Anda di halaman 1dari 17

PEMARKAHAN 1. 2. 3.

FORUM JUMLAH

SEMESTER 3 KAE 3013 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TAJUK

a. Jelaskan konsep pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah. b. Huraikan satu strategi pengajaran yang berkesan untuk mempertingkatkan kreativiti dalam kalangan kanakkanak sekolah rendah.

KUMPULAN D2

DISEDIAKAN OLEH NAMA RAMLAH BT DAUD WAN AZIMAH BT IBRAHIM ZAM ZA MILA BT JOHARI ZUMARIAH BT AHMAD NO.ID PPG/BM/01/00597/2012/2/KIC PPG/MT/01/00636/2012/2/KIC PPG/MT/01/00647/2012/2/KIC PPG/M/01/00648/2012/2/KIC NO.TELEFON 0199923374 0133916463 0122489501 0196823313

NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK SADASSEEVAN LETCHUMANAN TARIKH SERAH : 20 HB APRIL 2013

Sekapur Sirih

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dengan rendah diri , kami mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya maka dapat kami menyiapkan kerja khusus yang bertajuk Jelaskan konsep pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah dan Huraikan satu strategi pengajaran yang berkesan untuk

mempertingkatkan kreativiti dalam kanak-kanak sekolah rendah. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Terutama sekali kepada rakan-rakan kelas D2 dan khasnya kepada Encik Sadasseevan Letchumanan yang paling banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Pada peringkat awal kerja kursus ini diberi, kami beranggapan bahawa, kami tidak mampu untuk menyiapkan dalam masa yang diberikan, namun setelah diberi penerangan secara terperinci, bertanya dan menyelidik tentang kaedah perlaksanaannya, maka

akhirnya kami berjaya melaksanakannya. Segala rintangan dan dugaan yang kami lalui semasa membuat tugasan ini, kami menjadikan ia sebagai satu dorongan untuk berjaya.

Akhir bicara, semoga kerja kursus ini akan menjadi dorongan kepada kami iaitu sebagai guru untuk mencari ilmu sebanyak mungkin dan seterusnya ilmu pengetahuan tersebut akan kami serapkan pada murid-murid kami nanti. Sekian , terima kasih.

1.0

Pengenalan

Dalam kerja kursus ini, kami akan membincangkan berkaitan dengan konsep pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah dan strategi pengajaran yang berkesan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kreativiti dalam kalangan kanakkanak sekolah rendah.Selain itu , kami juga akan membincangkan tentang kepentingan kreativiti kepada kanak-kanak serta strategi pengajaran yang pada pandangan kami amat berkesan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kreativiti dalam kalangan muridmurid sekolah rendah. 2.0 Definisi kreatif

Dalam setiap diri insan yang diciptakan Tuhan dikurniakan kreativiti samaada disedari secara langsung atau tidak oleh seseorang itu. Kreativiti merupakan kebolehan asasi yang dimiliki oleh manusia, namun begitu kebolehan serta bakat kreatif ini mestilah dipupuk dan dibajai dengan sewajarnya. Menurut kamus Websters (1976), pemikiran kreatif ialah the ability to bring something new existence. Definisi ini memperlihatkan kreativiti adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Ia juga seolah-olah melambangkan suatu pemikiran manusia yang hebat untuk melakukan sesuatu yang diinginkan.Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembang sesuatu idea baru dan asli. Kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya. (Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd Hamid, 2001).

Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, kreativiti bolehlah dirumuskan bahawa ia merupakan keupayaan seseorang untuk memproses maklumat seterusnya mampu menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Konsep pemikiran kreatif itu pula berkisar kepada beberapa entiti iaitu seseorang dapat melakukan sesuatu dengan cara yang unik. Selain itu, seseorang juga dikatakan dapat berfikir di luar kotak pemikiran biasa atau bebas daripada pola yang sama. Melihat sesuatu dari perspektif baru di samping menggabungkan idea yang sedia ada untuk membentuk idea yang baru. Melalui pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, seseorang itu berupaya mencari pelbagai input idea bagi mewujudkan hasil yang baru lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.

Pelbagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam

mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) pula menyatakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Seterusnya Nystrom (1979) telah menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Bagi Mumford dan Gustafson (1998), kreativiti merupakan penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Berdasarkan kepada

kepelbagaian makna yang diberikan oleh individu- individu ini , kreativiti boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong seseorang dalam merealisasikan idea baru sekaligus menghasilkan produk yang unik serta luar biasa. Dalam konteks ini, kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan manakala idea lama pula dikaji serta dinilai semula. Keadaan ini merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama yang boleh dilihat ialah fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Manakala inovasi adalah hasil pemikiran kritis dan kritif yang memberi makna baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

3.0

Definisi kanak-kanak

Perkembangan diri manusia bermula dari peringkat bayi, meningkat kepada masa remaja, menjadi dewasa sehingga kematiannya. Kelakuan serta sikap seseorang itu adalah berbeza samada pada setiap diri manusia ataupun di setiap peringkat umurnya. Kajian tentang diri seseorang itu telah bermula sejak berada di dalam kandungan ibunya. Bayi bergerak sejak dari rahim ibunya seterusnya dilahirkan dan membesar menjadi kanakkanak. Setelah mengalami proses kematangan, mereka memasuki pula alam remaja. Ketika ini kanak-kanak mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal dalam menuju ke alam dewasa. Anak kecil atau seseorang budak dikenali juga sebagai kanak-kanak merupakan seseorang yang belum mencapai baligh serta masih belum dapat membuat keputusan yang 3

tepat dan bijak dengan sendirinya. Perkembangan diri kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Secara umumnya kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanakkanak pada peringkat awal perkembangannya serta kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir. Kanak-kanak peringkat awal bermula dari usia bayi sehingga berumur 6 tahun, manakala kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir berusia di antara 7 tahun hingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

4.0

Konsep pemikiran Kreatif kanak-kanak Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan

dengan kanak-kanak, Ini adalah kerana kanak-kanak kebiasaannya akan bermain dengan idea serta seringkali mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanakkanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan fikiran. E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. apakah sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka mengalami dunia. Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun; Bebas Seronok mempelajari perkara baru Sifat ingin tahu Suka bermain/ keseronokkan Peserta yang aktif

Secara umumnya, bagi kanak-kanak yang baru mengenali dunia dan persekitarannya, ciri-ciri kreativiti mereka lebih terserlah dan mudah terpengaruh dengan keadaan di persekitaran mereka. Namun begitu, oleh kerana sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru terhadap apa yang mereka lihat, maka mereka selalunya akan meniru tingkahlaku dan sikap orang orang yang lebih dewasa terutamanya orang yang begitu hampir dengan mereka seperti ibu bapa atau ahli keluarganya yang lain. Oleh itu, sifat kreatif yang mula dipamerkan berkemungkinan hilang sekiranya perkara berbeza ditunjukkan oleh ibu bapanya.

5.0

Definisi Kreativiti Kanak-kanak Mengikut Pendapat Tokoh-tokoh

Pengertian kreativiti mengikut Kamus Dewan, (2002) ialah satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreativiti, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif . Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaiticreare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula perkataan crearebermaksud memenuhi. Pandangan tokoh-tokoh seni visual mengenai kreativiti antaranya ialah Ellis Paul Torrance ataulebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telahBerjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di University of Minnesta hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau Berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorangg individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ(intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrument ciptaannya Torrence Test Of Creative Thinking. Carl Rogers di lahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama. Sepanjang hidupnya Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Theraphy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doctor falsafah.Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat,yang dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman,cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beluai percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain dipersekitarannya.

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim& Hassan,2003). Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau pun sains, Victor Lowenfeld-menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran ,(secara spontan serta pantas),fleksibel,(mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan). (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,mendengar,menghidu,dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.) Kesimpulannya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan sesorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya

6.0

Seni membantu perkembangan kanak-kanak

Melalui seni, kanak-kanak mendapat kemahiran dan membangunkan konsep yang meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran.

Perkembangan kanak-kanak ini boleh dilihat dari segi:

Fizikal, seni telah membantu kanak-kanak membangunkan fizikal mereka untuk membaiki keupayaan seterusnya berupaya untuk mengawal otot besar dan otot kecil bagi memperbaiki koordinasi tangan-mata. Kepelbagai peralatan serta bahan yang disediakan boleh membantu kanak-kanak ini meningkatkan kreativiti mereka dalam menghasilkan sesuatu. Hal ini kerana keseronokan mereka mengambil alat, mengangkat barangan seni, dan lain-lain sebenarnya secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan fizikal. Selain itu, permainan yang melibatkan penggunaan mainan tanah liat atau bola lembut dan kenyal membantu membina kekuatan jari. Penggunaan berus dan easel pula mengawal lengan dan pergelangan tangan.

Emosi dan sosial. Dari sudut emosi dan sosial membawa maksud bahawa seni juga membantu kanak-kanak membangunkan emosi untuk menjadi lebih berkeyakinan dalam menhadapi sesuatu situasi. Murid boleh berinterakasi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti kumpulan yang dibentuk. 6

Kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di seni juga mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir.

Kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang menggalakkan kanak-kanak ini berfikir, malah mengembangkan minda kanak-kanak yang mempunyai masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975). Menurut Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada; kognitif, yang menerima dan memproses maklumat memori, yang menrima dan menyimpan maklumat pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang selari dengan pemikiran kreatif penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.

7.0

Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-kanak

Pada umumnya, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak itu telah bermula sejak dari peringkat umur di . Ketika pada masa berumur empat tahun, mereka memerlukan pengasuhan yang sangat sempurna dan teratur. Ini kerana di usia itulah minda kanak-kanak mula berkembang dan perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti agar ianya tumbuh dan dapat menjana perkembangan minda yang positif dan kreatif. Kanak-kanak sememangnya berminat dengan aktiviti seni dan kreatif terutama bagi peringkat 4 hingga 6 tahun. Ini kerana aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka dalam pelbagai cara termasuklah melukis, mewarna, membuat kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian, membentuk arca dan sebagainya. Berdasarkan tersebut, bidang pengasuhan di TASKA, TABIKA atau TADIKA memerlukan kaedah dan teknik yang bersistematik dalam usaha melahirkan kumpulan generasi baru yang kreatif.

Isernberg (2001), menyatakan seni adalah suatu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan atau tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. Aktiviti kreativiti dan estetika sememangnya berperanan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang kepada mereka menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara malah turut menggalakkan mereka berfikir. Sebagai contoh, selepas melukis kanak-kanak cenderung untuk mempamerkan hasil kerja mereka. Mereka belajar untuk membuat keputusan terutama dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana cara ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Teori perkembangan kreativiti Fisher (1943) turut menerangkan bahawa kanak-kanak digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

8.0

Rumusan

Jelas disini apabila kita mengkaji berkenaan kreativiti, segalanya adalah bermula dari perkembangan kanak-kanak. Tahap kekreatifan kanak-kanak boleh dilihat secara berperingkat, seperti yang diperjelaskan melalui teori perkembanagn kanak-kank piaget, yang terdiri dari empat tahap yang menunjukkan perubahan yang amat ketara.

Di samping itu, melalui tahap ini kita boleh mengenal peringkat kreativiti kanak-kanak dan secara aktifnya, kanak-kanak akan memperlihatkan tahap kekreatifan pada usia empat tahun seperti yang dikatakan oleh E. Paul Torrance (1964), kerana pada tahap ini kanakkanak cuba memahami segala yang ada disekitarnya dan mengaplikasikan ke dalam bentuk seni. Umpamanya, mengikut pengalaman daripada diri saya sendiri, pada usia ini, saya mula melukis, ayam, manusia, pokok namun ia msih dalam bentuk dua dimensi yang masih belum boleh mencapai tahap operasi formal yang boleh melihat kepada bentuk tiga dimensi.

1.0

Strategi pengajaran

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah-langkah menyediakan pendidikan yang berkesan dalam usaha untuk mempertingkatkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Berdasarkan pandangan beberapa tokoh menunjukkan kepada kita bahawa alam persekolahan dan pendidikan memberi kesan terhadap perubahan pemikiran dan tingkahlaku kanak-kanak dalam jangka panjang. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah wajar dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan kreativiti pada peringkat rendah, menengah dan tinggi sejak tahun 1980-an lagi. Pada tahap prasekolah kanak-kanak telah didedahkan dengan pelbagai elemen pembelajaran. Pada tahap ini sifat dan sikap kanak-kanak untuk belajar tentang sesuatu yang belum diketahuinya sangat tinggi dan kesan terhadap pembelajaran pada ketika ini juga amat penting untuk kanak-kanak tersebut membina kekuatan dan kepintaran mindanya. Kajiankajian yang dilakukan oleh Cropley (2003), Buzan (2002), dan 89Amabile (1989) menunjukkan bahawa kebolehan dan bakat kreativiti individu semakin berkurangan apabila usia meningkat. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti penekanan keterlaluan terhadap peperiksaan, suasana yang tidak kondusif untuk berkreativiti, tidak mendapat galakan daripada guru dan keluarga, konstrain budaya dan pengaruh media massa.

Banyak kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati bahawa sifat -sifat kreatif memang telah sedia ada sejak kanak-kanak lagi. Semasa di rumah, keluarga seharusnya menjadi pendorong dan perangsang untuk kanak-kanak berkreasi. Di tempat kerja, ketua diharapkan dapat mewujudkan suasana kreatif dan menyeronokkan pekerjapekerjanya. Manakala ketika di sekolah atau ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran kreatif untuk menjana pemikiran kreatif murid-murid sekolah. Pelbagai langkah jangka pendek dan panjang boleh diambil bagi memperbaiki persekitaran yang kondusif ini. Ruang dan kesempatan untuk anak-anak dan guru untuk melahir dan menterjemahkan idea-idea kreatif mereka perlu diberikan. Malah ganjaran dan galakan wajar disertakan dalam masa yang sama.

2.0

Strategi Merangsang Kreativiti

Terdapat strategi yang boleh digunakan untuk merangsang kreativiti di kalangan pelajarpelajar terutamanya pelajar sekolah rendah seperti;

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

i)

Kaedah Pertama Elakkan daripada membuat penilaian, terutama semasa proses awal

sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.

ii)

Kaedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan

saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan mewujudkan perasaan ego lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya boleh mewujudkan suasana tegang di kalangan murid-murid kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

ii)

Kaedah Ketiga Guru boleh menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk

meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

iv)

Kaedah Keempat Guru harus menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala

tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

3.0

Penerapan 5 Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher dalam Pengajaran dan pembelajaran

Strategi pengajaran yang berkesan serta boleh digunakan untuk mempertingkatkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak sekolah ialah dengan menggunakan Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher. Kami memilih strategi pengajaran ini kerana kreativiti yang digunakan banyak melibatkan proses menggunakan daya berfikir atau kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ini adalah kerana guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif 10

3.1

Peringkat 1 Rangsangan

Pada peringkat ini, guru cuba merangsang pemikiran murid-murid dengan memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi. Set induksi dimulakan memberikan sebuah kotak hadiah kepada setiap murid sambil mendengar lagu Selamat Hari Lahir. Melalui pemerhatian yang dijalankan, menunjukkan situasi ini secara tidak langsung merangsang pemikiran murid-murid dengan perasaan ingin tahu tahu tentang kandungan dalam kotak hadiah hari lahir yang dibawa bersama-sama oleh guru. Pada masa yang sama guru boleh menanyakan pelbagai jenis soalan kritikal untuk menggalakkan murid meneka isi kandungan kotak tersebut contohnya: Apakah yang kamu lihat? Apakah yang terdapat dalam kotak hadiah tersebut?

Apabila mendengar muzik dengan sendirinya murid akan menjadi terangsang kerana elemen-elemen yang terdapat dalam muzik boleh menarik minat para murid, ditambah lagi dengan pemberian kotak hadiah sudah pasti akan menimbulkan mood yang ceria kepada para murid. Bermula dari sini minat murid akan terus dirangsang untuk meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih berfokus. Pada peringkat ini daya ingin tahu para murid akan menjadi lebih tinggi, di sini juga akan bermula proses soal jawab antara murid dan guru. Melalui teori ini juga perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap murid dapat dilihat secara perlahan-lahan. Murid-murid juga dirangsang untuk lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan. 3.2 Peringkat 2 Penerokaan

Pada peringkat ke dua iaitu penerokaan, murid dibenarkan untuk membuka pembalut hadiah tersebut. Murid diminta untuk membuka kotak dan melihat barangan yang terdapat dalam kotak tersebut. Ini menggalakkan murid untuk meneroka bahan-bahan yang terdapat dalam kotak. Murid-murid diminta menamakan barangan yang ada di dalam kotak tersebut dan meneka tujuan ia diberikan. Secara tidak langsung segala persoalan mengenai isi kandungan kotak tersebut telah terjawab. Murid telah diberikan tiga bahan yang telah diletakkan di dalam kotak tersebut iaitu gam, kertas lukisan dan kertas warna dan digalakkan meneroka bahan tersebut untuk menghasilkan tampalan. Setelah melihat barang-barang yang terdapat didalam kotak murid pastinya berfikir apakah yang perlu dilakukan dengan barang-barang tersebut, masing-masing akan membuat telahan sendiri.

11

Penerokaan secara mental dan fizikal akan berlaku. Pada masa ini, murid-murid akan cuba berfikir apa yang patut dibuat dengan barang-barang tersebut. 3.3 Peringkat ketiga- Perancangan Guru telah menunjukkan satu hasil kerja daripada tampalan kertas. Guru menerangkan cara-cara untuk menghasilkan tampalan tersebut. Kemudian, guru

menunjukkan cara untuk mengoyakkan kertas secara bebas. Kertas dikoyakkan secara bebas untuk melihat kekereativiti murid-murid. Selepas itu, guru meminta murid untuk mengoyakkan kertas kepada cebisan yang lebih kecil supaya dapat menghasilkan tampalan yang lebih cantik dan kreatif. Murid-murid mula mengoyakkan kertas kepada cebisan kecil dan meletakkannya di dalam bekas mengikut warna. Ini menggalakkan murid murid untuk berfikir secara kreatif dan membuat perancangan sebelum melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi. Implikasinya, didalam proses atau langkah kedua ini, murid dilatih untuk membuat perancangan melalui perbincangan dengan guru dan rakan, pemerhatian dan interaksi. Murid juga digalakkan membuat perancangan secara visual iaitu melalui contoh lukisan yang diberi murid dapat membuat gambaran dan merancang tampalan yang diinginkan. Ini dapat melatih murid supaya belajar untuk merancang bagi melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan teratur. 3.4 Peringkat Keempat Aktiviti Peringkat ini merupakan peringkat yang terpenting untuk murid-murid melahirkan pemikiran kreatif mereka. Segala yang dirancang atau set idea mereka akan diluahkan melalui tindakan dan aktiviti yang dijalankan. Pada ketika akitivit dijalankan, guru perlu membimbing serta memantau perjalanan aktiviti tersebut. Ini adalah kerana kerana guru perlu mengaambil kira aspek keselamatan murid-murid. Aktiviti dimulakan dengan bimbingan daripada guru untuk membuka dan menyapu gam. Murid-murid akan menyapu gam pada permukaan kertas lukisan. Kemudian, murid-murid akan menampal cebisan kertas warna pada permukaan kertas lukisan mengikut kreativiti mereka. Implikasi aktiviti ini kepada murid-murid ialah menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif untuk menghasilkan tampalan yang menarik dan cantik. Murid akan bersaing sesama mereka untuk menghasilkan kerja yang baik, ini sudah pastinya memberi satu perkembangan yang sihat dikalangan mereka. Pada masa ini murid akan cuba sedaya upaya untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui hasil kerja masing-masing.

12

3.5

Peringkat Kelima Kajian Semula Pada peringkat kelima ini, murid-murid diminta untuk mempamerkan hasil kerja

masing-masing sambil menyebut warna kertas warna yang digunakan. Selain itu,muridmurid diminta untuk membantu guru menampal hasil tampalan mereka di sudut pameran atau sudut hasil kerja murid. Pada masa ini, rakan-rakan mereka diminta untuk menilai dan memberi komen yang membina terhadap hasil kerja murid-murid yang lain. Murid-murid juga diminta untuk memberi pendapat atau pandangan terhadap hasil kerja dan aktiviti yang telah dijalankan. Implikasinya, murid-murid dapat menilai dan membandingkan hasil kerja mereka dengan rakan-rakan, mereka akan merasa keseronokan belajar setelah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Perasaan gembira jelas tergambar pada riak wajah mereka serta rasa berbangga kerana hasil kerja mereka ditampal pada sudut pameran dan dapat dilihat oleh murid-murid yang lain. Semangat mereka untuk berkarya pada masa akan datang pasti membuak-buak dan sudah tentu akan menggalakkan mereka untuk membuat penambahbaikan hasil kerja pada masa akan datang.

4.0

Implikasi

Pemikiran Kreatif

Fisher

(1943)

Kepada

Perkembangan

dan

Pembangunan Kreativiti murid-murid.

Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker, Beghetto dan Dow, 2004). Oleh itu, guru harus menginspirasikan pelajar ke arah pemikiran kreatif pada peringkat individu mahupun kumpulan. Persekitaran di sekeliling pelajar memainkan peranan yang dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pengajaran dan pembelajaran sepatutnya menyeronokkan dan tidak seharusnya membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenang-wenangnya semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, guru perlu menggalakkan motivasi dalaman, memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus kepada aspek kreatif. Fisher (1943), telah menjelaskan tentang lima tahap pemikiran kreatif yang perlu dikuasai oleh setiap guru khususnya bagi guru-guru pendidikan seni untuk melahirkan individu yang berfikiran kreatif terutama di peringkat kanak-kanak lagi. Peringkat-peringkat tersebut ialah rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.

Kebiasaannya, guru akan memberi rangsangan atau lebih dikenali sebagai set induksi kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu topik. Set induksi merupakan bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta minat murid (Mok Soon Sang, 1992). Soalan-soalan yang diajukan bertujuan membina aliran fikiran murid supaya mereka lebih bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. Selain itu, rangsangan yang diberi dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar di samping 13

menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membina konsep baru dengan lebih mudah. Calvin W Taylor (1915-2000) percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Guru-guru juga dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan bersesuaian.

Implikasi yang besar juga dapat dilihat pada peringkat penerokaan dalam peringkat perkembangan kreativiti oleh Fisher (1943) di mana pelajar-pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi dalam kumpulan. Di samping itu, peringkat ini juga mendedahkan pelajar kepada pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan menjadikan mereka lebih kreatif. Mereka akan menggunakan sepenuhnya keupayaan berfikir untuk meneroka pelbagai media dan bahan yang diberikan. Selain itu, para pelajar juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh guru-guru mereka. Kanakkanak juga akan berusaha untuk mencari jawapan melalui pelbagai gaya dan teknik yang lebih kreatif.

Melalui peringkat perancangan pula, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka saling berinterksi ketika mereka berada di dalam kumpulan masingmasing. Di sini mereka akan saling bertukar-tukar pandangan dan idea masing-masing. implikasinya pemikiran kreatif pelajar dapat dilihat menerusi gerak kerja secara berkumpulan. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama sendiri untuk menghasilkan perancangan kerja secara sistematik. Sebagai contoh, mereka melakukan pemerhatian, berbincang, melukis lakaran, membuat imej lukisan atau mendapatkan gambar secara visual. Pada peringkat ini juga dapat dilihat semangat kerjasama yang terjalin di antara ahli kumpulan. Pemikiran kreatif juga akan mula terangsang melalui persoalan-persoalan yang turut dikemukan oleh guru-guru.

Peringkat seterusnya ialah peringkat aktiviti di mana ia banyak membantu perkembangan murid terutama dari segi psikomotor, kognitif, dan juga afektif. Murid-murid juga berpeluang untuk menggunakan pelbagai jenis media sama ada media kering mahupun media basah. Mereka dapat memilih media yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih seperti membuat topeng muka mengikut kreativiti masing-masing. Peringkat aktiviti juga turut membantu pelajar memiliki kemahiran-kemahiran seperti membentuk,

menggunting, melipat, mencantumkan, melakar, melukis, mewarna, dan sebagainya. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga sedikit banyak membantu menambahkan keyakinan muridmurid. Semangat menghormati dan sikap toleransi dapat dipupuk kepada para pelajar. Guru-guru juga digalakkan untuk memberi aktiviti tambahan bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.Implikasi pada peringkat Kajian Semula dapat dilihat dengan 14

jelas apabila penilaian dibuat ke atas setiap hasil kerja murid. Guru dan murid-murid berpeluang untuk memberi komen atau penilaian secara positif demi meningkatkan lagi prestasi atau penambahbaikkan. Sebarang komen atau penilaian yang dibuat akan mengelakkan pelajar daripada melakukan kesilapan yang sama atau yang biasa dilakukan. Selain itu, hasil kerja mereka juga akan bertambah baik dan cantik malah mungkin lebih berkesan. Kemahiran secara lisan seperti bercerita dan bertutur dengan baik juga dapat diperolehi melalui aktiviti ini. Murid-murid juga boleh mengajuk karektor binatang yang direka dengan memakai topeng yang berkaitan. Tambah menarik lagi jika mereka diberi peluang untuk menyanyi sambil menggayakan watak-watak yang dicipta. 5.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, mengambil kepada pandangan tokoh-tokoh seni yang terkenal adalah amat penting dilakukan oleh seseorang guru itu dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru-guru dapat melihat aspek-aspek penting yang perlu diambil kira dan diketengahkan untuk

memperkembangkan kreativiti dan pembangunan modal insan seseorang individu. Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan ialah satu proses berterusan dari peringkat lahir hinggalah ke peringkat kematangan. Atan Long (1980) pula menyatakan perkembangan ialah perubahan kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan setelah berlaku kerana sifat baru yang berlainan daripada peringkat awal. Oleh itu, guru-guru bukan sekadar sebagai tenaga pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat pembimbing pasti dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif yang penuh dengan nilai-nilai murni dan estetika.

Melalui Lima Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher (1943), di harap guruguru dapat memahami dan membantu kanak-kanak merekacipta sesuatu aktiviti dengan menggunakan idea masing-masing. Pada kebiasaannya, kanak-kanak bermula dengan imaginasi, mengeluarkan idea, meneroka, melaksanakan aktiviti hinggalah mendapat keputusan daripada proses yang dilakukan.Aktiviti-aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif amat perlu dan penting untuk diterapkan semasa melaksanakan aktiviti terutama dalam pendidikan seni visual. Guru-guru pendidikan seni juga perlu lebih kreatif agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna.

15

6.0

Rujukan

Ainon Mohd Abdullah Hassan,(1997). Seni Berfikir Kreatif, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Chang Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad (2011), Literasi Bahasa Melayu, Siri Pendidikan Guru, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Leonar M S Yong, (1993). Kreativiti Ke Arah Membentuk Masyarakat Kreatif. Arenabuku sdn bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2008), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html

http://zulprasekolah.blogspot.com/

16