Anda di halaman 1dari 10

PENGURUSAN TEKANAN

APAKAH ITU TEKANAN???


Anda pernah mengalaminya? Bila ? Kenapa ? Dari mana datangnya tekanan?

DEFINISI TEKANAN
Dalam bidang fizik, tekanan membawa maksud regangan atau tekanan terhadap sesuatu sistem. Dalam konteks sel tubuh, tekanan merujuk kepada tindak balas kimia akibat daripada proses perubahan tekanan dari luar (Chua & Ann 2001).

Menurut Hatta Sidi (1998), tekanan merujuk kepada manifestasi sistem minda-tubuh yang tidak boleh diramalkan, akibat daripada tekanan dalaman dan luaran, yang sekiranya berterusan boleh memudaratkan diri atau membawa penyakit.

Psikologi
Penyesuaian Kekecewaan atau kehampaan Bebanan lebih Kekurangan atau halangan

SEBAB/PUNCA
Personaliti/ Perwatakan
Persepsi diri Kebimbangan

Bioekologi
Bioritma (misalnya gangguan tidur) Kebisingan Persaingan Pemakanan

TEKANAN

KESAN DAN KOMPLIKASI AKIBAT TEKANAN


1.Komplikasi kesihatan Penyakit darah tinggi, penyakit jantung, asma, gastritis, migrain, kencing manis (diabetis melitus), sakit tulang belakang yang kronik 3.Komplikasi kognitif Sukar membuat keputusan, sensitif terhadap kritikan, menjadi pelupa, sukar berfikir serta memberi tumpuan terhadap sesuatu 2.Komplikasi organisasi Tidak hadir ke tempat kerja,rasa tidak puas hati, produktiviti yang rendah, suasana bekerja yang tidak harmonis.

4. Komplikasi fisiologi Tekanan darah tingi, kenaikan denyutan nadi, berpeluh, anak mata membesar, kesukaran bernafas,badan rasa kebas dan ada kalanya seseorang itu merasakan dirinya terapungapung dan terawang-awang 6. Kesan psikologi Kurang tenaga, mudah bimbang atau resah tidak menentu, berasa bersalah, cepat letih,perasaan rendah diri.

5. Kesan Tingkahlaku Panas baran, mudah marah, makan berlebihan atau hilang selera makan, mengambil dadah atau menegangkan fikiran

TEKNIK PENGURUSAN TEKANAN


Mengenal pasti masalah Menggalakkan pelbagai jenis idea ke arah penyelesaian masalah secara himpun fikiran Menilai setiap kemungkinan jalan penyelesaian masalah Memilih satu jalan penyelesaian masalah yang terbaik Merancang pelan tindakan secara terperinci Mengkaji semula segala bentuk tindakan yang sudah dan akan timbul

TEKNIK PENGURUSAN TEKANAN


Sistem sokongan-dapatkan rakan atau orang yang sesuai dan boleh mendengar, membantu dan mengurangkan tekanan yang dihadapi Sembahyang dan zikir Doa Yoga Latihan pengenduran-teknik pengenduran menerusi genggaman,pernafasan dan imiginasi Kekuatan dalaman-ketahanan dalaman membentuk pesepsi baru lebih positif Mengubah persekitaran
8

Belailah haiwan kesayangan Makan makanan seimbang setiap hari Menerima tekanan sebahagian daripada hidup Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri Tampilkan kekuatan diri Mandi wap

KESIMPULAN
Tekanan perlu dihadapi dan ditangani dengan segera supaya ia tidak akan mengganggu kehidupan dalam diri individu tersebut. Tekanan juga mempunyai peranan untuk menggerakkan diri ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Namun demikian, ia seharusnya di urus dengan sebaik-baiknya agar ia menjadi agen penggerak dalam mencari kebahagiaan hidup.

10