Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Pengguguran menurut Kamus Dewan (2007) berasal dari perkataan gugur yang membawa kepada pelbagai maksud antaranya jatuh sebelum masak, luruh, buang atau hilang. Manakala bagi tujuan definisi gugur di dalam tajuk kajian ini ia bermaksud lahir sebelum cukup bulan. Manakala kata terbitan daripada perkataan gugur iaitu pengguguran pula didefinisikan sebagai perihal perbuatan atau tindakan menggugurkan. Oleh yang demikian, pengguguran bermaksud pengeluaran atau pembuangan embrio atau fetus dari uterus seorang ibu seterusnya mengakibatkan embrio atau fetus tersebut mati. Selain itu, pengguguran juga boleh diertikan keluarnya kandungan dari rahim sebelum usia kehamilan 28 minggu. Pengguguran boleh terjadi secara neutral ataupun secara paksaan dengan kata lain pengguguran secara haram. Realitinya pengguguran secara haram menjadi fenomena yang kritikal dalam kalangan generasi muda terutama golongan remaja. Statistik pengguguran dunia menunjukkan 40 50 juta pengguguran terjadi setiap tahun dimana 30 juta merupakan pengguguran secarah sah manakal 20 juta selebihnya pengguguran dijalankan secara haram dan tidak selamat. Amat mengecewakan di mana Asia mencatatkan statistik pengguguran yang paling tinggi berbanding negara barat. Di Malaysia,merujuk kepada keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Ogos 2008 menyatakan bahawa terdapat kira-kira 40 peratus kehamilan tidak dikenhendaki berlaku yang mana daripada jumlah ini 60 peratus akan digugurkan sama ada secara haram ataupun tidak. Sudah pastinya angka ini semakin meningkat apabila para remaja semakin ditelan arus pemodenan. Keadaan yang semakin membimbangkan kerana perbuatan ini seolah-olah dipandang ringan oleh golongan remaja. Setiap agama menentang keras pengguguran secara haram daripada dilakukan terutamanya agama islam. Perbuatan melakukan pengguguran adalah berdosa besar dan dianggap sebagai satu jenis pembunuhan. Oleh sebab statistik pengguguran yang semakin meningkat terutama di kawasan bandar, ia telah mendorong kami untuk mengkaji dan mengetahui secara lebih mendalam tentang faktor-faktor, kaedah serta pemahaman masyarakat implikasi daripada pengguguran yang dilakukan.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong para remaja khususnya memilih untuk menggugurkan kandungan mereka secara haram. Kehidupan yang sosial serta tidak dikawal, pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan telah mendorong kepada perbuatan zina seterusnya menyebabkan berlakunya kehamilan di luar nikah. Oleh kerana ingin menutup malu mereka memilih untuk menggugurkan kandungan sebelum diketahui ibu bapa mahupun masyarakat sekeliling. Selain itu, terdapat juga kes dimana hamil akibat dirogol dan sebagainya. Cara-cara untuk mengguurkan kandungan jugan dikaji oleh kumpulan kami. Terdapat perlbagai kaedah dan cara dari sudut moden atau tradisional untuk menggugurkan kandungan. Hal ini mendorong untuk melakukan pengguguran kerana kaedah yang ada memberi kemudahan. Malah terdapat juga klinik yang yang sanggup melakukan pengguguran yang merbahaya demi wang. Seterusnya kami mengkaji kesan dan implikasi terhadap si pelaku, keluarga dan juga masyarakat sekeliling. Setiap perbuatan yang dilakukan terutama yang dilakukan secara haram dan tak sah disisi undang-undang dan agama pastinya akan memberi impak terhadap kehidupan yang akan dijalani.

Peningkatan demi peningkatan angka yang menunjukkan keruntuhan moral serta kurangnya kesedaran para remaja terhadap kesan daripada perbuatan pengguguran yang dilakukan. Melalui kajian yang dijalankan oleh kumpulan kami diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran serta pengetahuan kepada golongan mahasiswa mengenai pengguguran yang terjadi secara neutral ataupun secara haram. Walaupun skala kajian kami tidak begitu besar dan menyeluruh namun kami berharap dengan kajian yang dilakukan dapat meningkatkan serta menambah pengetahuan para mahasiswa terhadap perkara yang dipandang ringan selama ini seterusnya menjadikan kita sebagai generasi muda dan mahasiswa yang menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai