Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Makroteaching kumpulan

Perkara Yang Boleh Kami Perbaiki Kami dapati penumpuan pelajar adalah kurang memuaskan. Kebanyakan pelajar terlalu aktif dalam aktiviti kelas dan susah dikawal. Kami perlu mengukuhkan lagi kemahiran pengurusan kelas. Kami percaya kemahiran pengajaran guru mempengaruhi minat dan pembelajaran pelajar. Kaedah pengajaran yang menarik mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan meningkatkan prestasi akademik mereka.

Bisikan hati/Emosi/Perasaan Kami terpanggil untuk mempengaruhi persepsi pelajar bahawa kami merupakan guru yang mampu menyakinkan mereka dalam meminati mata pelajaran yang diajar.

Kefahaman Baru/Kesedaran Bolehkah kami sentiasa menyiapkan diri dalam cabaran mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui pembacaan, penambahan ilmu, kuiz dan sebagainya. Bolehkah kami melaksanakan kaedah generalisasi semasa proses pengajaran? Kami kerap membuat kesilapan semasa sesi pengajaran, apa yang dirancang lain pula yang diajar. Kami perlu mengikut nasihat pensyarah untuk melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan dan kreatif. Adakah pendapat kami sama seperti guru lain? Idea kami untuk melakukan pengajaran secara teratur selalu hilang. Kami percaya kebanyakan guru baru menghadapi masalah yang sama. Kadang-kala kami rasa seperti pelajar masih memerlukan bantuan dan nasihat daripada rakan-rakan dan pensyarah.

Kami sedar bahawa pengajaran dengan cara yang kreatif adalah satu cabaran kepada kumpulan kami. Kami sedar kepentingan kreativiti dalam mewujudkan pengajaran yang berkesan. Kami banyak buat silap sebab kami tidak membuat persediaan yang cukup. Ini adalah disebabkan kami kurang meminta pertolongan daripada rakan-rakan. Kini, kami

sedar rakan merupakan salah satu sumber yang amat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Cadangan Kami bercadang untuk berbincang dengan rakan-rakan mengenai pendekatan konstruktivisme yang kreatif dan berkesan serta bagaimana pendekatan ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran perdagangan. Ini adalah disebabkan pendekatan pengajaran yang kreatif mampu menarik minat pelajar terutamanya pelajar yang berprestasi akademik rendah.

Tindakan Kami akan merancang pengajaran dan pembelajaran perdagangan dengan pendekatan ini pada masa akan datang bagi memperbaiki strategi pengajaran. Kami akan memilih topik yang sesuai dengan pendekatan ini. Kami akan dibahagikan tugas dalam makroteaching di kelas. Ada yang akan mengajar dan selebihnya akan berada di belakang kelas untuk menilai pengajaran kami. Selepas itu, kami akan berbincang untuk mendapatkan refleksi makroteaching dan membuat penambahbaikan untuk perhatian pensyarah.