Anda di halaman 1dari 31

TAMADUN CINA

DISEDIAKAN OLEH;
SAG 2009/10
Persekitaran Geografi budaya Cina.

• Faktor Geografi memain peranan yang penting dalam


pembentukan bangsanya
• Pembentukan tamadun Cina banyak bergantung pada
persekitaran dalaman seperti zaman Xia Shang Zhou.
• Bangsa Xia, Shang dan Sou mengadakan aktiviti
kehidupan mereka di wilayah ’Zhong Yuan’ dan Barat
Laut.
• Di sebelah selatan terdapat rintangan bukit-bukit,
• Di sebelah utara terdapat padang pasir yang luas dan di
sebelah barat terdapat tanah curam.
Kerangka masyarakat budaya Cina
• Masyarakat Cina dibentuk oleh bangsa Jia Zu dan
keluarga.
• Ia dilengkapi dengan sempurnanya sistem Zong Fa
dengan hubungan darah dalam mengawal kerangka
keluarga dan sistem bangsa.
• Jia Zu dan Zong Zu ada sesetengahnya akan menjadi
hamba dalam sistem itu. Sistem ini dibahagi kepada Da
Zong dengan Xiao Zong seperti dalam prinsip Wu Lun (5
perhubungan).
• Pada zaman selepas Chun Qiu sistem Zhong Fa menuju
ke arah keruntuhan.
• Aliran Konfusianisme telah membentuk satu sistem
pengajian Ren.
Ekonomi Pertanian mempengaruhi
terhadap budaya Cina
• Susunlapis masyarakat Cina dibahagi kepada 4
peringkat iaitu kaum pelajar, kaum tani, kaum
pekerja dan kaum pedagang.
• Dalam budaya Cina, setiap dinasti dalam
mentadbir negara menganggap rakyat sebagai
paling asas iaitu memberi perhatian tentang
keadaan rakyat dan menyelesaikan persoalan
kehidupan rakyat.
• Cina merupakan negara pertanian yang besar
dan pertanian merupakan asas dalam
pembangunan negara.
Konsep warisan falsafah Cina
Konsep Ren
– Takrif : Ren membawa maksud kemanusiaan, kasih sayang.
Ren sebagai kesedaran akhlak, kod nama untuk seluruh
akhlak
Konsep Li
– Takrif : Li membawa pengertian tatasusila; sistem masyarakat;
peraturan pelakuan perhubungan di antara manusia dengan
manusia; untuk membezakan order susun lapis masyarakat;
sebagai kerangka pentadbiran negara; lambang adat istiadat
corak kehidupan status yang berbeza
Konsep Zhong Yong
– Takrif : Pelakuan yang paling tinggi tidak melebihi atau
mengurangi dari segi akhlak; jalan pertengahan untuk
mengimbangkan dan mengharmonikan segala perkara
sebagai asas konsep jati diri;
– menekankan kepercayaan akhlak, keikhlasan dan kejujuran
diri; prinsip membangun diri, prinsip perhubungan sosial,
prinsip menjadi manusia. Ia merupakan satu kesedaran dan
keinsafan dalam pembentukan akhlak
Konsep Zong
– Takrif : Taat dan setia; tidak berbelah bahagi; apa
yang kita ingin dirikan untuk diri kita, kita dirikan juga
untuk orang lain; melakukan sesuatu kerja sedaya
upaya dengan memenuhi tanggungjawab diri sendiri.
Konsep Shu
– Takrif : Kemaafan; apa yang kita tidak ingin orang lain
lakukan terhadap diri kita, kita jangan lakukan
terhadap orang lain
Konsep Yi
– Takrif : Kewajaran; keadilan; perkara yang sepatut kita
lakukan
Konsep Chiu Ting dan Chiu Zhou
• Perkataan Ting merupakan lambang kuasa raja dan peralatan penting
negara.
• Sekiranya Ting berada negara wujud, sekiranya Ting berpindah tangan
maka negara lenyap.
• Pembesar-pembesar (Chu Hou) tidak boleh memiliki Ting dan juga tidak
boleh bertanya berat/ringan atau besar/kecilnya Ting.
• Pembuatan Ting bermula pada dinasti Xia sebagai peralatan negara yang
penting.
• Konsep Chiu (sembilan) merupakan satu angka yang paling disanjung tinggi
dalam masyarakat purba cina dan angka ini bersama dengan angka lima,
panggilan untuk sembilan lima adalah untuk menunjukan kemuliaan dan
kehormatan pada kuasa raja.
• Konsep Wu Fan (lima arah) mudah berkembang kepada Chiu Fan
(sembilan arah). Wu Fan adalah dimaksudkan timur, barat, selatan, utara,
dan tengah.
• Chui Fan pula selain dari timur, barat, selatan, utara, dan tengah ditambah
dengan empat bahagian lagi.
Sejarah
• Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan
tamadun cina di utara dan Chang Jiang
merupakan pusat pertumbuhan tamadun cina di
selatan.
• Kebudayaan Yangshao merupakan tamadun
yang paling awal di provisi Shaanxi.
• Kebudayaan Longshan bertempat di provisi
Shandung dan peradaban zaman gangsa
terletak di provisi Jiangxi.
Tamadun Dinasti Xia
• Sejarah tamadun cina yang paling penting adalah
sejarah bangsa Han.
• Panggilan orang Han atau bangsa Han bermula pada
dinasti Han, Panggilan orang cina hanya dengan gelaran
Xia atau Hua Xia.
Tamadun Dinasti Shang
• Dinasti Shang merupakan Dinasti kedua negara cina.
Dinasti ini merupakan dinasti perampasan kuasa.
Tamadun Dinasti Zhou
Tamadun Chun Qiu: keruntuhan adab dan muzik
(peradaban).
Tamadun Zhang Guo
Bangsa
• Bangsa Cina adalah digabungkan oleh lima kaum besar
dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu (bangsa
Tionghua).
• Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali dengan nama
Bangsa Hua Xia kemudian bertukar nama kepada
bangsa Han dan bangsa Tang pada Dinasti Tang.
• Bangsa Cina mempunyai banyak kumpulan minoriti
bertaburan di seluruh negara cina.
Konsep Min Zu (Bangsa)
• Konsep Min Zu (bangsa) lebih dirujukkan kepada
penjenisan bangsa Cina, bangsa HuaXia, Han, Tang dan
Hui kerana pembentukan bangsa Cina berlandas kepada
5 kumpulan suku bangsa.
Konsep Bangsa Tionghua
• Konsep bangsa Tionghua pula dirujukkan
kepada bahasa Han dan budaya yang
diciptakan oleh bangsa Han.
Bahasa
• Bahasa Cina adalah merupakan panggilan pada Hanyu (Bahasa
Han) dan kemudian berkembang dengan bahasa baku Beijing
sebagai bahasa kebangsaannya.
• Bahasa Cina juga dikenali dengan panggilan bahasa Mandarin.
• Bahasa Cina terbahagi kepada bahasa lisan dan bahasa tulis.
• Bahasa lisan terbahagi kepada puluhan dialek yang berbeza-beza.
• Bahasa tulis Cina merupakan bahasa kebangsaannya yang
menyatukan seluruh rakyat Cina yang bertutur dengan dialek yang
berbeza.
• Bahasa Cina dipanggil juga bahasa Han yang menunjukkan
maksud pada perkataan.
• Kaedah pembentukan bahasa cina berdasarkan pada Liu Shu iaitu
Xiang Xing (bentuk imej) seperti perkataan Jit (matahari).
• Bahasa kuno cina mempunyai sejarah yang
panjang sejak dinasti Shang lagi sudah terbentuk
tulisan pada Jia Ku Wen (tulisan atas tulang
kura-kura dan binatang), kemudian berkembang
kepada Chin Wen (tulisan diatas logam).
• Kaedah pembentukan huruf cina, kerangka
huruf-huruf cina dan bentuk penulisan, perkataan
cina kebanyakkannya merupakan perkataan
gabungan bentuk dan bunyi bersumber pada
imej bentuk perkataan itu.
Masyarakat dan Budaya
Sistem masyarakat
• Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem
kekeluargaan. Dalam sistem masyarakat, tradisi
mengutamakan order sosial dan lima perhubungan etika
Sistem kekeluargaan
• Ia menekankan kuasa bapa sebagai pusat dalam sistem
kekeluargaan.
• Nilai sistem Sangkang (hubungan raja dengan pembesar,
ayah dengan anak dan suami dengan isteri),
• Wu Chang (merupakan nilai-nilai seperti Ren; kemanusian,
Yi; kewajaran/keadilan, Li; tatasusila/kesopanan, Zhi;
kebijaksanaan, Xin; kepercayaan/amanah)
Pelbagai Agama dalam Tamadun Cina

Agama Buddha dan Falsafahnya


• Semenjak agama Buddha dari India di bawa masuk ke
China dari dinasti Han sampai ke dinasti Tan,
• Orang Cina telah meresapkan falsafah agama Buddha
menjadi corak Cina.
• Agama Buddha yang penting terbahagi kepada aliran
Tian Tai Zong, Wei Si Xong, Hua Yuan Zong dan Zen Du
Zong.
• Agama Buddha telah menggunakan kaedah penafian
untuk menyelesaikan segala persoalan di dunia
• Ia berjuang untuk kebebasan dan pelepasan dari derita.
Asas pemikiran agama Buddha terbahagi kepada empat iaitu
:
1. Teori Si Ti
• Dalil yang sebenar iaitu dukacita, pengumpulan,
kemusnahan dan prinsip.
2. Teori sebab-akibat
• Agama Buddha menganggap jutawan benda di dunia
berasal dari kosong dan kelahirannya adalah saling
bergantung dan sebab-akibat.
3. Teori balasan
• Agama Buddha menganjurkan teori baik dibalas baik,
jahat dibalas jahat. Konsep balasan itu terbahagi kepada
balasan pada dunia kini dan balasan pada dunia akan
datang.
4. Teori 3 kaedah
• Segala makhluk di dunia ini saling berubah
dan tidak kekal selama-lamanya, segala
makhluk lahir kerana sebab-akibat, tidak ada
sifat yang tersendiri.
Falsfah agama Buddha adalah untuk
membebaskan cengkaman naluri supaya
manusia dapat membatasi keinginan
nafsunya.
Agama Dao dan falsafahnya
• Agama Dao merupakan agama yang sedia ada dalam
warisan China.
• Ia menganggap Lao Zi sebagai ketua agamanya dan
diperdewakan Lao Zi dan Zhuang Zi.
• Mereka memuja dewa dewi dan mencari kaedah untuk
hidup lama.
• Mereka menganggap Dao sebagai daerah yang paling
tinggi dari kalangan agama rakyat.
• Sejarah tertubuhnya agama Dao ini mempunyai masa
yang panjang sejak dari Han Timor dan dinasti Wei Jen
selatan dan utara.
• Agama Dao berkembang dengan pesatnya. Pada zaman
Sue Tang merupakan zaman kegemilangannya
• Konsep Dao merupakan asas kepercayaan agama Dao. Ia
merupakan akar umbi segala kejadian, permulaan langit dan bumi
yang dibentuk oleh lima elemen, melahirkan imej-imej jutaan benda
dan punca kepada segala makhluk.
• Agama Dao menganggap Dao melahirkan nafas, nafas melahirkan
segala benda.
• Dao melahirkan satu, satu melahirkan dua, dua melahirkan tiga, tiga
melahirkan jutaan benda’. Ini merupakan tafsiran agama Dao
terhadap punca segala makhluk.
• Satu membawa pengertian kasih sayang, dua membawa pengertian
jimat cermat, tiga membawa pengertian tidak berani berlumba-
lumba.
• Teori agama Dao merupakan gabungan Konfusianisme dan
Daoisme.
• Mereka juga menganjurkan pemupukan akhlak untuk mencapai usia
yang panjang tidak lain tidak bukan iaitu mempelajari Dao,
melakukan kebaikan, tidak meminum arak, tidak mengambil harta
benda orang dan tidak melakukan perkara yang jahat. Ini semua
merupakan intisari pemikiran kata larangan untuk mencapai akhlak
agama Dao.
Agama Islam dan Falsafahnya
• Cina Muslim telah menggunakan kategori konsep
Konfusianisme untuk mentafsirkan kitab-kitab ajaran
agama Islam dibawah kerangka pengajian tauhid dan
memberi pengertian Teologi.
• Falsafah pemikiran agama Islam China merupakan
hasil gabungan budaya pemikiran Konfusianisme
dengan agama Islam. Kita boleh tinjau dari beberapa
aspek seperti di bawah iaitu
• Konsep Zhen Yi (Kebenaran Yang Satu).
• Teori Pengenalan : Mengkaji benda untuk mencapai
ilmu
• Pandangan Takdir
Pandangan semesta dan nilai-nilai

• Empat aliran falsafah iaitu Konfusianisme, Mosime, Daoisme dan


Legalis merupakan ukuran sistem konsep nilai yang paling
mempunyai pengaruh dan teoritikal
1. Teori nilai akhlak Konfusianisme
• Konfusius merupakan pengasas dalam aliran Konfusianisme.
• Beliau adalah orang yang memperkembangkan dan mewarisi
pandangan nilai akhlak dan budaya peradaban serta muzik pada
zaman Zhou Barat.
• Ideologinya dikembangkan pada akhir zaman Chun qiu
sampailah ke zaman Zhang Guo oleh Konfusius, Mengzi dan
Xunzi.
• Konsep nilai mereka mempunyai kesamaan iaitu nilai aliran
Konfusianisme berlandas kepada akhlak Ren Yi (kemanusiaan
dan keadilan).
2. Teori nilai kepentingan Moisme

• Moti merupakan pengasas kepada aliran Moisme.


• Beliau telah memetik sesetengah konsep nilai dari
Konfusius seperti nilai Yi.
• Dia mengemukakan tafsiran baru tentang konsep Yi iaitu
mempunyai makna kepentingan. Yi boleh
menguntungkan manusia, oleh sebab itu, dia
menyatakan Yi itu adalah kepentingan.
• Beliau mengemukakan pandangan nilai, saling menukar
kasih sayang, saling menukar kepentingan, untuk
menerangkan pandangan nilainya yang mengutamakan
Yi dan mengutamakan kepentingan.
• Beliau mengemukakan pemilihan nilai yang paling tinggi
adalah untuk berjasa dan untuk kepentingan rakyat.
3. Teori nilai natural Daoisme
• Laozi dan Zhuangzi merupakan wakil aliran Daoisme
• Mereka telah mengambil perhatian terhadap masyarakat dan
kehidupan manusia.
• Mereka telah mengemukakan sistem konsep dan nilai iaitu,
naturalisme dan Wuwei (tanpa kegiatan).
• Daoisme menganggap pemilihan nilai yang paling tinggi dalam
masyarakat dan kehidupan manusia adalah terletak pada
naturalisme dengan tanpa bergiat.
• Konsep naturalisme dan Wuwei ini membawa satu sikap terhadap
dunia tidak diganggugugat dan tidak mempunyai kehendak peribadi.
• Segala-galanya mengikut kudarat alam, tidak menekankan keadaan
survival diri sendiri, bebas dengan sebebas-bebasnya pada daerah
kerohanian.
• Konsep natural membawa erti tanpa keperluan peribadi, tanpa
perlakuan yang gila, tidak memaksa, semuanya mengikut proses
dan keadaan alam semulajadi.
4. Teori nilai kuasa aliran Legalis
• Aliran Legalis merupakan wakil pemikiran kuasa kebangkitan di
zaman Chunqiu dan Zhang Guo.
• Aliran Legalis merupakan aliran yang menekankan kepada kuasa
undang-undang dan kaedah.
• Aliran Legalis menganggap, sifat manusia adalah buruk.
• Perubahan masyarakat menyebabkan perubahan prinsip,
• Meganggap konsep nilai berkembang mengikut zaman dan juga
berubah mengikut perubahan sejarah.
• Aliran Legalis membicarakan nilai kuasa raja iaitu raja, autoriti,
perundangan dan kaedah.
• Raja merupakan nilai yang paling tinggi dalam kalangan manusia
• Kuasa adalah alat dan modal untuk mentadbirkan seluruh alam dan
mentadbir pembesar-pembesar dan rakyat
• Sistem perundangan merupakan perkara yang paling berharga
dalam mentadbirkan masyarakat
Pencapaian dalam pelbagai bidang
Kesusasteraan
1. Puisi:
• Shi Jing (sastera realiti di utara) dan Chucu (sastera romantik di selatan)
2. Prosa:
• Fu merupakan bentuk prosa dinasti Han
3. Drama:
• Dinasti Yuan, merupakan zaman keemasan drama. Tokoh utama adalah seperti Guan
Han Qing dan Wang Shi Fu
4. Fiksyen:
• Dinasti Ming dan Qing merupakan zaman keemasan fiksyen
• Sanguo Yanyi (roman tiga negara)
• Honglou Meng (mimpi lonteng merah)
5. Kesenian
• Muzik Klasik, Kaligrafi, Seni lukis, Seni pembinaan.
Sains dan Teknologi Cina
• Keistimewaan Sains dan teknologi cina lama
menekankan pada dua aspek iaitu sifat kegunaan dan
pandangan keseluruhan.
• Kejayaan seperti catatan rekod kajian cuaca,
pengukuran bentuk langit, kaedah takwim.
• Dalam aspek teori Yin Yang (merupakan satu
pandangan pembentukkan kuasa alam yang
bertentangan ia melalui proses pertentangan
pergabungan dan peruabahan) dan Wu Xing (lima
elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah).
• Teori Yin Yang dan Wu Xing merupakan asas falsafah
dalam perkembangan sains dan teknologi cina, ilmu
perubatan anatomi dan ilmu menjaga kesihatan.
Teori Yin Yang
• Teori Yin Yang merupakan
percanggahan pertentangan dari dua
aspek positif dan negatif sesuatu benda.
• Ia juga saling bergantung di antara satu
sama lain dan ia juga saling melenyap
dan menghidup antara satu sama lain
Konsep Wu Xing
• Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu
logam, kayu, air, api dan tanah.
• Konsep ini saling mengawal dan saling
mengatasi antara satu sama lain seperti api
dengan air
• Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu
logam, kayu, air, api dan tanah.
• Konsep ini saling mengawal dan saling
mengatasi antara satu sama lain seperti api
dengan air
ISTILAH-ISTILAH DALAM
TAMADUN CINA
• Ren : kasih sayang, kemanusiaan, cinta, prinsip
hubungan manusia dengan manusia.
• Yi : kewajaran, keadilan dan perkara yang sepatut kita
lakukan.
• Li : peradaban, kesopanan, tatasusila, budi pekerti,
peraturan perlakuan akhlak
• Zhi : kebijaksanaan
• Xin : kepercayaan dan amanah
• Xiao : berbakti, mendengar perintah kedua orang tua
• Zhong : ketaatan, patuh, tidak berbelah bagi
• Shu : kemaafan
• Tian : Hu han, alam langit,
• Dao : prinsip peraturan, jalan, pegangan, kaedah,
• Tian Dao : kudrat alam, peraturan alam, perjalanan alam
• Ren Dao : jalan manusia, prinsip manusia, pegangan
manusia, peraturan manusia
• Tian Ming : takdir, nasib
• Wu Wei : mengurangkan kegiatan, tanpa bertindak,
naturalisme
• He : harmoni, bersama
• Shang Tong : mengutamakan kesamaan.
• Yin Yang : Konsep Positif dan Negatif
• Wu Xing : 5 elemen (api, air, tanah, logam, kayu )
Tamat