Anda di halaman 1dari 44

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012

UNIT KOKO SKTP

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


TARIKH
TEMPAT
ANJURAN
1.0

: 1-3 NOVEMBER 2012 (KHAMIS SABTU)


: PADANG SK TUNKU PUTERA,BALING
: UNIT KOKURIKULUM (UNIT BERUNIFORM)

PENDAHULUAN
Perkhemahan tahunan Unit Beruniform kali ini akan mengumpul ahli-ahli dari
kelima-lima pasukan unit beruniform SK Tunku Putera dan akan berlangsung
selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan ini adalah berkonsepkan tutorial dan
pertandingan bagi memberi ilmu teori dan kemahiran praktikal kepada semua ahli
yang menyertai. Selain itu, diharapkan perkhemahan kali ini dapat memberi
pengalaman yang berharga di samping mencungkil pemimpin-pemimpin muda di
peringkat sekolah rendah yang berjiwa kamil. Peserta peserta yang memenangi
pertandingan akan dipersiapkan sebagai calon-calon untuk Pertandingan Pasukan
Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2013.

2.0

OBJEKTIF
Di akhir perkhemahan, para peserta dapat:
a) Mempelajari ilmu teori dan kemahiran serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari
tersebut ketika perkhemahan dan juga ketika kehidupan luar sekolah.
b) Bertanding dengan sihat dan penuh semangat sesama pasukan unit
beruniform
c) Melatih diri menjadi pemimpin unit dan juga sebagai pemimpin diri sendiri
d) Menjalin hubungan baik sesama ahli serta guru-guru pemimpin

3.0

SYARAT PENYERTAAN PESERTA


a) 30 orang ahli dari setiap pasukan unit beruniform
I. Tahun 6 : 10 orang
II.
Tahun 5 : 10 orang
III.
Tahun 4 : 10 orang
b) Ahli-ahli yang bergiat aktif di dalam unit masing-masing
c) Mempunyai uniform unit lengkap
d) Mempunyai tubuh badan yang sihat
e) Mendapat kebenaran waris untuk menyertai kursus
f) Sanggup tinggal dan bermalam di kawasan perkhemahan
g) Membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 seorang

4.0

KEPERLUAN PESERTA
1

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)

5.0

Uniform lengkap
Buku log dan alat tulis
Selimut/alas tidur
Pakaian aktiviti ( yang menutup aurat )
Peralatan mandi
Pinggan/sudu/cawan
Sarung kaki/selipar dan kasut
Baju hujan
Makanan untuk disimpan di pantri:
a. 1 tin sardine
b. 3 biji telur
c. 1 bungkus roti
d. Sedikit ikan bilis
e. Sedikit bawang
f. Sedikit garam dan gula
g. 2 botol air mineral ( 1500ml)

h. Buluh kecil dan kayu api


i. Tali

PERATURAN DAN TATATERTIB


1. Peserta tidak dibenarkan memakai barang kemas dan membawa objek berbahaya
seperti pisau atau parang.
2. Peraturan sekolah adalah juga peraturan perkhemahan ini.
3. Peserta tidak boleh keluar dari kawasan perkhemahan sesuka hati tanpa izin.
4. Peserta perlu menepati masa,menjaga disipilin termasuk aurat dan mengikuti
kesemua aktiviti yang dijadualkan.
5. Peserta perlu mematuhi arahan kem komandan,guru guru pemimpin,jurulatih dan
juga ketua patrol.
6. Peserta lelaki tidak boleh berada di kawasan perkhemahan peserta perempuan
dan sebaliknya.
7. Panggilan kepada jurulatih dan pemimpin adalah Tuan dan Puan sepanjang
perkhemahan berlangsung.
8. Ibu bapa / waris peserta hanya boleh melawat tetapi tidak boleh membantu
peserta di dalam aktiviti-aktiviti kerana perkhemahan kali ini berkonsepkan
pertandingan dan peserta perlu berdikari sesama pasukan.
9. Peserta wajib menjaga kebersihan kawasan tapak perkhemahan pada setiap
masa.
10. Peserta perlu bersedia dengan setiap arahan yang dikeluarkan dari masa ke
semasa.

6.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
2

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

8.

JENIS
Hadiah 5 pertandingan &
terbaik keseluruhan
Hadiah peserta terbaik
Cenderamata VIP
Sijil
Dakwat
Tag peserta ( tali dan manila
kad)
Ubat-ubatan
Belerang
Ubat nyamuk
Makanan
a) teh
b)biskut
c)gula
d)minyak
e)lain-lain
Beras

BILANGAN/
UNIT
6 hamper

HARGA
SEUNIT (RM)
25.00

JUMLAH
(RM)
150.00

10.00

30.00

150

0.50

1 gulung
25 keping
1 peti

5.00
0.60
50.00

75.00
10.00
5.00
15.00
50.00

10 bungkus

5.00

50.00
10.00

1 bungkus
5 tin
10 bungkus
5kg

5.00
11.00
2.00

3kampit
x10kg

35.00

5.00
55.00
20.00
20.00
100.00
105.00

9.

Pinggan dan cawan


polisteren
10. Banner

50.00
1

50.00

50.00

11. Barang aktiviti dan


pertandingan
Kertas,gam dan pen marker
12. Bajet luar duga

100.00
200.00
150.00

13. Pengurusan dan


dokumentasi
JUMLAH BESAR

1250.00

6.1 JENIS KUTIPAN


BIL

PERKARA

1.

Yuran peserta

2.

Sumbangan PIBG

BILANGAN

(RM)

150

5.00

JUMLAH
(RM)
750.00
500.00

JUMLAH BESAR

1250.00

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

7.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA


Penaung

: En. Idris b. Said ( Guru Besar)

Pengerusi

: Pn. Hamidah bt. Halid ( PK Kokurikulum)

Setiausaha

: En. Shaharudin bin Mohd Shah

Penyelaras Utama : Cik Khairunnisa bt. Ahmad Johari


Bendahari

: En. Chew Kar Wei

Kem Komandan

: Hari 1- En. Mohd. Zamri b. Mohd. Zaud


Hari 2- En. Mohd. Ridzuan b. Ahmad
Hari 3- En. Mohd. Rafizee b. Ahmad

Penolong Kem Kom.: Hari 1- Pn. Zurina bt. Abdullah


Hari 2- Pn. Rusniza bt. Che Amin
Hari 3- Pn. Zaiton bt. Abdullah
8.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA (MENGIKUT UNIT UNIFORM)


Urusetia

1. Cik Khairunnisa bt. Ahmad Johari ( Setiausaha)


2. Cik Farah Najwa ( jadual peserta & urusetia pertandingan)

Dokumentasi

: 1.Pn. Mardiah Hayati bt. Wahab


2. Pn. Anita bt. Mohd. Noor

Kebajikan
&Kebersihan

: Guru-guru pemimpin Puteri Islam

Logistik
& Pengangkutan

: Guru-guru pemimpin Pengakap

Pendaftaran
& Tag

: Guru-guru pemimpin Tunas Puteri

Makanan

: Semua guru pemimpin unit(rujuk jadual memasak dan penyediaan


menu harian)

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Kawasan
perkhemahan
:
(Kawalan
Hari 1 Semua guru pemimpin Tunas Kadet & Tunas Puteri
Keselamatan)Hari 2 Semua guru pemimpin Pengakap & PBSM
Hari 3 Semua guru pemimpin Tunas Kadet & Puteri Islam
Penyelaras
Pertandingan

:1. Semua guru pemimpin Tunas Kadet : Simpulan&Ikatan


2. Semua guru pemimpin Pengakap
: Kawad kaki
3. Semua guru pemimpin Puteri Islam : Memasak
4. Semua guru pemimpin Tunas Puteri : Kraftangan
5. Semua guru pemimpin PBSM
: Bantu Mula
* (Sila rujuk syarat-syarat pertandingan di lampiran untuk persiapan kerja)
Aktiviti
lain

1.Tunas Kadet
: Gajet Khemah
2. Pengakap : Kembara
3.Puteri Islam
: Malam Kebudayaan
4.Tunas Puteri
: Pameran Unit & Meja Urusetia
5.PBSM
: Permainan Berfalsafah

Aktiviti lain

Ice breaking : Pn. Rusniza bt. Che Amin


Pn. Hamidah bt. Halid
Senam pagi : En. Wan Anuar bt. Wan Daud
En. Mohd. Fauzi b. Mohammad

Hadiah

: Guru-guru pemimpin Tunas Puteri (hamper)


Guru-guru pemimpin PBSM (peserta terbaik & VIP)

Sijil

: Guru-guru pemimpin Puteri Islam

Kerohanian/moral

: 1.Ustaz Luqman b. Mohd. Noor


2.Pn. Hjh.Habsah bt. Ramli
3.En. Chew Kar Wei

Majlis penutup

: Guru -guru pemimpin Pengakap dan Tunas Kadet


Penghulu dan Penghuluwati

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

9.0

STATISTIK PESERTA KURSUS


PENGHULU : TAHUN 6 Saudara MOHD HAFIZ ZIKRI BIN AZIZ
PENGHULUWATI : TAHUN 6 Saudari SITI ZURINA BINTI TAMIN

JUMLAH

JANTINA
UNIT
BERUNIFORM
PENGAKAP

TAHU
N4
3

LELAKI
TAHU TAHUN
N5
6
5
7

PEREMPUAN
TAHUN TAHU TAHU
4
N5
N6
5
3
8

34

TUNAS
KADET
PBSM

28

33

PUTERI
ISLAM
TUNAS
PUTERI

29

31

JUMLAH PESERTA PERKHEMAHAN

150

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

10.0

TENTATIF PERKHEMAHAN

JADUAL PERKHEMAHAN:
MASA
AKTIVITI
GURU PEMIMPIN BERTUGAS
HARI 1 :
1 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
KEM KOMANDAN: En. Mohd. Zamri b. Mohd. Zaud
PEN.KEM KOM: Pn. Zurina bt. Abdullah
2.00 PETANG Pendaftaran ,meja urusetia &

Guru Tunas Puteri

2.30 PETANG

pameran
Taklimat kem dan mendirikan

Penyelaras Pameran semua unit


Kem Komandan & Tn. GB

4.30PETANG

khemah
Ice breaking dan

Pn.Rusniza & PK Koko

5.00PETANG
6.00PETANG
6.30PETANG

pembahagian kumpulan
Minum petang & solat
Kawad kaki
Makan malam,persiapan diri

AJK Kerohanian
Kem Komandan /Tn. GB
Pn. Noriza & Guru Puteri Islam

9.00MALAM-

dan solat
Permainan berfalsafah

Penyelaras dari PBSM

11.00 MALAM

Tutorial :

Penyelaras dari PBSM

Stesyen A : Bantu Mula

Penyelaras dari Tunas Kadet

Stesyen B : Simpulan &

Penyelaras dari Tunas Puteri

Ikatan
11.00 MALAM

Stesyen C : Kraftangan
Minum malam

Pn. Noriza & Guru Puteri Islam

Persiapan untuk tidur

Patrol yang dilantik

MASA
AKTIVITI
GURU PEMIMPIN BERTUGAS
HARI 2 :
2 NOVEMBER 2012 (JUMAAT)
KEM KOMANDAN: En. Mohd. Ridzuan b. Ahmad
PEN.KEM KOM: Pn. Rusniza bt. Che Amin
5.30 PAGI
Bangun & solat
AJK Kerohanian
6.30 PAGI
Senam pagi
En. Wan Anuar
7.30 PAGI
Sarapan
Pn. Hjh Azizah & guru PBSM
8.00 PAGI
Perhimpunan pagi
Kem Komandan/Tn. GB
7

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

8.30PAGI
9.00PAGI

10.30pagi
11.00pagi
11.30 pagi

12.45

2.45 petang

5.00 petang
6.00 petang
7.00 malam
9.00 malam
11.00 malam

Pemeriksaan khemah
Latihan dalam kumpulan
Tutorial :
Stesyen A : Bantu Mula
Stesyen B : Simpulan &
Ikatan
Stesyen C : Kraftangan
Stesyen D : Memasak
Stesyen E : Kawad kaki
Demonstrasi : Gajet khemah
Minum pagi
Latihan dalam kumpulan
Pertandingan
1.Kraftangan
2.Memasak
Persiapan solat jumaat
dan makan tengah hari
Pertandingan :
1. Simpulan & Ikatan
2. Kawad kaki
3. Bantu Mula

SEMUA PENTADBIR
Penyelaras dari PBSM
Penyelaras dari Tunas Kadet
Penyelaras dari Tunas Puteri
Penyelaras dari Puteri Islam
Penyelaras dari Pengakap
Penyelaras dari Tunas Kadet

Pn. Hjh Azizah & guru PBSM


Guru pengakap & PBSM
Penyelaras dari Tunas Puteri
Penyelaras dari Puteri Islam
AJK Kerohanian
Pn. Norazizah & Guru Tunas
Puteri
Penyelaras dari Tunas Kadet
Penyelaras dari Pengakap
Penyelaras dari PBSM

Minum petang
Solat Asar
Kembara
Makan malam
Persiapan diri & solat
Latihan malam kebudayaan
Malam kebudayaan
Minum malam
Persiapan untuk tidur

Pn. Norazizah & Guru T.Puteri


AJK Kerohanian
Penyelaras dari Pengakap
Pn. Norazizah & Gr Pengakap
AJK Kerohanian
Penyelaras dari Puteri Islam
Pn. Norazizah & Gr T.Puteri
Patrol yang dilantik

MASA
AKTIVITI
GURU PEMIMPIN BERTUGAS
HARI 3 :
3 NOVEMBER 2012 (SABTU)
KEM KOMANDAN: En. Mohd. Rafizee b. Ahmad
PEN.KEM KOM: Pn. Zaiton bt. Abdullah
5.30 PAGI
Bangun & solat
6.30 PAGI
Senam pagi
7.30 PAGI
Sarapan

AJK Kerohanian
En. Mohd. Fauzi
Pn. Hjh Faridah & Guru Tunas

8.00 PAGI
8.30PAGI

Kadet
Kem Komandan/Tn. GB
SEMUA PENTADBIR

Perhimpunan pagi
Pemeriksaan khemah
8

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

9.00 PAGI

Turun khemah dan bersih

Semua guru Tunas Kadet &

10.30PAGI

kawasan
Majlis penyampaian hadiah dan

Puteri Islam
Penyelaras dari Pengakap ,

11.30 PAGI

sijil
Bersurai

Tunas Kadet dan AJK Hadiah


AJK Kebersihan

Ketua :En. Basharuddin b. Man

Ketua :Pn. Hjh. Habsah bt. Ramli

Penolong Ketua:Pn. Shapariza bt. Putih

Penolong Ketua:Pn. Wan Husniza bt. Hussain

AJK :

AJK :

Pn. Izzatun Husna

Pn. Robiatul Adawiyah bt. Abd. Razak

Pn. Zaiton bt. Abdullah

Pn. Salihah bt. Ramli

Pn. Nurliza bt. Abd. Rahim

Pn. MardhiahHayati bt. Abd. Wahab

En. Luqman b. Mohd. Noor

Pn. Noriza bt. Johari

En. Abd. Majid b. Osman

Pn. Zaleha bt. Mohd. Yusof

En. Abu Bakar b. Saad

Ketua :En. Mohd. Ridzuan b. Ahmad


Penolong Ketua: Cik Farah Najwa
AJK :
Tn. Hj. Nordin b. Mat Rasol
Pn. Hjhj Azizah bt. Ishak
Pn. Hjh. Faridah bt.Abdullah
En. Abd Azis b. Ali
Pn. Hazifah bt. Zakaria

11.0 SENARAI GURU MENGIKUT UNIT BERUNIFORM:

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

12.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DAN PEMARKAHAN


PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
15 HINGGA 19 APRIL 2012

12.1 PERTANDINGAN SIMPULAN & IKATAN ( Tunas Kadet) (20 markah)


Pengenalan :
Simpulan dan ikatan telah di gunakan sejak
berabad-abad

lamanya.

Di

dalam

kehidupan seharian, pelajar menggunakan


Ketua :Pn. Norlia bt.Abd. Majid

tali pada sepanjang masa, tempat dan

Penolong Ketua:Pn. Zurina bt. Abdullah

keadaan. Selain itu, Ikatan juga digunakan

AJK :

untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan

Pn. Hjh. Zainon bt. Ahmad

papan untuk membuat jambatan, tiang

Pn. Fauziah bt. Mohamad Saman

bendera, menara dan sebagainya. Oleh

Pn. Hamisah bt. Hashim


PN. Hjh. Johariah bt. Ahmad
Pn. Anisah bt. Abdullah

Ketua : En. Chew Kar Wei

yang demikian, Pertandingan ikatan dan


simpulan

akan

mendidik

En. Mohd. Zamri b Zaud

Penolong Ketua:Pn. Rusniza bt. Che Amin En. Mohammad Rafizee b. Ahmad
AJK : En. Mohamad Fauzi b. Mohammad

En. Wan Anuar b. Wan Daud

Pn. Hjh. Zainon bt. Ahmad

Pn. Umi Nazrah bt. Zainual Abidin

Pn. Fauziah bt. Mohamad Saman

Pn. Noraini bt. Hj Abd. Aziz

Pn. Hamisah bt. Hashim

10

pelajar

yang

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

berpengetahuan, berkemahiran serta dapat mengaplikasikan ikatan dan simpulan yang


dipelajari di dalam kehidupan seharian.
Objektif :
1. Melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran didalam asas
ikatan dan simpulan
2. Memupuk semangat kerjasama antara rakan sepasukan.
Syarat-syarat penyertaan :
1. Setiap pasukan terdiri daripada 9 orang ahli.
2. Peserta perlu mengetahui sepuluh jenis ikatan berikut :
a. Buku Sila

f. Simpul Kerusi

b. Bunga Geti

g. Simpul Himpit / Pengail

c. Tindih Kasih

h. Simpul Pulih

d. Ikatan Balak

i. Simpul Angka Lapan

e. Simpul Manuk

j. Simpul Belit

3. Setiap pasukan diberi masa satu jam untuk menyiapkan semua tugasan / ikatan
4. Pemenang akan dinilai berdasarkan markah kumpulan
5. Markah akan dinilai berdasarkan ketepatan jenis ikatan, kekemasan dan masa
terpantas
Pelaksanaan :
1. Pertandingan berkonsepkan sukaneka
2. Setiap peserta akan memilih satu sampul yang mengandungi soalan dan perlu
menyiapkan tugasan / ikatan yang telah ditetapkan.
3. Peserta pertama yang telah menyiapkan tugasan tersebut akan berlari kepada
peserta seterusnya secara bergilir-gilir sehinggalah peserta yang terakhir.
4. Masa akan dikira bermula daripada peserta pertama sehinggalah selepas peserta
terakhir menghantar tugasan mereka.
5. Pemarkahan adalah seperti berikut :
a. Jenis Ikatan
Ikatan betul / kemas

- 5 markah

Ikatan betul / tidak kemas

- 3 markah

Ikatan salah

- 0 markah
11

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

b. Masa
Kumpulan terawal menyiapkan kesemua ikatan

- 20 markah

Kumpulan terakhir menyiapkan kesemua ikatan

- 05 markah

Catatan :
1. Sebarang bantuan pihak luar adalah tidak dibenarkan. Penyertaan akan dibatalkan
sekiranya terdapat sebarang unsur penyelewengan.
2. Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh penyelaras aktiviti.
3. Penyelaras perlu menyediakan borang pemarkahan juri.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
12.2 Pertandingan Kawad Kaki oleh Pengakap (20 markah)
PENGENALAN
Kawad kaki merupakan salah satu aktiviti asas dalam unit-unit beruniform seperti
Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Puteri Tunas, Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja
Sekolah, dan Pengakap PPKI. Pertandingan kawad kaki ini akan diadakan mengikut unit
masing-masing dengan tujuan menggalakkan penyertaan seramai yang mungkin.

OBJEKTIF PROGRAM
Pertandingan kawad kaki ini dijalankan agar murid:
i.
iI

boleh menambahkan pengetahuan tentang kemahiran kawad kaki.


boleh mengaplikasikan kemahiran dalam satu-satu pasukan untuk memenangi

pertandingan yang diadakan.


iii.

dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mempunyai daya kepimpinan.

Syarat-syarat pertandingan dan pelaksanaan :


1. Setiap pasukan terdiri daripada 16 peserta termasuk ketua patrol.
12

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

2. Baris bertiga-tiga
XXXXX
XXXXX
XXXXX
X
3. Dalam keadaan sedia
4. Laporan dari ketua patrol-Assalamualaikum ,Tuan. Saya
______________ketua patrol pasukan ______________ seramai 16 orang siap
sedia untuk diuji, tuan.
5. Balik ke kumpulan.
6. Arahan:
a. Buka barisan .gerak
b. Tutup barisangerak
c. Ke kananlurus
d. Pandang depan
e. Senang diri
f. Rehatkan diri
g. Baris sedia
h. Bergerak ke kanan ke kanan ..pusing
i. Akan menghadap ke hadapan- ke kiri pusing
j. Bergerak ke kiri ke kiripusing
k. Akan menghadap ke hadapan - ke kananpusing
l. Akan menghadap ke belakang- ke belakangpusing
m. Kekananlurus
n. Hentak kaki 10/1/2
o. Hentak kaki cepat
p. Kekanan lurus
q. Arahan keluar baris

13

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

7. Kriteria pemarkahan : 1. Keseragaman 2. Uniform lengkap 3. Arahan ketua patrol


4. Disiplin kawad
8. Penyelaras perlu menyediakan borang pemarkahan juri.

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM


SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
15 HINGGA 19 APRIL 2012

12.3 PERTANDINGAN MEMASAK oleh Penyelaras Puteri Islam ( 20 markah )


Pengenalan :
Memasak adalah satu keperluan kemahiran yang sangat penting dalam sesuatu
perkhemahan. Pada peringkat pertandingan ini, setiap kumpulan akan diuji dengan
kemahiran asas dan prinsip memasak berdasarkan bahan-bahan yang telah ditetapkan.
Objektif

14

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

1. Melahirkan individu yang berkebolehan merancang, membantu dan berkeyakinan


tinggi dalam menjalankan aktiviti memasak.
2. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan mengamalkan tahap
kebersihan yang tinggi.
3. Menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.
4. Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Syarat-syarat pertandingan :
1. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan seramai 9 orang setiap kumpulan.
2. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan menu minum pagi / petang iaitu 2
jenis makanan berasaskan ubi keledek dan 1 jenis minuman.
3. Tempoh masa yang diperuntukan ialah 1 jam 30 minit untuk penyediaan, memasak
dan menghidang.
4. Setiap pasukan hanya dibenarkan menggunakan peralatan dan bahan-bahan yang
disediakan oleh pihak penganjur sahaja.
5. Penilaian diambilkira berdasarkan kekemasan, citarasa, kerjasama dan teknik
persembahan.

Pelaksanaan

1. Penerangan prosedur pertandingan akan diberikan oleh penyelaras 15 minit sebelum


pertandingan.
2. Peserta dikehendaki menyediakan menu minum pagi / petang untuk 4 orang.
3. Bahan-bahan masakan akan diletakkan di tengah-tengah kawasan pertandingan.
Peserta boleh mengambil bahan-bahan yang disediakan oleh pihak pengelola
mengikut keperluan menu masing-masing.
4. Setiap kumpulan akan dibekalkan beberapa peralatan memasak dan menghidang.
5. Penghakiman dijalankan bermula dari penyediaan menu hingga kepada
penghidangan hasil masakan.
Catatan

15

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

1. Bantuan luar tidak dibenarkan. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsurunsur penyelewengan.
2. Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh penyelaras aktiviti.
3. Semua keputusan adalah muktamad.
4. Penyelaras perlu menyediakan borang pemarkahan juri.
12.4 PERTANDINGAN KRAFTANGAN oleh penyelaras Tunas Puteri (20 markah)
Kraf Perkhemahan
Kraf perkhemahan merupakan pelajaran yang sangat penting sebelum para peserta
memulakan aktiviti perkhemahan. Mengapa ianya penting? Ini kerana kraf perkhemahan
merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam
semulajadi. Pengetahuan ini penting dan digunakan apabila para peserta melakukan
aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
Rasional
1.

Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi

cabaran alam semulajadi dan habitatnya.


2.

Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri

ciptaannya.
3.

Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan flora dan fauna

yang terdapat di muka bumi.


Objektif
1.

Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf

perkhemahan dalam kegiatan luar.


2.

Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup

apabila berada di dalam hutan.


3.

Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam

sekitar dengan cara yang sepatutnya.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

16

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

1. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan seramai 6 orang selama 50 minit.


2. Peserta hanya boleh menggunakan bahan alam semulajadi dan bahan-bahan yang
disediakan penyelaras.
3. Pilihan kraftangan untuk dihasilkan :
a) Gejek pinggan mangkuk seperti gejek pinggan mangkuk/ranting
penyangkut ATAU
b) Gejek tempat tinggal seperti penyidai baju/rak kasut ATAU
c) Gejek hiasan seperti papan kenyataan /gejek lampu
Catatan

1.Bantuan luar tidak dibenarkan. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsurunsur penyelewengan.
2.Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh penyelaras aktiviti.
3.Semua keputusan adalah muktamad.
4.Penyelaras perlu menyediakan borang pemarkahan juri.

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM


SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
15 HINGGA 19 APRIL 2012

12.5 PERTANDINGAN BANTU MULA oleh PBSM ( 20 markah)


Pengenalan :
Bantu mula ialah langkah yang pertama diberikan kepada seseorang mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan sebelum ketibaan pihak berwajib ditempat

17

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

kejadian. Justeru itu setiap peserta akan diuji dengan asas dan prinsip pertolongan cemas
mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
Objektif

1. Melahirkan individu yang berkebolehan merancang, membantu dan berkeyakinan


tinggi dalam menjalankan tindakan pantas pertolongan cemas.
2. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan prinsip pertolongan
cemas.
3. Menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.
4. Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Syarat-syarat pertandingan :
1. Setiap kontinjen dikehendaki menghantar 9 orang peserta.
2. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan 3 tugasan iaitu :
a. Merawat kecederaan patah, terkehel, tertusuk dan luka terbuka.
b. Praktikal hidung berdarah dan pengsan
c. Teori peralatan kotak pertolongan cemas
3. Pemenang dikira berdasarkan penggunaan teknik yang betul dan kekemasan hasil
serta kerjasama kumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pelaksanaan

1. Pertandingan dijalankan serentak dalam kumpulan berdasarkan teori dan praktikal.


2. Peserta dikehendaki merawat kecederaan berdasarkan 2 situasi dalam masa 45 minit.
Penalti akan dikenakan jika lebih masa diambil.
3. Hakim akan menilai rawatan kecederaan sebelum tugasan seterusnya dijalankan.
Catatan

1. Bantuan luar tidak dibenarkan. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsurunsur penyelewengan.
18

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

2. Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh penyelaras aktiviti.


3. Penyelaras perlu menyediakan 2 kotak First Aid Kid,mangsa pelbagai kecederaan,
kain anduh mencukupi serta borang pemarkahan juri.
4. Semua keputusan adalah muktamad.
12.6 ANUGERAH KESELURUHAN ( 100 MARKAH)
Peserta peserta yang tidak terlibat dengan pertandingan perlu juga melibatkan diri
secara aktif di dalam semua aktiviti perkhemahan serta menjayakan aktiviti-aktiviti berikut:
a) Istiadat pagi ( 25 markah)
b) Pemeriksaan pagi (25 markah)
c) Patrol bertugas (25 markah)
d) Menyelesaikan semua aktiviti kembara,malam kebudayaan,permainan
berfalsafah,gejek khemah serta pameran unit.
Upacara Istiadat Pagi.

Kem Komanadan bertugas mengarahkan perintah ketua patrol mengibar bendera

Ketua dan penolong ketua patrol mengibarkan bendera

Nyanyian lagu Negaraku,Negeri Kedah dan Lagu Ko kurikulum

Taklimat oleh kem komandan

Doa dan keluar baris

Upacara pemeriksaan pagi ( hari ke 2)

Pintu gerbang dan kebersihan kawasan keseluruhannya

Gejek-gejek ( bilangan,saiz dan simpulan yang betul digunakan)

Layout/penyusunan khemah ,gejek,hiasan,pagar dan sebagainya.

Pakaian seragam,kesegakan,kekemasan ,kerjasama dan sebagainya

LAYOUT PERKHEMAHAN DAN PERALATAN PERKHEMAHAN.


1. Tapak perhimpunan ( kawad kaki,istiadat pagi dan aktiviti)
2. 1 khemah utama aktiviti &solat
19

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

3. 1 khemah urusetia &pameran unit


4. 1 khemah memasak dan pantry
5. 1khemah logistic ( jika perlu)
6. Khemah peserta 38 buah -150 orang
7. Alas karung guni-jika perlu
8. Khemah pemimpin perempuan dan lelaki ( 4 unit)
9. Bilik bilik darjah jika hari hujan
10. Tempat mandi peserta lelaki
11. Tempat mandi peserta perempuan
12. Tiang bendera
13. Pagar
14. Pintu gerbang
15. Papan kenyataan
16. Meja urusetia& pameran -4 buah
17. Peralatan pertandingan
18. Siaraya PA system

16.0 PENUTUP
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Guru Besar,PK Kokurikulum , Ketuaketua unit Beruniform dan PIBG SK Tunku Putera di atas sumbangan idea dan sokongan
20

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

bagi menjayakan perancangan perkhemahan unit beruniform SK Tunku Putera 2012


ini.Diharapkan perkhemahan kali ini mendapat kerjasama semua pihak dan ia mampu
menjayakan kesemua objektif berikut :
Di akhir perkhemahan, para peserta dapat:
e) Mempelajari ilmu teori dan kemahiran serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari
tersebut ketika perkhemahan dan juga ketika kehidupan luar sekolah.
f) Bertanding dengan sihat dan penuh semangat sesama pasukan unit
beruniform
g) Melatih diri menjadi pemimpin unit dan juga sebagai pemimpin diri sendiri
h) Menjalin hubungan baik sesama ahli serta guru-guru pemimpin
Di akhir perkhemahan, SK Tunku Putera dapat :
a) Melahirkan calon-calon untuk Pertandingan Pasukan Badan Beruniform Sekolah
Rendah Peringkat Kebangsaan 2013
b) Membangun modal insan berkualiti tinggi secara holistik dengan memberi
penekanan

terhadap

ilmu

pengetahuan,kemahiran.intelektual

serta

membudayakan sikap proaktif,progresif dan membina nilai etika bagi menjana


wadah perjuangan pembentukan jatidiri negara bangsa kelas pertama.
Transformasi Unit Beruniform SK Tunku Putera
Penyelaras ,
Unit Beruniform SK Tunku Putera,
2012
TARIKH: 15 OKTOBER 2012
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform SK Tunku Putera 2012
HARI 1 :
1 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
KEM KOMANDAN: En. Mohd. Zamri b. Mohd. Zaud
PEN.KEM KOM: Pn. Zurina bt. Abdullah
2.00petang
Semua peserta berkumpul di hadapan khemah utama ( urus setia). Tuan Guru Besar (En
Idris Said) memberikan pesanan ringkas kepada semua peserta (murid). Beliau amat
menekankan aspek keselamatan dalam ucapannya.
21

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Penyelaras Utama Program, Cik Khairunnisa bt Ahmad memberikan taklimat aktiviti dan
beliau juga sekali lagi menegaskan tentang disiplin yang perlu diberi perhatian oleh
peserta.
Keselamatan diri perlu diutamakan. Elakkan daripada pergi ke kawasan sunyi. Pastikan
semua peserta berada bersama rakan-rakan pada setiap masa, Ini antara perkara yang
diulang ingatan oleh semua guru dan guru besar bagi mengelakkan prkara-perkara yang
tidak diingini daripada berlaku.

22

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Kem Komandan ( Hari pertama ), En Zambri Mohd Zaud mengambil alih program selepas
ucapan Penylaras Utama Program. Beliau mengagihkan peserta kepada kumpulankumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua.

Taklimat awal
23

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Aktiviti seterusnya, setiap kumpulan mendirikan khemah masing-masing.

Sikap kerjasama yang amat dibanggakan.

Bersatu teguh bercerai roboh.


24

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Walau di mana kita berada kewajipan jangan dilupa.


5.00petang : Rehat, minum petang dan solat Asar

Belajar berdikari (jauh daripada ayah dan ibu).


25

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

6. 00 petang
Latihan kawad kaki diadakan. Kem Komandan dan Tuan Guru Besar sendiri terlibat dalam
aktiviti ini. Setiap unit diberi taklimat dan tunjuk ajar tentang kawad kaki sebelum penilaian
dilakukan.

Pasukan pengakap SK Tunku Putera memang tiada tandingan dalam pertandingan kawad
kaki. Mereka mendapat tempat pertama. Ke-2, Persatuan Bulan Sabit Merah. Ke-3,
Tunas Puteri. Apapun keputusan, yang utama ialah kerjasama dan kesungguhan peserta
amat dikagumi. Tahniah kepada semua peserta.
6.30petang Rehat, makan malam dan solat (Maghrib dan Isyak)

26

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Disiplin diri sentiasa dijaga.

Tiada lagi ibu untuk membasuh pinggan!

Latih diriberdikari. Kebiasaannya di rumah iu dan kakak yang biasanya ditugaskan


dengan kerja cuci-mencuci ini. Di sini, masing-masing bertanggungjawab. Tidak kira lelaki
27

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

atau perempuan namun kelihatan semua peserta gembira dengan tugasan dan
tanggungjawab yang dilakukan.
9.00malam
Taklimat aktiviti kebudayaan. Setiap kumpulan dimestikan mempersembahkan satu aktiviti
pada malam terakhir program. Tema adalah bebas asalkan tidak menyinggung manamana kumpulan atau ahli.
Taklimat pertandingan pertolongan cemas dan ikatan juga diberkan pada malam ini.
Taklimat ini bertujuan memberi gambaran awal kepada peserta berkaitan pertandingan
tersebut.
En. Hamid bin Abdullah, penilai keceriaan khemah dan kekemasan gajet juga turut
mengambil kesempatan menegaskan tentang tata cara pemarkahan.
Pada malam ini juga peserta berbincang dan merancang strategi dalam menghadapi
pertandingan dan penilaian untuk acara-acara yang telah ditetapkan.
11.00mlm
Rehat / Tidur
Murid kelihatannya tidak dapa tidur pada malam ini. Guru yang bertugas hilang suara
hendak menegur murid-murid yang masih bergurau hingga lewat malam. Lewat 1.00pagi
baharulah suasana benar-benar senyap.
HARI 2 :
2 NOVEMBER 2012 (JUMAAT)
KEM KOMANDAN: En. Mohd. Ridzuan b. Ahmad
PEN.KEM KOM: Pn. Rusniza bt. Che Amin
5.30pagi
Semua peserta dikejutkan daripada tidur. Persiapan solat Subuh. Ustaz Lokhman Hamid
memberikan kuliah subuh. Selesai kuliah subuh dan solat semua peserta diarahkan
berkumpul di dataran urus setia.
Cikgu Wan Anuar Wan Ahmad mengetuai program senaman pagi. Semua murid
diwajibkan bersama-sama mengikuti program ini kecuali yang tidak sihat.
8.30pagi
Pemeriksaan khemah. Penilaian telah mula dilakukan. Aspek kebersihan dan kekemasan
diutamakan. Disamping itu, khemah yang kreatif dengan gajet yang menarik dan sesuai
akan memperoleh markah yang tinggi.

28

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Secara kasarnya, khemah pengakap kelihatan amat menarik dan lengkap bagi penilaian
pertama pada pagi ini. Namun, keputusan adalah berdasarkan markah terkumpul selama
3hari.
9.00pagi
Latihan dalam kumpulan.
Stesyen A : Bantu Mula
Stesyen B : Simpulan & Ikatan
Stesyen C : Kraftangan
Stesyen D : Memasak
Stesyen E : Kawad kaki
Demonstrasi : Gajet khemah
Aktiviti ini bagi memberi gambaran jelas kepada peserta tentang pertandiangan yang akan
dijalankan pada petang nanti. Peserta juga dilatih oleh penyelaras-penyelaras stesyen
yang teah dilantik.
Penyelaras dari PBSM
Penyelaras dari Tunas Kadet
Penyelaras dari Tunas Puteri
Penyelaras dari Puteri Islam
Penyelaras dari Pengakap
Penyelaras dari Tunas Kadet

29

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Perbincangan kumpulan

Latihan mengikat anduh untuk persiapan pertandingan bantu mula,,,

30

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Sambil berbincang, sambil makan..

Latihan ikatan
31

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Perbingan kumpulan : Strategi menewaskan lawan..


11.30pagi
Pertandingan memasak.
Acara ini amat digemari oleh peserta. Peringatan awal telah diberikan oleh Tuan Guru
Besar berkaitan keselamatan.Sepanjang pertandingan dijalankan tiada perkara tidak baik
berlaku. Semua peserta bertanding secara berdisiplin, Pertandingan ini dimenangi oleh
pasukan Tunas puteri.

32

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Guru besar mengagihkan ikan

33

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Kali petama nak belajar guna. Macam tikus kengok besi

yang dah biasa tolong mak di dapur, tiada masalah..

12.45 tengah hari


Rehat.
Makan tengah hari (juadah istimewa yang dimasak sendiri)
34

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Persiapan Solat Jumaat (lelaki). Semua murid lelaki dibawa dengan bas ke masjid
berhampiran.
2.45petang
Pertandingan :
1. Simpulan & Ikatan
2. Kawad kaki
3. Bantu Mula
Berjalan seperti yang dirancangkan.
Keputusan acara Simpulan & ikatan;
Pertama : Pasukan Pengakap
Kedua: Pasukan Tunas Puteri
Ketiga: Pasukan Tunas Kadet

Keputusan Kawad kaki


Pertama : Pasukan Puteri Islam
Kedua: Pasukan Bulan Sabit Merah
Ketiga: Pasukan Tunas Kadet

35

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Keputusan Bantu Mula


Pertama : Pasukan Bulan Sabit Merah
Kedua: Pasukan Tunas Puteri
Ketiga: Pasukan Tunas Kadet

Komitmen dan kerjasama setiap peserta dalam setiap peetandingan amat dipuji. Walau
kemahiran yang dimiliki masih pada tahap sederhana , namun kesungguhan yang
ditunjukkan amat membanggakan.
36

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

5.00petang : Minum petang dan solat Asar.


6.00petang : Kembara.
Aktiviti kembara dijalankan bagi menguji kekuatan fizikal dan mental peserta. Setip
kumpulan diberikan nota / arahan perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang
kembara.
Ada 5 check point yang perlu dilalui oleh peserta. Setiap satunya telah disediakan aktiviti
tertentu bagi menguji kekuatan kumpulan.
7.00malam : Rehat / Makan malam / Solat

Kuliah Maghrib

9.00malam : Malam Kebudayaan

Kelihatannya semua peserta dalam keletihan. Namun, semangat dan kesungguhan untuk
slot ini amat membanggakan. Setiap kumpulan berdasarkan unit menyediakan
persembahan yang amat menghiburkan.
Unit pengakap telah mempersembahkan lakonan pejuang-pejuang negara. Dialog-dialog
filem yang dipetik amat menghiburkan.

37

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Persatuan Bulan Sabit Merah juga tidak kurang hebatnya. Mereka mempersembahkan
boria jenaka.
Keletihan seharian mengikuti aktiviti terubat dengan telatah kawan-kawan pada malam
kebudayaan.
11.00malam : Rehat dan tidur
Pada malam hari pertama, amat susah untuk memujuk agar peserta tidur awal. Pada
malam ini, 11.00mlm hampir tiada langsung suara berbual.

Keletihan
Sunyi dan sepi. Tiada lagi gelak-ketawa seperti malam semalam. Peserta amat keletihan.
Aktviti yang padat pada sebelah siang mungkin amat memenatkan mereka.
Esok, hari terakhir program ini. Cuaca pada malam ini bagaikan nak hujan. Syukur, hingga
subuh menjelang hujan hanya titis-titis halus bersama embun

38

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

HARI 3 :
3 NOVEMBER 2012 (SABTU)
KEM KOMANDAN: En. Mohd. Rafizee b. Ahmad
PEN.KEM KOM: Pn. Zaiton bt. Abdullah
5.30pagi
Semua peserta dikejutkan unuk persipan solat. Walau dalam keletihan, semua peserta
kelihatan masih tabah dalam mengikuti setiap arahan. Selesai solat, semua peserta
diarahkan memakai pakaian sukan.
Aktiviti senaman pagi telah dimulakan pada 6.30pagi. Cikgu Zaiton bt Abdullah mengetuai
program ini. Aktiviti ini walau memenatkan tetapi amat digemari oleh murid-murid. Situasi
ini mungkin berpunca telatah guru pengiring yang pelbagai sepanjang aktiviti
Setelah selesai aktiviti ini, semua murid balik ke khemah untuk makan pagi dan bersiapsiap untuk perhimpinan (taklimat).
8.00pagi
Program terpaksa dipinda memandangkan cuaca yang kelihatannya tidak berapa
mengizinkan. Perhimpunan pagi dan majlis penyampaian hadiah dijalankan serentak.
Taklimat berkaitan tanggungjawab selepas perkhemahan telah disampakan oleh PK
Kokurikulum. Dalam ucapannya, beliau menegaskan tentang kebersihan dan keselamatan
sepanjang mengemas khemah dan membersih kawasan.
Pemantauan khemah dan sikap setiap ahli dijalankan secara menyeluruh sepanjang
masa. Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua. Dalam ucapan ringkas beliau
menyatakan kehebatan semua kumpulan hampir seiring. Sukar bagi beliau dan guru-guru
hendak membuat keputusan. Beliau berharap keputusan yang diumumkan tidak
melemahkan kumpulan yang gagal menjuarai.
Pasukan pengakap mendapat tempat pertama. Pasukan Tunas Puteri mendapat tempat
kedua. Lain-lain pasukan berada dalam aras yang sama. Sekali lagi Guru Besar
menegaskan, beliau bangga dengan semua peserta. Beliau kagum dalam usia semuda
ini, semua peserta mampu berdikari!

39

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Tahniah anak-anakku
10.00pagi
Semua peserta mengemas khemah dan membersihkan kawasan.
11.00pagi
Bersurai
Kebanyakan peserta diambil oleh waris yang datang. Walau keletihan, keceriaan jelas
terpapar pada wajah setiap peserta.
Ada antara mereka yang menitis air mata walau esok-lusa akan bertemu kembali di
sekolah. Mungkin detik-detik indah dan pengalaman yang diperoleh di sini memberi sedikit
sebanyak sentuhan ke hati mereka.
Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar. Walau ada sedikit perubahan yang
terpaksa dilakukan. Namun, agenda dan harapan dalam menjayakan program ini
dirasakan berjaya dicapai. Insya-Allah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Disedikan oleh:

.
(SHAHARUDIN BIN MOHD SHAH)
Setiausaha Program Perkhemahan,
SK Tunku Putera, Baling

40

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Refleksi
Refleksi Kerohanian
Sesi kerohanian dijalankan secara penyerapan dalam aktiviti utama lain.
Terutamanya, pada waktu subuh sebelum solat subuh. Selain itu, sebelum masuk tidur.
Kadang-kadang, ketua aktiviti mengambil sedikit ruang menyelitkan pengajaran dalam
setiap aktiviti yang dijalankan.
Sebelum sembahyang subuh pada pagi pertama perkhemahan, semua perserta
dibiar berada dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diarahkan berbincang
tentang

sikap

terhadap

ibu

bapa

sepanjang

usia

mereka.

Ketua

kumpulan

membentangkan dapatan daripada perbincangan setiap kumpulan.


Aktiviti ini memberi impak kepada peserta yang mengabaikan kasih-sayang terhadap
keluarga apabila mendengar luahan rakan-rakan.
Pada subuh yang ke-2, fokus terhadap alam sekitar. Penghayatan tentang peri
pentingnya menghargai alam sekitar.
Refleksi Senaman pagi
Senaman pagi secara dasarnya bertujuan untuk menyegarkan tubuh. Memberi
semangat baru kepada peserta dalam menempuh hari baru. Selain itu, aktiviti ini juga
membina yakin diri kepada peserta. Setiap peserta berkesempatan menunjuk bakat
untuk satu pergerakkan dalam sesi senaman pagi ini. Situasi ini diyakini dapat memupuk
sikap kepimpinan dan yakin diri.
Disiplin diri juga dapat diterapkan dalam aktiviti ini. Aktiviti ini antara aktiviti yang
amat menghiburkan. Bukan sahaja telatah murid (peserta), guru-guru juga tumpang
41

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

memeriahkan aktiviti ini dengan aksi-aksi yang diketahui mereka. Hubungan antara gurumurid dapat dijalin dengan akrap dan harmoni. Sudah pasti kesannya akan di bawa ke
bilik darjah.

Refleksi Aktiviti Ikatan/simpulan


Pertandingan ikatan tidak kurang kesan positifnya kepada peserta. Ringkasnya,
kesabaran dan usaha keras peserta berbaloi dengan apa yang mereka dapat. Ilmu yang
diperoleh sudah pasti bermanfaat dalam kehidupan seharian.
Refleksi Aktiviti Memasak
Aktiviti ini membangkitkan rasa insaf. Sebilangan peserta tidak pernah ke dapur
untuk membantu ibu di rumah. Hari ini, mereka berpeluang merasai sedikit sebanyak apa
yang mungkin ibu mereka rasakan. Ilmu memasak bukan agenda utama program ini.
Usaha, kerjasama, dan sikap berdikari yang lebih diutamakan.
Refleksi Aktiviti Kawad kaki
Memang antara aktiviti yang tidak digemari peserta. Berjalan di tengah panas.
Mendengar leteran dan jerkahan semasa latihan. Ada yang menangis tidak tahan.
Pada penghujungnya, tangisan ceria juga yang hadir... Mendidik disiplin diri. Melatih
menghormati ketua. Ketahanan mental dan fizikal. Pelbagai impak positif di dalam aktiviti
ini.
Peranan ketua aktiviti ini amat mencabar. Beliau berjaya mengubah kebencian
peserta yang pada awalnya amat jelas tidak berminat langsung dalam aktiviti ini.
Semua peserta kelihatan amat ceria setelah pertandingan tamat. Ceria kerana
kejayaan mempersembahkan kombinasi yang membanggakan semua penonton dan
hakim. Turut hadir, ibu bapa. Kagum dengan usaha dan kemampuan anak-anak mereka
ada yang memeluk erat setelah pertandingan tamat.
42

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

Refleksi Pertolongan cemas / Bantu Mula


Fokus aktiviti ini lebih kepada ikatan kain anduh dan bantuan segera jika berlaku
kecemasan. Semua peserta diarahkan melakonkan situasi menyelamat berdasarkan nota
arahan yang diberikan.
Impak positif, sudah tentulah amat berguna jika sesuatu kecemasan berlaku.
Peserta amat gembira dengan aktiviti ini. Secara tidak sedar, mereka juga sedang
melakonkan drama.
Refleksi Umum
Seperti yang kita semua maklum, setiap situasi yang berlaku atau yang kita lakukan
pasti ada impaknya. Cuma, kemampuan kita memetik apa yang terdapat di sebalik
sesuatu kejadian atau aktiviti amat subjektif sifatnya.
Program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna pastinya akan
memberi kesan positif kepada kita. Begitu jugalah perkhemahan ini. Secara umumnya,
seperti mana pepatah orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya begitu
jugalah harapan dan matlamat perkhemahan ini. Perkhemahan ini tidak keterlaluan jika
dikatakan bermatlamat melahirkan generasi hadapan yang punya jati diri yang kuat.
Program-program yang diisi dalam perkhemahan ini mendesak peserta berdikari,
berusaha, belajar, berkerjasama dan pelbagai nilai positif yang diyakini amat berguna
dalam membentuk kekuatan diri untuk menempuh perjalanan sebenar yang kian
mencabar.
Bermula dengan perhimpunan pertama. Pembinaan kumpulan untuk melakukan
aktiviti kumpulan. Bersama-sama mendirikan khemah dan memasak seadanya.
Bertanding dengan kekuatan dan semangat berpasukan. Mempelajari ilmu-ilmu
pertolongan cemas dan banyak lagi aktiviti yang telah dirancang dan alhamdulillah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Kelihatan, berdasarkan penilaian yang dijalankan, aktiviti
43

PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM SK TUNKU PUTERA 2012


UNIT KOKO SKTP

bukan sahaja berjaya dijalankan malah objektif yang digariskan juga amat berjaya.
Kejayaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kerjasama, kesungguhan, disiplin diri
dan tidak terkecuali sokongan masyarakat setempat dan para waris yang amat membantu
dan memahami.
Umumnya, program ini telah berjaya sekurang-kurangnya membuka minda dan
mencetus rasa tanggungjawab individu dalam kumpulan. Namun, berdasarkan apa yang
dizahirkan sepanjang program, peserta telah menunjukkan sesuatu yang melampaui
target sebenar program.
Tahniah, kepada semua peserta! Kepada ibu bawa, kepada komuniti setempat dan
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Setiap individu mempunyai keunikkan dalam mengisi tanggungjawab berkumpulan.
Kehebatan yang pelbagai membina hasilan yang mantap andai perpaduan diutamakan.
Sekian.

44

Anda mungkin juga menyukai