Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bidang : Menggambar
Kegiatan Maksud
1. Lukisan - Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling minimum.
- Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses
menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan.
- Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolej
dan montaj.
Lukisan juga adalah satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas
sesuatu permukaan rata.
- Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel
(contoh pensel B hingga 6B), pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat, krayon,
pen marker, marker pelukisan dan kapur.
- Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.
- Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja
dinamakan lukisan.
- Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang olespresif dan nyata.
2. Catan - Catan adalah proses menggambar dengan menggunakan bahan pewarna atau cat
yang disapu ke atas pelbagai permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran
atau rekaan tertentu sama ada nyata atau abstrak.
- Catan membolehkan pelukis meluahkan perasaan, membuat interprestasi pandangan
dan merakamkan gambaran yang diterjemahkan dalam bentuk imej visual
- Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan
berus
- Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan
warna ke atas permukaan
- Catan juga merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna
- Catan ialah latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan
seperti kertas, kanvas dan dinding
- Catan ialah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna buah ke
atas permukaan 2D
- Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain dan satu hasil
karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan
menggunakan bahan tara pigmen warna
3. Kolaj - Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu
permukaan. Berasal dari perkataan perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat
dengan menampal cerbisan kertas-kertas kain atau bahan lain di atas permukaan 2D
- Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto
atau dari cetakan majalah disusun dan di tindih
- Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi
- Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj
- Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media
- Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar
yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak
- Satu teknik menggambar di man foto, keratin, akhbar atau mana-mana bahan
berbentuk 2D dilekat dan disatukan di atas permukaan
- Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara “Super
impose” di antara satu sama lain
- Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen
- Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya
menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu
5. Cetakan - Cetakan adalah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta
melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya
akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi
- Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke
atas sesuatu permukaan lain
- Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti
- Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat
- Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata
- Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu
atau beberapa siri cetakan
- Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan
lain iaitu kertas atau kain
- Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong,
mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat
- Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain
atau bahan yang lain
- Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan
alatan tertentu
6. Gosokkan - Gosokkan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan
yang berjalinan. Ia adalah satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui
dunia sentuh yang terdapat di sekeliling mereka
- Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai
jalinan pada sesuatu permukaan
- Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka
gosokan akan terhasil
- Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping
kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan
- Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping
kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu
- Gosokan di anggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan
pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton
7. Resis - Resis bermaksud satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan
contengan lilin
- Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain
- Mengikut apa yang dinyatakan dalam buku Glosari Seni Lukis, resis di definisikan
sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah
disapu lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan
- Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak
warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin
- Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau
warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru
- Satu teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat
garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya
- Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan
menyerap warna dan dalam keadaan warna asal
- Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan
menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap
8. Percikan - Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakkan ke sana
sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan
- Percikan juga merupakan salah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Ia
adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik
bahagian bulu berus yang akan menghasilkan “a speckled gramite- style finish” yang
akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain
- Percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antic
- Satu teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan
berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata
- Satu kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan
- Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak
tompok dan titik pada lukisan cat
- Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau
warna yang berselerak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu
permukaan
- Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini
- Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan dan merenjis
- Mengikut pencarian dari internet http://www.bezzle.com/id-spattering.htm.
Menerangkan percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau
titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan
seperti permukaan batu atau marble
9. Mozek - Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan
tertentu di atas permukaan rata
- Mengikut rujukan dari Kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan
sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca,
kayu,marmar atau pecahan tembikar
- Dalam pencarian dalam internet http://www.google.com.my-define:Mosaic pula
memberi definisi seperti berikut iaitu sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan
menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar, dan seramik (tessera),
disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan
pantulan/kilauan
- Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih disusun secara bersebelahan
- Foto mozek adalah gambar hasil cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi
satu tema-tajuk
- Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun
di bahagian latar yang diplaster
- Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca seramik atau
tessera
- Satu seni dekoratik lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di
permukaan dinding, siling dan lantai
- Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semulajadi atau bahan buatan manusia
yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk
menghasilkan gambar atau corak
Soalan 2
a)
Kajian oleh pihak WHO, mendapati 5 juta kanak-kanak dari kalangan bayi
hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal setiap tahun di negara-negara yang sedang
membangun akibat penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran mereka.
Alam persekitaran kanak-kanak biasanya amat selamat dan terhad pada rumah, sekolah
dan komuniti di mana mereka tinggal, belajar dan bermain.
Namun, persekitaran ‘selamat’ ini telah didapati berbahaya dan menyumbang
kepada jumlah kematian yang tinggi.
Didapati 6 jenis persekitaran tidak sihat di kenal pasti memberi kesan kepada
kanak-kanak iaitu:
Air minuman yang tidak selamat
Tiada kebersihan diri
Sistem pembentungan yang tidak baik
Pencemaran udara, kawalan vector
Bahaya kimia
Kemalangan
1. Peranan Guru
Guru merupakan penggerak utama untuk membantu mencegah dan membendung
penyebaran wabak-wabak penyakit di atas antaranya ialah
Memahami teras-teras utama PBSS
Menyokong melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang
dirancang oleh Jabatan Kuasa PBSS peringkat sekolah
Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti PBSS boleh dilaksanakan
oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah
Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat
Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif
Memberi penerangan kepada ibubapa dan masyarakat setempat mengenai
PBSS
Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh guru
Mengadakan khidmat kaunseling
2. Peranan Sekolah
Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu dan mendidik
murid untuk menghadapi dan berhadapan dengan penyakit yang berjangkit daripada
menular kepada murid dengan mengadakan beberapa aktiviti dan program yang berkesan.
Pihak sekolah boleh mengadakan program kesihatan sekolah merangkumi
promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta
penempatan di kelaskhas yang diberi oleh doktor, kakitangan jururawat dan guru-guru
untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah ialah:
Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan
kesihatan optimum dan pengamalan cara hidup sihat
Mengesan masalah kesihatan merawat dan merujuk kes yang memerlukan
perhatian serta tindakan lanjut
Memberitahu guru dan ibubapa tentang kesihatan murid untuk
membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu
Mencegah dan mengawal kejadian penyakit
Menentukan rancangan khas seperti rancangan kawalan penyakit
Memberi pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah
Mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan
dan imunisasi murid dan rekod kesihatan murid
Setiap sekolah hendaklah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang
dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih
b)
Peranan yang boleh dimainkan oleh organisasi kesihatan sedunia (WHO)
dalam membantu mencegah dan membendung penyebaran wabak-wabak tersebut
Kes keracunan makanan di kalangan murid sekolah sering menjadi bahan berita
dan di laporkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Dalam kes keracunan makanan, Guru
Besarperlu memainkan peranan yang penting dan bertindak dengan cepat supaya kes
keracunan tidak berlaku dan berulang. Antara peranan yang boleh diambil oleh Guru
Besar ialah:-
Merancang aktiviti dengan mengambil kira:-
Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga
emosi serta keadaan persekitaran yang selamat
Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk
menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan
Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan
bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat
Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta
mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri
Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan
dengan terancang, tersusun dan berterusan
Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada
masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan
dengan PBSS
Guru Besar juga boleh mengadakan program gotong-royong dengan bantuan PIBG untuk
memastikan kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat.
Pihak sekolah seharusnya memastikan bekalan air tandas, parit, asrama dan kantin
sentiasa bersih, selamat dan berfungsi. Selain daripada itu, persekitaran sekolah juga
seharusnya bebas dari risiko keracunan makanan.
Guru Besar juga perlu bertindak cepat jika ada tanda-tanda dan simpton
keracunan makanan seperti sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot, sakit kepala
dan pening. Antara langkah-langkah yang perlu di ambil ialah :-
Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke hospital
Laporkan ke PPD / JPN
Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat
Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu
salinan ke JPN dan Kementerian Pendidikan
Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar