mengaawl keadaan dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti menolong ibu melaksanakan kerja rumah ini, saya telah sedar bahawa ibu telah banyak mengorbankan dirinya untuk mengemaskan dan saya telah insaf bahwa saya harus lebih banyak membantu ibu saya untuk mengurangkan bebannya. Saya telah mengambil iktibar melaluiaktiviti ini supaya saya lebih mengambil berat terhadap ahli keluarga saya. Saya turut akan berubah sikap untuk menolong ibu dalam melaksanakan kerja rumah untuk mengurangkan beban yang dipikulnya. Nilai yang ada dalam laporan tersebut ialah bertanggungjawab dan tanggungjawab terhadap keluarga. Laporan disediakan oleh Laporan Kitar Semula Bidang Alam Sekitar 17 Dis 2008

Pada hari Sabtu 22 Nov 2008, saya telah mengajak kawan saya, Chang Chu Shen bersama pergi ke sekolah untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula. Hal ini kerana kami ingin mengurangkan samaph yang ada di sekolah dan juga menyumbang sedikit bagi memelihara alam sekitar yang telah dicemari. Kami etlah sampai di sekolah pada pukul 11.00 pagi dan memulakan aktivit pada 11.30 pagi. Pertama sekali, kami telah menyumbang tenaga dengan mengumpul sebanyak mungkin sampah yang dibuang oleh pelajar di sekolah. Kami telah menggunakan selama 30 minit untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula. Saya telah menyumbang idea dengan menggunakan sebuah bekas plastik yang besar unutk mengisikan sampah-sarap yang telah dikumpul suapya memudahkan pembawaan. Setelah mengumpul sampah-sarap yang mencukupi, kami telah menempatkan sampah-sarap tersebut di hadapan tandas. Di samping itu, saya telah bekerjasama dengan Chu Shen untuk membahagikan sampah-sarap yang dikumpul kepada tiga jenis iaitu kertas, kaca dan plastik serta tin aluminium. Kami juga telah meluangkan masa untuk mengemaskan kertas yang dikumpul dan mengikatnya. Saya telah menyumbang idae supaya membungkus semua barang dengan beg plastik supaya barang tersebut menjadi tersusun apabila diletakkan ke dalam tong kitar semula. Seterusnya, kami telah meletakkan bungkusan tersebut menurut warna tong kitar semula iaitu warna biru untuk kertas, warna coklat untuk kaca dan warna jingga untuk tin aluminium dan plastik. Dalam aktiviti, saya telah melaksanakan kewajipan secara bertanggungjawab. Saya juga telah melakukan tugasan tersebut dengan rajin sekali. Selain itu, sikap prihatin saya telah menyebabkan beberapa keping kertas yang bercampur dengan kaca diasingkan semula. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah berjaya mengawal keadaan dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Aktiviti tersebut juga telah mengajar saya erti kepimpinan kerana telah mengawal gerak eri kawan saya, Chu Shen. Melalui aktiviti kitar semual ini, saya telah sedar bahawa kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar. Saya juga telah insaf kerana selama ini tidak mengambil berat dan mengabaikan kitar semula dalam seharian hidup. Di samping itu, saya telah mengambil iktibar melalui aktiviti ini supaya lebih giat dan aktif dalam aktiviti kitar semula pada masa depan. Saya turut telah berubah sikap dan menjadikan aktiviti ini sebagai rutin harian di rumah atau sekolah saya. Laporan disediakan oleh 2 Dis 2008 Tugasan Harian Tingkatan Lima Keburukan Merokok Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dari aspek kesihatan mahupun dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki atau wanita.

10 10

Di Malaysia pula, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang menghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialamni dan juga sebagai suatu kepuasan. Sebenarnya, perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang tenat. Asap rokok mengandung sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang mengandung nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini menyebabkan kesihatan para perokok menajdi terjejas dan tidak harianlah laporan Who yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok. Penghisap rokok biasanya sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh perokok, orang yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka. Asap roko turt menyebabkan pencemaran alam seitar berlaku. Misalnya, jika terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di kawasan itu akan tercemar, Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti akan terganggu. Menurut laporan Who seterusnya, perokok-perokok membelanjakan kira-kira RM600 billion pada setiap tahun untuk membeli 10 000 billion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan awan, infrastruktur sosial, pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya. Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula, wang saku yang diperoleh daripada ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat

11 11

dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah memastikan anak- anak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok. Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen mrerupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini. Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya merokok tanpa menhargai kesihatan badan diri dan juga kesihatan orang lain. Saya sedar bahawa memberhentikan merokok dapat mengelakkan kesihatan diri daripada pelbagai penyakit kanser seperti kanser paru-paru. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji supaya tidak merokok pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap dan sering mengingatkan diri supaya tidak merokok setiap hari. Nilai yang terdapat di dalam esei ini ialah harga diri dan rasional.

Tugasan Harian Tingkatan Lima Kepupusan Hidupan Liar Hidupan liar ditakrifkan sebagai binatang buas yang hidup di dalam hutan dan tidak dipelihara oleh manusia. Antara contohnyaialah gajah, orang utan, seladang, harimau, monyet, badak, ungka dan seumpamanya.

12 12

Sama ada disedari atau tidak, habitat semula jadi hidupan liar di negara ini telah banyak diceroboh oleh manusia. Pembukaan hutan rimba dan bukit-bukau untuk dijadikan sebagai kawasan perumahan, pertanian, empangan dan sebagainya telah menyebabkan tempat tinggal hidupan liar dimusnahkan. Oleh itu, hidupan liar ini terpaksa melarikan diri ke kawasan lain yang belum diteroka oleh manusia. Aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kepupuisan hidupan liar . Sebatang kecil di sekelilingnya turut tumbang. Hal ini secara langsung memusnahkan habitat hidupan liar. Oleh yang demikian, jika aktiviti pembalakan ini dijalankan secara berterusan tanpa kawalan sudah pastilah habitat hidupan liar akan menjadi bertambah kecil yang seterusnya akan menyebabkan kepupusan hidupan liar. Kepupusan hidupan liar ini bukan sahaja berpunca darpada projek-projek pembangunan yang besar, malah amalan-amalan kecil dan sikap cuai manusia. Antaranya ialah lalai ketika menggunakan ubat pelali sewaktu menyelamatkan hidupan liar, mengenakan tali ikatan yang terlalu kuat hingga bopleh membunuh binatang berkenaan dan tidak dapat menyediakan persekitaran yang sesuai bagi hidupan liar yang telah dijerat dan ditempatkan di pusat-pusat pemeliharaan. Oleh itu, hidupan liar perlu diberi perlindungan kerana hidupan liar ini dapat menyumbang pelbagai faedah kepada negara. Satu daripada sumbangan itu ialah menjadi aset yang berupaya memajukan sektor pelancongan. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan para pelancong gemar melihat cara hidup binatang liar secara dekat dalam alam persekitaran semula jadi. Taman Negara di Pahang, misalnya adalah sebuah taman hidupan liar yang hidup dalam alam semula jadi yang bukan sahaaja berjaya menarik minat para pelancong dari dalam negara, malah dari luar negara. Binatang- binatang liar yang terdapat di taman ini seperti harimau, seladang, gajah, rusa dan seumpamanya yang hidup secara bebeas menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk melancong di negara ini. Selain itu, perlindungan dan pemeliharaan hidupan liar mempunyai nilai ekonomi yang boleh mendatangkan pendapatan kepada sesebuah negara. Misalnya, melalui pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu untuk menembak rusa, babi hutan, burung dan pelanduk. PERHILITAN memperoleh sebanyak RM300 000 hingga RM500 000 hasil daripada pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu. Di samping itu, nilai dagangan antarabangsa bagi hidupan liar bagi negara ktia amat tinggi, iaitu sektiar AS $12 juta setahun. Hidupan liar juga ialah aset penting dalam bidang penyelidikan perubatan demi kesejahteraan kesihatan manusia. Umpamanya, monyet yang dijadikan sebagai bahan eksperimen. Sebagai contoh, seseorang saintis yang berjaya mencipta ubat untuk sesuatu jenis penyakit tentunya ingin menguji ubat tersebut ke atas sesuatu hidupan sebelum disahkan layak digunakan oleh manusia. Oleh hal yang demikian,

13 13

keberkesanan sesuatu penemuan baharu dalam bidang sains sememangnya memerlukan hidupan liar. Menyedari hakikat kepentingan melindungi hidupan liar inilah, beberapa langkah untuk tujuan itu harus dikuatkusakan oelh pihak Jabatan PERHILITAN seperti mengetatkan lagi syarat-syarat permohonan lesen memburu hidupan liar kepada para pemburu. Di samping itu, pihak tersebut juga haruslah menetapkan musim yang tempat perburuan yang lebih khusus lagi. Tegasnya Jabatan PERHILITAN haruslah memantau dan mempastikan Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972 dipatuhi oelh kesemua pemburu. Begitu juga pihak zoo hendaklah mempergiat usaha-usaha pembiakan hidupan liar dalam kurungan. Rumusannya, hidupan liar juga berhak untuk hidup di muka bumi ini. Oleh itu, semua pihak di negara ini haruslah mengambil berat dalam hal mengekal dan memelihara hidupan liar Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini telah membeli barang-barangan yang diperbuat daripada kulit hidupan liar. Saya telah sedar bahawa memulau barangan tersebut dapat mengelakkan hidupan liar dibunuh untuk menghasilkan baragan tersebut. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji untuk menjaga dan memelihara hidupan liar daripada terpupus. Saya telah berubah sikap dengan memboikotkan baragan yang diperbuat daripada hidupan liar agar hidupan liar dapat dipelihara. Nilai yang terdapat dalam esei ini ialah bertanggungjawab dan menyayangi dan menghargai alam sekitar.

Laporan Membersihkan dan Mengemaskan Table Tennis Trading Bidang Perkembangan Diri Pada 17 Mac 2009, saya telah menyumbang idea untuk mengajak kawan saya, Tan Eng Leong untuk datang dan membersihkan kedai bapa saya. Hal ini kerana

14 14

kedai bapa saya amat kotor dan memerlukan bantuannya. Oleh itu, dia telah meluangkan masa dan berjanji bahawa membersihkan kedai bapa saya bersama-sama. Kami telah memulakan kerja pembersihan pada pukul 10.00 pagi. Pertama sekali, kami telah menyumbang tenaga unutk mengelap semua cerin yang terdapat di kedainya. Kami telah bekerjasama untuk mengelap cermin supaya dapat menjimatkan masa untuk melakukan aktiviti lain. Kami telah mengguna sekurang-kurangnya 20 minit untuk mengelap semua cermin. Seterusnya, saya telah menyumbang idea untuk membahagi kerja supaya kerja dapat disiapkan secepat-cepatnya. Saya telah bertanggungjawab untuk mengemop lantai manakala Tan telah bertanggungjawab untuk menyapu lantai. Lantai tersebut yang amat kotor dan berdebu telah enjadi cantik dan bersih selepas kami sapu dan mop. Kami telah bekerjasama untuk meletakkan semua alat-alat seperti baldi, mop dan penyapu ke tempat asal. Selain itu, saya dan Tan telah bekerjasama dan rajin membersihkan penghawa dingin yang terdapat dalam kedai tersebut. Penghawa dingin yang kotor dan berdebu telah kami keluarkan bersama-sama lalu telah kami cuci. Selepas mencuci penapis penghawa dingin, kami telah mengeringkan penapis tersebut dengan kain yang kering. Saya telah bertanggungjawab untuk memasang balik penaps tersebut ke penghawa dingin itu. Kesimpulannya, saya sedar bahawa bantu-membantu adalah amat penting dalam sesebuah masyarakat. Saya mengambil iktibar untuk meneruskan usaha kami. Saya insaf akan sikap yang malas pada masa yang lalu. Saya telah berubah sikap ini dan rajin untuk melakukan sesuatu pada masa depan. Nilai yang terdapat dalam laporan tersebut ialah nilai saling membantu dan bekerjasama dan nilai bertanggungjawab. Dengan ini, kita seharusnya melakukan usaha yang membina dilakukan bersamasama rakan saya Laporan disediakan oleh 18 Mac 2009

Laporan Menyiram dan Membaja Pokok Bunga Bidang Alam Sekitar Pada 20 Mei 2009, saya telah menyumbang idea untuk menyiram dan membaja pokok bunga yang ada di rumah saya bersama ibu. Hal ini kerana pokok

15 15

bunga tersebut telah tidak dibaja selama masa yang agak lama. Oleh itu, kami telah meluangkan masa supaya menyiram dan membaja pokok bunga tersebut. Kami telah memulakan kerja pada 3.00 petang. Pertama sekali, kami telah menyumbang tenaga untuk memotong rumput-rampai di sekeliling pokok bunga supaya mengelakkan rumput bersaing dengan pokok bunga utuk mendapatkan nutrien dan air yang secukupnya. Kami telah bekerjasama dengan membahgikan kerja supaya dapat mempercepatkan progres kerja. Saya telah bertanggungjawab untuk memotong rumput manakala ibu saya telah bertanggungjawab untuk mengumpul dan membuang rumput yang telah dipotong ke dalam satu beg plastik yang besar. Setersunya, kami mendapati bahawa baja yang ada di rumah tidak mencukupi bagi semua pokok bunga tersebut. Oleh itu, kami telah menyumbang tenaga untuk membeli baja di pasaraya yang berdekatan di rumah saya. Kami juga telah melawat ke beberapa buah pasaraya untuk membandingkan harga supaya dapat menjimatkan wang dan menjadi seorang pengguna yang bijak. Selepas itu, kami memulkan aktiviti menyiram dan membaja pada pukul 5.00 petang. Saya telah bertanggungjawab membahagikan baja bagi setiap pokok bunga manakala ibu saya telah bertanggungjawab mengisikan air untuk penyiram dan menyiram pokok bunga yang telah saya baja. Setelah membaja dan menyiram setiap pokok bunga, kami telah menyimpan baja yang berlebihan ke dalam satu bekas dan juga menyimpan semua alat seperti cangkul dan penyiram ke tempat asal. Semasa menjalankan aktiviti tersebut, saya telah melakukan tugasan tersebut dengan rajin sekali. Saya juga telah bekerjasama dengan ibu sehingga kerja diselesaikan. Sikap prihatin saya telah menyebabkan beberapa batang pokok bunga yang tercicir dibaja dan ditanam seula. Selain itu, aktiviti tersebut telah mengajar saya menjadi pemimpin kerana telah mengaawl gerak geri ibu saya. Kesimpulannya, saya sedar bahawa kepentingan menyayangi dan menghargai alam sekitar. Saya juga mengambil iktibar untuk meneruskan usaha saya. Saya insaf kerana selama ini saya tidak mempedulikan dan tidak menghargai pokok bunga di halaman rumah saya. Saya telah berubah sikap ini dan akan sentiasa menjalankan aktiviti ini pada masa depan. Nilai yang terdapat di dalam laporan ini telah bertanggungjawab dan menyayangi dan menghargai alam sekitar. KERJAAMAL TINGKA TAN EMPA T

16 16

Photos WITH AT LEAST 2 PERSONS

KERJAAMAL TINGKA TAN LIMA

17 17

Photos WITH AT LEAST 2 PERSONS

18

Anda mungkin juga menyukai