Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PJ PENGUKURAN PJM 3115.

PENDAHULUAN Program pensiswajahan guru bagi pengajian semester 6 yang menjalankan pengajian di IPG seluruh kampus pengajian di Malaysia akan diwajibkan menjalankan kajian tentang ujian pengukuran tanah rendah dan tanah tinggi. Dngan demikina maka kami seramai 52 orang talah menjalankan kajian tersebut bagi mengukur sendiri dan menjalankan kajian sendiri bagi merasai dan mengkaji sendiri kebaikan , kelebihan dan cara meningkatkan keupayaang dalam apa juga jenis permainan melalui bateri ujian yang dijalankan. ISI. Berikut adalah laporan perjalanan program ujian pengukuran tersebut yang telah dijalankan; Sebelum perlaksanaan; Pertama sekali kami telah menerima arahan dan gambaran tentang tugasan yang kami mesti lakukan bagi melengkapkan lagi program pengajian kami dalam pendidikan jasmani dan kesihatan yang kami ikuti di IPG kampus Tawau. Perkara ini kami dimaklumkan seawal sesi kuliah pertama dalam semester 6 ini, iaitu menerusi pensyarah pembimbing kami dalam kertas PJM 3115 Encik Ismail. Dengan hal demikan maka kami dalam unit Pendidikan jasmani tidak kira pelatih mahupun pensyarah khususnya yang terlibat telah manjalankan pengaturan demi melicinkan lagi perlaksanaan ini. Setelah melalui banyak rintangan dan kekangan sama ada melalui perbincangan demi perbincangan teguran demi teguran, penmbah baikkan dan kesepakatan diantara pihak pensyarah pembimbing dengan pelatih yang mengikuti program maka terhasillah kertas kerja seperta yang di sertakan dalam KKB ini. Hasil perancangan yang rapih itu maka kami telah bersetujuh untuk manjalankan program ini bertempat di Daerah Ranau Sabah iaitu Kompleks Sukan Ranau kerana tempat tersebut bersesuaian dengan program yang hendak kami jalankan. Pemilihan tempat tersebut amat dititik beratkan kerang ujian ini akan mengambil kira perbezaan dan menilai keupayaan serta mengkaji kesesuaian program ataupun latihan kecerdasan bagi mencapai serta meningkatkan keupayaan mana-mana atlet dalam apajuga jenis sukan yang hendak di ceburi. Dengan hal yang demikian maka kami telah berbincang dan mandapat kata sepakan dimana kami telah memilih 8 jenis bateri ujian untuk dijalankan semasa menjalankan program ini. Antara bateri ujian tersebut ialah Blep tast, jangkauan melunjur, RAST, bangkit tubi berberiasi, menjaring, lari ulang alek, serjan jump dan tekan tubi. Hasil daripada kesepakatan itu, perlaksanaan program itu telah ditetapkan dan akan dijalankan pada 23 hingga 25 Mac 2014 kerana terikh tersebut amat sesuai dan tidak melangar apaapa juga program yang dijalankan di IPG Kampus Tawau ketika itu. Ini adalah kerana demi mengelak daripada kekangan dan halangan dari mana-mana pihak samaada daripada pihak pentadbiran IPG, Pensyarah mahupun peserta PPG unit Pendidikan Jasmani semester 6 itu sendiri.

Semasa Perlaksanaan; Perlaksanaan program ini kami jalankan mengikut perancangan yeng telah ditetapkan. Dimana kami akan bertolak pada 23 Hari bulan Mac ke tempat program dengan menaiki kereta sendiri dan akan menginap di resaust Lohan Ranau. Malam pertama kami telah mengadakan taklimat bagi mendapatkan perkembangan semasa berhubung program yang dijalankan dan bagi melicinkan lagi perjalanan program. Hari pertama kami menjalankan 4 bateri ujian yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu 2 bateri ujian bagi sesi pagi manakalah 2 lagi bateri ujian sesi petang. Hasil daripada perbincangan yang telah ditetapkan dan atas nasihat daripada pensyarah pembimbing kami telah memili 2 bateri ujian yang awal kami lakukan ialah Blep Tast dan Jangkawan melunjur. Sebelum melakukan ujian tersebut kami telah manjalankan aktiviti pemanasan terlebih dahulu yang diketuai Encik Samri iaitu salah seorang peserta program. Selepas itu kami manjalankan ujian yang dikehandaki. Kedua-dua ujian itu kami jalankan berlandaskan proforma setiap bateri ujian dengan betul. Pada sesi kedua pula iaitu pada sebelah petang kami menjalankan 2 ujian lagi bateri ujian iaitu bangkit tubi berbariasi dan RAST. Seperti biasa sebelum menjalankan ujian kami akan menjalankan aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu. Selesai sesi ujian bagi hari pertama kami berehat di bilik penginapan masing masing dan akan menjalankan ujian yang lain lagi pada hari berikutnya. Manakalah hari kedua pula kami akan menjalankan bateri ujan yang belum lagi dijalankan. Seperti biasa kami jalankan mengikut prosedur perlaksanaa ujian yang telah ditetepkan dan seperti biasa juga sebelum kami menjalankan ujian kami kenalah menjalankan aktiviti pemanasan badan bagi mengelakkan kecederaan semasa menjalankan ujian tersebut. Aktiviti itu telah diketuaai oleh rakan kami sendiri iaitu Encik Hajim. Selesai sahaja menjalankan sesi ujian pada hari kedua tersebut iaitu lebih kurang pada jam 11; 30 minit pagi kami terus manjalankan aktiviti penutupan program bersama pihak pentadbiran kompleks sukan Ranau di bilik khas yang telah ditetapkan untuk sesi penutupan tersebut. Allhamdulillah kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah baik dan akhirnya selesailah kami manjalankan ujian tersebut dengan jayanya. Progrem kami tidak berakhir sampai di situ sahaja dimana kami balik semula ketempat masing-masing dan akan menjalankan bateri ujian yang sama, proforma yang sama dan jangka masa yang sama di IPG Kampus Tawau bagi Post Test pula. Ujian tersebut telah dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad bersaman tarikh 12 dan 13 April 2014. Demi mendapatkan kesahhan ujian seperti mana yang diberitahu oleh pensyarah pembimbing kami menjalankan dengan penuh berhati-hati dan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang diinginkan. Selepas perlaksanaan. Setelah kesemua bateri ujian dijalankan dan data perolehi kami akan membuat analisis data dan membuat kesimpulan yang akan dibentangkan mengikut bateri ujian masing-masing pada sesi kulias yang akan datang nanti. Kami dinasihatkan untuk menjalankan kajian serta analisis data sendiri dan berbincang sesame rakan tentang hasil keputusan yang kami perolehi dan menbuat persediaan bagi sesi pembentangan bagi hasil ujian tersebut.

PENUTUP; Hasil daripada kerjasama semua pihak yang terlibat maka kami dapatlah menjalankan ujian menganalisis data dan merancang pembentangan bagi menghabiskan sesi pengajian kami dalam kertas tersebut yang perlu kami selesaikan dan lakukan sendiri demi meningkatkan lagi pengetahuan dalam ilmu pendidikan jasmani.