Anda di halaman 1dari 2

Yuran & Caj Kad AmIslamic Bank

Yuran Tahunan Yuran Pengurusan Tetap (FMF)

Percuma Sepanjang Hayat Jumlah adalah berdasarkan jenis kad Jenis Kad Klasik Emas Platinum Yuran Pengurusan Tetap Bulanan RM 450 RM 900 RM 3,750

Yuran Pengurusan Sebenar (AMF)

Yuran pengurusan sebenar bulanan dikira pada kadar harian yang dikenakan ke atas baki tunai bermula daripada tarikh pencatatan transaksi runcit tersebut. Transaksi runcit tidak termasuk Pendahuluan Tunai, Pindahan Baki dan sebarang pelan-pelan kredit lain. Yuran pengurusan sebenar dikenakan pada struktur kadar yuran pengurusan bertingkat yang terpakai bagi semua transaksi runcit daripada tarikh pencatatan transaksi runcit tersebut. (kecuali Kad-i TRUE) a) 1.25% sebulan atau 15% setahun jika anda telah menjelaskan jumlah minimum perlu dibayar tepat pada masanya untuk tempoh 12 bulan berturut-turut. b) 1.42% sebulan atau 17% setahun jika anda telah menjelaskan jumlah minimum perlu dibayar tepat pada masanya untuk sekurangkurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan. c) 1.5% sebulan atau 18% setahun jika rekod bayaran anda tidak seperti (a) atau (b) di atas. (Untuk Kad-i TRUE) a) 1% sebulan atau 12% setahun jika anda telah menjelaskan jumlah minimum yang perlu dibayar tepat pada masanya. b) 1.5% sebulan atau 18% setahun jika anda tidak menjelaskan jumlah perlu dibayar bulan sebelumnya tepat pada masanya. Nota: Kadar Yuran Pengurusan Bertingkat tidak diguna pakai bagi Pendahuluan Tunai dan Program Pindahan Baki Ahli Kad layak untuk mendapat rebat yuran pengurusan bagi had kredit yang tidak digunakan. Dengan Ujrah, Yuran Pengurusan Tetap adalah berdasarkan jenis Kad Kredit (Klasik, Emas atau Platinum). Yuran pengurusan yang dikenakan bagi had kredit yang telah digunapakai merupakan Yuran Pengurusan Sebenar (AMF). Rebat akan dikira berdasarkan perbezaan di antara Yuran Pegurusan Tetap dan Yuran Pengurusan Sebenar pada tarikh penyata yang dikeluarkan. Rebat bulanan tidak diberikan bagi Pendahuluan Tunai dan program Pindahan Baki. 5% daripada baki belum dijelaskan atau tertakluk kepada bayaran minimum RM 50.

Kadar Yuran Pengurusan Bertingkat

Rebat (Ibra)

Bayaran Bulanan Minimum

Yuran Pendahuluan Tunai Yuran Pengurusan Pendahuluan Tunai Caj Bayaran Lewat Tempoh Bebas Yuran Pengurusan Yuran Had Lebihan Yuran Pemulangan Baki Kredit Yuran Pengantian Kad Yuran Tukaran Bagi Transaksi Luar Negara Yuran Cetakan Semula Draf Jualan Yuran Penyata Tahunan Yuran Permintaan Penyata Tambahan Cukai Perkhidmatan Kad

Yuran tetap sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap transaksi pendahuluan tunai. Selain daripada Yuran Pendahuluan Tunai, yuran pengurusan pada kadar 1.5% sebulan atau 18% setahun yang dikira atas dasar baki harian akan dikenakan pada Amaun Pendahuluan Tunai dari tarikh Pendahuluan Tunai dibuat sehingga bayaran penuh diterima dan dikredit ke dalam Akaun Kad. 1% daripada baki tertunggak yang perlu dibayar atau sekurang-kurangnya RM10; yang mana lebih tinggi, sehingga maksimum RM100. 20 hari dari tarikh penyata , asalkan tiada baki belum dijelaskan dalam akaun kad. Yuran tetap had lebihan berjumlah RM50
Yuran sebanyak RM2 akan dikenakan ke atas setiap pemulangan amaun terlebih bayar (baki kredit) yang dibuat ke atas Akaun Kad

Kad Gantian boleh dikeluarkan atas permintaan Ahli Kad dan akan dikenakan yuran RM25. Urus niaga di luar Malaysia akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada tarikh urus niaga diterima dan/ atau diproses. Kadar tukaran mungkin berbeza daripada kadar harian disiarkan akibat turun-naik pasaran. Kadar tukaran ditentukan oleh MasterCard International atau Visa International ditambah kos pentadbiran 1%. RM20 setiap salinan. Semua rekod dan catatan dalam penyata kad hendaklah dianggap betul dan mengikat Ahli Kad melainkan Ahli Kad memaklumkan Bank secara bertulis tentang kesilapan dalam penyata kad tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh penyata kad. Salinan penyata dihantar kepada alamat surat-menyurat: RM12.00 setiap tahun. ePenyata: Tiada Caj RM5 setiap salinan bagi permintaan pertama. RM10 setiap salinan bagi permintaan seterusnya untuk penyata bulanan yang sama. Hanya permintaan bagi penyata untuk 3 bulan lepas akan dilayan. Kad Utama : RM50 setiap tahun Kad Tambahan : RM25 setiap tahun Cukai akan dikenakan pada penyata pertama selepas kad dikeluarkan dan selepas itu pada tarikh ulang tahun setiap tahun.

Anda mungkin juga menyukai