Anda di halaman 1dari 15

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

PPG MOD PJJ INTERAKSI 1 6 JULAI 2013 (SABTU) PENSYARAH: ZAINAL BIN KASSAN

PRO FORMA KURSUS


NAMA KURSUS
KOD KURSUS KREDIT

MORFOLOGI BAHASA MELAYU


BMM3109 2(2+0)

JAM INTERAKSI
BAHASA PENGANTAR PRASYARAT SEMESTER

10 JAM
BAHASA MELAYU TIADA PERTAMA/KEDUA

PRO FORMA KURSUS


HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan kata bahasa Melayu termasuk pembentukan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan pembentukan kata baharu. 2. Membanding beza imbuhan dan bentuk perkataan bahasa Melayu. 3. Mengklasifikasi golongan kata; golongan kata kerja; jenis kata adjektif; dan kata tugas. 4. Mencerakinkan golongan kata dalam bahasa Melayu.
Kursus ini menjelaskan tentang proses pembentukan kata bahasa Melayu termasuk pembentukan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan pembentukan kata baharu, imbuhan dalam bahasa Melayu, bentuk perkataan bahasa Melayu; golongan kata; golongan kata kerja; jenis kata adjektif; dan kata tugas.

SINOPSIS

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Tajuk: 1 1. Imbuhan dalam Bahasa Melayu Awalan dan Akhiran Sisipan dan Apitan Morfem kosong dan Bentuk Fleksi 2. Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Akronim

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Tajuk: 2 1. Perkataan dan Bentuk Perkataan Bahasa Melayu Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda 2. Bentuk Perkataan Bahasa Melayu Golongan Kata Tunggal Golongan Kata Terbitan

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Tajuk 3: Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Tunggal Kata Terbitan

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


PENDAHULUAN Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


DEFINISI Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yangmengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selokbelok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Tajuk: 1 1. Imbuhan dalam Bahasa Melayu Awalan dan Akhiran >> Awalan imbuhan yang ditambah pada

bahagian hadapan kata dasar: ber- (ber- + jalan > berjalan), ter- (ter- + ambil > terambil), di- (di- + pukul > dipukul), men- (men- + jerit > menjerit), dsb.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


>> Akhiran imbuhan yang

ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar: -i (mula + -i > mulai), -kan (tunjuk + -kan > tunjukkan), -an (makan + -an > makanan), dsb.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Sisipan dan Apitan >> Sisipan imbuhan yang disisipkan pada kata dasar: -el ( tapak + -el > telapak), -er (sabut + -er > serabut), -em (gilang + -em > gemilang), -in (sambung + -in > sinambung), dsb.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

>> apitan: imbuhan pada bahagian hadapan dan belakang pada kata dasar: di- -kan (disampaikan), me- -kan (melarikan), pe- -an (pelarian), dsb.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Morfem kosong dan Bentuk Fleksi Morfem kosong tiada dalam bahasa Melayu.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


2. Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Akronim

Anda mungkin juga menyukai