Anda di halaman 1dari 2

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR.

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

NAMA PELAJAR JENIS AKTIVITI / PROJEK TARIKH MASA TEMPAT NAMA GURU PEMBIMBING / MENTOR

: : : : : :

LOW FANG YUN PERTANDINGAN MEWARNA 18 APRIL 2014 8.00 9.00 PAGI PRASEKOLAH ORKID CIK SEONG YIN MEI

Pada hari selasa iaitu 30 Julai 2013, Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Panitia Pendidikan Seni yang telah

dilaksanakan oleh Panitia Seni SK Ulu Yam Bharu, Batang Kali. Majlis bermula di tapak perhimpunan pada pukul 7.30 dan berakhir sekitar jam 8.30 pagi. Majlis tersebut dekendalikan oleh guru pendidikan seni dan dimulakan dengan ucapan daripada ketua Panitia Pendidikan Seni dan seteresnya ucapan perasmian yang telah dilaksanakan oleh guru Penolong Kanan, Puan Noor Aine Bin Mahyuddin. Dalam majlis elancaran tersebut, kami diminta untuk merangka satu gimik pelancaran. Gimik tersebut telah dilaksanakan bersama dua orang rakan praktikum major Pendidikan Seni iaitu Siti Aqilah dan Siti Zur Aida. Tugasan tersebut diberikan minggu sebelum pelancaran tersebut dilaksanakan. Aktiviti lain yang turut dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Seni SK Ulu Yam Bharu juga ialah pertandingan mewarna bagi tahap satu dan dua. Tema bagi pertandingan tersebuat adalah Hari Raya Aidilfitri yang mana perayaan tersebut akan disambut beberapa minggu lagi. Semua guru pendidikan seni termasuklah guru praktikum terlibat dengan pertandingan tersebut sebagai penjaga dan pengadil pertandingan. Masa yang telah ditetapkan bagi menyiapkan hasil mewarna tersebut adalah satu jam dan lima pemenang bagi setiap kelas akan dipilih bagi menerima hadiah pada jumaat nanti.

Majlis

penyampaian

hadiah

bagi

pertandingan

ini

disampaikan

ketika

berlangsungnya majlis khatam Al-Quran. Guru pendidikan seni termasuk kami guru praktikum juga terlibat dalam proses pembungkusan hadiah untuk para pemenang yang layak. Saya bertuah kerana berkesempatan mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni sekolah dan ini merupakan pengalaman pertama saya mengikuti program sebegini di sekolah. Pengalaman semasa berada dimaktab dapat saya gunakan terutamanya semasa merangka gimik yang bersesuaian dan menarik. Proses pelancaran gimik tersebut berjalan lancar kerana turut dibantu oleh rakan praktikum major Pemulihan dan guru-guru Pendidikan Seni yang lain. Bagi saya guru bukan sahaja berperanan di dalam kelas dan berperanan dalam isu berkaitan pendidikan teori sahaja, tetapi ilmu praktikal juga haruslah sentiasa disematkan oleh guru dalam apa jua keadaan sekalipun.