Anda di halaman 1dari 28

PENGETAHUAN DAN

KEMAHIRAN ASAS
PENDIDIKAN SENI
VISUAL
PENGENALAN SENI
VISUAL
 KONSEP ASAS – PANDANGAN TOKOH
AL GHAZALI, IBNU KHALDUN, AL FARUQI, DR.
HAMKA, ABDULLAH MOHAMMAD, JOHN DEWEY,
FRANK CIZEK,
HERBERT READ, VICTOR LOWENFELD, PAUL
TORRANCE, JUNE MC FEE,
RHODA KHELLOG

(Ruj. Pendidikan Seni Untuk Maktab)


PERANAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL
 INDIVIDU
 MASYARAKAT
 KEHIDUPAN

KEPENTINGAN SENI VISUAL DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 MENJELASKAN KONSEP SECARA VISUAL.
 MENIMBULKAN KESERONOKAN.
 MENINGKATKAN DAYA KREATIF.
 MENINGKATKAN DAYA SENSITIVITI.
BIDANG-BIDANG DALAM SENI VISUAL

 MENGGAMBAR
 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
 MENGENAL KRAF TRADISIONAL
PENGENALAN ASAS SENI
REKA
 UNSUR SENI
GARISAN, RUPA, BENTUK, JALINAN,
WARNA, RUANG.
 PRINSIP REKAAN
HARMONI, KONTRA, PENEGASAN,
PERGERAKAN, IMBANGAN, KESATUAN,
KEPELBAGAIAN.
 PENYERAPAN UNSUR SENI
PENYERAPAN UNSUR SENI DAN PRINSIP
REKAAN DALAM AKTIVITI SENI.
HUBUNGKAIT
 MENGHUBUNGKAITKAN UNSUR-
UNSUR SENI DAN AKTIVITI SENI
VISUAL DENGAN MUZIK DAN
PERGERAKAN DI DALAM
MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
PENGENALAN 4 BIDANG
SENI VISUAL DI SEKOLAH
RENDAH
 MENGGAMBAR
 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
 MENGENAL KRAF TRADISIONAL
PENGENALAN DUA BIDANG
SENI VISUAL DI SEKOLAH
MENENGAH
 PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS SENI REKA, SENI HALUS,
KOMUNIKASI VISUAL, REKA BENTUK KRAF
TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU

 SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL


PERKEMBANGAN SENI DI MALAYSIA,
PERALATAN, ALAT PERMAINAN, SENI
BINA, KENDERAAN, PAKAIAN, PERHIASAN
DIRI.
Tujuan
Pendidikan seni visual bertujuan memberi
peluang kepada murid
 Memupuk minat

 Memperkembangkan bakat

 Mengenali unsur kebudayaan kebangsaan

 Peka terhadap alam sekitar

 Membentuk peribadi yang kreatif, citarasa


yang baik dalam menikmati keindahan alam
 Mengembangkan hasil ciptaan manusia
Tujuan (samb.)
 Melahirkan idea dan perasaan
dalam sesuatu ciptaan
 Meningkatkan kemahiran dan
membolehkan seseorang murid
itu mengenal, membeza,
membuat dan menilai hasil serta
ciptaan seni setelah tamat
persekolahan.
Bidang-bidang dalam
seni visual
 Menggambar

 Membuat Corak dan Rekaan


 Membentuk dan Membuat Binaan

 Mengenal Kraf Tradisional


Menggambar

i. Memilih dan menggunakan alat, bahan,


dan teknik yang sesuai dalam
penghasilan gambar
ii. Menghasilkan gambar dengan
menggunakan pelbagai alat, bahan dan
teknik secara kreatif melalui penerokaan
iii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja
sendiri dan rakan
Menggambar (samb.)
JENIS AKTIVITI DALAM MENGGAMBAR
1. Stensilan
2. Montaj
3. Capan
4. Catan
5. Kolaj
6. Resis
7. Lukisan
8. Gurisan
9. Tekapan
10. Cetakan
Lukisan
 Kegiatan yang menggunakan media tulis
sama ada yang kasar, halus, lembut,
keras atau tajam. Bahan media tulis yang
biasa digunakan akan meninggalkan
kesan-kesan garisan di permukaan bahan
yang digunakan. Kesan-kesan garisan itu
dipengaruhi oleh pilihan bahan dan
tekanan pada permukaan yang
digunakan. Hasil daripada penggunaan
media tertentu akan meninggalkan kesan-
kesan garisan yang berlainan.
Kolaj
 Kegiatan sama ada rekaan corak
atau menggambar yang dihasilkan
dengan cara menampal kertas, perca
kain atau bahan-bahan kutipan.
Tampalan untuk menghasilkan kolaj
boleh disusun dan ditindih pada
permukaan mengikut gambar atau
rekaan corak yang hendak dihasilkan.
Catan
 Kegiatan yang menggunakan berbagai
bahan pewarna yang menggunakan bes air
atau minyak. Bahan pewarna dari tumbuh-
tumbuhan kunyit, pinang, inai, senduduk
juga boleh digunakan. Biasanya catan
dibuat di atas permukaan yang rata. Selain
dari pewarna dan berus, peralatan dan
bahan-bahan lain yang boleh memberi
kesan yang menarik dan menyeronokkan
adalah digalakkan.
Cetakan
 Sejenis teknik cap mengecap dengan
menggunakan bahan yang mempunyai
permukaan tertentu. Bahan pengecap
yang hendak digunakan boleh
diperolehi daripada bahan ciptaan Illahi
atau bahan kutipan. Bahan-bahan
tersebut perlu diukir atau dibuat corak
terlebih dahulu sebelum proses cetakan
dimulakan.
Resis
 Teknik menghasilkan lukisan atau
rekaan corak dengan menggunakan
bahan-bahan yang tidak bercampur
antara satu sama lain seperti cat air
dengan cat minyak, cat air dengan
krayon atau lilin.
Ikatan dan Celupan

 Satu proses mencorak kain dengan


cara mengikat bahagian-bahagian
tertentu kain dan kemudian dicelupkan
ke dalam pewarna. Terdapat pelbagai
jenis ikatan yang boleh digunakan
untuk menghasilkan corak yang
berlainan. Antara jenis ikatan ialah cara
simpul, ikatan, lipatan dan jahitan.
Lipatan dan Guntingan
 Ialah salah satu teknik untuk
menghasilkan rupa bentuk tertentu
dengan cara melipat dan menggunting
kertas atau bahan-bahan yang sesuai.
Jika lipatan selapis sahaja, maka satu
motif corak dapat dihasilkan. Bahagian
positif dan negatif dari hasil guntingan ini
boleh digunakan sebagai motif rekaan
corak. Hasil kerja aktiviti ini boleh
dilakukan dalam bentuk 2 dimensi atau
3 dimensi.
Jahitan
 Ialah satu teknik sulam menyulam. Teknik
ini boleh digunakan satu atau lebih jahitan
dengan berbagai warna benang

Mozek
 Ialah susunan bahan seperti kertas, kain,
plastik atau bahan kutipan yang ditampal
di atas satu permukaan secara sebelah
menyebelah dan tidak bertindih.
Anyaman
 Ialah satu proses di mana daun atau kertas atau
bahan yang sesuai dianyam secara berselang seli
ke atas ke bawah. Sekiranya anyaman ini
menggunakan dua atau lebih warna maka timbullah
corak yang menarik. Corak yang timbul ini
dipanggil kelarai. Setiap kelarai mempunyai cara
anyaman yang berlainan. Bahan yang digunakan
dalam anyaman biasanya ialah daun pandan,
mengkuang, buluh, rumput, plastik, kertas, daun
kelapa dan bahan-bahan yang sesuai. Anyaman
asas dikenali sebagai anyaman ghadas.
Membuat Corak dan
Rekaan
 Corak ialah susunan motif sama ada secara
teratur, terancang atau secara bebas.
 Motif ialah sama ada rupa bentuk asas
dalam satu-satu rekaan atau gubahan.
 Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai
motifnya tersendiri dan mempunyai nama-
nama tertentu yang berunsur tradisi.
 Ada dua cara mendapatkan corak :
1. Cara tidak sengaja atau cara bebas
2. Cara sengaja/teratur/terancang
Membuat Corak dan Rekaan
(samb)
 Corak tidak sengaja:
 Corak ini dibuat secara bebas tanpa
mempunyai motif tertentu yang boleh
dihasilkan dengan cara-cara seperti merenjis,
meniup, mengayak, menggolek.
 Corak sengaja atau teratur :
 Corak ini dibuat dengan menggunakan motif.
Motif yang disusun menghasilkan corak yang
mempunyai pelbagai jenis susunan.
Membuat Corak dan Rekaan
(samb)

 Jenis-jenis susunan dalam rekaan corak :


 Susunan ulang sekata
 Susunan berselang seli

 Susunan batu bata

 Susunan bertimbal

 Susunan bertindih

 Susunan beralun

 Susunan berpusat
Membuat Corak dan Rekaan
(samb)
JENIS AKTIVITI DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAN

 Lukisan  Tiupan
 Catan  Stained glass
 Kolaj  Lipatan dan guntingan
 Cetakan  Ikatan dan celupan
 Resis  Mozek
 Lipatan dan Celupan  Anyaman
 Jahitan  Gosokan
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

 Membentuk ialah membuat sesuatu objek


melalui proses menguli, menggentel,
menumbuk, memotong, menyambung dengan
menggunakan bahan asal yang tiada bentuk
seperti kertas tumbuk, plastersin, tanah liat dan
sebagainya.
 Binaan ialah membuat sesuatu objek melalui
proses memotong, mengikat, menampal,
menyambung, menambah dengan
menggunakan bahan yang sudah mempunyai
bentuk asalnya seperti kotak, tin, botol dan
sebagainya.
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

 BIDANG INI MENEGASKAN


PERKEMBANGAN PERSEPSI
MURID TERHADAP SENI DARI
SEGI BENTUK, RUANG,
STRUKTUR, IMBANGAN,
KESTABILAN DAN MENGENAL
PELBAGAI ALAT DAN BAHAN.