Anda di halaman 1dari 6

Selepas meneliti definisi dan ciri-ciri bagi setiap pemikiran moral di atas boleh lah dikatakan bahawa bagi

seseorang individu itu kehidupannya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang terdapat di dalam pemikiran moral mereka sendiri terutama pelajar-pelajar di sekolah dan orang dewasa juga. Setiao ibu bapa dan guru menghadapi cabaran dalam mendidik anakanak. Ibu bapa menghadapi cabaran semasa anak-anak berada di rumah pada Sabtu dan Ahad serta pada masa cuti sekolah. Manakala guru menghadapi masalah dalam pendidikan ketika murid atau pelajar berada di sekolah. Begitu juga pemimpin masyarakat yang berperanan membanteras gejala sosial. Pelbagai berita yang memaparkan gejala sosial di kalangan remaja meresahkan ibu bapa ahli masyarakat.

Jika membaca apa yang disajikan Harian Metro, keadaannya sungguh menakutkan. Antaranya pada 10 November lalu memaparkan, Remaja 16 tahun mengaku bersetubuh, Lari berbogel; lelaki masuk semak ketika diserbu bersama pasangan dalam kereta, Pelajar tingkatan 4 lahirkan anak dan Remaja lari rumah dicekup berkesedudukan, tak endah teguran ibu bapa. Tajuk berita itu seharusnya menjadi renungan setiap ibu bapa, pemimpin masyarakat dan guru. Jika tidak ia mungkin akan menimpa anak-anak kita jika tidak dipantau sebaik-baiknya.Mendidik anak pada masa kini semakin menjadi sukar kerana dunia akhir zaman penuh cabaran dan dugaan. Cabaran globalisasi yang melanda dunia ketika ini, tempiasnya telah sampai ke negara kita. Pendedahan maklumat yang dapat dicapai dengan

sekelip mata akan menggugat keimanan jika tiada asuhan dan didikan yang kuat dalam keagamaan. Selain didikan, pemantauan, kasih sayang mestilah diberikan kepada anak-anak. Di dalam situasi dia atas remaja lebih banyak bersikap emotivis dan tidak bertindak mengikut rasionalis. Ini mungkin disebabkan oleh sikap remaja yang sentiasa terdedah dengan gejala-gejala yang tidak bermoral ini kerana kurangnya dididkan agama dan mungkin juga kurangnya kasih sayang ibu bapa di rumah serta kurang diberi perhatian oleh guru di sekolah. Masyarakat yang dididik dengan kawalan nilai murni akan berjaya mencipta budya masyarakat penyayang dan bertoleransi terhadap kepelbagaian perbezaan agama serta budaya. Maka dengan itu lahirlah masyarakat penyayang. Harian Metro,Jumaat 2 April 2010 pula mengetengahkan berita tentang bagaimana sekumpulan remaja ditahan kerana berkhalwat beramai-ramai. Dalam kes ini juga kita dapat lihat dengan jelas bagaimana tindakan remaja ini banyak dipengaruhi oleh fikiran , di mana tindakan yang dilakukan lebih banyak dipengaruhi oleh emosi dan bukan tindakan waras yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berilmu. Pendekatan klarifikasi nilai (values clarification approach) memberi penekanan pada usaha membantu pelajar dalam mengkaji perasaan dan perbuatannya sendiri, untuk meningkatkan kesadaran mereka tentang nilai-nilai mereka sendiri. Pendekatan ini memberi penekanan pada nilai yang

sesungguhnya dimiliki oleh seseorang. Bagi penganut pendekatan ini, nilai bersifat subjektif, ditentukan oleh seseorang berdasarkan kepada berbagai latar belakang pengalamannya sendiri, tidak ditentukan oleh faktor luar, seperti agama, masyarakat, dan sebagainya. Oleh karena itu, bagi penganut pendekatan ini isi nilai tidak terlalu penting. Hal yang sangat dipentingkan dalam program pendidikan adalah mengembangkan keterampilan pelajar dalam melakukan proses menilai. Ada tiga proses klarifikasi nilai menurut pendekatan ini. Dalam tiga proses tersebut terdapat tujuh subproses sebagai berikut. Pertama memilih dengan bebas dari berbagai alternatif setelah mengadakan pertimbangan tentang berbagai akibatnya . Kedua menghargai dan merasa bahagia atau gembira dengan pilihannya mau mengakui pilihannya itu di depan umum .Ketiga bertindak berbuat sesuatu sesuai dengan pilihannya diulang-ulang sebagai suatu pola tingkah laku dalam hidup (Raths, et. Al., 1978) Pendekatan pembelajaran berbuat (action learning approach) memberi penekanan pada usaha memberikan kesempatan kepada pelajar untuk melakukan perbuatan-perbuatan moral, baik secara perseorangan maupun secara bersama-sama dalam suatu kelompok.

Menurut Elias (1989), Hersh, et. al., (1980) dan Superka, et. al. (1976), pendekatan pembelajaran berbuat diprakarsai oleh Newmann, dengan memberikan perhatian mendalam pada usaha melibatkan pelajar sekolah menengah atas dalam melakukan perubahan-perubahan sosial.

Menurut Elias (1989), walaupun pendekatan ini berusaha juga untuk meningkatkan keterampilan "moral reasoning" dan dimensi afektif, namun tujuan yang paling penting adalah memberikan pengajaran kepada pelajar, supaya mereka berkemampuan untuk mempengaruhi kebijakan umum sebagai warga dalam suatu masyarakat yang demokratis.

Utusan Malaysia, 23 Ogos 2010 pula memberi fokus kepada penglibatan guru untuk memberi kesedaran tentang nilai-nilai moral dalam diri pelajar. Golongan remaja atau pelajar perlu diberikan kesedaran dan penerangan oleh guru mengenai kepentingan untuk mengutamakan nilai-nilai moral serta kesan buruk akibat perbuatan salah laku mereka. Ini mendorong kepada pelancaran kempen Kami Prihatin yang digerakkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Karyawan dan Astro. Mencegah lebih baik dari mengubati" . Justeru itu institusi keluarga memainkan peranan yang lebih penting sebelum kita mengkaji dari aspek yang lebih luas seperti institusi pendidikan atau masyarakat. Masalah ini dapat diselesaikan seandainya ibu bapa memberikan perhatian rapi kepada anak-anak sejak mereka kecil dan sentiasa sedia berkongsi masalah dengan mereka. Ibu bapa seharusnya menjadi kawan kepada anak mereka sendiri di samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat serta cemerlang. Kekeliruan perasaan, tidak dihargai dan terasing dalam keluarga sendiri lantaran kesibukan ibu bapa antara punca lain mendorong remaja melakukan kegiatan jenayah.

Dalam masa yang sama ibu bapa harus bersikap tegas dalam mendidik anakanak. Komunikasi dua hala yang sihat akan membantu anak meluahkan masalah mereka. Ibu bapa perlu belajar menyelami dan memenangi jiwa anak supaya anak remaja yang biasanya bersikap egosentrik dapat dilembutkan. Ibu bapa perlu menjadi model terbaik kepada anak-anak. Pendidikan merupakan asas mobiliti sosial. Namun, visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah disiplin di kalangan pelajar tidak dapat dibendung. Setiap remaja perlu didekati supaya mereka menghayati keunggulan disiplin. Keunggulan ini dapat dipraktikkan melalui kerjasama semua pihak baik pentadbir sekolah , guru disiplin, kaunselor, dan ibu bapa pelajar. Secara tidak langsung masalah sosial yang semakin meningkat peratusnya dapat dikurangkan. Pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Formula dan strategi pendidikan yang sesuai perlu dicipta bagi menghasilkan generasi yang berwibawa dan mampu bersaing dalam konteks globalisasi didorong oleh mekanisme sains dan teknologi. Pihak-pihak tertentu seperti kerajaan, persatuan belia. masyarakat setempat mula merangka program dan aktiviti-aktiviti untuk golongan remaja mengisi masa lapang mereka, sama ada kegiatan berbentuk setempat atau menerusi Gaya Hidup Rakan Muda. Kerajaan menerusi kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah segera memperluaskan program berkenaan.

Kesimpulannya, sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam alam persekitaran. Misalnya, pembangunan yang terlalu pesat telah mengubah cara hidup masyarakat kita. Manusia menjadi semakin individualistik dan materialistik. Lantaran itu, keseimbangan sosial harus dipulihkan semula. Jika ini dapat dilakukan maka perhubungan kekeluargaan serta anggota masyarakat dapat diperteguhkan. Apa yang lebih penting setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab sosial tidak terkecuali remaja terutama dalam kita merealisasikan 'masyarakat madani' menjadi sebuah realiti dan bukan satu ilusi yang kosong. Ini hanya dapat dijayakan dengan menyelamatkan golongan remaja daripada terjerumus ke lembah yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai