Anda di halaman 1dari 2

Pengaruh dalam Bahasa dan Kesusasteraan

Kedatangan Islam di Nusantara juga mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini dikatakan

terdapat antara 150 hingga 200 bahasa yang sering digunakan oleh penduduk-penduduk tempatan sebagai alat komunikasinya. bilangan tersebut hanya dua sahaja yang berpengaruh. Dalam Dengan

kedatangan Hindu, datang pula bahasa Sanskrit yang mempengaruhi kedua-dua tetapi ia tidaklah berkembang maju.

Dengan kedatangan Islam ke rantau ini telah dapat memeperkayakan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Bukan sahaja buku-buku yang

berunsur agama ditulis dengan huruf jawi bahkan berbagai-bagai jenis buku ilmu pengetahuan kesusasteraan seperti hikayat, cerita-cerita penglipur lara, sama ada berbentuk prosa atau puisi ditulis dengan huruf jawi. Penggunaan perkataan Arab yang diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu menambahkan lagi kesempurnaan dan pengukuhan dalam kesusasteraan Melayu. Bahasa Melayu sebelum ini merupakan bahasa yang terbatas, kini berjaya menempah kedudukan yang tinggi dan kukuh sebagai bahasa perantaraan di seluruh Nusantara.

Pengaruh Islam tidak hanya sekadar menonjolkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu bahkan berjaya membentuk suatu konsep yang melambangkan identiti kepada bangsa Melayu itu sendiri. Kejayaan ini telah sebati dan menjadi tradisi serta budaya masyarakat

Melayu.

Konsep ini tergambar dalam masyarakat Melayu apabila

mengatakan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Anda mungkin juga menyukai