Anda di halaman 1dari 11

Mayat Bayi Berulat Dalam Plastik

07/12/2012

Mayat seorang bayi yang sudah berbau dan berulat telah dijumpai di kawasan longgokan sampah dipercayai baru dilahirkan itu ditemui dibungkus dalam plastik hitam selain dihurung lalat dan sudah berulat. #BERITA PENUH KOTA KINABALU: Bau busuk yang disangka bangkai tikus, rupa-rupanya berpunca daripada mayat bayi perempuan sudah berulat yang dipercayai dibuang sejak dua hari lalu di kawasan longgokan sampah di Kampung Warisan, Inanam Laut, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 4 petang, mayat bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui dibungkus dalam plastik hitam selain dihurung lalat dan sudah berulat. Mayat bayi itu ditemui Syazlin Izzah Adila Susilotomo, 11, ketika dia bermain bersama beberapa rakan di halaman rumah sebelum terhidu bau busuk. Saya dan rakan terhidu bau busuk. Saya ingatkan bau bangkai, tapi selepas diperiksa, saya mendapati ia datang daripada satu bungkusan plastik bersama longgokan sampah di kawasan berhampiran, katanya ketika ditemui Harian Metro. Menurutnya, sebaik plastik itu dibuka, dia terkejut mendapati bungkusan itu dipenuhi ulat selain mengandungi objek seperti patung bayi sebelum memanggil bapa saudara yang kebetulan berada di dalam rumah. Metro Harian
Read more: http://www.myberitasemasa.com/mayat-bayi-berulat-dalam-plastik/#ixzz2zIumg7jz

Kes rasuah Iskandar RM1.6 juta


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Dis. Lebih ramai individu akan didakwa selepas seorang ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM1.6 juta tahun lalu dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia. Individu itu termasuk seorang kenamaan bergelar Datuk yang berpengaruh selain beberapa pegawai kanan Iskandar Investment Berhad (IIB) dan individu yang disyaki berperanan sebagai orang tengah. Kesemua individu berusia 40-an yang dipercayai melakukan jenayah dalam skandal yang disifatkan sebagai terancang itu, dijangka didakwa dalam masa terdekat setelah selesai mengumpul bukti dan mengambil keterangan. Menurut Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Jamidan Abdullah, pihaknya juga telah membekukan aset seperti hartanah bernilai RM5 juta milik individu-individu itu bagi membantu siasatan. Kita telah membekukan aset- aset mereka yang terlibat dan menunggu masa untuk merampasnya, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iskandar Investment Bhd. (IIB) mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM1.6 juta tahun lalu. Mohd. Amin Suhaimi, 52, yang juga pengarah sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin. Utusan Malaysia dalam laporan eksklusifnya hari ini mendedahkan sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia disiasat SPRM berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai bilion ringgit itu. Siasatan terhadap syarikat itu dibuat kerana dipercayai berlaku unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat berkenaan. Syarikat yang disiasat itu bertanggungjawab membangunkan pelbagai projek besar dalam Iskandar Malaysia antaranya pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta pusat riadah yang bernilai ratusan bilion ringgit. Antara projek itu adalah pakej 3B iaitu membina dan menyiapkan persimpangan Jalan Abu Bakar bernilai RM124 juta, pembangunan Sekolah Berasrama Penuh di Sebahagian Lot PTD Mukim Pulai bernilai RM40.8 juta serta jalan alternatif Kampung Sungai Pendas Laut bernilai RM2.7 juta. Iskandar Malaysia yang fasa pembangunannya sehingga 2025 akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan terbesar rantau ini dengan keluasannya dua setengah kali ganda SingapuraArtikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm#ixzz2zIwtwuCd Utusan Melayu (M) Bhd

Penganut Kristian rai bersama keluarga, rakan


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Walaupun perayaan Krismas di Malaysia disambut tanpa kehadiran salji, namun penganut agama Kristian warga negara ini dan warganegara lain tetap menyambut perayaan itu dengan meriah. Sambutan itu diraikan dengan mengunjungi gereja untuk upacara keagamaan dan tradisi saling memberi hadiah serta majlis makan istimewa dengan anggota keluarga dan rakan taulan. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum turut memberikan ucapan 'Selamat Menyambut Krismas' kepada rakan mereka yang beragama Kristian menerusi Facebook dan Twitter selain panggilan telefon. Kebanyakan gereja di ibu negara ini menjadi tumpuan penganut agama itu termasuk warga asing untuk mengikuti upacara keagamaan Hari Krismas. Keadaan di ibu negara agak lengang tanpa kesesakan trafik berikutan kebanyakan warga kota pulang ke kampung untuk menyambut Krismas dan juga sempena cuti umum esok. Rumah terbuka Krismas peringkat kebangsaan dijadual diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang di Jalan Semenyih, Kajang, Selangor, esok. Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka Krismas anjuran masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir. Ketibaan beliau pada 12 tengah hari disambut ketua perkampungan itu, Peter Thomas Gomes yang mengetuai masyarakat di situ mengadakan sambutan Krismas secara sederhana tetapi meriah sejak malam tadi, yang turut menarik perhatian pelancong. Perkampungan seluas 11.2 hektar dengan 118 buah rumah itu dihuni kira-kira 1,200 orang keturunan Portugis yang mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan bagi mengeratkan hubungan sempena perayaan itu. Di SARAWAK, Hari Krismas turut disambut secara sederhana namun meriah oleh penganut Kristian dengan tradisi mengadakan rumah terbuka untuk sama-sama diraikan oleh masyarakat agama lain. Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikom yang mengadakan majlis rumah terbuka di Kuching, berkata hubungan baik sesama rakyat berbilang agama dan bangsa di Sarawak digambarkan pada setiap sambutan sesuatu perayaan. "Di Sarawak, tahap toleransi rakyat berbilang kaum dan agama begitu tinggi sekali. Kita tidak ada masalah untuk bersama rakan-rakan lain bagi memeriahkan sambutan perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan perayaan lain," katanya kepada pemberita. Menurutnya, rakyat Sarawak pastinya amat beruntung kerana masalah perkauman tidak berbangkit di negeri itu. Perpaduan yang kukuh membolehkan kerajaan Sarawak memberi lebih banyak tumpuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di setiap pelosok negeri tanpa mengira agama dan bangsa, katanya. Di PERLIS, sambutan Krismas berlangsung dalam cuaca cerah tanpa sebarang majlis rumah terbuka kerana tidak ramai penganut Kristian di negeri ini. Orang ramai dilihat membanjiri Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat sempena cuti Krismas bagi menyaksikan Karnival Kucing Comel 2011 yang berlangsung di situ. Karnival dua hari bermula semalam itu dipenuhi pelbagai acara termasuk pertandingan kucing comel, pakaian beragam kucing, karaoke serta pertunjukan menjinakkan ular berbisa. - BERNAMA http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg =dn_01.htm#ixzz2zIvegrEn Utusan Melayu (M) Bhd

3 anugerah baharu diwujudkan pada Anugerah Ibu Mithali


Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Buat pertama kali sejak diperkenalkan pada 1980 Anugerah Ibu Mithali 2014 turut menyediakan tiga lagi anugerah lain bagi memberikan penghormatan kepada keluarga dan individu yang boleh dicontohi oleh umat Islam. Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal berkata, tiga anugerah baharu itu ialah Anugerah Keluarga Mithali, Anugerah Bapa Mithali dan Anugerah Pewaris Harapan. Menurut beliau, MPWIM yang merupakan badan di bawah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) memutuskan untuk mewujudkan ketiga-tiga anugerah tersebut bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang keberkesanan Islam dalam membina institusi masyarakat. "Ketika ini masyarakat terdedah kepada pelbagai ancaman sosial yang boleh meruntuhkan institusi keluarga. "Justeru penting bagi kita untuk menyedarkan umat Islam bagaimana agama ini dapat memberikan panduan dan penyelesaian kepada permasalahan ini," jelas beliau. Noor Aziah turut memberitahu bahawa pencalonan untuk keempat-empat kategori berkenaan telah dibuka sejak 1 November dan borang-borang pencalonan boleh dimuat turun dari laman web Yadim dipautan www.yadim.com.my.. Pencalonan bagi semua kategori akan ditutup pada 31 Disember ini. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh dengan menghubungi Urusetia Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali di talian 03-4043 7826/7812 sambungan 54 hingga 56. Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi 013-3710733 (Hamudah), Rohaizah atau Soffiah masing-masing di talian 013-371 0733, 019 713 3739 (Rohaizah) dan 013-3808181 (Soffiah) atau emel kepada keluargamithali@yadim.com.my. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131107/dn_27/3-anugerah-baharudiwujudkan-pada-Anugerah-Ibu-Mithali#ixzz2zIxR9Qle Utusan Melayu (M) Bhd

Kedah Siasat Kes Penebangan Hutan Tidak Terkawal


Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti pihak yang melakukan kerja-kerja penebangan hutan secara tidak terkawal di beberapa kawasan hutan di negeri ini terutama di Langkawi. Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat dengan kerja-kerja itu. Katanya kerajaan negeri sebelum ini telah memutuskan seluruh kawasan hutan di Langkawi adalah hutan simpan kekal yang tidak dibenarkan sebarang aktiviti perhutanan dan pembalakan. "Saya kecewa berlakunya pencerobohan seperti ini. Saya minta kalau ada laporan kegiatan itu masih berlaku, kena maklumkan pihak berkuasa di Langkawi. Kita di sini (tanah besar) dah mula nak ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama rakyat dan persatuan agama daerah Yan di sini, Rabu. Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan beberapa kawasan hutan di daerah Langkawi, Baling dan Padang Terap dikenal pasti semakin 'cerah' ekoran berlakunya aktiviti penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara tidak terkawal. Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah Ku Azmi Ku Aman bahawa tinjauan dan siasatan dilakukan bahagian penguat kuasa, didapati kawasan tersebut diceroboh oleh individu dan bukannya mana-mana syarikat. BERNAMA

Sampah-sarap di Lautan Pasifik


CALIFORNIA 27 Jun - Satu kajian yang dijalankan mendapati, dasar Lautan Pasifik menjadi satu tempat pembuangan sampah besar-besaran oleh individu tidak bertanggungjawab. Perkara itu didedahkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI), yang melakukan rakaman lebih 18,000 jam di laut dalam menggunakan kenderaan dikawal alat kawalan jauh. Para penyelidik meninjau dasar lautan itu pada kedalaman 3962.4 meter dan menemukan sampah di setiap tempat yang mereka terokai. Kenderaan laut dalam meninjau kawasan-kawasan selam skuba di sepanjang West Coast dari Teluk California ke Pulau Vancouver dan menemukan longgokan plastik, logam, serpihan memancing dan sampah lain di Monterey Canyon, di luar pantai California. Selepas melakukan 200 selaman, penyelidik mendapati, Monterey Canyon merupakan lokasi paling tercemar kerana lebih banyak sampah dijumpai di kawasan tersebut berbanding tempat lain. Di gaung laut dalam di luar pantai California sahaja, penyelidik mendapati lebih 1,150 serpihan sampah berada di dasar lautan. Mereka tidak menemukan serpihan sampah secara rawak di seluruh lantai Pasifik, sebaliknya penyelidik menemukan serpihan yang terkumpul di lereng laut dalam dan kawasan berbatu. Terdapat lebih banyak sampah ditemukan di kawasan yang lebih dalam berbanding tempat-tempat yang lebih cetek. "Saya terkejut apabila menemukan lebih banyak sampah di laut dalam. Kita biasanya tidak memikirkan bahawa aktiviti harian kita mampu menjejaskan hidupan yang berada pada kedalaman dua batu di lautan,'' kata penulis utama kajian, Kyra Schlining. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130628/lu_05/Sampah-sarap-di-LautanPasifik#ixzz2zJ3ihbZ9 Utusan Melayu (M) Bhd

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 meriah

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 di Dataran Merdeka hari ini diadakan dengan penuh kemeriahan, warna warni dan disemarakkan dengan semangat patriotisme tinggi dan penghargaan untuk perajurit negara.Ribuan rakyat tempatan dan warga asing hadir membanjiri Dataran Merdeka seawal 7 pagi untuk menyaksikan perarakan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'. Sambutan dimulakan sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada pukul 8 pagi, yang disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Baginda kemudian membuat pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohamad Abdullah.Ini diikuti nyanyian Negaraku dan menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan 14 das tembakan kehormat yang melambangkan 14 negeri dalam Malaysia oleh 41 bateri rejimen artileri diraja. Acara diteruskan dengan bacaan ikrar oleh 56 peserta pelbagai kaum yang terdiri daripada pelajar, guru, siswazah, penjawat awam, anggota keselamatan serta orang kelainan upaya. Bacaan ikrar diketuai oleh pelajar dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Muhammad Amal Mohd Yadzan.Berlainan sebelum ini, acara pembarisan dan perarakan tahun ini dikaitkan dengan tema sambutan, yang memberi penghormatan kepada pengorbanan para pejuang menentang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mempertahankan kedaulatan negara. Berkonsepkan Patriotik, Perpaduan dan Kedaulatan Negara, perarakan tahun ini bertujuan menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara berdaulat dan rakyat sentiasa sedia mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang pencerobohan.Seramai 15,280 peserta dari 56 kontinjen menyertai persembahan tahun ini yang melibatkan empat segmen iaitu Malaysia Tanah Airku , Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku. Segmen-segmen berkenaan melibatkan persembahan daripada 23 kontinjen kawad, 16 kumpulan pancaragam, aset dari lima badan keselamatan, lima persembahan padang termasuk Skuadron Istiadat Berkuda dan dua persembahan udara melibatkan pesawat pejuang jenis Sukhoi 30MKM, MIG 29 dan FA 18/D Hornet. - BERNAMA

Nicol Melangkah Ke Akhir Kejohanan JuaraJuara


January 24, 2014

KUALA LUMPUR Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke final Kejohanan Juara-Juara 2014 di New York, Amerika Syarikat. Menurut laman web kejohanan beliau mengalahkan pilihan keempat Alison Waters dari England 11-8, 11-8 dan 12-10 dalam masa 46 minit. Nicol yang mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern di suku akhir pada Khamis, akan menentang rakan Alison, Laura Massaro. Laura yang merupakan pemain nombor dua dunia dan pilihan kedua mara ke final setelah mengalahkan pilihan kelima Camille Serme dari Perancis 11-5, 3-11, 11-6 dan 11-9 dalam masa 62 minit. BERNAMA

Wanita berperanan penting dalam aspek keamanan


Oleh John Kerry

wanita Afghanistan ini memegang bayi perempuannya ketika menghadiri upacara sambutan Hari Wanita Antarabangsa di wilayah Herat, Sabtu lalu. Hari Wanita Antarabangsa yang asalnya dipanggil Hari Wanita Bekerja Antarabangsa, disambut pada tarikh 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia bagi meraikan pencapaian wanta dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.- AFP

HARI Wanita Antarabangsa bukan sekadar satu detik yang ditandakan di atas kalendar. Ia bukan sekadar hari memperbaharui tekad untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih aman dan makmur tetapi untuk memperakui bahawa dunia yang memberi peluang kepada wanita untuk berkembang adalah dunia di mana keamanan, kemakmuran dan kestabilan mempunyai lebih banyak kemungkinan untuk berkembang. Sebagai Setiausaha Negara A.S. saya melihat perkara ini setiap hari. Meskipun pengeboman rejim Assad ke atas Aleppo berterusan, yang menunjukkan kepada dunia wajah sebenar rejim kejam itu, wanita Syria juga menunjukkan kepada dunia wajah sebenar mereka dengan setiap tindakan yang berani dan tabah. Kita mendengar kisah daripada sesetengah wanita yang luar biasa ini di Montreux pada bulan lepas. Kisah-kisah mereka ini menceritakan keberanian ramai wanita Syria. Seorang wanita dari Idlib bekerja dengan Tentera Pembebasan Syria untuk memastikan bahawa penduduk kampungnya boleh kekal berada di rumah mereka dan bercucuk tanam di tanah mereka sendiri. Seorang lagi wanita dari Aleppo berjaya mendapatkan kelonggaran daripada sekatan ke atas bantuan kemanusiaan dengan menawarkan makanan kepada tentera rejim di tempat pemeriksaan. Jika itu bukan keberanian di medan perang, saya tidak tahu apa ia. Bukan di Syria sahaja wanita memberi harapan ke arah penyelesaian konflik. Wanita adalah penting ke arah matlamat bersama kita untuk mencapai kemakmuran, kestabilan dan keamanan. Perkara ini benar sama ada ia tentang mengakhiri pertempuran ataupun tentang merancakkan ekonomi kita. Hakikatnya, wanita menanggung beban yang hebat dalam peperangan. Tetapi suara mereka terlalu jarang didengari dalam rundingan keamanan. Perkara ini perlu berubah. Negara-negara yang menghargai dan memperkasakan wanita untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam membuat keputusan adalah negara yang lebih stabil, makmur dan selamat. Begitu juga sebaliknya. Apabila wanita tidak disertakan dalam rundingan, perdamaian yang menyusul tidak begitu kukuh. Kepercayaan terhakis, hak asasi manusia dan akauntabiliti sering diabaikan.

Di kebanyakan negara, perjanjian dibuat oleh pihak yang bertelingkah untuk pihak yang bertelingkah. Jadi ia sepatutnya tidak mengejutkan apabila lebih separuh daripada semua perjanjian damai gagal dalam tempoh 10 tahun pertama ia ditandatangani. Penyertaan wanita dalam membina keamanan dan pencegahan konflik boleh mengubah trend ini. Jadi bagaimana kita menuju ke arah ini? Bukti dari seluruh dunia menunjukkan bahawa konflik berdarah lebih mudah untuk dicegah, manakala keamanan paling baik dapat diperolehi dan dilindungi, apabila wanita disertakan sebagai rakan kongsi yang setara. Itulah sebabnya kita sedang berusaha untuk membantu wanita dalam kawasan konflik dan pasca konflik di seluruh dunia. Di Afghanistan, kita berusaha untuk menggalakkan penyertaan dan pemilihan wanita di semua peringkat pentadbiran. Wanita Afghanistan hari ini maju ke hadapan dengan cara yang tidak dapat dibayangkan 10 tahun yang lalu. Mereka memulakan syarikat-syarikat perniagaan. Mereka berkhidmat sebagai ahli Parlimen. Mereka mengajar di sekolah dan bekerja sebagai doktor dan jururawat. Mereka adalah asas untuk masa depan Afghanistan yang sedang dibina. Ketika rakyat Myanmar berusaha bagi menyelesaikan konflik yang telah melanda negara mereka berdekad lamanya, Amerika Syarikat menyokong penyertaan wanita dalam proses perdamaian dan inisiatif keamanan antara kaum. Kita tahu bahawa keselamatan wanita adalah penting untuk penyertaan mereka dalam membina keamanan. Itulah sebabnya kita sedang berusaha untuk memastikan wanita mendapat saluran yang sama kepada bantuan dan perlindungan kemanusiaan, di mana sahaja kita bekerja. Amerika Syarikat telah menunjukkan kepemimpinan melalui teladan. Kakak saya telah bekerja selama bertahun-tahun di PBB dengan mengikuti jejak langkah bapa kami di Jabatan Negara beberapa tahun sebelum saya. Beliau ialah seorang pelopor. Tetapi beliau bukan seorang. Bukan satu kebetulan bahawa sesetengah daripada diplomat dan perunding keamanan ialah wanita - seperti Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice, Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Samantha Power, Timbalan Setiausaha Negara, Heather Higginbottom dan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik, Wendy Sherman. Hari ini, kesemuanya kecuali seorang daripada Penolong Setiausaha Serantau Jabatan Negara ialah wanita. Kita meraikan pencapaian mereka bukan saja kerana mereka ialah wanita, tetapi kerana usaha mereka di seluruh dunia akan menjadikan semua orang - lelaki dan wanita, kanak-kanak lelaki dan perempuan - lebih selamat. Keamanan bukan bermakna ketiadaan konflik. Keamanan wujud apabila setiap anggota masyarakat berusaha bersama-sama menggalakkan kestabilan dan kemakmuran. Tiada negara boleh berjaya melainkan setiap rakyat diperkasakan untuk menyumbang kepada masa depan. Dan tiada keamanan boleh bertahan sekiranya wanita tidak diberikan peranan utama. Jadi hari ini, kita bukan sahaja memperingati sejauh mana wanita telah bergerak maju di seluruh dunia tetapi yang lebih penting, kita komited untuk terus mara ke perjalanan seterusnya. PENULIS ialah Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140310/re_06/Wanita-berperanan-pentingdalam-aspek-keamanan#ixzz2zJ97fypo Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai