Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KESELURUHAN PENGERUSI JK PERLAKSANA BENGKEL GAYA HIDUP LESTARI ANJURAN JABATAN SAINS SOSIAL DAN DPLI MT/PM

SEM 2 2012 IPG KAMPUS TUANKU BAINUN TAHUN 2012

Guru-guru pelatih DPLI MT/PM Sem 2 2012 telah sebulat suara melantik saya, Azizul bin Abdul Aziz sebagai Pengerusi JK Perlaksana Bengkel Gaya Hidup Lestari Anjuran Jabatan sains Sosial dan DPLI MT/PM Sem 2 2012 IPG Kampus Tuanku Bainun Tahun 2012 yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 19 September 2012 di Dewan Hamdan IPG Kampus Tuanku Bainun. Laporan ini dibuat bagi memenuhi syarat tugasan dan penilaian Kursus Pendidikan Alam Sekitar (ASK2202W). Penulisan laporan ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu proses persediaan, perlaksanaan bengkel dan selepas bengkel.

Proses Persediaan Seluruh warga DPLI Sem 2 yang mengambil kursus ASK2202W telah diberikan projek untuk dilaksanakan mengikut kelas masing-masing. Taklimat awal telah diberikan oleh Dr Nagamah sebagai Penyelaras Kursus Pendidikan Alam Sekitar(PAS) dan kelas DPLI MT/PM telah dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan suatu program kesedaran yang memupuk nilai cinta kepada alam sekitar. Kelas DPLI MT/PM telah mengadakan perlantikan JK dan perbincangan awal mesyuarat memutuskan untuk membuat program Bengkel Alam Sekitar yang bertemakan Gaya Hidup Lestari. Pensyarah Subjek PAS iaitu Pn Hjh Hanunah telah memberikan sedikit input dan pandangan bagi membantu perancangan bengkel tersebut. Mesyuarat JK Bengkel telah memutuskan untuk membuat Bengkel Gaya Hidup lestari dan antara intipatinya ialah ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), pembentangan kumpulan dan majlis perasmian penutupan. Bermula dari mesyuarat tersebut JK induk bersama Setiausaha program telah berusaha untuk membuat kertas kerja bagi tujuan perlaksanaan bengkel. Setelah kertas kerja oleh setiausaha program disiapkan dan disemak oleh Pengerusi, Mesyuarat diadakan sekali lagi bagi melantik JK kecil untuk melaksanakan perancangan yang dibuat. Sambil itu, saya sebagai pengerusi telah

mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama penyelaras dan pensyarah subjek bagi menilai tarikh yang sesuai untuk melaksanakan bengkel. Beberapa cadangan tarikh telah dibuat namun terpaksa diubah atas kekangan programprogram lain yang melibatkan pelatih-pelatih DPLI seperti PBS, BIG Siri 2, Kursus Gigi dan Perkhemahan Unit Beruniform. Program-program yang dimaksudkan adalah program khas IPG dan melibatkan institusi-institusi luar. Tarikh 19 September 2012 telah menjadi tarikh yang paling sesuai dan semua JK yang terlibat mula menjalankan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh walaupun terpaksa berdepan dengan desakan dan kekangan masa seperti yang dinyatakan. Proses persediaan melibatkan kelulusan kertas kerja, tempahan dewan, hadiah dan cenderamata, persiapan tempat, perancangan aktiviti, teknikal dan yang lain-lain seperti yang tercatat di dalam kertas kerja bengkel. Saya sebagai pengerusi bertanggungjawab untuk berjumpa dengan Penasihat Bengkel, KJHEP, Ketua Jabatan Sains Sosial, Unit Kewangan, KUKP dan Wakil Pengarah bagi mendapatkan pengesahan dan kelulusan aktivi yang bakal dilaksanakan. Selain itu, saya bertanggungjawab untuk menghubungi dan berbincangan dengan penceramah jemputan untuk bengkel ini. Sebagai pengerusi juga adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu setiap JK untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh JK yang lain. Contohnya, saya telah bersemuka dengan KUKP iaitu Encik Idrus Jali kerana terdapat sedikit permasalahn mengenai dewan dan perkara tersebut telah berjaya diselesaikan dengan bantuan beliau.

Perlaksanaan Bengkel Bengkel Gaya hidup Lestari selama satu hari telah dirancang dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Hamdan, IPG Kampus Tuanku Bainun pada 19 September 2012. Pelbagai aktiviti telah berjaya dianjurkan iaitu Ceramah Gaya Hidup Lestari, Latihan Dalam Kumpulan (mencipta bahan-bahan P&P dari bahan terbuang), Pembentangan Kumpulan dan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Gaya Hidup Lestari. Saya sebagai pengerusi bertindak sebagai moderator dalam memastikan tentatif program diikuti dan sebarang permasalahan bagi setiap JK dapat diselesaikan bagi melancarkan perlaksanaan program tersebut. Program bermula dengan Ceramah Gaya hidup Lestari yang telah disampaikan oleh 2 orang penceramah jemputan iaitu Encik Don dan Madam Myleen. Saya bertanggungjawab

untuk menyambut, mengiringi dan membantu penceramah sepanjang ceramah perjalanan aktiviti tersebut. Program diteruskan dengan LDK iaitu mencipta bahan bantu mengajar menggunakan bahan kitar semula dan pembentangan kumpulan terlibat. Bagi aktiviti tersebut saya bertindak sebagai pemerhati dan moderator bagi memastikan program tersebut berlansung seperti yang dirancang. Program diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tuan Haji Daud bin Md Saman. Saya bertindak untuk memastikan semua JK melaksanakan tugas masing-masing disamping berperanan untuk menjemput dan mengiringi Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan Sains Sosial Encik Aznan Harun sepanjang majlis berlansung. Dalam majlis tersebut saya juga telah menyampaikan ucapan alu-aluan Pengerusi Bengkel, Mengetuai Bacaan Ikrar Lestari, Mengetuai Majlis Menandatangani Ikrar Lestari bersama Pengerusi Projek yang lain, mengiringi Perasmi dan Ketua Jabatan sepanjang majlis termasuklah dalam perlaksanaan Gimik Perasmian dan

Penyampaian Hadiah/Cenderahati. Bengkel yang dilaksanakan mendapat impak yang besar dan hasil temubual mendapati rata-rata peserta berpuashati dengan bengkel yang dijayakan. JK bengkel secara keseluruhannya telah mendapat ucapan penghargaan dan tahniah daripada Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Penyelaras, Penceramah, Penasihat dan para peserta kerana berjaya melaksanakan bengkel yang penuh bermakna ini.

Bersama Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tn Haji Daud Md Saman dan Ketua Jabatan Sains Sosial Encik Aznan Harun

Pengerusi Bengkel Gaya Hidup Lestari Menyampaikan Ucapan Aluan dan Mengetuai Ikrar Lestari

Majlis Menandatangani Ikrar Lestari

Penyampaian Cenderahati dan Hadiah

Selepas Bengkel Setelah selesai perlaksanaan bengkel tersebut, JK bengkel telah diminta untuk bersama-sama menjayakan Program Pameran Alam Sekitar yang dianjurkan oleh DPLI Muzik/RBT pada 1 Oktober 2012 dengan membuat pameran hasil LDK bahan BBM dari bahan kitar semula dan perlaksanaan bengkel. Selain itu juga, setiap JK perlu membuat laporan bagi memenuhi syarat tugasan dan penilaian Kursus Pendidikan Alam Sekitar (ASK2202W).

Disediakan Oleh,

_____________________ (AZIZUL BIN ABDUL AZIZ) PENGERUSI JK PERLAKSANA BENGKEL GAYA HIDUP SIHAT

Anda mungkin juga menyukai