Anda di halaman 1dari 7

HALANGAN ORANG KURANG UPAYA (PENDENGARAN) DI MALAYSA MENDAPAT PEKERJAAN

Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru p-sarima@utm.my dan sarimah1353@gmail.com Norshahril Abdul Hamid Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru aril_frezzy@yahoo.com Dr. Rohana Hamzah p-rohana@utm.my
Abstrak: Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan 5.8% peluang pekerjaan setiap sektor kepada orang kurang upaya (OKU). Walau bagaimanapun kurang 2% dari kuota itu dapat dipenuhi. Oleh itu kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang menghaang OKU daripada mendapat pekerjaan walaupun mereka ada di antara mereka memiliki pendidikan khas vokasional. Borang soal selidik telah diagihkan kepada 136 bekas pelajar OKU (Pendengaran) yang telah mendapat pendidikan khas vokasional di Malaysia dari 10 bidang pengkhususan yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan tahap kekangan pelajar OKU (pendengaran) ini daripada mendapat pekerjaan adalah tinggi (min=3.78). Faktor utama yang mempengaruhinya adalah kurang kemudahan untuk OKU disediakan di tempat kerja (min=3.78), sikap OKU itu sendiri dalam pemilihan kerjaya (min=3.72) dan OKU kurang mahir dalam bidang pekerjaan yang dipohon (min=3.78). Faktor yang mempengaruhi pada tahap sederhana adalah pengaruh keluarga (min=3.65) dan ketidakselarasan di antara kemahiran dipelajari di seklolah dengan kemahiran diperlukan oleh industri (min=3.66). Dapatan ujian Anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekangan pemilihan kerjaya mengikut pengkhususan yang diambil oleh mereka di sekolah. Dapatan ujianT pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekangan pemilihan kerjaya berdasarkan jantina pelajar OKU (pendengaran). Kajian ini mencadangkan semua majikan menyediakan kemudahan asas kepada pekerja OKU, guru bimbingan dan kerjaya memberi latihan motivasi kepada pelajar OKU sebelum mereka tamat belajar supaya mereka lebih bermotivasi, berdikari dan berkeyakinan dalam menentukan kerjaya mereka; dan memberi pendedahan kepada keluarga yang mempunyai anak kurang upaya agar mempunyai pemikiran positif dalam membimbing anak-anak mereka untuk mendapat masa depan yang baik. Katakunci: Pemilihan Kerjaya, Orang Kurang Upaya, Pendidikan Khas Vokasional

1.0

PENGENALAN Terdapat pelbagai definisi bagi Orang Kurang Upaya (OKU). OKU didefinisikan sebagai individu yang tidak berupaya menentukan sendiri sebahagian keperluan dirinya atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal ataupun mental dan memerlukan bantuan daripada orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka. (Zinaida Ariffin, 2006). Dari perspektif Department Of Health And Human Services (2001), OKU adalah seseorang yang terhalang fungsi pergerakannya yang memerlukan kemudahan yang direka bentuk khas seperti bangunan, peralatan dan kelengkapan serta susunan luar kawasan bagi mengatasi halangan pergerakan mereka itu

(Reuter, 2001). Akta Orang Kurang Upaya pada tahun 2007 juga mendefinisikan OKU sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari aspek fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi boleh menyekat penglibatan mereka dalam masyarakat. Samuel et al., (2001) melihat OKU sebagai individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa disebabkan kecacatan fizikal atau mental bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. Rosmawati (2008) juga mempunyai pandangan yang hampir sama terhadap definisi OKU iaitu sebagai orang yang mengalami keterbatasan mobilisasi (pergerakan) sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana ataupun berat), penglihatan dan pendengaran. Terdapat enam kategori kurang upaya yang didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu kurang upaya fizikal, penglihatan, pendengaran dan mental. Kurang upaya mental pula ada dua kategori iaitu Carebral Palsy dan masalah pembelajaran (rujuk Jadual 1).
Jadual 1: Kategori OKU yang Berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Tahap Kurang Upaya Termasuk pekak dan bisu: Kurang Upaya Pendengaran a) Minima (20 - < 30 db) b) Sederhana (30 - < 60 db) c) Teruk (60 - < 90 db) d) Profound (> 90 db) a) Buta - Penglihatan kurang daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat Kurang Upaya Penglihatan bantu penglihatan. b)Penglihatan terhad - Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan. Kurang Upaya Fizikal Kecacatan anggota badan misalnya disebabkan oleh Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis a) Kurang Upaya Mental d) a) Hemiplegia - Cerebral Palsy cacat sebelah bahagian badan b) a) Cerebral Palsy e) b) Diplegia - Cerebral Palsy cacat kedua-dua belah kaki c) (Spastik) c) Quadriplegia - Cerebral Palsy cacat kedua-dua belah tangan dan kaki b) Masalah Pembelajaran a) Lewat Perkembangan (bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun) b) Down' SyndromeAutisma c) Attention Deficit Hyperactive Disorder d)Terencat Akal (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun) e) Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia Lain-Lain Semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format Jenis Kurang Upaya

Sumber: www.melaka.gov.my, 2009

1.1

Pernyataan Masalah Malaysia mempunyai penduduk seramai 28.334 juta orang. 10% daripada jumlah penduduk Malaysia adalah golongan OKU (Buletin Perangkaan Malaysia, 2011). Kerajaan Malaysia telah memperuntukan 5.8% daripada peluang pekerjaan di sektor awam kepada golongan OKU (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988). Sehingga 15 Mei 2012, hanya 20.7% bilangan OKU yang berdaftar berjaya mendapat pekerjaan dan menerima Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 6.0 bilion (Jessica, 2012). Walaupun ada peruntukan kuota peluang pekerjaan untuk OKU sebanyak 5.8% di sektor awam, kebanyakan OKU di Malaysia telah mendapat pendidikan khas dan pendidikan vokasional samada di pusat-pusat latihan kerajaan atau swasta, sikap positif OKU yang lebih fokus bekerja berbanding orang normal, mudah dididik dan tidak pernah mencuri tulang,

namun, sehingga kini, golongan OKU masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka dan mereka sukar mendapat peluang pekerjaan (Zinaida Ariffin, 2006). Berdasarkan kepada isu sukar mendapat peluang kerjaya bagi golongan OKU, maka kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor kekangan pemilihan kerjaya dalam kalangan bekas pelajar OKU (pendengaran) Sekolah Menengah Vokasional di Malaysia. Pembolehubah yang dikaji adalah faktor keselarasan di antara kemahiran yang dipelajari oleh pelajar OKU (pendengaran) di sekolah berbanding kemahiran yang diperlukan oleh industri, keluarga, kemudahan di tempat kerja, kemahiran dalam bidang diceburi dan sikap pelajar OKU itu sendiri dalam pemilihan kerjaya. 1.2 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kekangan pemilihan kerjaya bekas Pelajar kurang upaya (pendengaran) di semua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Malaysia dari faktor keselarasan kemahiran yang dipelajari di sekolah berbanding kemahiran yang diperlukan oleh industri, keluarga, kemudahan di tempat kerja, kemahiran dalam bidang latihan yang diikuti dan sikap pelajar OKU itu sendiri dalam pemilihan kerjaya. 2.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian tinjauan ini melibatkan seluruh populasi (136 orang) bekas pelajar OKU (masalah pendengaran) di Sekolah Menengah Vokasional di Malaysia dari tahun 2005 hingga 2010 sebagai sampel kajian. Mereka telah mengikuti 10 kursus Vokasional. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dengan nilai pekali kebolehpercayaan 0.8600. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS 16.0 for Windows) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, nilai signifikan dalam ujian ANOVA dan ujian-t. 3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bekas pelajar OKU (pendengaran) di Sekolah Menengah Vokasional di Malaysia sukar mendapat pekerjaan kerana kekangan yang tinggi disebabkan ketiadaan kemudahan untuk mereka di tempat kerja (min=3.78), kekurangan kemahiran dalam bidang diceburi (min=3.78) dan sikap OKU (pendengaran) itu sendiri terhadap pemilihan kerjaya (min=3.72). Kekangan pada tahap sederhana pula disebabkan oleh ketidakselarasan diantara kemhiran yang dipelajari oleh OKU (pendengaran) di sekolah dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri (min=3.66) dan pengaruh keluarga (min=3.65). Kedua-dua hipotesis nol diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekangan pemilihan kerjaya bidang pekerjaan OKU (pendengaran) mengikut pengkhususan yang diambil oleh mereka di sekolah dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekangan pemilihan kerjaya pelajar OKU (pendengaran) berdasarkan jantina mereka. Jadual 3 menunjukkan purata min bagi pembolehubah tahap kekangan kemudahan di tempat kerja OKU (pendengaran) untuk bekerja di industri kemahiran berada pada tahap tinggi (min=3.78) dari aspek upah, juru bahasa, alat komunikasi, tempat letak kereta dan penginapan. Dapatan ini selari dengan dapatan Azlina, (2005) yang mendapati keperluan OKU di tempat kerja tidak lengkap dan tidak selamat untuk menjalankan kerja kerana tiada

kemudahan yang sempurna seperti penginapan percuma, elaun makan, perkhidmatan bank bergerak, lokasi yang berhampiran hospital, mini gimnasium, surau dan kantin. Menurut Abdul Halim, (2004), majikan yang memenuhi keperluan pekerja akan menyebabkan pekerja berminat untuk bekerja sementara Shertzer dan Stone, (1992) pula mendapati apa yang menarik pada satu-satu pekerjaan adalah upah, sosialnya, ketetapan kerja serta peluang untuk maju.
Jadual 3: Ringkasan Dapatan Kajian
No 1 Persoalan Kajian Apakah tahap kekangan kemahiran yang dipelajari oleh pelajar OKU (pendengaran)di sekolah berbanding kemahiran yang diperlukan oleh industri? Apakah tahap kekangan keluarga terhadap pemilihan kerjaya pelajar OKU (pendengaran)? Apakah tahap kekangan kemudahan di tempat kerja bagi OKU (pendengaran) untuk bekerja di industri kemahiran? Apakah tahap kekangan kemahiran dimiliki oleh OKU (pendengaran) dalam pemilihan kerjaya? Apakah tahap kekangan sikap pelajar OKU (pendengaran) dalam pemilihan kerjaya? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekangan pemilihan kerjaya bidang pekerjaan OKU (pendengaran) mengikut pengkhususan yang diambil oleh mereka di sekolah? Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekangan pemilihan kerjaya bidang pekerjaan OKU (pendengaran) mengikut pengkhususan yang diambil oleh mereka di sekolah Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekangan pemilihan kerjaya pelajar OKU (pendengaran) berdasarkan jantina mereka? Hipotesis 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekangan pemilihan kerjaya pelajar OKU (pendengaran) berdasarkan jantina mereka Purata Min Purata Sisihan Piawai Tahap Min Hipotesis

3.66 3.65 3.78

0.316 0.800 0.740

Sederhana Sederhana Tinggi

2 3

4 5 6

3.78 3.72

0.770 0.740

Tinggi Tinggi

3.72

0.680

Tinggi

Hipotesis Nol diterima

3.72

0.680

Tinggi

Hipotesis Nol diterima

Dapatan kajian ini juga menunjukkan OKU (pendengaran) sukar mendapat pekerjaan kerana kurang mahir dalam bidang diceburi (min=3.78). Esah (2003) menyatakan kemahiran yang tidak mampu diikuti oleh pelajar berkeperluan khas dapat mengurangkan minat mereka terhadap kerjaya yang sama dengan kemahiran yang dipelajari di sekolah. Dapatan kajian Mohd Hanafi (2009) juga menunjukkan OKU tidak mampu bekerja dengan berkesan kerana kurang mahir disebabkan kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan pada masa yang sama boleh menggunakan bahasa isyarat. Zainolrin Saari, (2005) pula mendapati punca golongan OKU sukar diterima bekerja oleh majikan kerana tiada pengalaman bekerja dan tahap kemahiran yang rendah. Kajian Ramlee dan Ramziah, (2002) pula mendapati industri pembuatan di Malaysia berpandangan pelajar OKU lepasan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Malaysia mempunyai kemahiran

tetapi mereka tidak menguasai kemahiran tambahan motivasi diri, komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan keusahawanan. Dapatan kajian ini juga mendapati OKU (pendengaran) sukar mendapat pekerjaan kerana kekangan sikap mereka sendiri (min=3.72) yang berasa rendah diri jika berkerja berseorangan, tidak suka cabaran baru, mudah putus asa, tidak berminat terhadap perkerjaan berasaskan kemahiran, malu untuk mencari pekerjaan dan tidak suka menerokai bidang baru. Dapatan Loo (2004) juga mendapati OKU merasakan diri mereka sukar untuk menerokai cabaran dan situasi yang baru. Johnson dan Fendrich, (2002) mendapati golongan OKU mempunyai sifat malu kerana mereka menyedari kekurangan yang ada pada diri mereka berbanding manusia normal. Mereka memerlukan bantuan untuk menyelesaikan konflik diri ini sehingga lebih rela untuk tidak berkerja.Sikap OKU (pendengaran) yang kurang yakin dan sering mengikut rakan juga menjadi faktor kekangan pemilihan kerjaya. Kajian Cynthia (2008) mendapati kebanyakan pelajar OKU mengikut rakan sebaya mereka bekerja di tempat yang sama walaupun mereka tiada kemahiran dalam pekerjaan tersebut. Hairunnaja (2003) pula menyatakan golongan OKU mengalami gangguan emosi untuk menetapkan pilihan kerjaya yang telah dipilih bersama rakan sebaya. Analisis ujian ANOVA bagi kajian ini mendapati nilai signifikan bagi semua pengkhususan yang dikaji adalah lebih tinggi daripada nilai iaitu 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekangan pemilihan kerjaya bidang pekerjaan OKU (pendengaran) mengikut pengkhususan yang diambil oleh mereka di sekolah. Kajian ini mendapati bahawa OKU (pendengaran) memilih pengkhususan untuk dipelajari di sekolah kerana mereka sangat berminat dengan pengkhususan tersebut. Oleh yang demikian, mereka berharap agar dapat bekerja dalam bidang yang sama dengan pengkhususan yang diambil di sekolah. Dapatan kajian Boon Ying Ping (1998) juga menunjukkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mempengaruhi kesedian pelajar untuk mengharungi cabaran di tempat kerja. Kemahiran ini perlu diterap sebelum seseorang individu itu cukup bersedia untuk memilih pekerjaan. Apabila OKU itu menguasai kemahiran yang dipelajari, mudah untuk mereka mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan pula. Dapatan kajian disokong oleh Mok, (1992) pula menyatakan pemilihan kerjaya berkait rapat dengan faktor pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bercanggah dengan dapatan kajian Abdol Chini et al., (1999) yang menyatakan sistem pendidikan di sekolah menengah dan program teknik vokasional terutama bagi kursus Binaan tidak mengajar kemahiran yang sepatutnya diperlukan oleh industri binaan. Hasil analisis ujian-t bagi kajian ini mendapati nilai signifikan bagi kesemua faktor yang dikaji adalah lebih tinggi daripada nilai iaitu 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor kekangan pemilihan kerjaya pelajar OKU (pendengaran) berdasarkan jantina pelajar. Walau bagaimanapun kajian Gordon (1992) mendapati jantina, bangsa, ibu bapa, pengalaman bekerja dan haluan pekerjaan, pengaruh pelajar-pelajar yang terdahulu dan kerja kursus mempengaruhi pemilihan kerjaya. Bagi sesetengah pekerjaan, faktor jantina merupakan perkara yang diutamakan bagi sesebuah syarikat untuk mengambil pekerja. Pekerja lelaki lebih cenderung dan berminat dalam industri berat manakala perempuan pula lebih cenderung dalam bidang kemahiran halus dan kreatif. Kajian Chew (1992) juga menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi bekas pelajar dalam memilih pekerjaan berkaitan kemahiran vokasional adalah seperti jantina,

rakan sebaya, minat, peluang pekerjaan, ibu bapa dan kaunselor manakala faktor media massa, bakat semulajadi dan guru merupakan faktor yang kurang berpengaruh. 4.0 KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan tahap kekangan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar OKU (pendengaran) Sekolah Menengah Vokasional di Malaysia berada pada tahap tinggi disebabkan oleh kekurangan kemudahan di tempat kerja, kurang kemahiran dalam bidang yang diceburi dan sikap OKU itu sendiri yang kurang berdikari sementara faktor ketidakselarasan di antara kemahiran yang diikuti semasa di institusi latihan dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri dan kekangan keluarga mempengaruhi pada tahap sederhana. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekangan pemilihan kerjaya bidang pekerjaan OKU (pendengaran) mengikut kursus yang diikuti di sekolah dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor kekangan pemilihan kerjaya pelajar OKU (pendengaran) berdasarkan jantina mereka. Kekangan ini perlu diatasi bagi membantu meningkatkan tahap ekonomi OKU. Jika kekangan ini dibiarkan berada di takuk lama, nasib golongan ini tidak akan terbela. Peluang yang diberikan harus direbut untuk mereka menunjukkan kelebihan diri disebalik kekurangan yang dimilikki. 5.0 CADANGAN Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan item yang mempunyai nilai min rendah iaitu: i. Purata keseluruhan bagi semua pengkhususan yang diambil oleh pelajar OKU (pendengaran) berada pada tahap sederhana. Oleh itu guru yang mengajar bengkel kemahiran perlu lebih menekankan pengajaran amali secara sistematik supaya pelajar OKU (pendengaran) menguasai semua kemahiran kursus yang diceburi. ii. Pemurnian sukatan dan isi pelajaran mengikut kursus dari masa ke semasa perlu dibuat agar apa yang diajar selari dengan kehendak industri bagi memudahkan mereka diterima bekerja di industri-industri tersebut. iii. Pihak sekolah perlu ada pengkalan data industri-industri yang sesuai untuk pelajarpelajarnya memohon pekerjaan setelah tamat sekolah kelak. iv. Ibu bapa harus mengamalkan komunikasi terbuka agar anak-anak mereka yang OKU dapat berkongsi masalah peribadi dan berbincang dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan minat anak mereka. v. Majikan perlu menyediakan kemudahan asas yang sesuai untuk golongan OKU dan pendapatan yang berpatutan, yang sama antara orang normal dan OKU. vi. OKU (pendengaran) perlu didedahkan dengan kursus membina sahsiah dan jati diri agar mereka yakin dalam membuat pilihan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi. RUJUKAN Abdol, R.C., Brisbane, H.B., Aric, G.D. & Rinker, M.E. (1999). Course of the Construction Skill Labour Shortage and Proposed Solution. Annual Conference: California Polytechnic State University. Abdul Halim (2004). Analisis Investasi (Belanja Modal) Sektor Publik-Pemerintah Daerah. Jakarta: UPP STIM YKPN. Azlina Ahmad (2005). Demand For Fresh Graduates in Malaysia: The Importance of Experience, Level of Education and Training. Proceedings: International Conference on Quantitative Sciences and ITS Applications 2005 (ICOQSIA 2005), Penang, December 6-8.

Buletin Perangkaan Malaysia (2011). Kuala Lumpur Boon Pong Ying (1998). Psikologi II. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shertzer, B. &. Stone, S.C. (2000). Asas-asas Bimbingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chew & Moy Hua (1993). Faktor-Faktor Pemilihan Sekolah Vokasional: Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia. Cynthia Kho Mei Ying (2008). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penyertaan Tuisyen Berbayar Di Taman Universiti, Skudai, Johor. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Department Of Health And Human Services Amerika Syarikat (1998). Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Gordon, V.N. (1992). Handbook of Academic Using. Westport, Connecticut: Greenwood Press. Hairunnaja Najmuddin (2005). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan & Kerjaya. Pahang: PTS Professional Publishing. Jessica Jawing (2012). Bangunan Harus Mesra OKU. Terbitan Borneo Post Online Sarawak: Malaysia Loo, R. (2004). Relationship Between Attitudes Toward Euthanasia and Attitudes Toward People with Disabilities. The Social Science Journal Vol 41, Issue 2: 295299. Mohd Hanafi Mohd Yassin (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mok Soon Sang (1992). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4. Kuala Lumpur : Kompleks Budiman Sdn. Bhd. : Subang Jaya. Pekeliling Perkhidmatan (1988). Bil. 10/1988 Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. http://www.melaka.gov.my/v3/gallery.php,2009. Ramlee Mustapha & Ramziah Husin (2002). Perancangan Pendidikan untuk Pembangunan Sumber Manusia dalam Era Globalisasi dan K-ekonomi. Jurnal Teknologi 37(E) Disember 2002 : 47 56. UTM. Reuter, N. (2001). Department Of Health And Human Services, Texas: Federal Register, Vol. 66, No. 11. Rosmawati Sulaiman (2008). Faktor-Faktor Pendorong Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Bekerja di JARO (Johor Area Rehabilition Organisation). Johor Bahru: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Samuel, L.O., Robert, H.H., Martha, E.S. & Jan, B. (2001). Handbook of Developmental Disabilities. New York: Guilford Press. Zainolrin Saari (2005). Keberkesanan Pendidikan serta Latihan Teknik & Vokasional di Kalangan Golongan Orang Kurang Upaya dalam Melahirkan Keperluan Sumber Guna Tenaga Negara, 2005. Disertasi Sarjana: Universiti Teknologi Malaysia. Zinaida Ariffin (2006). Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. Ed ke-2. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai