Anda di halaman 1dari 6

1.

A) Terangkan dengan ringkas setiap yang berikut:

Teori pembelajaran Piaget.


Jean Piaget telah mengemukakan teori yang memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.Konsep penting yang diutarakan oleh beliau ialah skema,asimilasi,akomodasi dan adaptasi.Skema merujuk kepada potensi am yang ada di dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.Asimilasi pula satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.Manakala akomodasi ialah satu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan apabila skema tidak dapat mengasimilasi persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.Adaptasi pula merupakan satu keadaan keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Dalam teori pembelajaran Piaget ,beliau mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui.Oleh itu beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur iaitu tahap sensorimotor,tahap pra operasi,tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal.Tahap sensori motor bermula dari lahir sehingga umur kanak-kanak itu 2 tahun.Pada tahap ini perkembangan mental ditandai oleh kemajuan yang besar dalam kemampuan bayi untu mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi seperti melihat dan mendengar melalui gerakan dan tindakan fisik.Manakala tahap Praoperasi bermula dari umur 2 tahun hingga 7 tahun.Pada tahap ini anak mulai melukiskan dunia dengan kata-kata dan gambar-gambar.Selain itu muncul pemikiran egosentrisme,anismisme dan intuitif. Tahap operasi konkrit bermula dari umur kanak-kanak itu7 tahun hingga 12 tahun. Pada tahap ini anak dapat melakukan penalaran logik mengantikan pemikiran intuitif sejauh pemikiran dapat diterapkan ke dalam contoh-contoh yang spesifik dan konkrit. Selain itu tahap yang terakhir ialah tahap operasi formal yang bermula dari umur 12 tahun sehinggalah dewasa.Semasa tahap ini individu melampaui dunia nyata,pengalaman konkrit dan berfikir secara abstrak dan lebih logik.

Teori Pembelajaran berasaskan otak. Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses pembelajaran. Prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak ialah otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa.Selain itu ,prinsip dalam pembelajaran berasaskan otak ialah pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi, mencari makna secara dalaman,dan mencari makna melalui pencorakan. Emosi adalah penting dalam pencorakan.Otak juga memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak.Dalam proses pembelajaran ia melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan,pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.Selain itu,terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote. Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory dan pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan serta otak adalah unik Terdapat tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak iaitu Orchestrated immersion. Orchestrated immersion bermaksud mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran.Teknik yang kedua ialah relaxed alertness iaitu mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran.Teknik yang ketiga ialah active processing yang bermaksud membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. Guru perlu membantu pelajar mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Antara elemen- elemen interaktif yang penting dalam proses ini ialah guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai.Selain itu pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya dan bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah secara mendalam, mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan.Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti dan pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik Selain itu,gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagiannya. Oleh kerana otak berbeza, guru perlu membenarkan pelajar belajar merancang pembelajaran mengikut persekitaran sendiri dan penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa. Kesimpulannya bagi menjayakan pembelajaran berasaskan otak guru perlu memahami kaitan antara struktur otak dan fungsinya dalam proses pembelajaran dan guru perlu sedar tentang prestasi di antara kanak-kanak adalah disebabkan oleh kematangan otaknya.

Teori Pembelajaran Bruner. Teori pembelajaran Bruner menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat sesuatu gambaran secara keseluruhan.Oleh itu kanak-kanak sepatutnya diajar untuk memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa pemahaman yang signifikan. Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak.Dalam proses pemahaman konsep,Bruner telah membahagikan perrkembangan mental kanak-kanak kepada 3 tahap iaitu peringkat enaktif(0 hingga 2 tahun),peringkat ikonik(2-4 tahun)dan peringkat simbolik(5-7 tahun). Peringkat enaktif bermula dari lahir hingga berumur 2 tahun.Semasa peringkat ini kanak-kanak akn bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya.Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggota badannya untuk menyelesaikan masalah.Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Semasa peringkat ikonik dari 2 hingga 4 tahun kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya dan menyimpan imej-imej tertentu.Pada peringkat ini,imej mental telah terbentuk iaitu dapat menyebut objek yang tiada dihadapan matanya. Semasa peringkat simbolik dari 5 hingga 7 tahun,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalaman.Pada peringkst ini bermulanya penaakulan simbolik. Bruner telah memperkenalkan tiga teori pembelajaran iaitu pembelajaran penemuan,pembelajaran induktif dan pembelajaran konsep.Dalam teori pembelajaran penemuan pelajar perlu diperkenalkan dengan satu fenomena dan selepas itu pelajar perlu menyiasat bagaimana fenomena itu terjadi daripada beberapa sumber maklumat seperti buku dari perpustakaan,perbincangan dengan kawan dan guru,membuat pemerhatian dan ujikaji sendiri.Setelah jawapan diperolehi jawapan tersebut perlu dibincangkan bersama guru dan pelajar lain. Teori pembelajaran induktif pula ialah pembelajaran yang bermula dari spesifik ke umum iaitu dengan menggunakan pengalaman pelajar dan mengaplikasikan dalam situasi lain.Dalam teori pembelajaran induktif lebih kepada membekalkan kanak-kanak dengan pengalaman yang dapat menambah kebiasaan tentang konsep baru yang dipelajari.Guru tidak memberi definasi konsep tetapi pemahaman konsep kanak-kanak dibina secara perlahan hasil dari pelbagai aktiviti dan pengalaman.

Pembelajaran konsep pula merupakan satu strategi yang memerlukan kanak-kanak membandingbezakan kumpulan atau kategori tertentu yang mempunyai cirri-ciri yang relevan dengan kumpulan atau kategori yang tidak relevan.

Teori pembelajaran Ausubel. Teori pembelajaran Ausubel merupakan salah satu teori yang menjadi dasar dalam pembelajaran koperatif.Teori pembelajaran Ausubel menekankan kepada pembelajaran berrmakna.Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep yang relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang.Pembelajaran bermakna terjadi apabila kanak-kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. David Ausubel telah memperkenalkan dua jenis pembelajaran iaitu pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal dan pembelajaran Ekspositori atau deduktif.Penyusunan awal dipekenalkan untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran supaya pembelajaran optima berlaku.Fungsi penyusunan awal untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.Penyusunan awal boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.Terdapat tiga tujuan penyusunan awal iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran,menjelaskan hubungan antara konsep yang dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk ingat semula konsep yang telah dipelajari.Ausubel mementingkan penyusunan konsep dalam pengetahuan yang disusun secara hirarki iaitu dari konsep umum ke spesifik. Teori pembelajaran ekspositori menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap.Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif iaitu daripada umum kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh.

b. Bezakan dengan jelas di antara teori pembelajaran Ausubel dan teori pembelajaran Bruner

dengan menggunakan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar satu konsep sains sekolah rendah.

Terdapat perbezaan di antara teori pembelajaran Ausubel dan teori pembelajaran Bruner.Teori pembelajaran Ausubel menekankan kepada pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik. Manakala teori pembelajaran Bruner menekankan kepada pembelajaran penemuan. Contohnya untuk mengajar konsep geseran kepada murid.Mengikut teori pembelajaran Bruner antara langkah pengajarannya guru perlu memperkenalkan dahulu tentang apa itu geseran.Selepas itu guru mengkehendaki pelajar menyiasat bagaimana geseran itu berlaku.Semasa murid melakukan penyiasatan atau kajian murid boleh memperolehi maklumat dari beberapa sumber seperti buku di perpustakaan,perbincangan dengan rakan,perbincangan dengan guru,melalui pemerhatian dan membuat ujikaji.Selepas siasatan dibuat guru perlu berbincang bersama pelajar didalam kelas selepas jawapan diperolehi. Manakala mengikut teori pembelajaran Ausubel,untuk mengajar tajuk geseran guru perlu menjalankan pengajaran secara Ekspositori iaitu perlu menjelaskan kandungan pelajaran dalam bentuk fakta lengkap secara tersusun.Contohnya,dalam tajuk geseran guru perlu menerangkan bagaimana geseran terjadi,faktor-faktor yang mempengaruhi geseran,kebaikan dan keburukan geseran dan kesan geseran.Selepas itu pembelajaran berkembang secara deduktif daripada prinsip kepada contoh iaitu dengan memperkenalkan apa itu geseran kepada beberapa contoh aktiviti yang melibatkan geseran dalam kehidupan seharian kita.Selepas itu guru perlu mengaitkan konsep yang telah dipelajari dengan konsep baru.

Anda mungkin juga menyukai