Anda di halaman 1dari 7

IMPLIKASI 5E TERHADAP P&P

1. Engage
Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam sesi P&P Murid tidak segan untuk bertanya jika kurang faham berkenaan sesuatu topik Menjalankan interaksi dua hala- tidak berpusatkan guru semata-mata. Memberi keyakinan diri kepada murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara. Murid akan mempunyai minat untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu mata pelajaran (tidak bosan.)

2. Explore
Capai kepuasan kerana berjaya melihat sendiri hasil eksperimen Menerapkan nilai murni dalam kalangan murid iaitu nilai kerjasama. Meningkatkan kefahaman kognitif murid tentang sesuatu pembelajaran. Murid akan mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar tanpa terlalu bergantung kepada guru

3. Explain
Penerangan yang diberikan merangkumi konsep dan contoh yang dekat dengan murid. Murid akan memahami dengan lebih jelas tentang konsep yang diterangkan oleh guru. Proses P&P berkesan dan mencapai objektif. Murid-murid tidak akan berasa bosan semasa pembelajaran.

4. Elaborate
Huraian dikaitkan dengan pengalaman sedia ada yang dimiliki murid Memberikan huraian yang jelas mengenai sesuatu perkara yang berlaku dan kaitannya dengan persekitaran murid itu sendiri. Murid akan lebih faham tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas.

5. Evaluate
Guru dapat menilai setakat mana kefahaman murid. Guru juga boleh membuat penilaian berkenaan pengetahuan sedia ada yang dimiliki murid. Guru dapat memperbaiki kelamahan diri dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran murid. Murid akan sentiasa bersedia.

BAGAIMANA GURU MENGAPLIKASIKAN MODEL 5E DALAM P&P


Guru melibatkan murid dalam proses P&P. Memberi pengalaman secara hands on kepada murid. Memberi peluang kepada murid untuk bertanya tentang sesuatu yang mereka tidak faham. Dalam P&P guru memberi peluang kepada murid untuk memberikan pandangan atau pendapat mereka. Guru memberikan contoh yang menarik serta berkaitan dengan kehidupan mereka. Guru menggunakan BBM maujud. Guru mengutamakan kerja berkumpulan. Guru membuat kuiz atau soal jawab terhadap murid apabila selesai mengajar sesuatu topik. Guru memberikan penerangan yang jelas mengenai sesuatu topik berserta dengan contoh yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai