Anda di halaman 1dari 1

'akhirulkalam' boleh guna sebagai penanda wacana untuk mengakhiri karangan fakta?

Oleh sebab peribahasa dicipta sejak zaman dahulu, penggunaan nahu seperti daripada dan dari sentiasa dicampur aduk. Oleh sebab itu, ada buku menulis melentur buluh biarlah dari rebungnya manakala ada yang menulis melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jika lihat menghayati peribahasa ini, maknanya ialah mendidik atau membentuk peribadi anak-anak haruslah dari kecil lagi. Maka, rebung ialah bahagian dalam buluh yang paling bawah menghampiri tanah. Oleh sebab itu, rebung menunjukkan tempat dan sesuai dengan fungsi dari untuk arah, tempat, dan masa. Kesimpulannya, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya lebih tepat. Dalam kata penguat darjah terakhir atau darjah penghabisan, terdapat lima jenis frasa penguat yang betul: 1. Paling + kata adjektif Contoh: paling cantik / paling suci / paling tinggi 2. Ter + kata adjektif Contoh: tercantik / tertinggi / tersingkat 3. Amat + ( kata adjektif) + sekali Sangat + ( kata adjektif) + sekali Sungguh + ( kata adjektif) + sekali Contoh: amat pilu sekali /sangat gembira sekali / sungguh bangga sekali 4. Teramat +( kata adjektif) Tersangat + ( kata adjektif) Contoh: Tersangat indah / teramat sedih 5. Se ( kata adjektif yang digandakan) Contoh: a) Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. b) Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi impian saya. c) Sekeras-keras batu, tidak sekeras hatinya yang degil itu. d) Dialah sebaik-baik sahabat yang pernah kukenali. e) Secantik-cantik bunga segar, jika tidak disiram, layu juga akhirnya.

Beri Nilai