Anda di halaman 1dari 8

!

! KERTAS KONSEP PERTANDINGAN KREATIVITI & TEKNOLOGI INOVASI (CREATIVITY & INNOVATIVE TECHNOLOGY COMPETITION - CITEC) TAHUN 2013

JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Aras 6, Blok D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62530 WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA. Tel : 03-8886 5555 Faks : 03-8889 2417 !

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ANUGERAH KREATIVITI & INOVASI INSTITUSI LATIHANJABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM) -0-

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN KREATIVITI & TEKNOLOGI INOVASI (CREATIVITY & INNOVATIVE TECHNOLOGY COMPETITION - CITEC) TAHUN 2013

1.

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Kreativiti & Teknologi Inovasi (Creativity & Innovative Technology Competition - CITEC) Tahun 2013.

2.

TUJUAN Creativity And Innovative Technology Competition (CITEC) Tahun 2013 diadakan untuk memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi di kalangan pensyarah dan pelajar ILJTM, bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi design dan functionality. Ia juga sebagai platform kepada pelajar Institusi Kemahiran Awam (ILKA) atau Swasta (ILKS) dan pelajar sekolah Teknikal dan Vokasional bagi penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang teknologi untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta atau menemui sesuatu yang baru.

3.

LATAR BELAKANG 3.1 Untuk bersaing di peringkat antarabangsa, negara yang mempunyai jumlah penduduk kecil seperti Malaysia perlu memiliki kelebihan dalam mengenal pasti bidang pengkhususan yang lebih spesifik. Ini menjurus kepada pendekatan kerajaan Malaysia yang memberi penekanan kepada pengantarabangsan untuk memacu empat elemen penting iaitu Model Baru Ekonomi (NEM), Konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dalam mencapai hasrat pembangunan negara yang lebih stabil dan seimbang serta mampu berdaya saing. 3.2 Selain dari itu, kreativiti dan inovasi telah dikenal pasti sebagai satu proses berpanjangan yang dapat membantu serta meningkatkan kedudukan ekonomi sesebuah negara. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah berperanan dalam menggalak kreativiti dan inovasi melalui penganjuran Pertandingan Kreativiti & Inovasi peringkat jabatan sejak Tahun 2000 serta ILJTM telah berjaya di peringkat kebangsaan seperti Pertandingan Hari Harta Intelek, Pertandingan Inovasi Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) dan International Invention Innovation & Technology Exhibition (ITEX).

-1-

4.

Kategori penyertaan 4.1 Kategori bagi pensyarah ILJTM Pertandingan ini terbuka kepada pensyarah ILJTM, bagi tiga (3) kategori bidang, iaitu :4.1.1) Elektrikal / Elektronik (Automation, Electronics, Control circuit dsb.); 4.1.2) Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan; dan 4.1.3) Perisian / Perkakasan / Sistem Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT). 4.2 Kategori bagi pelajar ILJTM / ILKA / ILKS Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Institusi Latihan JTM, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) bagi tiga (3) kategori bidang, iaitu :4.1.1) Elektrikal / Elektronik (Automation, Electronics, Control circuit dsb.); 4.1.2) Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan; dan 4.1.3) Perisian / Perkakasan / Sistem Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT).

5.

Hadiah Pertandingan 5.1 Hadiah pingat kepada semua kategori pensyarah ILJTM dan pelajar ILJTM / ILKA/ILKS akan diberi kepada pemenang mengikut skala permarkahan bagi setiap kategori, iaitu:Skala Pemarkahan 85.00 100.00 75.00 84.99 65.00 74.99 Semua Peserta 5.2 Pingat Emas dan Sijil Perak dan Sijil Gangsa dan Sijil Sijil Penyertaan

Hadiah wang tunai kategori bagi pensyarah ILJTM Diberikan RM3,000.00 kepada markah tertinggi bagi setiap kategori bidang yang memenangi markah minima 85 ke atas. Jumlah Peruntukan: 3 x RM 3,000.00 = RM9,000.00

5.3

Kategori bagi pelajar ILJTM / ILKA / ILKS Diberikan RM1,500.00 kepada markah tertinggi bagi setiap kategori. bidang yang memenangi markah minima 85 ke atas. Jumlah Peruntukan: 3 x RM 1,500.00 = RM4,500.00

5.5 5.6

Kos bagi pingat sebanyak (anggaran) 45 pingat X RM 100.00 = RM 4,500.00. Jumlah Keseluruhan Peruntukan Hadiah (para 5.2+5.3+5.3): RM 18,000.00. Sumber hadiah adalah menggunakan Peruntukan Mengurus Jabatan.

-2-

6.

Kelayakan Penyertaan 6.1 Pensyarah dan Pelajar ILJTM 6.1.1 6.1.2 Peserta untuk pertandingan ini terbuka kepada pensyarah dan pelajar ILJTM yang telah menghasilkan rekacipta. Setiap Institut diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan bagi setiap kategori dan dihadkan kepada lima (5) penyertaan (maksimum) bagi setiap institut. 6.1.3 6.1.4 Institut yang ingin menyertai boleh menggunakan Peruntukan Bahan Guna Habis Institut sendiri. Pegawai yang dilantik sebagai Urusetia Pertandingan adalah dikecualikan daripada pertandingan ini. 6.2 Kelayakan Peserta ILKA / ILKS 6.2.1 6.2.2 Peserta Setiap untuk institusi pertandingan kemahiran awam ini terbuka boleh kepada pelajar sekuranginstitusi kemahiran yang telah menghasilkan rekacipta. menghantar kurangnya 1 penyertaan bagi setiap kategori bagi setiap agensi (Contoh MARA, KBS dan Politeknik). 6.3 Tafsiran Rekacipta 6.3.1 6.3.2 Rekacipta untuk pertandingan ini adalah terbuka kepada tiga kategori (rujuk perkara 4). Rekacipta berkenaan mestilah sesuatu yang berfungsi dan melibatkan idea asli dan inovatif. 6.4 Saringan Penyertaan pensyarah dan pelajar ILJTM Penyertaan akan dihadkan kepada 30 penyertaan bagi setiap kategori untuk Peserta ILJTM sahaja.

7.

Penilaian Hakim Penyertaan akan dinilai oleh satu Panel Penilai / Hakim yang terdiri daripada : i) ii) iii) iv) v) Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) Universiti-Universiti IPTA/IPTS; Hakim yang terlibat di Pertandingan dan Pameran Inovasi & Rekacipta (ITEX); dan Hakim yang terlibat di Pertandingan Inovasi Ekspo Teknologi Malaysia (MTE). Keputusan Panel Penilai / Hakim adalah MUKTAMAD

-3-

8.

Kriteria Penilaian 8.1 Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut :i) ii) iii) iv) 8.2 Tahap keaslian, kretiviti dan inovatif; Tahap atau had kegunaan; Persembahan dan demonstratif cara penggunaan; dan Dayamaju komersial dan daya tarikan.

Huraian aspek teknikal perlu disediakan dan tidak melebihi sepuluh (10) muka surat.

9.

Prosedur Penyertaan 9.1 9.2 Penyertaan hendaklah dibuat melalui Pengarah institut atau Ketua Agensi; Setiap Pengarah Institut atau Ketua Agensi hendaklah membuat pemilihan diperingkat institut atau agensi terlebih dahulu dan memilih pencalonan terbaik bagi setiap kategori bidang. 9.3 Borang penyertaan hendaklah dihantar ke: Urusetia Creativity And Innovative Technology Competition (CITEC) JTM 2013 Bahagian Kawalan Teknikal Jabatan Tenaga Manusia (Kementerian Sumber Manusia) Aras 6, Blok D4, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62530 WP Putrajaya No. Telefon : 03- 88865555 No. Faks : 03- 88892417

10.

Maklumat Penting Pertandingan

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8

PERKARA Tapak Pertandingan : Akan ditentukan kelak

TARIKH 28 September 2012

Maklumat lanjut dan terkini boleh didapati di pautan Laman Mulai 10 September 2012 Web: www.jtm.gov.my/pertandingan Borang penyertaan hendaklah sampai ke Ibu Pejabat JTM Penghantaran Huraian Aspek Teknikal (2 salinan) ke Ibu pejabat JTM Tapisan penyertaan dan pra-penilaian Rekacipta terpilih hendaklah di hantar ke tapak pertandingan Sesi demontrasi dan penilaian di tapak pertandingan Majlis Perasmian Penutup pada jam 3.00 petang. -4Sebelum atau pada 1 November 2012 (Khamis) Sebelum atau pada 31 Januari 2013 (Khamis) 29 ~ 30 Januari 2013 (Selasa ~ Rabu) 17 Februari 2013 (Ahad) 18 ~ 19 Februari 2013 (Isnin & Selasa) 19 Februari 2013 (Selasa)

LAMPIRAN 1

CREATIVITY AND INNOVATIVE TECHNOLOGY COMPETITION (CITEC) JTM 2013 BORANG PENYERTAAN NAMA INSTITUT KATEGORI BIDANG TAJUK REKACIPTA KETUA KUMPULAN NAMA PESERTA (AHLI) BIL. 1. 2. 3. 4. 5. NAMA : : : : : STATUS PELAJAR/PENSYARAH NO KAD PENGENALAN ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

________________________________________ ________________________________________ ________________________________________

NO. TELEFON BIMBIT UNTUK DIHUBUNGI E-MEL

1. ________________________________ 2. ________________________________

1. ________________________________ 2. ________________________________

* Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang berasingan. -5-

LAMPIRAN 1 CREATIVITY AND INNOVATIVE TECHNOLOGY COMPETITION (CITEC) JTM 2013 FORMAT HURAIAN ASPEK TEKNIKAL SINOPSIS PROJEK

(*) Nota: Huraian Aspek Teknikal mestilah tidak melebihi 10 muka surat.

-6-

AKUAN PENERIMAAN

DARIPADA

Pengarah __________________________ __________________________

KEPADA

Urusetia Creativity And Innovative Technology Competition (CITEC) JTM 2013 Jabatan Tenaga Manusia Aras 6, Blok D4, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62530 Putrajaya Faks : 03-8889 2417 (U.P: Unit Pertandingan Kemahiran & Kreativiti, Bhg. Kawalan Teknikal) _________________________

TARIKH Tuan,

AKUAN PENERIMAAN KERTAS KONSEP CREATIVITY AND INNOVATIVE TECHNOLOGY COMPETITION (CITEC) JTM 2013 Saya dengan ini mengesahkan telah menerima Kertas Konsep Creativity And Innovative Technology Competition (CITEC) JTM 2013. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi Saya yang menurut perintah,

----------------------------------------------( ) Pengarah ILJTM

COP RASMI : Tuan boleh mengesahkan penerimaan melalui faks atau e-mel (kamalabu@mohr.gov.my dan insanani@mohr.gov.my)

-7-

Anda mungkin juga menyukai