Anda di halaman 1dari 18

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN OBJEKTIF MATA PELAJARAN OBJEKTIF PENTAKSIRAN TAFSIRAN KERANGKA STANDARD PRESTASI PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA PEMETAAN PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PERKARA

MUKA SURAT
1 2 3 3 4 5 6 7 8 9

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Ekonomi Rumah Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit. OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. OM3 OM4 OM5 OM6 OM7 OM8 OM9 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit. Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul. Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian. Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman. Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek. OM10 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 OP2 OP3 OP4 OP5 OP6 OP7

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri. Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian. Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk. Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek. Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri. Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o o o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6
5
4
3
2
1

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab

Tahu Tahu Tahu

Faham Faham

Boleh Buat

PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA


BAND 6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali) 5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji) 4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab) 3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat) 2 (Tahu dan Faham) 1 (Tahu) PENYATAAN STANDARD Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan. Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan. Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK


BIL 1 TAJUK Reka Cipta BAND B3 B4 B5 B6 B1 B2 B3 B4 B5 B3 B4 B5 B1 B2 BI B2 B3 B4 B5 B1 B2 B3 B4 B1 B1 JUMLAH 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 25

Elektrik

Elektronik

4 5

Tempat Kediaman Kaedah membuat biskut dan kek

Jahitan

Konsumerisme JUMLAH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KHB EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3

BIL 1 Reka cipta

TAJUK

BAND B3

DESKRIPTOR Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta dengan menghasilkan projek reka cipta1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara sistematik dengan menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka cipta yang mempunyai nilai tambah1.

B4

B5

B6

reka cipta1 prosedur1 daya usaha1 nilai tambah1

: Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada. : Membuat projek berdasarkan lakaran. : Menyelesaikan masalah. : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

10

BIL 2 Elektrik

TAJUK

BAND B1

DESKRIPTOR Menyatakan tentang asas elektrik dengan memberikan dua jenis motor dan arah pusingan motor DC. Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan mekanisme penghantaran kuasa motor DC. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan membaca meter kWj dan mengira1 kos penggunaan tenaga elektrik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut prosedur2. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya usaha2.

B2

B3

B4

B5

mengira1 prosedur2 daya usaha2

: Menggunakan dua kadar tarif. : Mengira mengikut kaedah yang betul. : Pengiraan yang tepat.

11

BIL 3 Elektronik

TAJUK

BAND B3

DESKRIPTOR Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan memateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen mengikut prosedur3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dengan daya usaha3.

B4

B5

prosedur3 daya usaha3

: Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban dan kaedah pematerian yang betul. : Sempurna: (i) Pematerian kemas (ii) Pamaterian kukuh

BIL 4

TAJUK Tempat kediaman

BAND B1 B2

DESKRIPTOR Menyatakan tentang tempat kediaman dengan memberikan tiga jenis ruang, dua faktor keselesaan dan dua jenis pembersihan. Menerangkan tentang tempat kediaman dengan menjelaskan dua jenis ruang dan fungsinya, dua faktor keselesaan dan dua jenis pembersihan.

12

BIL 5

TAJUK Kaedah membuat biskut dan kek

BAND B1

DESKRIPTOR Menyatakan tentang kaedah membuat biskut dan kek dengan memberikan pengertian gaul dan ramas, dua biskut yang disediakan dengan kaedah putar dan satu kek yang disediakan dengan kaedah enjut yang divariasikan. Menerangkan tentang kaedah membuat biskut dan kek dengan menjelaskan pengertian kaedah gaul dan ramas, kaedah putar dan kaedah enjut. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek dengan memasak biskut kaedah putar. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek secara sistematik dengan memasak biskut kaedah putar mengikut prosedur4.

B2

B3

B4

prosedur4 daya usaha4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek secara berinisiatif dengan memasak biskut kaedah putar dengan daya usaha4. : Memasak mengikut langkah kerja yang betul. : Rasa dan tekstur yang betul.

B5

13

BIL 6

TAJUK Jahitan (elektif)

BAND B1 B2

DESKRIPTOR Menyatakan tentang jahitan dengan memberikan tiga jenis hiasan dalam jahitan. Menerangkan tentang jahitan dengan menjelaskan pengertian kuilting, tampal hias dan tampal cantum. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan dengan menjahit tampal hias.

B3

Prosedur5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik dengan menjahit tampal hias mengikut prosedur5. : Menjahit mengikut langkah kerja yang betul.

B4

BIL 7

TAJUK Konsumerisme

BAND B1

DESKRIPTOR Menyatakan tentang konsumerisme dengan memberikan lima hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna. Menerangkan tentang konsumerisme dengan menjelaskan tiga hak pengguna.

B2

14

LembagaPeperiksaan, KementerianPelajaranMalaysia Aras 1, 2, 5 15, Blok E11, KompleksKerajaan Parcel E, PusatPentadbiranKerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web :http://www.moe.gov.my/lp e-mel : weblpm@moe.gov.my

15

Anda mungkin juga menyukai