Anda di halaman 1dari 13

SCE 3106: BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

MINGGU 11 KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU: MENGENAL PASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH
Disediakan oleh : 1. Ang Aik Fung 2. Ang Siew Fang 3. Lee Sze Lin 4. Tan Hui Zhong

APA ITU PEMBOLEH UBAH ?

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai something that may vary or differ.

Pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau bervariasi.

Dalam menjalankan eksperimen, terdapat 3 pemboleh ubah, iaitu: 1.Pemboleh ubah dimanipulasi (PM) 2.Pemboleh ubah bergerak balas (PB) 3.Pemboleh ubah yang dimalarkan atau ditetapkan

PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASI (PM)


Pemboleh ubah dimanipulasi atau juga dikenali dengan diubah, merupakan sesuatu perbuatan pengkaji untuk membezakan bahan ujikaji supaya penyiasatan yang dijalankan juga akan mendapat perbezaan. Senang kata pemboleh ubah dimanipulasi adalah PERBEZAAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH MANUSIA.

PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB)


Pemboleh ubah bergerak balas atau juga dikenali sebagai diperhatikan, merupakan hasil atau keputusan yang diperoleh setelah perkara yang diubah itu dilakukan.

Senang kata pemboleh ubah bergerak balas adalah PERBEZAAN YANG TERDAPAT DI DALAM PENYIASATAN YANG BERLAKU SECARA AUTOMATIK (TIDAK DIBUAT OLEH MANUSIA).

PEMBOLEH UBAH YANG DITETAPKAN


Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah perkara yang perlu dikekalkan di dalam setiap penyiasatan tersebut.

KENAPA MESTI MENGENAL PASTI DAN MENGAWAL KETIGA-TIGA PEMBOLEH UBAH INI?

CONTOH 1
Ali menyediakan empat gelas air masak. Setelah itu dia telah memasukkan pati berperisa seperti sirap, sarsi, jagung dan anggur ke dalam setiap gelas. Setelah dia memasukkan pati tersebut, setiap air masak itu menghasilkan warna-warna yang berbeza.

KENAL PASTIKAN KETIGA-TIGA PEMBOLEH UBAH.


1. PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASI Jenis pati berperisa 2. PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS

Warna air
3. PEMBOLEH UBAH YANG DITETAPKAN Jenis air

Kenapa adanya pemboleh ubah ditetapkan?


Ini kerana, pada setiap pati dimasukkan ke dalam air masak. Jika salah satu air masak itu ditukar kepada air kopi maka akan berlakunya perubahan dan penyiasatan yang dijalankan akan terganggu. Ini bermakna pemboleh ubah dimalarkan @ ditetapkan merupakan perkara yang perlu dikekalkan dan boleh mempengaruhi hasil penyiasatan jika ianya diubah.

LATIHAN
May ingin menyiasatkan tentang perhubungan antara bilangan garam yang ditambah dalam air dengan takat didih air tersebut.
Cubaan Bilangan garam (g) 1 0 2 10 105 3 20 110 4 30 115 5 40 120

Suhu ( C) 100

Anda mungkin juga menyukai