Anda di halaman 1dari 13

Kemudahan-kemudahan Sekolah Dalam Membina Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

Kantin Sekolah

Gelanggang Bola Keranjang

Klinik Pergigian

Tangga

Taman Permainan Pra Sekolah

Tempat Minum Air

Selain daripada aktiviti yang dianjurkan, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah juga penting dalam membina perkembangan fizikal. Kantin sekolah membekalkan makanan dan minuman kepada murid-murid. Makanan dan minuman yang dibekalkan penting terhadap kesihatan murid-murid. Dengan menerapkan zat makanan, fizikal murid-murid akan berkembang. Muridmurid yang makan dengan berkhasiat akan bertumbuh dengan lebih sihat berbanding dengan murid-murid yang makan dengan tidak berkhasiat. Gelanggang bola keranjang juga dapat membina perkembangan fizikal murid-murid. Gelanggang bola keranjang sekolah yang sempurna membekalkan satu tempat yang sesuai untuk murid-murid. Mereka dapat balik ke sekolah pada waktu petang dan bermain di gelanggang bola keranjang. Murid-murid yang mendapat senaman yang secukupnya akan dapat menjamin perkembangan fizikal mereka. Kemudahan seterusnya ialah klinik pergigian. Pihak hospital akan menghantar ahli perubatan ke sekolah setiap tahun untuk memeriksa gigi muridmurid. Sekiranya mendapati gigi murid-murid rosak atau tidak sihat, ahli perubatan akan membaikinya. Dengan ini, kesihatan gigi murid-murid dapat dijamin. Tangga yang panjang yang terdapat di sekolah juga merupakan satu unsur yang dapat memperkembangkan fizikal murid-murid. Tiap-tiap hari, muridmurid perlu menaik tangga yang panjang untuk sampai ke bilik darjah mereka. Lama-kelamaan, otot-otot murid akan mendapat perkembangan yang sempurna.

Pihak sekolah telah membekalkan satu tempat yang sesuai dan selamat untuk murid-murid pra sekolah dalam membina perkembangan fizikal muridmurid iaitu taman permainan. Dalam taman ini, ada pelbagai jenis permainan. Murid-murid dapat bermain dengan seronok. Oleh itu, badan murid-murid akan mendapat perkembangan yang menyeluruh. Selain itu, pihak sekolah juga menetapkan semua murid pra sekolah supaya membawa botol air ke sekolah dan menyediakan satu tempat khas untuk mereka meletaknya. Pada masa yang ditetapkan,murid-murid akan minum air yang banyak. Oleh itu, metabolism murid-murid akan lebih baik dan kesihatan akan terjamin.

Kemudahan-kemudahan Sekolah Dalam Membina Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Tandas

Tong Sampah

Rak Letak Kasut

Basin

Dinding Yang Bertulis Kebersihan Sekolah,Tanggungjawab Bersama

Komputer

Poster Makanan Dan Minuman

Poster Anggota Badan

Radio yang Berlabel

Rak yang Disusun Dengan Kemas

Tandas dan basin yang ada dalam sekolah amat penting dalam membina perkembangan kognitif murid-murid. Selepas pergi ke tandas, murid-murid akan tahu mencuci tangan supaya sentiasa bersih dan tidak dijejas oleh bakteria. Tong sampah yang berada di kawasan sekolah membolehkan murid-murid mengetahui bahawa sampah-sarap harus dibuang ke dalam tong sampah agar menjaga kebersihan sekolah. Dinding yang bertulis dengan Kebersihan Sekolah, Tanggungjawab Bersama telah memberikan mereka satu amanah bahawa ia adalah tanggungjawab yang perlu dipikul dari semasa ke semasa untuk menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Dengan tulisan yang positif ini, murid-murid akan tahu bahawa kebersihan sekolah adlah tanggungjawab semua orang. Rak meletak kasut dan patung-patung yang disusun dengan kemas akan memberikan murid-murid satu tanggapan yang jelas bahawa barang-barang harus diletakkan semula ke tempat asal selepas digunakan. Komputer yang disediakan dapat membantu mereka menguasai kemahiran-kemahiran komputer. Poster anggota badan, makanan dan minuman yang dilabel dapat membantu mereka mengetahui nama anggota badan mereka. Radio yang dilabel juga mempunyai fungsi yang sama. Dengan ini, perkembangan kognitif mereka dapat dibina dengan lebih sempurna.

Kemudahan-kemudahan Sekolah Dalam Membina Perkembangan Bahasa Kanak-kanak

Alat Bantu Penguasaan Bahasa

Alat Bantu Penguasaan Bahasa

Lagu Negaraku

Lagu Negeri Pahang

Lagu Sekolah

Rukun Negara

Sudut Bacaan

Sudut Bacaan

Perkembangan bahasa amat penting untuk murid-murid pada peringkat sekolah. Bahan-bahan bacaan yang berkualiti amat penting untuk menjamin perkembangan bahasa mereka. Oleh itu, pihak sekolah telah banyak menyediakan kemudahan-kemudahan yang dapat membantu perkembangan bahasa mereka. Pertama sekali, sudut bacaan untuk semua mata pelajaran telah disediakan di merata tempat. Murid-murid dapat membaca bahan-bahan itu dengan mudah dan selesa pada bila-bila masa seperti waktu rehat dan waktu habis sekolah. Pihak sekolah juga sentiasa menukar bahan bacaan yang baru supaya murid-murid tidak mudah bosan. Selain itu, alat bantu penguasaan bahasa seperti poster, kad-kad yang dipapar di papan kenyataan dan sebagainya juga dapat membina perkembangan bahasa murid-murid. Apabila murid-murid melalui, mereka akan membaca bahan-bahan itu. Lagu Negeriku, lagu negeri, lagu sekolah dan Rukun Negara yang dicat di dinding juga akan membantu dalam perkembangan bahasa mereka. Apabila mereka menyanyi, mereka boleh sambil menyanyi sambil melihat lirik lagu. Dengan ini, mereka akan lebih cepat menghafal lirik itu. Oleh itu, perkembangan bahasa murid-murid dapat dikuasai dengan mudah.

Kemudahan-kemudahan Sekolah Dalam Membina Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak

Televisyen

LCD Projector

Kelas Yang Kemas

Tulisan dan Lukisan Yang Optimis

Televisyen yang disediakan oleh pihak sekolah yang berada di pusat sumber dapat memperkembangkan sosioemosi murid-murid. Sebagai contohnya, guru boleh membawa murid-murid ke pusat sumber sama ada satu waktu setiap minggu atau dua waktu setiap minggu. Guru boleh menayangkan video yang bermutu dan akan membantu kepada pembelajaran kepada murid-murid. Video yang berkualiti dapat mengurangkan bebanan murid-murid tetapi tidak mengabaikan pembelajaran. LCD Projector yang terdapat di sekolah dapat memberikan murid-murid satu suasana yang lebih sesuai untuk belajar. LCD Projector boleh menunjukkan bahan-bahan yang perlu diajar oleh guru dengan mudah. Murid-murid juga akan belajar dengan lebih bersemangat. Suasana yang aman dan kemas lebih sesuai dijadikan satu tempat untuk menuntut ilmu. Misalnya, kelas yang kemas, bersih dan cantik akan memberikan satu gambaran yang baik untuk belajar. Kelas yang bersih dan kemas dapat menenangkan fikiran murid-murid supaya mereka boleh belajar dengan berkesan. Kelas yang kotor akan menyusahkan murid untuk belajar. Sebahagian besar dinding di sekolah ini dicat dengan tulisan dan lukisan yang optimis. Ini juga dapat memperkembangkan sosioemosi murid-murid. Tiaptiap hari mesti ramai murid yang dapat nampak tulisan dan lukisan ini. Sekiranya terdapat murid yang berada dalam keadaan sedih, dia akan gembira balik apabila melihat dinding yang comel ini.

Kemudahan-kemudahan Sekolah Dalam Membina Perkembangan Rohani Dan Moral

Tandas

Basin

Tong Sampah

Membersihkan Kelas

Tandas dan basin yang bersih yang disediakan di sekolah dapat membantu membina perkembangan rohani dan moral murid-murid. Dengan menyediakan tandas dan basin, mereka akan tahu tarik air selepas menggunakan tandas supaya kebersihan tandas dapat dijamin. Selain itu, selepas menggunakan tandas, mereka akan mencuci tangan agar kebersihan dijaga. Ini telah membina perkembangan rohani dan moral di antara murid-murid. Melalui kemudahan ini, murid-murid akan sentiasa menjaga kebersihan di mana-mana tempat. Tong sampah yang disediakan supaya murid-murid akan membuang sampah ke dalamnya. Secara tidak langsung, kawasan sekolah akan lebih bersih dan aman. Selain itu, murid-murid juga akan berada di sekolah selepas waktu persekolahan untuk membersihkan kelas. Dengan ini, sikap kerjasama dan bertolak ansur akan dihasilkan secara tidak langsung.