Anda di halaman 1dari 23

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR

DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK


DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH










HABIBAH BINTI SUID










UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR
DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK
DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH





HABIBAH BINTI SUID





Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)





Fakulti pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA




OKTOBER 2004











" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)















ii






Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.

















iii




DEDIKASI




Khas buat emak dan abah yang di kasihi
Siti Esah bt Din,
Suid bin Ahmad,
Pengorbanan dan doamu sumber kejayaanku dalam mengharungi kehidupan.

Buat adindaku
Nurul huda,Nurul Syuhada, Mohd Zul Fahmi dan Mohd Hanif Amirul..
Jadikanlah kejayaanku ini sebagai satu hadiah
Untuk memajukan diri di alam persekolahan
Semoga kejayaan menanti kalian dan pastikan kalian memilikinya

Teristimewa buatmu Noorhafizan
Terima kasih atas sokongan dan semangat yang kau berikan.









iv




PENGHARGAAN




Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda ini
dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Profesor Dr. Sulaiman bin Yamin yang membimbing dan membantu saya dalam
menjalankan penyelidikan ini.


Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Guru besar yang terlibat
kerana telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan penyelidikan di sekolah-
sekolah mereka. Kepada guru- guru dan pelajar-pelajar yang telah memberi kerjasama ,
jutaan terima kasih diucapkan.


Akhir sekali, terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan penyelidikan ini.







v




ABSTRAK




Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenalpasti hubungkait antara empat
faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik di peringkat sekolah rendah.
Seramai 190 orang sampel telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar-pelajar
tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kedawang, Sekolah Kebangsaan Bayas dan Sekolah
Kebangsaan Nyior Chabang di daerah Pulau Langkawi. Instumen yang digunakan dalam
kajian ini merupakan set soal selidik yang mengemukakan item- item berkaitan dengan
faktor- faktor dalaman iaitu motivasi diri serta kesedaran pelajar terhadap kepentingan
mempelajari mata pelajaran matematik. Seterusnya dikemukakan juga item- item yang
berkaitan faktor luaran yang dianggap mempengaruhi pencapaian matematik pelajar, iaitu
faktor sikap ibu bapa/penjaga dan pendekatan guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
empat faktor tersebut merupakan faktor- faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran
matematik.










vi




ABSTRACT




The purpose of this research was to study the relationship among the four factors
that caused students weakness in mathematics at primary level. A sample of 190
standard six students of Sekolah Kebangsaan Kedawang, Sekolah Kebangsaan Bayas
and Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang in the District of Langkawi Island were selected
randomly. The instrument used in this study was a set of questionnaires based on the
items related with the internal factors such as the students self- motivation and awareness
of the importance of mathematics. The external factors that influence the students
achievement are the parents attitude and the teachers approach. The finding show that
the four factors were the factors identified which caused the students weakness in
mathematics.












vii




KANDUNGAN




BAB PERKARA MUKA SURAT


HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv




BAB I PENDAHULUAN 1


1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Skop Kajian 6
viii
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Sikap 8
1.8.2 Minat Pelajar 9
1.8.3 Penguasaan Matematik Asas 10
1.8.4 Motivasi Pelajar 10




BAB II SOROTAN KAJIAN 10


2.0 Pengenalan 10
2.1 Sikap Dan Minat Pelajar 11
2.2 Motivasi Pelajar 13
2.2.1 Motivasi I ntrinsik 13
2.2. 2 Motivasi Ekstrinsik 14
2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Matematik 17
2.4 Sikap Ibu Bapa/Penjaga 18
2.5 Persepsi Pelajar Terhadap Guru 20
2.6 Kaedah Pengajaran Guru 22




BAB III METODOLOGI KAJIAN 25


3.0 Pengenalan 25
3.1 Reka Bentuk Kajian 25
3.2 Sampel Kajian 26
ix
3. 3 Instrumen Kajian 26
3.4 Kajian rintis 27
3.5 Prosedur Kajian 27
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 28
3.7 Analisis Data 28




BAB IV ANALISIS DATA 30


4.0 Pengenalan 30
4.1 Analisis Maklumat Soal Selidik
(Bahagian A) 31
4.1.1 Taburan Bilangan dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina. 32
4.1.2 Taburan Bilangan dan Peratusan
Responden Mengikut Pencapaian
Matematik. 33



4.1.3 Taburan Bilangan dan Peratusan
Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa/Penjaga. 34
4.2 Analisis Maklumat Soal Selidik (Bahagian B) 35
4.2.1 Tahap KesedaranPelajar Tentang
Kepentingan Mata Pelajaran
Matematik 36
4.2.2 Faktor Sikap Ibu Bapa/Penjaga
Terhadap Mata Pelajaran Matematik 38
4.2.3 Faktor Sikap dan Motivasi Diri Pelajar
Terhadap Mata Pelajaran Matematik 42
x
4.2.4 Faktor Guru yang Mengajar Mata
Pelajaran Matematik 44




BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN 47


5.0 Pengenalan 47
5.1 Ringkasan Kajian 48
5.2 Rumusan kajian 50
5.3 Perbincangan Bahagian A 51
5.4 Perbincangan Bahagian B : Mengenai
Aspek-aspek Kajian 52
5.4.1 Kesedaran Pelajar Tentang
Kepentingan Mata Pelajaran
Mate matik 53

5.4.2 Faktor Sikap Ibu bapa 54
5.4.3 Faktor Sikap dan Motivasi Diri
Pelajar 57
5.4.4 Faktor Guru yang Mengajar
Mata Pelajaran Matematik 59
5.5 Cada ngan kajian 60
5.5.1 Pelajar 60
5.5.2 Ibu Bapa 61
5.5.3 Guru 63
5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 64




xi
RUJUKAN 65




LAMPIRAN 67


LAMPIRAN A-C 68-77

xii




SENARAI JADUAL




NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT


4.1.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 32
4.1.2 Taburan Bilangan dan Peratusan responden
Mengikut Pencapaian Matematik 33
4.1.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Pekerjaan Bapa/Penjaga. 34
4.2.1 Tahap Kesedaran Pelajar Tentang Kepentingan
Mata pelajaran Matematik 36
4.2.2 Faktor Sikap Ibu Bapa/Pelajar Terhadap
Mata Pelajaran Matematik. 38
4.2.3 Faktor Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap
Mata Pelajaran Matematik 42
4.2.4 Faktor Guru yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik 44






xiii





SENARAI SINGKATAN




JERI - Jasmani, Emosi,Rohani,Intelek

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia














xiv








SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN A - Set soal selidik

LAMPIRAN B - Surat kebenaran menjalankan kajian daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN C - Surat permohonan menjalankan kajian di sekolah-
sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah
Langkawi




BAB 1




PENDAHULUAN




1.1 Pengenalan


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dilaksanakan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang
seimbang dalam segenap bidang. Untuk membimbing murid- murid menghayati
matlamat pendidikan matematik KBSR dan KBSM, para guru harus mempunyai
pemahaman yang mendalam tentang sifat asas matematik. Mereka mesti berkeupayaan
membekalkan jawapan yang jelas dan tepat kepada persoalan, Apakah yang dikatakan
matematik?. Pemerihalan yang lengkap akan membabitkan aspek metafizik (teori
kejadian), epistemologi (teori pengetahuan), aksiologi (teori nilai), dan logik (teori
taakulan). Dalam konteks ini, pandangan dan nilai hidup para guru akan mewarnai
konsepsi mereka tentang sifat asas matematik, strategi pengajaran dan tujuan
pembelajaran matematik.


2
Pendidikan matematik telah mengalami beberapa perubahan berikutan
perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1988. Pendidikan KBSM
merupakan kesinambungan pendidikan KBSR mendukung cita-cita untuk
melahirkan pelajar yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani dan jasmani (JERI).


Selaras dengan perkembangan pendidikan yang berlaku secara sejagat, Malaysia
telah memberi dimensi baru ke atas proses pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik di sekolah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah juga memberi tumpuan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru- guru diharap akan mengubah
suai corak pengajaran mereka yang tidak seimbang, iaitu guru bersifat aktif manakala
pelajar bersifat kaku. Kurikulum ini juga menuntut guru bertindak sebagai pembimbing
yang dinamik, kreatif dan produktif dan bukan sebagai pengisi gelas kosong (Nik
Azis,1988)


Program matematik KBSR bertujuan mengembangkan salah satu kemahiran
asas iaitu kemahiran mengira di kalangan pelajar. Pelajar dibimbing untuk
mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah-
langkah yang logik. Perkembangan kemahiran mengira diperkukuhkan dengan
membabitkan pelajar dalam aktiviti menyelesaikan masalah kuantitatif, penyukatan,
penghampiran, anggaran, membaca jadual, membentuk graf yang mudah, menyusun
data dan berkomunikasi secara kuantitatif dengan menggunakan bahasa matematik.


Matematik merupakan mata pelajaran teras bagi peringkat rendah dan menengah
serta membekalkan ilmu pengetahuan kepada pelajar untuk memperkembangan
kefahaman terhadap konsep dengan penggunaan kemahiran asas matematik dalam
kehidupan.Matematik sekolah rendah adalah digubal dan dikendalikan untuk memberi
3
tapak yang kukuh dan latar belakang dalam matematik bagi meningkatkan peluang
kanak-kanak untuk terus maju dalam bidang ini dan juga dalam kehidupan seharian
kelak.


Kesimpulannya, pendidikan matematik KBSR adalah berlandaskan perspektif
bahawa aktiviti pendidikan pada peringkat sekolah rendah adalah bercorak pendidikan
asas. Pendidikan ini merupakan peringkat pertama dalam proses pendidikan secara
formal dalam sistem persekolahan di Malaysia. Pendidikan KBSR juga bertujuan
memperkukuhkan asas perkembangan potensi diri pelajar bagi pendidikan yang
berterusan pada tahun-tahun selanjutnya.




1.2 Latar Belakang Masalah


Kajian kelemahan pelajar terhadap mata pelajaran matematik di peringkat
sekolah rendah adalah berhubungkait dengan sikap dan motivasi diri pelajar, kesedaran
pelajar terhadap kepentingan mempelajari matematik, sikap ibu bapa/penjaga terhadap
pelajaran anak-anak dan pendekatan guru dalam membimbing pelajar melalui proses
pengajaran dan pembelajaran matematik. Pelajar-pelajar tidak menganggap matematik
sebagai suatu disiplin ilmu yang membekalkan strategi untuk berkomunikasi dengan
berkesan. Sebaliknya pelajar-pelajar mencuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri
daripada matematik. Malah mereka menganggap matematik sebagai suatu mata
pelajaran yang perlu mengikut peraturan yang diajar oleh guru walaupun mereka tidak
memahami peraturan tersebut. Seterusnya para pelajar hanya boleh menggunakan
strategi yang di ajar oleh guru untuk menghasilkan penyelesaian bagi sesuatu masalah.
Budaya pembelajaran seperti ini melahirkan generasi pelajar yang tidak mempunyai
keupayaan yang tinggi dan pasti merasa cemas apabila mereka berhadapan dengan
4
masalah matematik yang membabitkan situasi praktis dalam kehidupan harian. Hal ini
menggambarkan suatu budaya pembelajaran matematik yang agak menakutkan
(Cockcroft,1982).


Guru perlu berkeupayaan membimbing murid membentuk keyakinan diri
terhadap matematik. Matematik mesti diajar sebagai suatu disiplin ilmu yang boleh
digunakan oleh semua murid untuk menyelesaikan masalah praktik dalam kehidupan
mereka (Cockcroft,1984).


Murid- murid menganggap peranan mereka dalam kelas sebagai pasif. Mereka
merasa bahawa banyak masa dihabiskan untuk mendengar syarahan guru, untuk
menyelesaikan masalah di papan hitam dan juga yang terdapat dalam buku teks secara
bersendirian (Carpenter,1980). Para pendidik seharusnya mengenalpasti dan mengkaji
masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran matematik ini dengan tujuan
untuk memperbaiki dan memudahkan lagi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seterusnya menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru ini terus
dipupuk dikalangan pelajar. Dalam usaha menarik minat pelajar, guru disarankan
supaya tidak terikat dengan buku teks atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata- mata. Sebaliknya, para pendidik
haruslah berfikiran kreatif demi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik.


Sejak kebelakangan ini, pengajaran matematik umumnya bertumpu kepada
usaha untuk memasukkan pengetahuan matematik yang dipunyai oleh guru ke dalam
kepala murid. Pelajar kurang berkemampuan untuk berfikir secara logik. Sesungguhnya
maklumat utama yang disampaikan kepada murid- murid ialah mereka hanya perlu
menghasilkan jawapan yang betul dalam masalah matematik

5







1.3 Pernyataan Masalah


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor- faktor yang menyebabkan
kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik di peringkat sekolah rendah. Antara
aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah sikap dan motivasi diri pelajar, kesedaran
pelajar terhadap kepentingan mempelajari mata pelajaran matematik, sikap ibu
bapa/penjaga terhadap pembelajaran anak-anak khususnya mata pelajaran matematik
serta pendekatan guru dalam menarik minat pelajar-pelajar mempelajari mata pelajaran
matematik.




1.4 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor- faktor yang
mengakibatkan kelemahan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran matematik di peringkat
sekolah rendah. Aspek yang dikaji ialah:


1. Mengetahui tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan mempelajari mata
pelajaran matematik.
6

2. Mengenalpasti faktor sikap ibu bapa/penjaga pelajar merupakan faktor
kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik.

3. Mengenalpasti sikap dan motivasi diri pelajar merupakan faktor kelemahan
pelajar dalam mata pelajaran matematik.

4. Meninjau pendekatan guru dalam menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran
matematik.
1.5 Persoalan Kajian


Kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berikut:

1. Adakah pelajar-pelajar sedar akan kepentingan mempelajari mata pelajaran
matematik?

2. Bagaimanakah faktor sikap ibu bapa/penjaga mempengaruhi kelemahan pelajar
dalam mata pelajaran matematik?

3. Adakah faktor sikap dan motivasi diri mempengaruhi kelemahan pelajar dalam mata
pelajaran matematik?

4. Bagaimanakah faktor guru mempengaruhi kelemahan pelajar dalam mata pelajaran
matematik?

Anda mungkin juga menyukai