Anda di halaman 1dari 12

UNIT 9

KOLEKSI LAGU PENDIDIKAN TAHAP 1

Nyanyian dan gerakan adalah salah satu aktiviti yang dapat merangsang minda kanak-kanak. Lebih banyak mereka menyanyi, lebih keseronokan yang mereka rasai, Tanpa disedari, mereka sebenarnya sedang melalui proses menghasilkan nyanyian yang baik dan lebih baik terutama dengan pengendalian dan pengawasan guru yang mempunyai pengetahuan dalam bidang nyanyian. Kelas muzik merupakan kelas yang sangat mereka nantikan apabila berada di sekolah kerana mereka berpendapat bahawa nyanyian adalah sesuatu yang dapat menggembirakan. Menurut pengalaman saya sendiri semasa mengajar diperingkat sekolah rendah, Kelas Muzik lebih dikenali sebagai Kelas Nyanyian. Saya sendiri pernah dipanggil sebagai singing teacher bukannya music teacher di sekolah kerana persepsi mereka terhadap muzik adalah nyanyian dan mereka akan terus menyanyi sebaik saja memasuki bilik muzik. Untuk memulakan sesuatu aktiviti nyanyian dan gerakan anda mesti membuat perancangan awal berkenaan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan aktiviti tersebut menarik dan tidak membosankan seperti: i. ii. iii. iv. v. Pemilihan lagu Aktiviti gerakan yang bersesuaian dengan interpretasi lagu Pengawalan vokal (tidak menjerit semasa menyanyi) Jumlah kanak-kanak yang menyertai aktiviti (tidak terlalu ramai kerana anda akan menghadapi masalah untuk mengawal mereka). Dapat mengawal tempo

Rakaman Video Amali (markah : 20%) Didalam unit ini disertakan 10 buah lagu kanak-kanak berserta muzik iringan yang sesuai untuk tahap1 untuk dijadikan koleksi bahan alat mengajar anda. Lima buah lagu dalam bahasa malaysia dan lima buah lagu lagi dalam bahasa inggeris. Kesemua lagu-lagu tersebut bertemakan haiwan. Pilih salah satu dari lagu-lagu tersebut. Arahan Tugasan: i. ii. iii. iv. v. vi. Merakam satu persembahan nyanyian dan gerakan ( anda dan murid-murid) Gerakan berdasarkan interpretasi lagu Anda perlu kreatif mencipta gerakan atau mengajuk bunyi binatang Aplikasikan teknik-teknik yang telah anda perolehi dari topik-topik yang lepas Jangkamasa rakaman tidak melebihi 3 minit Dirakam dalam bentuk VCD/DVD

Aspek Penilaian: i. Elemen-elemen muzik (Tempo, melodi, pic, irama) ii. Ekspresi iii. Interpretasi lagu iv. Kreativiti dalam persembahan

Anda mungkin juga menyukai