Anda di halaman 1dari 17

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Panduan Model Tuntas UPSR

Bahagian B

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan

KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali

MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

FORMAT ITEM / SOALAN

Item menulis karangan terbahagi kepada dua format iaitu {format umum / format khusus}. KUNCI ITEM / SOALAN Arahan item merujuk kepada idea yang mesti ditulis berdasarkan peristiwa semasa atau isi karangan yang {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku / terkecuali}. Terkecuali pula tidak merujuk mana-mana kata bantu {akan / sedang / telah} semasa murid memperluas ayat atau merangaki ayat melalui {Teknik I. C. I.}. MEMPERLUAS AYAT {I. C. I} Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk kepada {idea / contoh / impak}. Jika memperluas ayat bagi mana-mana format karangan sesuai dengan {Teknik I. C. I.}, tandakan () dalam petak yang berkenaan seperti di atas. KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 idea pendahuluan contoh idea pendahuluan impak idea pendahuluan idea isi pertama contoh kepada isi pertama impak kepada isi pertama idea isi kedua contoh kepada isi kedua impak kepada isi kedua idea isi ketiga contoh kepada isi ketiga impak kepada isi ketiga idea isi keempat contoh kepada isi keempat impak kepada isi keempat idea penutup contoh kepada idea penutup impak kepada idea penutup

Penutup

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Autobiografi

Andaikan bahawa kamu sepasang kasut sukan, iaitu kasut bola sepak. Tuliskan perjalanan hidup yang telah kamu lalui.

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan

KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali

MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 dilahirkan di kilang kasut dibuat daripada kulit setia bekerja dengan lasak diperiksa dan diluluskan dimasukkan ke dalam kotak menjadi tarikan pembeli dibawa ke sebuah gedung dipamerkan di dalam almari menarik hati pembeli didatangi oleh seorang pemuda tertarik kepada aku bersetuju membeli aku tuan aku, pemian bola sepak Sarawak sebagai penyerang bekerja keras & lasak kemampuan terbatas mengalami kecederaan teruk berakhirlah riwayat hidup

Penutup

Aku Sepasang Kasut Bola Sepak Aku sepasang kasut bola sepak, namaku Puma. Aku diperbuat daripada kulit yang berkualiti tinggi. Oleh sebab itu aku sedia berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lasak dan ganas. Setelah siap dan diperiksa dengan teliti, aku menerima sijil kelulusan untuk dipasarkan. Aku dimasukkan ke dalam kotak yang cantik dan menarik warnanya. Hal ini demikian aku menjadi tarikan para pengemar kasut bola. Aku dan puluhan kawakku yang lain dibawa ke sebuah gedung sukan di ibu kota. Kami dipamerkan di dalam almari kaca dengan rakan-rakan lain yang datangnya dari seluruh dunia. Aku terpaksa bersaing untuk mengoda dan menawan hati pembeli. Pada suatu petang, seorang pemuda tampan datang ke gedung sukan tempat aku dipamerkan. Dia tertarik kepada bentuk badanku dan harga yang ditawarkan. Akhirnya, pemuda itu bersetuju untuk membeli dan memiliki aku. Tuan baruku itu seorang pemain bola sepak bagi negeri Sarawak. Aku menjadi teman setianya sebagai penyerang utama pasukan tersebut. Aku sentiasa berkerja keras dan beraksi lasak setiap kali pertemuan dengan pasukan lain. Akhirnya, tubuhku sudah tidak mampu berhadapan dengan aktiviti lasak dan tugas berat yang perlu aku sempurnakan. Aku mengalami kecederaan yang teruk di bahagian badanku. Aku berasa sedih kerana tugasku telah diambil alih oleh rakanku yang lain, berakhirlah tugasku di padang bola sepak.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Cerita

Aktiviti gotong-royong telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu terlibat menjayakan aktiviti tersebut . Tuliskan cerita tentang aktiviti gotong-royong yang telah kamu lalui itu.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 menyertai aktiviti gotong-royong sempena Hari Pekerja diketui, ketua kampung berkumpul di balai raya membawa peralatan menjayakan aktiviti gotong-royong diagihkan, kumpulan kecil kawasan yang dibersihkan pembersihan teratur kaum ibu sibuk memasak menyediakan pelbagai juadah bekerja, bersatu hati pembersihan selesai berkumpul semula di balai raya terjalin suasana muhibah aktiviti kemasyarakatan penerapan nilai murni memperkasa semangat kejiranan

Penutup

Aktiviti Gotong-royong di Tempat Saya Saya, bapa saya, dan kira-kira tiga puluh orang penduduk kampung telah menyertai aktiviti gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini. Gotong-royong ini dirancang oleh ketua kampung kami. Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah berkumpul di luar balai raya. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis. Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut. Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit, dan balai raya. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Pada masa yang sama, kaum ibu dan wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini. Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugaspetugas telah berkumpul semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara semua yang telibat menjayakan gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang mampu menjalin ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan di kalangan penduduk dapat diperkasakan.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Menyambungkan Cerita

Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ... Mulakan karangan kamu dengan Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan

KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali

MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 taman permainan di tempat saya bersih dan cantik pengguna bertanggungjawab selalu berkunjung ke taman permainan lokasinya sesuai sibuk pada hari minggu pelbagai alat permainan contoh alat permainan ada kalanya, main bola sepak peluang berkenalan kawan berbilang kaum menjalin perhubungan, perpaduan senja, suasana beransur sepi melangkah pulang ke rumah pasti berkunjung lagi tempat perjumpaan tidak rasmi aktiviti sukan, riadah menjana semangat kejiranan

Penutup

Taman Permainan Tempat Pertemuan Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap orang ramai yang menggunakan alat permainan dengan bertanggungjawab dan berdisiplin. Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh sebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini menjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu. Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur, jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada kalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran. Semasa bermain di taman ini, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa. Sehubungan dengan itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra. Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan ini beransur sepi. Saya dan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan, kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi. Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampu sedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Mengakhiri Cerita

... Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya. Akhiri karangan kamu dengan Itulah nasihat mereka kepada saya.

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan

KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali

MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 rehat di kantin bersama kawan sibuk, murid berpusu-pusu membeli makanan sedang makan, nampak murid menangis berhenti makan menghampiri murid itu sedia membantunya nasi yang dibelinya terjatuh tiada wang lagi untuk berbelanja mempunyai wang lebih membelikan nasi lemak lain pujuk, berhenti menangis memberi nasihat berhati-hati semasa membeli makanan ucap terima kasih menolong orang pesanan ibu bapa dan guru itulah nasihat mereka kepada saya

Penutup

Prihatin Menghulurkan Bantuan Pada waktu rehat, saya bersama rakan-rakan saya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk membeli makanan. Ketika saya dan rakan-rakan saya sedang makan, saya ternampak seorang murid lelaki menangis teresak-esak. Saya terus berhenti makan. Saya menghampiri murid tersebut untuk mendapatkan kepastian. Saya menyatakan hasrat untuk membantunya. Murid tersebut memberitahu saya bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, dia tidak mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Kebetulan saya mempunyai wang pada hari itu, saya meminta seorang rakan saya membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Saya memujuknya supaya bersabar dan berhenti menangis. Sebelum beredar dari tempat itu, saya sempat menasihati murid tersebut. Saya mengingatkannya supaya berhati-hati semasa membeli makanan. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya atas pertolongan yang telah diberikan. Sebagai seorang murid yang lebih tua, saya berkewajipan menolongnya. Saya masih ingat pesan ibu bapa dan guru-guru saya. Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Fakta

Setiap tahun semua sekolah dimestikan mengadakan kejohonan sukan tahunan olahraga. Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai aktiviti tersebut.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 pesta sukan tahunan hari sukan diadakan aktiviti kegemaran murid-murid bersukan, badan sihat mengeluarkan peluh memperoleh ketenangan menambah kenalan penglibatan dalam sukan memupuk perpaduan kaum menaikkan nama sekolah apabila menang pertandingan usaha berterusan memanfaatkan masa tidak bebas bergaul terhindar daripada gejala negatif aktiviti yang berfaedah mempelbagaikan aktiviti positif merebut peluang

Penutup

Faedah-faedah Bersukan Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan pesta sukan. Pesta sukan biasanya diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang ibu bapa hadir. Aktiviti tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid. Menerusi penyertaan dalam acara sukan, badan kita akan sihat. Hal ini demikian kerana apabila kita berlari badan kita akan berpeluh. Kesannya kita akan memperoleh ketenangan dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran. Aktiviti sukan juga boleh menambahkan rakan atau kenalan. Sebagai contoh, penglibatan oleh pelbagai kaum dalam acara sukan yang dipertandingkan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Penyertaan dalam acara sukan dapat menaikkan nama baik sekolah. Hal ini demikian apabila kita terpilih mewakili sekolah dan menjadi juara, nama sekolah kita akan harum. Justeru, apabila kita sudah dewasa, kita berusaha untuk mengharumkan nama negara pula. Penyertaan dalam acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita. Jika tidak bersukan, mungkin kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang menyebabkan kita menjadi kacang hantu dan muka tembok. Kesannya, diri kita bebas daripada gejala yang tidak sihat, sekali gus kita tidak berfikiran negatif bagai katak di bawah tempurung. Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu disertai oleh setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Perbincangan

Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan faedah-faeadah yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 kegiatan penting seharian bersukan, badan sihat badan lemah, berpenyakit beraneka jenis sukan olahraga, renang, bola sepak anggota tubuh cergas, kuat zaman saiber, pelbagai kemudahan malas bersukan mudarat, badan lemah bersukan, sifat mulia sifat sabar, kerjasama harmoni, eratkan perpaduan kaum terhindar, gejala sosial mencuri, melepak, ketagih dadah merosakkan diri remaja bersukan sebagai aktiviti harian memperoleh keharmonian hidup sihat, cerdas

Penutup

Faedah-faedah Aktiviti Bersukan Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan mudah dihinggapi penyakit. Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan. Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia. Kemudahan ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Sikap ini akan memudaratkan diri kita. Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit. Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita. Bersukan dapat membentuk sikap mulia seseorang insan. Bersukan juga dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti mencuri, melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya muda-mudi. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita. Dengan bersukan, kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan yang sihat lahirlah otak yang cerdas.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Peribahasa

Tuliskan sebuah karangan yang menghuraikan peribahasa Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 peribahasa, bahasa indah menyuntik nasihat, sindiran selit unsur pengajaran peribahasa dicipta, maksudnya keterangan peribahasa huraian peribahasa contoh, orang malas main, menonton televisyen tidak boleh menjawab soalan gagal peperiksaan berasa malu pada kawan-kawan sesalan tiada gunanya benar kata peribahasa berhati-hati melakukan sesuatu terlanjur bawa padah bijak membuat perbandingan otak untuk berfikir maju selangkah ke hadapan

Penutup

Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk menyuntik nasihat, membimbing, kiasan atau menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik. Antara beribu-ribu peribahasa yang dicipta ialah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Peribahasa ini membawa maksud jika kita mahu melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya. Keputusan yang dibuat dapat mengelakkan kita daripada menyesal kemudian hari. Sebagai contoh, Manan sangat malas belajar, semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap hari, dia asyik bermain permainan video dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan dan tidak tahu jawapan yang tepat. Manan gagal dalam peperiksaan. Dia berasa malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi sudah menjadi bubur. Manan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Benarlah kata peribahasa Melayu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kita mesti berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya. Kesimpulannya, peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu bijak membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia. Gunaklah otak untuk berfikir. Sejenak berfikir, selangkah ke hadapan, setingkat pengetahuan.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.
KERANGKA IDEA Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 format surat kiriman tak rasmi alamat lengkap pengirim tarikh dan tandatangan pembuka kata, kata alu-aluan mendoakan kesejahteraan kawan cerita diri sendiri kejayaan, ucapan tahniah johan peraduan mengarang terbaca dalam akhbar menjangka kemenangan membaca esei, majalah Kuntum unsur humor, saspens kagum dengan hasil penulisan bergenang air mata watak sedih, menyayat hati mendoakan kejayaan terus bergiat dalam penulisan berkirim salam buat keluarga

Penutup

Menyampaikan Ucapan Tahniah No. 5, Jalan Budi 1, 25/21A, Taman Sri Muda, 46000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 19 Mei 2008. Menemui sahabatku Hani Mazwin yang diingati selalu, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat-sihat sahaja. Saudari, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang saudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah membaca esei saudari dalam majalah Kuntum. Esei itu amat menarik dan jalan ceritanya juga ada diselitkan babak humor dan saspens. Saya kagum akan hasil karya penulisan saudari yang bertajuk Tekal Menempuh Hidup. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang sedih dan menyayat hati. Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam bidang penulisan ini. Saya berazam untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti. Sekian sahaja buat kali ini. Salam mesra daripada saya buat saudari sekeluarga. Sahabatmu yang ikhlas,

Nurliyana Husna

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

10

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Surat Kiriman Rasmi

Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut.
KERANGKA IDEA Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh tandatangan nama, dan jawatan kata panggilan rasmi perkara, tajuk surat tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat mewakili kelas Enam Bestari mengemukakan aduan rosak lampu, kipas angin lampu rosak, sukar belajar kipas angin tidak berfungsi tumpuan belajar terganggu ganggu tumpuan belajar mengharapkan tindakan sewajarnya kesulitan berakhir kerjasama, perhatian ucapan terima kasih ungkapan bertatasusila, akhiri surat

Aduan Kerosakan Lampu dan Kipas Angin Ketua kelas, Tahun Enam Bestari, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Tuan, ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu aduan. Aduan saya ialah tentang kerosakan lampu dan kipas angin di kelas kami. 3. Untuk pengatahuan tuan, kerosakan ini berlaku sejak awal tahun. Lampu yang rosak juga menyukarkan kami belajar ketika cuaca mendung. Kipas angin yang tidak berfungsi pula menyebabkan keadaan kelas kurang selesa. 4. Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar. Saya mengharapkan agak pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Semoga kesulitan yang kami alami, akan segera berakhir. Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan. Saya yang benar,

24 Mac 2008.

Rizalman

(RIZALMAN BIN KHUSAIRI) Ketua kelas, Tahun Enam Bestari.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

11

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Diari / Catatan

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 hari, tarikh, masa, dan tempat rakaman peristiwa catatan, nyatakan dengan jelas 8.00 pagi, ucapan Guru Besar membaca perutusan khas perutusan Hari Guru 8.45 pagi, sukaneka bermula acara yang dijalankan perlawanan bola baling 9.45 pagi, persembahan Hari Guru persembahan nasyid pementasan drama 11.00 pagi, rehat, jamuan pelbagai kuih dihidangkan sungguh menyelerakan 11.45 pagi, penyampaian hadiah akhiri sambutan YDP PIBG sampaikan hadiah

Penutup

Catatan Sambutan Hari Guru RABU, 16 MEI 2007 7.45 pagi Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2007. Keadaan cuaca cerah pada hari itu. Semua guru dan murid-murid tampak ceria. 8.00 pagi Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Norlian membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Choo Saw Wan pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 8.45 pagi Sukaneka dimulakan dengan acara rebut kerusi. Seterusnya acara lari bawa lilin dan isi air dalam botol. Perlawanan bola baling juga diadakan antara murid dengan guru. 9.45 pagi Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah muridmurid tahun tiga menyanyikan lagu nasyid dalam bahasa Arab. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan drama pendek yang berjudul Guru Kampung. 11.00 pagi Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersamasama guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami. 11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ariffin bin Mat Rawi.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

12

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Berita

Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 tempat peristiwa, tarikh tajuk berita yang ditulis mesti dinyatakan, tepat dan jelas banyak syarikat buku terlibat pameran seminggu pelbagai jenis buku dipamerkan objektif pameran memupuk minat membaca merealisasikan Progam NILAM pertandingan bercerita, melukis terbahagi dua kategori tahap satu, tahap dua pertandingan melukis hadiah wang tunai, alat tulis sumbangan syarikat buku potongan harga istimewa suasana meriah mendapat sambutan menggalakkan

Penutup

Berita Pameran Buku KOTA BHARU, 2 Disember Pameran buku telah diadakan pada 1 Disember 2007 bertempat di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pameran ini telah dirasmikan oleh Doktor Ahmad Zaidi bin Kamarulzaman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak syarikat buku dan kedai buku menyertai pameran ini. Pameran yang diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis buku cerita, buku rujukan, kamus, dan majalah dipamerkan. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat membaca dalam kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, pameran ini merupakan satu daripada langkah untuk merealisasikan Program NILAM di sekolah. Sempena pameran buku ini, pertandingan bercerita dan melukis juga turut diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu manakala satu kategori lagi untuk murid-murid tahap dua. Semua peralatan dan kelengkapan bagi pertandingan bercerita dan peraduan melukis disediakan bagi oleh pihak penganjur. Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka. Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga istimewa sehingga 50% daripada harga asal. Suasana pameran sungguh meriah. Pameran buku yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Semua pihak berpuas hati dengan pengurusan pameran buku kali ini.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

13

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Laporan Aktiviti

Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.
KERANGKA IDEA Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup tajuk laporan anda tandatangan, nama, jawatan, tarikh perkhemahan pengakap tempat perkhemahan jangka masa perkhemahan waktu bermula, waktu berakhir penerangan, ketua patrol mendirikan khemah menyediakan alatan memasak makan tengah hari rehat selama dua jam mencuci pakaian dan mandi-manda malam, motivasi minda penceramah, tuan imam Sihat Jasmani, Ceria Rohani perkhemahan berakhir kemas barang, alatan perkhemahan bergerak pulang

Laporan Perkhemahan Pengakap LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KANDI DURIAN TUNGGAL, MELAKA Pada hari Jumaat, 25 Mei 2008 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Kandi, Durian Tunggal, Melaka telah mengadakan perkhemahan pengakap di Hutan Lipur Ayer Keruh, Melaka. Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di samping itu, ada anggota pengakap yang menyediakan peralatan untuk memasak. Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah dan berehat selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di kawasan air terjun, Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Bandar Melaka. Ceramahnya bertajuk Sihat Jasmani, Ceria Rohani. Ceramah ini tamat pada pukul 11.30 malam. Ahad, 27 Mei 2008, berakhirlah perkhemahan kami di Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada pukul 2.30 petang, kami diarahkan supaya mengemas barang dan alat-alat perkhemahan. Pada pukul 3.00 petang, kami bergerak pulang dengan menaiki bas sekolah. Laporan disediakan oleh, 10 Jun 2008.

Ahmad Hakimi
(AHMAD HAKIKI BIN AHMAD DAHALAN) Setiausaha Pertubuhan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Seri Kandi.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

14

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

DIALOG / TEMU RAMAH / WAWANCARA

Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu di hospital dan kamu ingin mengetahui tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup

bentuk penulisan dialog kata sapaan yang sesuai bertanya khabar, terima kasih waktu kemalangan berlaku selepas aktiviti kokurikulum tempat berlaku tragedi ketika perjalanan pulang dilanggar kereta dari belakang tercampak di jalan raya kaki kanan patah tempurung lutut kiri retak hampir seluruh badan luka, calar-balar pengsan, dihantar ke hospital oleh pemuda yang melanggar bantuan sebuah van mendoakan, cepat sembuh ucapan terima kasih berjanji, berkunjung semula

Dialog dengan Rakan di Hospital Saya mengunjungi sahabat saya, Nordin yang sedang terlantar di hospital. Nordin terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ikuti perbualan saya dengan rakan saya itu. Rahim Nordin Rahim Nordin : : : : Apa khabar, Nordin? Khabar baik. Terima kasih kerana sudi melawat saya di sini. Boleh saya tahu. Bila dan di mana kemalangan itu berlaku? Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan kawan-kawan baru selesai menjalani kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di simpang tiga, berhampiran Warung Nasi Lemak Along. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku? Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam perjalanan hendak pulang ke rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar basikal saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya putus dua. Apakah kecederaan yang awak alami? Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir seluruh badan saya mengalami luka dan calar-balar. Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang menghantar awak ke hospital? Ketika itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan bantuan sebuah van yang lalu ketika itu. Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah. Terima kasih, Rahim. Jika kamu ada masa lapang sudilah lagi menjenguk saya di sini. Kirim salam saya pada kawan-kawan. Sama-sama. Baiklah, saya akan datang lagi bersama kawan-kawan yang lain.

Rahim Nordin

: :

Rahim Nordin Rahim Nordin

: : : :

Rahim Nordin Rahim

: : :

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

15

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Ucapan / Ceramah

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah. Sebagai ketua pengawas sekolah, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 kata alu-aluan, penghormatan terima kasih, menyatakan tajuk mengakhiri ucapan nyatakan tujuan sambutan bimbingan, pendidikan diberi perhatian ibu bapa, guru beruntung, dapat perhatian usaha perlu diteruskan acuan generasi akan datang nasib kanak-kanak lain kurang mendapat perhatian kesihatan, akibat peperangan umpama kain putih ibu bapa, guru mencorakkannya menjadi insan yang berguna ucapan Selamat Hari Kanak-kanak mengharapkan ceria, bahagia terima kasih

Penutup

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berucap sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini. Kita semua sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan Hari Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memastikan segala asuhan, bimbingan, dan pendidikan diberi perhatian sewajarnya oleh pihakpihak yang bertanggungjawab khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita amat beruntung kerana mendapat perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, pelbagai usaha perlu diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa yang kita kecapi sekarang ini. Kanak-kanak hari ini merupakan acuan generasi akan datang. Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupa akan rakan-rakan yang kurang bernasib baik dari negara lain. Mereka tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan. Kami umpama kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan kami dengan didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi manusia yang berguna. Insan yang dapat menyumbang serta berbakti kepada agama, bangsa, dan negara. Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, terimalah ucapan Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia. Semoga kita lebih ceria dan bahagia di bawah lembayung kasih sayang ibu bapa dan asuhan guru-guru yang dedikasi. Sekian, terima kasih.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

16

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Syarahan

Kamu terpilih mewakili sekolah kamu dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang telah ditetapkan semasa pertandingan itu ialah Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar. Sediakan teks syarahan kamu itu selengkapnya.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 kata alu-aluan, bertatasusila beri salam, ucap selamat penegasan tajuk syarahan banyak tempat menarik pantai, tanah tinggi berkunjung ke tempat bersejarah lawatan sambil belajar menambah ilmu pengetahuan melihat secara dekat lawatan, memberi ketenangan minda berehat di pulau memberi nafas baru memanfaatkan masa terhindar daripada gejala sosial berfikiran sihat, matang ulasan, faedah lawatan jauh berjalan, luas pengalaman Cuti-cuti Malaysia

Penutup

Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guruguru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang nyaman ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar. Kita amat beruntung kerana negara kita banyak tempat yang boleh dilawati. Kita boleh ke kawasan peranginan di puncak gunung, bersantai di tepi pantai, dan beriadah di kawasan air terjun. Kita juga boleh berkunjung ke tempat bersejarah. Mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama keluarga ataupun rakan boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika ke negeri Melaka, kita akan dapat melihat kesan bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bangunan Stadhuys. Aktiviti makan angin boleh memberi ketenangan minda setelah penat belajar. Sebagai contoh, jika kita berpeluang menyaksikan keindahan Pulau Langkawi, hati akan berasa terhibur. Perasaan kita juga akan menjadi tenang. Emosi yang tenang dapat memudahkan kita mengulang kaji semula pelajaran dengan lebih berkesan. Mengikuti sesi lawatan sambil belajar bermakna kita telah menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika tidak turut serta, berkemungkinan juga kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, barangkali kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti melepak dan berpelesaran. Demikianlah serba sedikit faedah yang dapat diperoleh apabila mengikuti lawatan sambil belajar. Sesunggunya luas berjalan, luaslah pengalaman kita. Oleh itu, sertai Cuti-cuti Malaysia. Sekian, terima kasih.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

17

Bahagian B : Menulis Karangan

Model Tuntas UPSR

Perbahasan

Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang, kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup kata sapaan/aluan, beri salam sokong tajuk, penegasan tajuk ucap terima kasih Ibu bapa, tanggungjawab kepada anak sebagai model ikutan gambaran keluarga sekolah masa, peranan guru terhad beban tugas guru pelbagai kerenah murid berakhir waktu sekolah murid lebih lama di rumah ibu bapa perlu beri asuhan perhatian, pengawasan ibu bapa hindari merokok, berpeleseran masalah disiplin penutup hujah penegasan tajuk perbahasan fikir, laksanakanlah keputusan bijak

Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang yang saya hormati dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyokong tajuk perbahasan pada hari ini iaitu Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin. Ibu bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu menjejaki alam persekolahan, keluargalah menjadi idola mereka. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut. Murid-murid berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan peranan dan masa yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna. Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan pelbagai kerenah anak didik mereka. Setelah tamat waktu persekolahan, berakhirlah peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan berpeleseran. Jika ibu bapa gagal memainkan peranan tersebut dengan baik dan sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar dibendung. Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu bapalah yang dapat menentukan agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirkanlah dan laksanakanlah peranan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab. Sekian, terima kasih.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI