Anda di halaman 1dari 10

Penulis hebat sedang berkarya, Suatu kisah di pagi raya, Rambut lebat merah warnanya, Isinya putih manis

rasanya. Siapa saya ??

Pak Hitam pergi ke muara, Pergi bersama Pak Tepeng, Isinya kuning seperti nangka, Sedap di makan di buat goreng.

Cuba teka buah apa??

Badan berbentuk empat segi, Orang melihat di muka saya, Kalau adik orang yang pandai, Cuba teka siapa saya ?

Pergi ke sungai naik rakit, Untuk menangkap si ikan puyu, Jika adik di timpa sakit, Tempat apa adik tuju? Cuba teka ??

Beli bunga di kedai Tahar, Bunga cantik dan juga segar, Badan saya panjang dan lebar, Menjadi laluan di atas air. Apa benda saya ??

Enam budak naik lori, Esoknya tambah tiga orang, Kalau adik bijak bestari, Semua sekali berapa orang ? Berapa nombor saya ??

Nama di beri seperti jarum, Badan kecil merah warnanya, Sekali hidu baunya harum, Bunga apa cubalah teka ? Apa nama saya??

Badan kecil seperti payung, Tumbuh menumpang di pohon kayu, Kalau si kecil akalnya panjang, Cuba teka siapa aku?

Awan putih seperti berkabus, Semuanya hilang dari pandangan, Badanku panjang serta lurus, Selalu di guna membuat garisan. Cuba teka benda apa ??