Anda di halaman 1dari 3

Kajian bunuh diri penting untuk mengkaji persamaan dan perbezaan dalam kes yang di takrifkan oleh masyarakat

sebagai bunuh diri dan menilai implikasi keputusan yang telah di buat terhadap pelaku dalam masyarakat. Bagi Emile Durkhiem bunuh diri ialah fakta sosial yang merupakan dari sifat luaran dan terbatas dalam bentuk gesaan terhadap individu. Beliau mengkaji bunuh diri kerana bunuh diri merupakan fenomena yang spesifik dan konkrit. Bunuh diri juga membentuk perlakuan personel dan sulit. Beliau tetarik bunuh diri kerana lebih tinggi berbanding dari kes yang lain ia melibatkan faktor biologi , psikologi dan sosio-psikologi. Terdapat empat jenis bunuh diri pada Emile Durkhiem. 1. Bunuh Diri Egoistik. Seseorang individu tidak mampu menyatukan integrasi sosial dalam masyarakat. Integrasi merupakan mempunyai pandangan yang sama dalam sesebuah masyarakat. Apabila seseorang individu hilang haluan dan tujuan hidup mereka kemungkinan akan melakukan bunuh diri. Masyarakat bertindak secara kolektif untuk membimbing masyarakat antara satu sama lain agar tidak melakukan bunuh diri. Kejadian bunuh diri berlaku apabila bersifat individualistik dalam setiap individu dalam masyarakat. Jika individu tidak mampu mencapai keinginan mereka mencuba membunuh. Namun begitu tidak semestinya apabila kehendak mereka dapat di peroleh menyebabkan individu akan menjadi ghairah dengan keinginan mereka lagi dan apabila tidak peroleh mereka akan cuba membunuh. Sebagai contoh, pelajar akan membunuh diri apabila tidak mampu mencapai target yang diingini dalam peperiksaan mereka kecewa dan bunuh diri.

2. Bunuh Diri Altruistik Jenis bunuh diri ini mempunyai integrasi sosial yang tinggi dan utuh kepada sesuatu masyarakat. Mereka akan berkorban atau bunuh diri untuk kepentingan orang lain atau masyarakat. Individu ini akan membunuh diri untuk kebaikan sama ada dari segi spiritual atau kebaikan kumpulan. Contohnya, tentera Jepun yang mempunyai semangat kamikaze yang rela mati demi menyelamatkan tanah air. Walaupun ini dikenali sebagai bunuh diri namun begitu seseorang itu mempunyai pandangan yang tinggi dalam sesebuah masyarakat. Oleh sebab integrasi sosial yang tinggi menyebabkan masyarakat kehilangan sifat individualistik.

3. Bunuh Diri Anomik Bunuh diri Anomik merupakan kawalan sosial yang terganggu dari segi undang-undang. Individu ini tidak berintegrasi sosial secara secukupnya. Norma-norma dan struktur tidak mampu membawa nilai-nilai positif dan moral yang utuh pada seseorang individu. Oleh sebab itu mereka terasa tersisih dari masyarakat dan menyebabkan bunuh diri jenis ini berlaku. Menurut Emile Durkhiem manusia perlu sesuatu yang mengawalnya. Sabagai contoh kawalan kewangan apabila masalah ekonomi berlaku terdapat syarikat yang muflis atau di buang kerja menyebabkan individu tiada kawalan kewangan dan menyebabkan bunuh diri ini berlaku.

4. Bunuh Diri Fatalistik Bunuh diri ini merupakan berlawan dengan Anomik yang kurang kawalan pada seseorang individu kerana bunuh diri ini seseorang individu di kawal ketat dan di sekat atau di tindas . Setiap kali seseorang itu mencuba melakukan sesuatu namun gagal. Individu ini merasakan diri mereka di hantui nasib buruk. Individu ini menganggap tiada keadilan pada diri mereka. Sebagai contoh golongan hamba abdi membunuh diri kerana mahu mengakhiri penderitaan mereka kerana mereka tidak akan terlepas menjadi hamba abdi.

Perbezaan antara keempat-empat bunuh diri ialah bunuh diri egoistik berlaku apabila individu itu mempunyai integrasi yang rendah dalam masyarakat dan menyebabkan individu itu tidak dapat menyesuaikan diri menyebabkan bunuh diri. Sebagai contoh individu ini gagal dalam sesuatu perkara oleh sebab tidak mempunyai integrasi sosial yang baik menyebabkan tiada yang mendorong individu ini agar tidak bunuh diri. Tetapi berbeza pula dengan bunuh diri altruistik oleh sebab mempunyai integrasi sosial yang tinggi mereka sanggup membunuh diri atau mereka akan melakukan aktiviti bunuh diri secara berkumpulan. Antaranya golongan paderi memaksa golongan-golongan mereka meminum racun dan mati bersama-sama. Bunuh diri anomik pula merupakan lemah dari segi peraturan atau kekangan dalam hidup seseorang. Teapi berbeza

dengan fatalistik yang mempunyai peraturan yang tinggi dan ketat menyebabkan golongan tersebut tertekan dan menyebabkan berlaku.

Sumber Rujukan Richard T. Schaefer. Sociology: Thirteen Edition Mcgraw Hill International Reevany Bustami, Ahmad Taufik Adzmi, Azrina Husin. Guamautau Teori: Teori teori klasik tingkah laku manusia dan masyarakat. The Knowledge Workes Series. George Ritzer . Classical Sociological Theory Second Edition. The Mcgraw Hill International

Anda mungkin juga menyukai