Anda di halaman 1dari 4

Faedah Menabung Pendahuluan: 1.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya rumah kerana tiangnya, berdirinya pokok kerana akarnya, tetapi berdirinya saya pada hari yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk "Faedah Menabung". 2. Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segalagalanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Isi-isi: 1. Satu daripada kebaikannya ialah kita akan mempunyai wang simpanan untuk masa depan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. 2. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros. 3. Membuat simpanan juga dapat membentuk disiplin dan akhlak seseorang. Sekiranya seseorang belajar berdisiplin menabung sebahagian (misalnya, 10%) daripada setiap ringgit yang diterimanya, sudah tentu dia juga berdisiplin menguruskan masanya, dan memilih kawan yang baik sahaja. Seterusnya dia dapat menjauhkan diri daripada gejala sosial. 4. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan.Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna. 5. Amalan menabung ini turut dapat membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.Ketika negara mengalami kegawatan ekonomi yang teruk,hanya mereka yang bersikap menabung sahaja dapat memboloskan diri daripada masalah tersebut.Amalan menabung ini seharusnya dijadikan amalan hidup dan sentiasa menabung tanpa hadnya. 6. Seterusnya, wang yang kita tabung akan dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran di universiti pada masa depan. Hal ini demikian kerana kita memerlukan wang yang banyak ketika belajar di universiti. 7. Menabung akan meningkatkan ekonomi keluarga dan negara. Penutup: Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya.

Akhlak Mulia Keluarga Bahagia Pendahuluan: 1. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya rumah kerana tiangnya, berdirinya pokok kerana akarnya, tetapi berdirinya saya pada hari yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk "Akhlak Mulia Keluarga Bahagia 2. Bagaimana kita membina dan mewujudkan rumahtangga yang harmoni, penuh kasih saying, mawaddah wa rahmah, wujud persefahaman dan bahagia dunia akhirat? Beberapa kaedah mustahak perlu diketahui bersama, kaifiat dan nilai itu berasas pada sumber nilai yang benar, iaitu Al-Islam. Nilai dan ajaran ini perlu digalakkan, kerana ia memang merupakan panduan bagi sesiapa yang mahukan kebahagiaan Isi-isi: 1. Sebuah rumah tangga yang bahagia penghuninya adalah mereka yang menjadikan ajaran agama sebagai tunjang kehidupan. Penghayatan terhadap ajaran Islam harus menjadi agenda penting dalam kehidupan harian sebuah keluarga.. 2. Setiap ahli keluarga itu saling menghormati antara satu sama lain. Anak-anak pula diwajibkan menghormati ibu bapa dan ibu bapa pula hendaklah menyayangi anak-anak. 3. Perbelanjaan sara hidup juga patut berjalan dalam suasana berhemah tinggi, sederhana dan tidak boros, walaupun berkemampuan. Jangan bernafsu besar mengejar kemewahan dunia yang hanyalah fatamorgana serta nisbi. Hiduplah dengan pola hidup sederhana dan tidak berlebihan. Jangan mempamerkan kekayaan, lebih-lebih lagi di mata orang miskin. 4. Sentiasa memohon keampunan kepada Allah atas segala kelakuan yang tersalah laku, terlanjur, baik pada waktu senang mahupun susah. 5. Rumah tangga bahagia selalu terdengar oleh bacaan ayat suci al-Quran. 6. Jika mempunyai kelemahan, kekurangan, kesalahan dan kesilapan tidak dibiarkan berpanjangan. Masing-masing sedia memberi kemaafan, bersedia bertaubat dan berani mengaku segala kesalahan yang dilakukan. 7. Penghuninya mempunyai budi pekerti luhur, akhlak mulia, saling menghargai, sayang menyayangi, bercakap dengan bahasa yang sopan, lemah lembut, tiada curiga mencurigai, saling memerlukan dan lengkap melengkapi. 8. Memiliki perasaan halus, lembut dan harmoni dalam kehidupan rumah tangga. Perkara ini perlu berjalan atas landasan saling bertolak ansur, tiada kekerasan dilakukan. 9. Selaku orang tua (ibubapa) harus berusaha memahami dan menghayati akhlak dalam Islam iaitu akhlakul karimah (akhlak mulia) baik dalam hubungan dengan Allah (al-Khaliq) atau hubungan sesama manusia, meliputi diri peribadi, keluarga, jiran dan masyarakat. Kesemua itu dapat kita kaji dan pelajari dari ilmu tasauf (akhlak), yang sesuai dan berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. 10. Ucapkanlah salam dalam setiap keluar dan masuk rumah. Berkatalah dan berbual dengan ucapan yang taiyibbah (baik), kerana itu merupakan contoh dan ikhtibar bagi anak. Hindari pertengkaran antara suami isteri di hadapan anak-anak, kerana ia akan mempengaruhi jiwa. Penutup: Kesimpulannya, membangunkan rumahtangga yang baik dan harmoni mestilah berdasarkan iman kepada Allah dan bertunjangkan kepada ajaran Islam yang sebenar. Iman adalah asas dalam kehidupan dan kekuatan dalam menegakkan azam. Akhlak yang mulia akan terbina dalam keluarga yang solat berjemaah, ke masjid atau ke surau. Akhirnya akan lahirlah insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang sebagai pewaris tanah air kita.Insyaallah

Faedah Menabung Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya rumah kerana tiangnya, berdirinya pokok kerana akarnya, tetapi berdirinya saya pada hari yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk "Faedah Menabung".

Para hadirin sekalian, Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, akan saya ceritakan dahulu tentang definisi menabung.Menabung ialah simpanan wang secara sedikit-sedikit untuk kegunaan di masa hadapan. Ia boleh diaplikasikan di mana-mana sahaja samada di rumah, di bank mahupun di pejabat pos. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya contohnya cinta dan kasih sayang.Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Sekarang, akan saya ceritakan pula tentang faedah-faedah menabung. Pertama, dengan menabung kita akan mempunyai wang simpanan untuk masa depan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang kita tabung akan dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran di universiti pada masa depan. Hal ini demikian kerana kita memerlukan wang yang banyak ketika belajar di universiti. Membuat simpanan juga dapat membentuk disiplin dan akhlak seseorang. Sekiranya seseorang belajar berdisiplin menabung, sudah tentu dia juga berdisiplin menguruskan masanya, dan memilih kawan yang baik. Seterusnya dia dapat menjauhkan diri daripada gejala sosial. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada gejala yang tidak sihat. Tuan-tuan dan puan-puan, Baki wang saku yang diberi oleh ibubapa boleh dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan.Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna. Di samping itu, amalan menabung ini turut dapat membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara di kala negara mengalami kegawatan. Amalan menabung ini seharusnya dijadikan amalan hidup dan sentiasa menabung tanpa hadnya. Secara tidak langsung menabung akan dapat meningkatkan ekonomi keluarga. Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya. Sekian, terima kasih

Akhlak Mulia Keluarga Bahagia Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya rumah kerana tiangnya, berdirinya pokok kerana akarnya, tetapi berdirinya saya pada hari yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk "Akhlak Mulia Keluarga Bahagia Para hadirin sekalian, Bagaimana kita membina dan mewujudkan rumahtangga yang harmoni, penuh kasih saying, mawaddah wa rahmah, wujud persefahaman dan bahagia dunia akhirat? Beberapa kaedah mustahak perlu diketahui bersama. Kaifiat dan nilai itu berasas pada sumber nilai yang benar, iaitu Al-Islam Bagi membentuk keluarga yang bahagia, sesebuah rumah tangga yang bahagia penghuninya adalah mereka yang menjadikan ajaran agama sebagai tunjang kehidupan. Penghayatan terhadap ajaran Islam harus menjadi agenda penting dalam kehidupan harian sebuah keluarga. Selaku orang tua (ibubapa) harus berusaha memahami dan menghayati akhlak dalam Islam iaitu akhlakul karimah baik dalam hubungan dengan Allah atau hubungan sesama manusia, meliputi diri peribadi, keluarga, jiran dan masyarakat. Kesemua itu dapat kita kaji dan pelajari dari ilmu tasauf, yang sesuai dan berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Setiap ahli keluarga itu mesti saling menghormati antara satu sama lain. Anak-anak pula diwajibkan menghormati ibu bapa dan ibu bapa pula hendaklah menyayangi anak-anak. Jika mempunyai kelemahan, kekurangan, kesalahan dan kesilapan tidak dibiarkan berpanjangan. Masing-masing sedia memberi kemaafan, bersedia bertaubat dan berani mengaku segala kesalahan yang dilakukan. Di samping itu, rumah tangga bahagia selalu terdengar oleh bacaan ayat suci al-Quran dan sentiasa memohon keampunan kepada Allah atas segala kelakuan yang tersalah laku, baik pada waktu senang mahupun susah. Sentiasa mengucapkan salam setiap kali keluar dan masuk rumah. Berkatalah dan berbual dengan ucapan yang taiyibbah (baik), kerana itu merupakan contoh dan ikhtibar bagi anak. Hindari pertengkaran antara suami isteri di hadapan anak-anak, kerana ia akan mempengaruhi jiwa. Tuan-tuan dan puan-puan, Perbelanjaan sara hidup juga patut berjalan dalam suasana berhemah tinggi, sederhana dan tidak boros, walaupun berkemampuan. Jangan bernafsu besar mengejar kemewahan dunia yang hanyalah fatamorgana serta nisbi. Hiduplah dengan pola hidup sederhana dan tidak berlebihan. Jangan mempamerkan kekayaan, lebih-lebih lagi di mata orang miskin Kesimpulannya, membangunkan rumahtangga yang baik dan harmoni mestilah berdasarkan iman kepada Allah dan bertunjangkan kepada ajaran Islam yang sebenar. Iman adalah asas dalam kehidupan dan kekuatan dalam menegakkan azam. Akhlak yang mulia akan terbina dalam keluarga yang solat berjemaah, ke masjid atau ke surau. Akhirnya akan lahirlah insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang sebagai pewaris tanah air kita.InsyaallahSEKIAN,TERIMA KASIH.