Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI UTOHBILL BIN KAWASA 720728-12-5857 PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER 6 Pertama dan selamanya, syukur kepada tuhan kerana

dengan izin dan limpah kurnianya ,saya dan rakan kelas Pendidikan Jasmani Semester 6 2013 dapat melaksanakan satu projek wajib bagi semester ini iaitu PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian. Sedikit sebanyak berkenaan subjek ini, ia merupakan satu subjek yang bukan biasa macam sebelum ini. Ia merupakan subjek khas yang mana kami sebagai bakal guru pendidikan jasmani bukan sahaja didedahkan dengan pengajaran murid biasa tetapi juga murid istimewa. Sehubungan itu juga, saya sempat bertanyakan kepada sahabat dari opsyen Pendidikan Khas, mereka meyatakan bahawa mereka belajar nk mengajar semua subjek tapi bukan Pendidikan jasmani. Saya berasa terkejut mendengarnya kerana betapa pentingnya subjek PJ suaian ini kepada saya. Kemungkinan besar, potensi saya dan rakan PJ yang lain untuk mengajar di sekolah pendidikan khas dalah tinggi. Oleh itu, pada projek ini, saya dan rakan yang lain memanfaatkan sepenuhnya apa yang dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan kami bersedia dengan sebarang kemungkinan. Bagi program ini, persiapan awal telah dibuat. Penubuhan organisasi dan pembahagian tugas telah dibuat seawal mungkin. Saya mendapat tugas sebagai AJK Aktiviti . tempat projek dibuat ialah Sekolah Bandar Dua Tawau, Sabah. Dilaksanakan pada 14 April 2013. penulisan refleksi kali ini, saya membahagikan beberapa aspek iaitu kekuatan, kelemahan dan penambah baikan serta kesimpulan yang dapat dibuat setelah projek. Bersesuaian dengan penulisan refleksi di mana ia merupakan: Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999) Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini

membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik. KEKUATAN Sepanjang pelaksanaan projek yang dilakukan,secara peribadinya saya berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara kelebihan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan adalah penyampaian arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid. Kelebihan penyampaian arahan adalah dari segi kelantangan suara dan ulangan arahan. Masalah utama murid adalah sukar untukmemahami arahan dan fokus. Arahan yang telah diberikan adalah jelas, lantang dan berulangkali. Dengan pendekatan yang sedemikian, arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh murid. Secara peribadinya sememangnya agak meletihkan bagi saya untuk memberikan arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan yang berulang kali murid tidak dapat memahami arahan dan tidak akan fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapatbahawa pendekatan yang telah digunakan merupakan kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajan ini. Ia adalah normal bagi mengajar murid yang istimewa. Selain itu kekuatan lain ialah kepelbagaian aktiviti dan kreativiti permainan ang dibuat. Terdapat 4 aktiviti yang dilaksanakan iaitu Semakin jauh semakin saying, Ikatan Kasih , Bawa bola pimpong dalam sudu , dan Meleretbola dengan gelung.Aktiviti yang dirancang itu fleksibel di mana ia dapat dilaksanakan dengan baik. aktiviti yang dijalankan agak menyeronokan juga. Pendedahan kepada murid berkeperluan khas tidak menghalang kami untu melakukan yang terbaik, ini kerana walaupun mereka tidak sempurna, namun mereka diberi kelebihan dengan deria yang lain. Deria yang lain lebih peka dari manusia yang normal. Oleh itu, kami menjadi fasilitator untuk membantu mereka .namun untuk melakukan Kami hanya menjaga mereka dari keluar dari kawasan permainan.

KELEMAHAN Setiap perkara pasti ada kekurangan dan kelemahan disamping kekuatan. Apa yang dapat saya analisis, ketika sepanjang aktiviti, kelemahan yang ketara ialah pengurusan . pengurusan dari sebelum ,semasa dan selepas. Aktiviti yang dibuat baik, namun bagi murid yang berkeperluan khas memerlukan suasana yang riang semasa aktiviti yang dibuat . ini kerana, mereka memerlukan tumpuan pendengaran. Jika bising, bagaimana mereka mahu memberikan tumpuan. Aktiviti permainan agak ketinggalan dan tak sesuai untuk kanak kanak tersebut. PENAMBAHBAIKAN Apa yang perlu diubah dan diperbaiki yang pertamanya ialah berkaitan pengurusan . untuk program menjadi lancar, kita seharusnya merancang lebih awal dan menguruskan segalanya lebih awal. Backup plan perlu dibuat bagi mendatangi sebarang kemungkinan. Segalanya perlu di ambil tahu supaya projek tidak kelam kabut dan pihak yang lain seperti hotel, sekolah dapat bersedia. Seterusnya, sebagai seorang guru , seharusnya perlu banyak ilmu . untuk mendapatkan ilmu, guru perlu cari dengan pelbagaicara. Membaca dan bertanya adalah satu sesi menuntut ilmu. Jika kurang bertanya, kuranglah yang di dapatkan. Seperti permainan Goal ball,jika membuat pembacaan berkenaan permainan masalah penglihatan, pasti kami akan tahu permainan tersebut. Kesimpulannya, untuk aktiviti ini, da banyak yang perlu dipelajari. Tidak kurang juga banyak yang saya pelajari di sepanjang aktiviti ini. Oleh itu, apa yang dapt dimanfaatkan, akan dapat digunakan pada masa hadapan, dan apa yang kurang, perlu diperbaiki. Jika tiada kesalahan, maka tiadalah pemebelajaran. Sekian dan terima kasih. UTOHBILL BIN KAWASA 720728-12-5857

Anda mungkin juga menyukai