Anda di halaman 1dari 4

Siklon Tropika Siklon tropika adalah merupakan ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer,

yang terbentuk di kawasan perairan tropika. Apabila dilihat melalui satelit, ia kelihatan seperti satu sistem gegelung yang ketat dan berkuasa dengan kelompok awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika yang matang, wujud satu kawasan di pusatnya yang udaranya secara relatifnya tenang dengan hanya terdapat sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika. Siklon Tropika di kelaskan seperti berikut Lekukan Tropika - Satu sistem yang terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63 kmpj atau kurang Ribut Tropika - Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 - 117 kmpj. Taufan - Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118 kmpj atau lebih. Bagaimana Siklon Tropika Terbentuk? Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang o suhu permukaannya 26 C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika selalunya dikenali sebagai taufan dan biasanya terjadi semasa musim panas Hemisfera Utara yang mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah yang terbentuk di kawasan lautan tropika yang panas akan bergerak ke arah barat, berkembang daripada lekukan tropika kepada ribut tropika dan akhirnya menjadi taufan yang matang. Perkembangan Lekukan Tropika Kepada Taufan Bergantung Kepada Tiga Keadaan: Laut Panas Kelengasan Corak angin berhampiran permukaan laut yang melingkarkan udara ke arah dalam. Semasa pembentukan, siklon mengumpulkan haba dan tenaga melalui hubungan dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan yang di hasilkan oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga kepadanya seolah-olah enjin haba raksasa. Pembentukan kelompok-kelompok ribut petir membolehkan udara menjadi lebih panas lagi dan naik ke atas dalam atmosfera. Mata siklon yang berdiameter antara 30 - 100 kilometer adalah merupakan pusat tekanan rendah ribut tropika tersebut. Aktiviti yang paling hebat (atau ganas) berlaku di kawasan sekitar mata yang juga dipanggil dinding mata. Di sini, udara berputar ke arah atas dan luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata, membentuk kawasan bebas awan. Bilakah Taufan Biasanya Berlaku?

Pada kebiasaannya, taufan mula muncul di sebelah barat Pasifik Utara pada awal bulan Mei. Bilangannya bertambah dan mencapai maksima disekitar bulan September. Kebanyakan taufan o o terbentuk di kawasan latitud 5 U dan 20 U dan o o longitud 130 T dan 170 T. Laluan biasa bagi taufan adalah bergerak menghala ke arah barat merentasi Filipina dan seterusnya membeluk ke arah timur laut apabila menuju daratan Asia. El-Nino, La-Nina, Enso EL-NINO El-Nino ialah satu fonomena atmosfera yang luar biasa di mana berlaku satu tiupan angin yang bertiup,tetapi tidak berlaku dan melibatkan perubahan arus permukaan yang memberi kesan atau masalah kepada sistem alam sekitar seperti perubahan cuaca dunia.Kejadian el-nino menyebabkan sebahagian dunia mengalami cuaca panas dan sebahagian dunia lain mengalami ribut dan banjir. PROSES-PROSES KEJADIAN EL-NINO Kejadian El-Nino terjadi dimana keadaan tiupan angin yang biasa angin akan bertiup dari kawasan Lautan Pasifik iaitu dari benua Amerika Selatan menuju ke kawasan Australia, Indonesia, Malaysia dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain. Selain itu, tiupan angin juga menyebabkan berlaku arus lautan bergerak yang boleh menyebabkan bahan-bahan dari dalam laut turut naik bergerak bersama-sama ke tempat lain.Air laut juga panas akibat peningkatan suhu global telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.Dengan ini melemahkan, menghentikan, dan mengubaah pola tiupan angin timuran dari darat ke laut atau dari timur ke barat.Angin yang mengumpulkan lembapan akan melepaskan lembapan yang dikumpulkan ke kawasan yang dibawanya serta menurunkan dalam bentuk hujan. Oleh sebab itu, hujan monsun turun di kawasan tangah Lautan Pasifik dan bukan di kawasan yang sepatutnya iaitu di Asia Tenggara dan Australia.Hal ini menyebabkan berlaku cuaca panas, kemarau, dan suhu yang tinggi serta kadar hujan yang sedikit dialami oleh Negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Pada masa yang sama juga, kawasan timuran Lautan Pasifik yang meliputiNegara-negara Amerika Selatan seperti Brazil, Ecuador, Peru, Argentina dan lain-lain menerima pengaruh tiupan angun yang kencang menyebabkan berlakunya hujan lebat, banjir terutama di persisiran pantainya apabila tiupan angin timuran berubah dan bergerak dari barat ke timur. KESAN-KESAN EL-NINO

Kejadian El-nino telah memberi kesan terhadap alam sekitar, antaranya ialah memberi kesan terhadap tumbuhan. Dengan hujan yang lebat iaitu kesan daripada El-nino akan menggalakkan pertumbuhan semak samun di kawasan cerun pergunungan tepi pantai yang dipanggil chapparo. Kesan yang lain ialah terhadap perubahan cuaca iaitu kesan angin. El-nino menggalakan pembentukan angin yang kuat mengakibatkan taufan melanda polysenia.Kepulauan Cooks, kepulauan dan Guam. El-nino juga menambahkan kejadian siklon tropika di kawasan Lautan PasifikTengah berdekatan denganHawaii pasifik selatan dan Barat Laut Pasifik antara garisan Longitud darjah dengan 180 T/B. Selain itu juga memberi kesan kepada kenaikan suhu. Pada tahun 1997 terjadinya El-nino yang terhebat sekali mengatasi tahun 1982/1983. pada tahun 1997 didapati bahawa suhu permukaan lautan di luar pantai Ecuador dan Peru naik sebanyak 5 darjah celcius. Air panas ini kawasan seluas 14 juta km persegi iaitu lebih kurang 1.5 keluasan Kanada naik sebanyak 2-3 darjah dari suhu biasa. Kesan yang lain ialah angin monsun. Kejadian monsun yang tidak menentu di kawasan timur barat India dengan hujan yang lebat di beberapa tempatyang menerima hujan 300 mm pada bulan jun. ENSO musim panas, hujan monsun di India menjadi lebih kurang daripada keadaan biasa khasnya di bahagian barat laut India. Di benua Afrika Tenggara dan Brazil Utara mengalami keadaan cuaca yang lebih kering daripada biasa. El-nino juga turut memberi kesan terhadap manusia iaitu kesan kepada sektor perikanan. Arus panas yang melanda Pantai Ecuador menyebabkan arus panas berpecah kepada 2 arah iaitu British Colombia dan ke Chile. Akibat daripada itu banyak ikan di tepi pantai Peru dan Ecuador turut mengikut arus panas lalu meyebabkan kekurangan ikan di industri Ecuador, banyak anjing laut mati kerana kekurangan makanan menyebabkan bilangan anjing laut berkurangan sewaktu El-nino melanda. Selain itu ia juga memberi kesan kepada sektor pelancongan. Kenaikan arus suhu lautan telah membawa kemusnahan terhadap terumbu karang dan hakisan tepi pantai. Akibatnya semua keindahan pelancongan. Kebakaran hutan menyebabkan kejadian jerebu serta menjejaskan kegiatan pelancongan dan menyebabkan pelancong asing tidak berminat lagi untuk melancong ke Negara Asia Tenggara. Disebabkan bencana ini, musim dingin di British Colombia menjadi lebih sederhana dan kawasan tersebut turut mengalami masalah salji berkurangan pada musim dingin.

Akibat daripada El-nino melanda, kegiatan sukan pelancongan musim dingin turut terjejas. Kesan yang lain ialah kegiatan pertanian. Kebakaran hutan menyebabkan keadaan udara yang kotor (jerebu) telah mengurangkan proses fotosintesis tanaman. Ini akan mengurangkan hasil kepada pertanian. Keadaan kemarau yang berlaku di lembangan Lautan Pasifik semasa El-Nino menyebabkan kerosakan tanaman bijirin di Australia, hasil tanaman kopi turun di Sumatera, hasil pengeluaran ladang jagung, kelapa, dan sawah padi di Filipina turut terjejas, dan kambing biri-biri di Australia mati akibat suhu panas yang melampau. LA-NINA La nina merupakan satu fenomena luar biasa yang melibatkan perubahan arus permukaan laut dan tiupan angin di lembangan Pasifik yang menyebabkan sebahagian dunia mengalami ribut dan banjir. La nina bererti The Little Girl a.k.a el Viejo old man. PROSES-PROSES KEJADIAN LA-NINA Pembentukan La nina berlaku disebabkan tumpuan pancaran cahaya matahari menyebabkan lautan pasifik mengalami pemanasan luar biasa. Keadaan laut yang panas menyebabkan banyak arus naik, udara akan panas lalu mewujudkan kekosngan di atmosfera. Sel kekosongan ini aan menarik angin timuran ke kawasan sel lalu meningkatkan kekencangan angin timuran. Angin timuran yang semakin kencang menolak lebih banyak arus panas menuju ke kawasan perairan Asia Tenggara menyebabkan suhunya lebih panas daripada biasa. Ini mengakibatkan udara di permukaan lautan menjadi panas dan naik membentuk awan mengakibatkan kejadian hujan yang lebat di kawasan Asia Tenggara. La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat. Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistemputaran keadaan panas (El Nino),

biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun. KESAN-KESAN LA-NINA Kejadian La-nina telah memberi kesan terhadap manusia iaitu dari sektor pelancongan. Kenaikan arus lautan membawa kemusnahan kawasan terumbu karang dan tanpa terumbu karang, hakisan tepi pantai menjadi lebih serius lalu merosakkan pantai yang indah dan menjejaskan kedatangan pelancongan. Selain itu, kesan yang lain ialah kepada Sektor pertanian. Banjir la nina merosakkan kawasan pertanian. Contohnya: kawasan tanaman padi. Petani akan mengalami kerugian dan Negara terpaksa mengimport lebih beras dari Negara jiran. Keadaan ini menggalakkan aliran keluar wang Negara. Kawasan tebu di utara Queensland musnah akibat siklon rona. Kerosakan oleh siklon rona terhadap tanaman dan infrastruktur bernilai RM 150 juta. Selain itu juga, La Nina memberi kesan terhadap sektor perikanan. Kegiatan upwelling/ pembuakan nutrien dari dasar laut lalu menyebabkan pertumbuhan plankton yang menggalakkan pembiakan ikan. Contohnya pada La nina 1999, nelayan Ecuador mendaratkan 90000 tan ikan tuna berbanding hanya 50000 tan pada El nino 1998. Disamping itu, juga menyebabkan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya penularan wabak taun akibat air yang tidak bersih. Peningkatan jangkitan denggi melalui nyamuk AEDES. La nina yang membawa hujan lebat menyebabkan penyakit yang dibawa nyamuk seperti MVE (Murray Valley Encephalitis) merebak di tenggara Australia. Selain itu, turut menyebabkan kerosakan harta benda, infrastruktur dan kehilangan nyawa. Banjir yang berlaku menyebabkan kerosakan harta benda, rumah tenggelam, perabot musnah dan kerugian wang ringgit. Contohnya: di kemboja, banjir la nina menyebabkan 8 orang kanak-kanak mati lemas dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal di selatan wilayah kompot. Tauan yang berlaku menyebabkan kerosakan infrastruktur di kawasan pelancongan. Ramai kanak-kanak menjadi mangsa banjir kerana menyangka banjir sebagai satu pesta air. La-Nina juga memberi kesan terhadap alam sekitar. La nina menyebabkan hujan yang sangat lebat di kawasan asia tenggara. Hujan yang lebat menyebabkan banjir yang besar berlaku. Contohnya di Filipina, hujan lebat yang turun telah menyebabkan tanah runtuh berlaku.

Selain itu, kesan lain apabila selepas ribut siklon La nina memusnahkan satu kawasan hutan, kesan pertumbuhan baharu akan berlaku kerana pokok yang tumbang akan mereput lalu membebaskan nutrient ke dalam tanah bagi membolehkan tumbuhan asal tumbuh dengan cepat. Air sungai yang melimpah ke tepi lautan menyebabkan suhu lautan direndahkan. Suhu air lautan yang rendah dengan faktor mendapan tanah dari air ini menyebabkan kematian terumbu karang tepi pantai.Banyak kanggaru mati kerana banyak pokok lumholt kehilangan daunnya akibat dilanda siklon. Seterusnya menyebabkan ekosistem hutan rosak kerana kehilangan rantaian makanan dan habitat yang musnah mengakibatkan populasi haiwan akan berkurangan. Disamping itu juga, ia memberi kesan kepada kenaikan Arus Lautan. La nina pada tahun 1998/99 mengakibatkan kawasan pantai New Zeland mengalami kenaikan arus lautan menyebabkan ombak kuat menyerbu tembok pantai St. Clair Esplanade sehingga menggegarkan jalan raya yang berdekatan. Aras air tasik Wakatipu naik 50 mm dalam sejam lalu membanjiri 1/3 kawasan berdekatan. Kesan yang lain ialah kerpasan. La-Nina menarik jet stream Pasifik lebih ke utara sehingga sampai ke Kanada Barat menyebabkan bahagian barat dan tenggara Amerika Syarikat mengalami kekurangan kerpasan. El Nino-Southern Oscillation (ENSO) EL-Nino dan La-Nina adalah fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation-(ENSO). El Nino dalam bahasa Sepanyol bermakna Jesus Child manakala El Nino pula bermakna Girl Child dan dirujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. Kebiasaannya, lautan Pasifik senantiasa ditiupi angin timuran. Hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur sebelah Peru dan Chile menuju ke baratlautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan Kepulauan Filipina. Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahuntahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.

Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ianya menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat. Berbeza dengan El Nino, La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat. Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Katulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun. El-nino mempunyai pasanganya sendiri yang terbentuk daripada putaran selatan atmospera (Southern Oscillation).Percamtuman antara El nino dan Putaran Selatan dikenali sebagai EL-NINO SOUTHERN OSCILLATION(ENSO). Jelas apabila E nino berkombinasi dengan pasanganya pada masa yang sama ia mempunyai kuasa berlipat kali ganda daripada El nino biasa dalam mengubah nasib cuaca dunia.Jadi sebenarnya bukan fenomena El nino biasa yang melanda dunia kini tetapi ia adalah Enso. Kejadian enso berkait rapat dengan dengan perbezaan suhu permukaan laut (sst),dan keadaan atmosfera sehingga boleh mengubah haluan angina.perbezaan suhu permukaan laut (sst) telah melemahkan tiupan angina monsoon timur laut.kajian menunjukkan gradian atau kecerunan sst laut china selatan merosot,hujan yang sepatutnya turun di bahagian asia teggara tidak berlaku sebaliknya berpindah ke bahagian kebahagian tengah lautan pasifik dan timur kawasan pasifik. Apa yang berlaku di bahagian timur pasifik adalah berbeza dengan bahagian barat pasifik. Sebagai contoh,ENSO telah menyebabkan tekanan udara rendah wujud di sepanjang musim panas di pantai California sehingga berlakunya kelembapan yang tinggi di Teluk Area dan kawasan tadahan Los Angles.Ini memungkinkan berlakunya kejadian taufan tornado di beberapa tempat di pesisir pantai

Amerika Syarikat terutamanya di Flourida,Santa Rosa dan Los Angles sendiri berikutan daripada perubahan angina pusat (trade wind) menuju ke arahnya..Tidak hairanlah kawasan ini sering menjadi kawasan yang menerima kejadian ribut taufan yang kuat dan mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan harta benda.

Anda mungkin juga menyukai