Anda di halaman 1dari 2

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) GURU MATEMATIK BAGI TAJUK PECAHAN Kajian dalam jurnal ini adalah

bertujuan untuk mengkaji pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi tajuk pecahan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah yang baru dan berpengalaman. Dari apa yang saya telah bacadan faham kebanyakan guru-guru Matematik yang baru, menyampaikan konsep asas dan operasi pecahan berdasarkan kepada kefahaman instrumental yang dimiliki. Semua langkah pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan guru dan pelajar banyak didedahkan kepada simbol, petua dan rumus dimana murid dikehendaki menghafal semua rumus tersebut. Menurut (Peterson 1988; Nik Azis 1992; Amin 1993). Pendekatan sebegini tidak memberi sebarang makna kepada proses pembelajaran pelajar Sebaliknya, boleh mengakibatkan kesilapan konsep dalam kalangan pelajar. Setelah kajian ini dibuat, semua peserta kajian daripada guru baru dan berpengalaman telah mengenal pasti beberapa bentuk kesilapan konsep yang dialami oleh para pelajar mereka. Isi kandungan PPIK sebenarnya banyak menekankan kepada pengetahuan mengenai bagaimana hendak mengajar sesuatu topik dan menggalak kefahaman konsep dalam kalangan pelajar. Menurut Shulman (1986), guru yang faham tentang PPIK akan menyampaikan isi pelajarannya dengan menggunakan analogi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang efektif, di samping mengambil kira kesukaran dan kesilapan konsep yang dialami pelajar berkaitan dengan isi pelajaran tersebut. Guru yang faham tentang pengetahuan isi kandungan mata pelajaran akan mempengaruhi cara guru merancang dan mengajar mata pelajaran tersebut kerana proses pengajaran pembelajaran di bilik darjah adalah dipengaruhi oleh proses pemikiran guru, termasuk pengetahuan isi kandungan mata pelajarannya. Guru-guru baru dan berpengalaman biasanya mengulangi sesi pengajaran sehingga beberapa kali, sekiranya terdapat kumpulan pelajar yang masih tidak faham. Bagaimanapun, sesi pengajaran tambahan ini lebih berbentuk bimbingan menyelesaikan soalan latihan dengan menjadikan rumus sebagai alat utama. Pelajar dianggap telah faham dan menguasai sesuatu topik apabila mereka dapat menyelesaikan beberapa latihan yang disediakan oleh guru.

Guru matematik bertanggungjawab untuk memastikan pelajar faham sepenuhnya isi kandungan supaya mereka boleh menyelesaikan masalah dan soalan-soalan peperiksaan dengan baik dan mengelak daripada berlakunya kesilapan konsep. Aktiviti pengajaran haruslah dijalankan secara bermakna dengan memberi perhatian kepada gaya, masalah dan keperluan pelajar. Matematik akan dianggap sebagai satu subjek yang mudah dan menyeronokkan jika pelajar diberi peluang terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, sikap dan kreativiti mereka. Kejayaan guru di dalam bilik darjah bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pengetahuan pedagogi isi kandungan PPIK merupakan keperluan utama bagi seorang pendidik. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada sejauh mana tahap PPIK yang dikuasai oleh seseorang guru. Pengalaman serta amalan refleksi terhadap setiap tingkah laku pengajaran dapat mengembangkan PPIK, di samping memantapkan pemikiran guru dan pengalaman mereka terhadap masalah dan keperluan pelajar. Kefahaman tentang PPIK seharusnya bermula dari awal program latihan perguruan. Ini kerana kekurangan dan kelemahan dalam sistem pendidikan guru akan menyebabkan guru-guru baru tidak mempunyai persediaan untuk memulakan tugas sebagai seorang pendidik.