Anda di halaman 1dari 8

Eksperimen (Modul 4)

Penyiasatan Sistem Respirasi Ikan

Tujuan: Menyiasat sistem respirasi ikan

Bahan dan radas: Ikan, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan,

Kaedah : 1. Ikan bertulang mempunyai operkulum atau penutup insang di kedua-dua sisi badan. Potong operkulum pada satu sisi untuk mendedahkan insang. Berapa pasang insang yang anda perhatikan? Lukiskan pemerhatian anda.

2. Insang disambung pada struktur bertulang yang dipanggil lengkung insang. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang dan dua baris filamen insang. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop. Lukis dan label struktur ini. Namakan saluran darah yang terdapat dalam filamen insang

3. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri penyesuaian filamen insang yang membolehkan pertukaran gas yang effisien.

Organ pernafasan ikan ialah insang. Insang ialah struktur respirasi yang khusus untuk pernafasan dalam air. Insang di sesuaikan untuk menyerap oksigen terlarut dalam air. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang yang keras dan dua baris filamen insang. Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di permukaan atas dan bawah yang dipanggil lamela gill. Lamela gill merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku. Filamen insang dibekalkan dengan jalinan kapilari yang banyak. Dinding filamen yang halus memudahkan resapan oksigen ke dalam kapilari darah.

. 4. Terangkan fungsi insang filamen.

Filamen insang berfungsi sebagai alat untuk proses penyerapan oksigen dari air ke dalam kapilari darah.

AMALI 3: Sistem Pernafasan Haiwan Pembedahan Sistem Pernafasan Haiwan (Mamalia) Tujuan: Menyiasat sistem pernafasan mamalia

Bahan dan radas: Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan,

Kaedah: 1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Gunakan jarum untuk memegang tikus di atas papan pembedahan. 2. Mula potong di bahagian ventral pada garisan tengah dan potong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur. 3. Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara. Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan. 4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga toraks.Keluarkan kelenjar timus. 5. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea dan laring. 6. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang terlekat pada trakea. 7. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring serentak. Pisahkan esofagus dari jantung .Pinkan laring, trakea dan paruparu di atas papan pembedahan. Lukis gambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan.

Gambarajah 1 : Tikus sihat dipilih untuk eksperimen.

Gambarajah 2 : Tikus dipengsankan menggunakan kloroform

Gambarajah 3 : Kulit tikus digunting

Gambarajah 4 Kulit tikus dipisahkan

Pembedahan Sistem Pernafasan Haiwan (Mamalia) Soalan: 1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini. Tikus mempunyai 12 tulang rusuk kiri dan kanan.

(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini. Sangkar rusuk adalah berfungsi sebagai alat untuk melindungi paruparu, jantung dari kecederaan.

2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma


Diafragma ialah selapis otot yang memisahkan toraks daripada abdomen.Dalam keadaan kendur, diafragma berbentuk kubah dengan puncaknya ke atas.

(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan. Kepentingan utama diafragma ialah sebagai pemisah antara organ pernafasan dan organ perkumuhan juga tempat untuk mengumpul udara semasa proses menyedut nafas .

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan.Picit paru-paru and perhatikan teksturnya. Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air. Paru-paru bersifat lembut dan berspan/berongga serta ringan .Paru-paru yang bersifat ringan terapung setelah dimasukkan ke dalam air

panas. Manakala udara yang panas akan tererangkap di dalam paru-paru telah menyebabkan paru-paru tikus itu mengembang.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus . Panjang trakea adalah 2.5cm

Anda mungkin juga menyukai