Anda di halaman 1dari 1

Sebagai contoh, imam mazhab selain Imam Al-Syafi i tidak membaca qunut Subuh, mere ka tidak membacanya bukan

kerana suka-suka, tapi mereka berhujah dan berdalilkan Al-Quran dan hadis. Para sahabat Nabi SAW juga tidak membacanya. Adakah mereka ini wahabi? Adakah dikatakan solat Imam Ahmad, Imam Malik yang merupakan guru ke pada Imam Al-Syafi i, Imam Abu Hanifah ini tidak sah kerana tidak membaca qunut su buh, atau adakah mereka ini sesat? Sudah tentu tidak. Oleh itu janganlah kita mudah memberi label apabila menghadapi perselisihan sepe rti ini. Seperti yang sering saya katakan, perselisihan pasti wujud. Namun bagai mana kita berdepan dengannya dan bagaimana hendak kita luruskan perselisihan ter sebut agar tidak membawa kepada perpecahan kerana perpecahan adalah suatu yang d ibenci dan dilarang di dalam Syariat. Satu-satunya cara untuk meluruskan perselisihan dalam agama adalah dengan kembal i kepada Al-Quran dan Al-Sunnah sejajar pemahaman Salaf Al-Soleh. Seperti firman Allah dalam surah Al-Nisa ayat 59, Maka sekiranya kamu berselisih dalam suatu ur usan, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan RasulNya (yakni Al-Quran d an Al-Sunnah) . Sabda rasulullah Sesungguhnya ulama itu pewaris nabi dan para nabi tidak mewarisk an harta tetapi mereka mewariskan ilmu. ( Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606 , Abu Daud dan Ibn Majah) .

Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)" (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).

Ali bin Abi Thalib ra berkata, " Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana i lmu adalah agama. Pernyataan ini dinukil dari beberapa ulama salaf seperti Ibnu S irin Adh Dhahak bin Muzahim dan yang lain. (Lihat Al Khatib Al Baghdadi, dalam A t Tankil, m/s 121). Apakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu ? (Az-Zumar : 9).

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipe rsoalkan." (Al-Isra : 36).

Anda mungkin juga menyukai