Anda di halaman 1dari 3

Oh kotarayaku Kisah seribu satu Abadi di jalananmu

Ini kotaraya yang sering berkata Kalau berani ayuh mari cuba saya Siapa mahu cuba dicabar semua Si kota terima dengan tangan terbuka Apa hasratnya bila ditanya Si kota hanya senyum selamba Apa kamu mahu semuanya bisa Jemput ke rumahku sila-sila Di dalam hatinya banyak rahsia Banyak kisah benar ramai saksinya Ada yang gagal ada yang berjaya Ada bersahaja ada capai kerjaya Ada rezeki yang melimpah ruah Hingga kurang nasi terlebih kuah Ada yang sial ada yang bertuah Cerita sama hanya watak berubah Di Kuala Lumpur

Chorus Oh Kuala Lumpur Kau yang tak pernah tidur

Menjaga mimpi yang luntur Oh kotarayaku Kisah seribu satu Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka Katanya madu kau disuap cuka Selepas dibelai hatimu di luka Di pijak kepala lepas di beri muka Kau kan ditelan lantas diludah Pesta sementara sesal tak sudah Lampu berkelipan bikin hati buta Hidup serba laju trafik kura-kura Bukan main-main tapi tetap selamba Suasana berubah bila malam melanda Lihat anak muda yang tak punya Tujuan berlumba guna kuasa kuda Jangan salah laku cuba lawan syahdu Senyala lilin mengejar wap ******* Ramai yang gagal bila di duga Tapi masih ramai yang berani cuba Di Kuala Lumpur

Ulang Chorus

Aku rehat sebentar di kaki lima Yang jadi riba melayan minda Aku sedar kota sekadar latar Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Anda mungkin juga menyukai