Anda di halaman 1dari 17

DASAR PEMBANGUNAN

NASIONAL
Disediakan oleh: FUSION FORWARD

Ibrahim bin Md. Ariff


Ananthy a/p Retnam
Shahnaz Rakhmat
Norhayati bt. Yusof
Chan Kar Weng
Dharmeziyana bt. Daud
Sumali bin Marman
Zahira bt. Mohd. Radzi
Nur Fariha bt. Jailani
Noraini bt. Razali
SOALAN BAHAGIAN II
3. Dasar Pembangunan Nasional
mengekalkan strategi asas Dasar
Ekonomi Baru. Walau bagaimanapun,
ia mengandungi beberapa dimensi
bagi membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat.
Nyatakan dimensi-dimensi yang
dimaksudkan itu.
PENGENALAN DASAR
PEMBANGUNAN NASIONAL
(DPN)
1. Menggantikan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990).
2. Dilancarkan pada 17 Jun 1991 oleh bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. Tempoh pelaksanaan dari tahun 1991-2000.
4. Objektif utama: Melahirkan perpaduan di
kalangan masyarakat, mewujudkan kestabilan
sosial dan politik, pembangunan ekonomi yang
berterusan.
DIMENSI-DIMENSI BARU BAGI
MEMBASMI KEMISKINAN DAN
MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT

1. Pembasmian Kemiskinan.
2. Pembangunan sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB).
3. Penglibatan Sektor Swasta.
4. Pembangunan Sumber Manusia.
1. PEMBASMIAN KEMISKINAN
1. Sasaran: Golongan termiskin dan
kemiskinan mutlak.
2. Berpendapatan 50% atau kurang
daripada pendapatan Garis Kemiskinan.
3. Masih berperanan mengurangkan
kemiskinan relatif.
4. Memberi perhatian kepada golongan
minoriti seperti Orang Asli dan kaum
Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
2. PEMBANGUNAN SEBUAH
MASYARAKAT PERDAGANGAN DAN
PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA (MPPB)
1. Penekanan kepada pewujudan guna
tenaga dan pembangunan pesat.
2. Tumpuan kepada penyertaan golongan
Bumiputera dalam sektor moden
seperti pembuatan dan perkhidmatan.
3. Memberi pendedahan terhadap
teknologi moden kepada golongan
Bumiputera agar lebih berdaya saing.
3. PENGLIBATAN SEKTOR
SWASTA
1. Digalakkan melibatkan diri secara aktif dan
agresif di dalam projek pembangunan negara.
2. Mewujudkan peluang-peluang yang lebih luas
untuk sektor ini berkembang melalui permajuan
sistem perladangan secara komersial .
3. Sektor swasta digalakkan memberi latihan
perindustrian untuk meningkatkan kemahiran
teknikal dan daya cipta tenaga buruh
4. PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA
1. Tujuan: Mencapai pertumbuhan ekonomi
dengan pengagihan yang saksama dan
meningkatkan produktiviti.
2. Pembangunan tenaga buruh luar bandar
supaya memasuki pasaran buruh yang
berorientasikan teknologi.
3. Memastikan bekalan tenaga mahir
mencukupi selaras dengan pembangunan.
4. Penempatan sumber manusia yang sepadan
dengan bidang kepakaran masing-masing.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Bagi mendukung dan menyokong
pelaksanaan dimensi-dimensi baru di
dalam DPN, kerajaan telah mengatur
beberapa strategi agar
pelaksanaannya berjalan lancar.
2. Antaranya ialah:
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Keseimbangan Pembangunan
- Memastikan pembangunan yang seimbang
bagi sektor utama ekonomi untuk
membolehkan pertumbuhan menjadi lebih
samarata dan membantu di antara satu
sama lain.
- Sektor industri berat, peranan swasta dan
pelabur asing dapat mengimbangkan dan
menggalakkan pertumbuhan
pembangunan ekonomi.
STRATEGI PELAKSANAAN
2. Keseimbangan Sosio-ekonomi
- DPN menggalakkan perkongsian faedah
yang diperolehi dari pertumbuhan ekonomi
secara lebih saksama.
- Meningkatkan penyertaan Bumiputera ke
peringkat jawatan tinggi dalam sektor
swasta dan menggalakkan penyertaan
bukan Bumiputera dalam sektor awam
pada peringkat pertengahan dan tinggi.
STRATEGI PELAKSANAAN
3. Integrasi Kaum
- DPN menggalakkan dan memperkukuhkan
integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang yang luas.
- Garis pemisahan pembangunan ekonomi
antara negeri dan antara kawasan bandar
dan luar bandar dikurangkan dan
seterusnya dihapuskan.
STRATEGI PELAKSANAAN
4. Tenaga Mahir
- DPN memajukan sumber manusia
dan mewujudkan tenaga kerja yang
mahir, berdisiplin dan produktif.
- Menyusun semula guna tenaga dan
mewujudkan sumber manusia mahir
dengan membina lebih banyak pusat-
pusat latihan teknikal.
STRATEGI PELAKSANAAN
5. Pendidikan Sains Dan Teknologi
- Meningkatkan budaya sains dan
teknologi di kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia.
- Menggalakkan lebih banyak R&D.
- Aspek penekanan pendidikan dan
latihan diutamakan sebelum bantuan
diberikan.
STRATEGI PELAKSANAAN
6. Alam Sekitar
- DPN memastikan dalam mencapai
pembangunan ekonomi ke arah negara
maju, perhatian yang sewajarnya diberikan
kepada pemeliharaan alam sekitar dan
ekologi.
- Dalam jangka masa panjang pembangunan
ekonomi haruslah selari dengan penjagaan
alam sekitar.
Kesimpulannya, dimensi-dimensi
baru yang diwujudkan di bawah
Dasar Pembangunan Nasional
bukan sahaja bertujuan
membangunkan dan memajukan
ekonomi negara dan meningkatkan
taraf sosial masyarakat, tetapi juga
membina sebuah bangsa Malaysia
yang bersatu-padu dan berdaya
saing menjelang Wawasan 2020.
SEKIAN, TERIMA KASIH.