PENGENALAN Manusia adalah sebaik makhluk yang dicipta oleh Tuhan,Dan akan menjalani kehidupan di bumi ciptaannya sehingga masa menentukan untuk kembali
kepadanya.Dan setiap insan yang lahir ke dunia ini akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara berperingkat sehinggalah individu itu meninggal dunia.Ianya merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal,kognitif,sosial dan emosi.Oleh itu,setiap guru dan ibubapa perlu mengetahui dan memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sejak mereka lahir kerana ini akan membolehkan para guru dan ibubapa memberi keprihatinan mereka terhadap setiap tugas perkembangan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak tersebut dan pada waktu yang sama dapat membantu mereka dalam mencapai dan menguasai setiap tugas perkembangan itu. Konsep pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kognitif(kuantitatif) dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain contohnya seperti ketinggian dan berat badan seseorang dan juga perubahan dalam struktur dan fungsi seperti otot-otot saraf dan
kalenjar,.pertumbuhan ini boleh dilihat dan diperhatikan pada kanak-kanak.Jesteru itu, perkembangan ini boleh diperhatikan terhadap kanak-kanak seperti kebolehan mereka dalam menggunakan perkataan bagi menerangkan sesuatu perkara.Perubahan yang berlaku ini merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur dan saling berkait antara perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak itu sendiri.Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza antara setiap individu,ini adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan baka.Berdasarkan daripada faktor baka,corak perkembangan kanak-adalah diwarisi sejak kecil dan ia dikawal oleh kod genetik daripada kedua ibubapa mereka.Manakala faktor-faktor persekitaran yang mempengeruhi kanak-kanak adalah termasuk latar belakang keluarga,kesihatan dan
pemakanan,amalan asuhan kanak-kanak,status sosio-ekonomi serta persekitaran sekolah Oleh itu,dalam tugasan ini,saya memfokuskan kepada pertumbuhan dan
perkembangan dari segi aspek perkembangan psikomotor dan pergerakan kanakkanak.Saya akan menjelaskan dan membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak iaitu teori perkembangan Arnold Gessel dan teori perkembangan Robert Havighurst.selain itu saya juga akan menerangkan tentang peringkat-peringkat yang terdapat dalam kedua-dua teori ini serta aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GASSEL Biodata Tokoh Arnold Gassel atau nama sebenarnya ialah Arnold Lucias Gessel merupakan seorang psikologis dan pakar kanak-kanak Amerika yang merintis kajian mengenai proses perkembangan manusia semenjak lahir sehingga remaja.Beliau memfokuskan kajian secara saintifik dalam bidang perkembangan kanak-kanak.Beliau dilahirkan pada 21 Jun 1880,di Alma,Wisconsin.Keluarganya amat menghargai akan pendidikan.Pada awalnya Gessel membuat keputusan untuk menjadi seorang guru.Beliau berkelulusan dari University of Wisconsin pada tahun 1903 dan kemudiannya menjadi pengetua dan guru di sekolah tinggi sebelum memasuki Clark University diman Gassel telah menerima Phd pada tahun 1906 di university tersebut.Gassel percaya bahawa dalam usaha untuk membuat kajian dalam perkembangan kanak-kank,beliau perlu
pendidikannya
dalam bidang perubatan di Yale dan menerima M.D pada tahu 1915.Setelah menamat pengajian,beliau memulakan kerjaya dengan mengajar psikologi dan kerbesihan kanakkanak di los angeles state normal school. Gesell telah menyertai salah sebuah fakulti yang terdapat di yale dan beliau menjadi penolong professor pendidikan pada tahun 1911 dan menubuhkan dan menguruskan yale clinic of child development pada tahun yang sama hingga tahun 1948. Dari tahun 1948 hingga ke akhir hayatnya, Gessel merupakan pengarah kepada gessel institute of child development di new
Haven,Connecticut iaitu sebuah institute yang mengkaji perkembangan kanakkanak.Gassel telah meniggal dunia pada 29 May 1961. KONSEP TEORI Dalam teori Perkembangan ini,Gessel memfokuskan kepada perkembangan individu dimana alam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu.Faktor baka atau dikenali sebagaingen ini akan diwarisi oleh kanak-kanak sejak pembentukan merka di dalam rahim iaitu semasa proses persenyawaan sehingga proses kelahiran.Mereka akan mewarisi segala
sifat,perwatakan,kebolehan dan perkembangan yang dimiliki oleh ibubapa semenjak lahir hingga dewasa.Bagi melengkapkan lagi proses perkembangan ini,ia juga dipengaruhi oleh persekitaran yang memainkan peranan untuk membantu proses perkembangan bayi itu.Faktor persekitaran ini merujuk kepada persekitaran bayi di dalam rahim ibu dimana pengambilan makanan yang dilakukan oleh ibu,kesihatan Dn bekalan oksigen yang cukup kepada bayi dalam rahim amat mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.Menurut beliau,proses perkembangan ini tidak boleh dipaksa kerana beliau berpendapat bahawa perkembangan ini berlaku apabila kebolehan kanak-kanak itu sampai kepada titik dan perkembangan tertentu iaitu mengikut pola dan urutan yang tersendiri.Ini bermakna selagi system saraf dan kematangan fizikal bayi belum bersedia maka ibubapa tidak boleh memaksa bayi untuk melakukan sesuatu kemahiran tertentu.Dengan itu,Gessel lebih menitikberatkan keupayaan ibibapa untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual.Contohnya Kanak-kanak akan duduk,berjalan,dan bercakap apabila mereka bersedia dan system saraf sudah matang dengan sepenuhnya.Pada masa yang sama mereka mula menguasai pada sesuatu itu tugasan pengajaran yang tidak dating dari keinginan diri
sendiri.Sehingga
masa
member
makna
mungkin
menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak.Contohnya dalam satu kajian yang dijalankan oleh Balinsky(1983) member seorang kanak-kanak kembar dengan membuat latihan aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub.Anak kembar ini dapat menunjukkan beberapa kemahiran lebih
daripada yang seorang lagi kanak-kanak kembar yang tidak dilatih,ia juga akan menguasai kemudian tanpa banyak latihan.Kanak tersebut akan berbuat demikian pada umur semasa.Dengan jelasnya,terdapat jadual waktu dalaman yang menentukan kesediaan untuk konterversi awal impaknya usaha untuk mempercepat perkembangan motor awal mengeluarkan kesan kecil(Cole&Cole,1989). PERINGKAT-PERINGKAT DAN CADANGAN AKTIVITI Menurut teori yang dibuat olehArnold gassel,beliau membahagikan kepada 5 peringakat,pertama sejak lahir sehingga 1 tahun iaitu 1 bulan menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk menyatakan kehendak berlainan seperti lapar dan juga lampinnya basah,4 bulan koordinasi fizikal berllaku seperti mata mengikut objek yang bergerak,6 bulan bayai mula menggenggam objek,7 bulan bayi boleh duduk dan merangkak dan 12 bulan bayi mampu berdiri dengan berpaut pada perabot.Cadangan aktiviti adalah penerokaan permainan.Bagi melakukan aktiviti ini ibubapa memainkan peranan dalam melakukan aktiviti ini.Ibubapa perlu meletakkan bayi di atas lantai atau ruang yang luas supaya dapat menerokai permainan atau persekitaran yang dapat membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan bayi tersebut.ruang yang luas memberikan
kebebasan terhadap bayi untuk terus bergerak dan menggunakan anggota badan bayi tersebut.Ibubapa seharusnya memberikan bayi dengan pelbagai jenis permainan yang berwarna-warni yang boleh menarik perhatianbayi yang bermain.Aktiviti penerokaan permainan akan melibatkan pelbaga jenis permainan yang disediakan atau
berhampiran dengan bayi yang dapat meningkatkan daya pergerakan psikomotor bayi.Permaianan yang berwarna-warni dapat menarik bayi untuk bergerak bagi mendaatkannya.Dalam masa yang ibubapa digalakkan untuk bermain besama-sama dengan bayi supaya dapat mengawasi bayi daripada prkara-prkara yang tidak diinini.Antara pergerakan yang terlibat semasa aktiiti di peringkat ini adalah psikomotor kasar dan psikomotor halus.Peringkat kedua,1-2 tahun iaitu kematangan fizikal dan mental mula meningkat,mula memahami makna jangan dan pada umur 2 tahun mampu untuk berjalan tetapi dengan bantuan.Cadangan aktiviti adalah bertatih. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dikawasan yang lapang seperti ruang tamu, lanti yang mempunyai permukaan yang lembut dan kawasan rumput.Kawasan yang lembut atau
rumput diperlukan bagi mengelakkan bayi tidak akan mengalami kecederaan apabila jatuh semasa menjalankan aktiviti tersebut.Kecederaan yang teruk akan menrencatkan lagi perkembangan atau pertumbuhan bayi tersebut.Ibubapa perlu membantu bayi ketika proses berlatih bagi mendapatkan sokongan yang baik.Semasa menjalankan aktiviti bertatih,bayi perlu mendapatkan sokongan sama ada daripada ibubapa atau persekitaran yang boleh membantu.Sokongan ibubapa untuk memegang tangan bayi untuk aktiviti bertatih adalah sangat penting kepada perkembangan psikomotor atau anggota badan bayi.Ibubapa yang memberi sokongan akan meningkatkan lagi semangat bayi untuk terus melakukan aktiviti tersebut sehingga Berjaya untuk berjalan.Selain itu,alat batuan seperti walker boleh digunakan bagi membantu bayi semasa proses bertatih.Walker juga memberi kesan kepada keyakinan bayi untuk
melakukan aktiviti bertatih.Alat bantuan lain juga boleh digunakan semasa proses bertatih.Alat bantuan daripada peralatan yang ada dipersekitaran bayi juga turut membantu semasa proses bertatih.Antara motor yang terlibat adalah motor halus dan motor kasar.Dimana otot kaki untukmoto kasar dan genggaman bayi untuk motor halus peringkat ketiga,2-3 tahun iaitu koordinasi mata,tangan dan kaki mula terbentuk,boleh bercakap menggunakan ayat mudah dan boleh menguruskan diri seperti makan dn memakai kasut.Cadangan aktiviti adalah bermain play dough dan lego.Peringkat ini kanak-kanak sudah sudah pandai untuk berimaginasi bagi membentuk sesuatu dengan menggunakan permainan yang berada berhampiran atau persekitaran kanak-kanak tersebut.Permainan play dough dan lego meningkatkan lagi daya pemikiran bayi dan psikomotor semasa aktiviti ini di jalankan.Ibubapa boleh menggalakkan kanak-kanak menghasilkan pelbagai benuk rekaan yang disukainoleh mereka.Reka bentuk yang dihasilkan kebanyakan kebanyakannya meyerupai objek-objek yang berada di persekitaran bayi tersebut.Galakkan daripada ibubapa penting kerana mereka antara orang yang paling rapat dan mampu untuk melakukan aktiviti besama bayi tersebut.Pengawasan daripada ibubapa perlu bagi memastikan tiada seberang kecederaan yang berlaku rehadap bayi yang boleh merencatkan perkembangan dan pertumbuhan bayi.Ibubapa bole memberikan aktiviti peneguhn positif kepada kanakkanak seperti pujian, bertepuk tangan bagi merangsang kanak-kanak yang terus
bermain.pujian yang diberikan mampu untuk meningkatkan keyakinan bayi untuk berusaha melakukan pergerakan. Peringkat keempat,3-4 tahun iaitu koordinasi dan kematangan fizikal semakin kukuh dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibubapa.Cadangan aktiviti adalah
menunggang basikal beroda tiga.Aktiviti mengayuh basikal merupakan permulaan kepada pergerakan motor kasar.Ibubapa perlu memberi sokongan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri bermain basikal.Keselesaan semasa melakukan aktiviti menunggang basikal amat penting supaya kanak-anak berminat untuk terus berlatih.Motor halus dan moor kasar terbentuk melalui aktiviti ini dengan pengawasan dan pemerhatian ibubapa. Peringkat kelima,4-5 tahun iaitu proses berinteraksi terbentuk,mula
bersosialisasi,mengemukakan soalan berperingkat peringkat dan bersedia untuk ke kelas prasekolah.Cadangan aktiviti adalah bermain bola sepak bersama rakanrakan.Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula untuk bersosial dan melakukan aktiviti berkumpulan.Pemilihan aktiviti sesuai bagi seseorang kanak-kanak
normal.Pengawasan daripada ibubapa sangat penting supaya tidak berlaku kecederaan terhadap kanak-kanak.Antara psikomotor yang terlibat ialah motor kasar dan motor halus.Menurut Gassel pelbagai aktiviti yang bole dilakukan pada peringkat ini. TEORI PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST BiodataTokoh Nama sebenar beliau adalah Robert Havighurst.Beliau dilahirkan pada 5Jun
1900.Seterusnya membesar dan menerima ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio.Havighurst telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah beliau menjadi guru sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan.Setelah beberapa than,pada tahun 1974 Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in Developmen and Education dan Berjaya menerbitkan buku hasil penulisan dan pengalaman beliau bertajukHuman Development and Educationpada tahun 1953.
KONSEP TEORI Robert Havighurst menyatakan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran.Ini adalah merupakan satu elemen penting yang berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.Beliau memfokuskan kepada keadaan sekeliling atau persekitaran dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan member dan meninggalkan impak samaada positif atau negatif bergantung kepada ibubapa yang mencorakkan mereka.Menurut Robert Havighurst I dalam buku sikologi perkembagan 19-25 menyatakan bahawa contoh persekitaran
yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,rakan sebaya,guru bahan bacaan dan media elektronik(internet). Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan ianya dapat dilihat jika makanan yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat maka,bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat.Jika sebaliknya,mungkin bayi akan mendapat penyakit seperti PKU.Ini adalah kerana kurangnya enzim didalam badan bayi selepas dilahirkan.Seterusnya,bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang seimbang berdasarkan pyramid makanan.Dari sini,ianya akan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas.Disamping itu,ianya dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak kearah yang
positif.Seterusnya,bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya pula,Havighurst menyatakan ini adalah kerana jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja,maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderung untuk menjadi manja dan inginkan belaian dan sayang dari ibunya.Jika dia tidak mendapat apa yang diinginkan seperti apa yang diperoleh kawannya,maka kanak-kanak ituakan cuba untuk memberontak.Ini terbukti bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak.Selain dari itu,Faktor
pesekitaran seperti bahan bacaan adalah sangat penting kerana ianya akan memberi pengaruh yang besar kepada pembaca.Jika bahan yang di baca berfaedah dan bermanfaat maka selamatlah kanak-kanak tersebut.Sebaliknya jika tidak,ianya akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak seperti berkemungkinan lambat bertutur dan sebagainya.Dari sini,kita sbagai ibubapa dan guru perlulah sentiasa
membimbing dan membantu kanak-kanakdalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insane yang berguna keada masyarakat,bangsa dan Negara kelak.Menurut Havighurst,ibubapa mahu guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kana-kanak membesar dengan sempurna.Ini akan membantu kanak-kanak untuk Berjaya.Ini di buktikan dalam Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang dengan melalu sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat ayi sehinggalah ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia.Beliau memberitahu bahawa,jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap perngkat,maka dia akan berasa sedh dan keciwa.Ini akan cenderung kepada perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan kanak-kanak normal.Maka untuk membanteras gejala ini berlaku,guru perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanakkanak seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan.Hal ini dapat membentuk kreativiti kanak-kanak.Havighurst menyatakan bahawa tugas-tugas dalam perkembangan kanak-kanak hanya perlu dipelajari sekali sahaja seperti berjalan,berlari, perbezaan jantina dan sebagainya.Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan relaan kanak-kanak itu sendiri,bukan dengan paksaan yan diberikan oleh ibubapa kerana dengan paksaan akan membuat kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan member kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka. PERINGKAT-PERINGKAT DAN CADANGAN AKTIVITI Havighurst telah membahagkan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanakkanak.Peringkat pertama bayi dan awal kanak-kanak(lahir-2 tahun).Pada peringkat,bayi menjalinkan kasi sayang dengan ibu bapa,adik beradik dan pengasuhnya.Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang.Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek.Sebagai contoh adik ketawa sebab suka.Cadangan aktiviti adalah aktiviti bersama keluarga kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak boleh berdikari dan memerlukan perhatian,pertolongan dan bimbingan daripada keluarga.Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak mereka seperti membantu mereka makan,bermain bersama dan
membantu anak-anak mandi dengan betul.Sebagai contoh ibu makan bersama anak sambil mengajar anak mereka makan.Dalam aktiviti ini,anak-anak akan dapat belajar makan melalui ibu dengan memerhati ibu makan disamping ibu mengajar anak itu makan.Aktivit ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui cara anak itu menyuap makanan ke dalam mulut. Peringkat kedua pertengahan kanak-kanak Toddlerhood(2-3 tahun).Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga.Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah.Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri.Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta.Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-
kanak.Cadangan aktiviti adalah bermain kereta mainan,lego atau blok.Dari sini,alat permainan mampu meningkatkan kemahiran motor halus mahupun kasar kanak-kanak. Peringkat ketiga prasekolah(4-6tahun).Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-masing.Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak,membasuh kain dan mengemas rumah.Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya perkembangan moral,iaitu jika mereka jahat mereka akan didenda.Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan kanak-kanak yang lain.Cadangan aktiviti adalah melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah.Hal ini adalah bagi membantu perkembangan dan menambahkan
pengetahuan mereka.Sebagai contoh,apabila ibu memasak anak akan datang membantu seperti membasuh sayur,mengupas bawang dan meramas bawang.Melalui aktiviti ini,kemahiran motor halus dan kasar dapat ditingkatkan. Peringkatkan keempat sekolah rendah (6-12 tahun)Kanak-kanak mula belajar bersahabat.Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada ada tahap operasi konkrit iaitu mula mengusai 3M seperti membaca menulis dan mengeja.Pada peringkat
ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa.Kanak-kanak turut mengalami
perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan.Cadangan aktiviti adalah digalakkan mengikut aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan disekolah seperti
kelab,persatuan,unit beruniform dan permainan.Dari sini,mereka dapat bersosial apabila melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum.Disamping itu,masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah sebagai contoh,mereka bermain bola sepak dengan rakan yag lain.Ini dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka mealui tendangan bola yang dilakukan. Peringkat kelima awal remaja(12-18tahun).Pada tahap ini,remaja akan mencapai tahap kemantangan fizikal seperti tinggi yang maksimum.Dari segi kognitif pula,mereka berada pada peringkat operasi formal.Dari segi emosi,dalam diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi.Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina.Cadangan aktiviti adalah melibatkan diri dalam aktivit yang lebih mencabar minda mereka untuk berfikir secara kreatif,kritis dan inovatif.Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mencabar seperti reka bentuk,kesenian dan teknologi.Sebagai contoh melukis.Jadi,dari sini mereka boleh melukis sesuatu seperti potret yang Nampak sama dengan gambar asal yang memerlukan daya imaginasi yang kuat.Hal ini telah meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka miliki. Peringkat keenam akhir remaja(18-22tahun).Remaja cuba mempengaruhi otonomi daripada ibu bapa.Remaja mula membentuk identity mengikut jantina iaitu lelaki atau perempuan.Melalui pergaulan social,remaja akan mematuhi nilai moral
masyarakat.Pada peringkat ini juga,mereka mula memilih kerjaya yang sesuai dengan diri mereka. Peringkat ketujuh awal dewasa(22-34 tahun).Pada peringkat ini,seseorang akan meneroka persahabatan intim yang berlainan jantina.Bagi pasangan yang telah berkhawin akan mengasuh dan mendidik anak-anak.Selain itu,individu berusaha memantapkan profesion serta wujud kehidupan sendiri. Peringkat kelapan pertengahan dewasa(34-60 tahun).Peringkat ini,individu mempunyai berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi ketua.Seseorang individu yang Berjaya mampu memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga,mengasihi keluarga dan
Peringkat kesembilan akhir dewasa(60-75 tahun).Individu pada peringkat ini telah bersara dan lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja amal dan ibadat.Individu turut menjalani kehidupan hari tua,mensyukuri nikmat dan takdir Allah.Selain itu,individu pada peringkat ini berfikir tentang perkara yang telah dilakukan semasa hidupnya. Peringkat kesepuluh tua (75-meninggal dunia).Paa peringkat ini mereka mula menangani masalah kesihatan seperti osteoporosis,nyanyok dan menopause.Mereka turut mengenang zaman muda dan dewasa.Bagi individu yang Berjaya mereka akan berasa puas hati dan tenang sambil menanti saat untuk meninggal dunia. RUMUSAN Setiap manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang baik dan diibaratkan sebagai kain putih yang boleh dicorakkan mengikut kehendak pemiliknya iaitu ibu bapa.Oleh itu kanak-kanak mempunyai keistimewaan tersendiri dan berhak untuk dikembangkan potensinya kearah yang optima dan terus maju.Tahap perkembangan individu adalah berbeza dari pelbagai sudut sepert fizikal,kognitif,emosi dan social walaupun mereka melalui peringkat pertumbuhan yang sama.Ibu bapa dan guru seharusnya merancang aktiviti yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan dan keupayaan kanak-kanak.Dari sini,ianya dapat melahirkan kanak-kanak yang Berjaya mengikut kebolehan dan cara yang tersendiri.Sehubungan itu,jika semua keperluan dan kepentingan kanak-kanak dapat dipenuhi.Mereka akan berkembang dengan baik.Ini akan mendorong kepada menjadi warga yang berguna untuk masyarakat,bangsa dan agama.